webnovel

Semua Sekaligus

Editor: EndlessFantasy Translation

Dia berpaling untuk beredar.

Profesor Qian mengikut di belakangnya. "Saya pun sama."

Mereka berdua fikir yang Xinghe tidak akan dapat menyelesaikan soalan matematik itu.

Mereka tidak faham mengapa Ruobing perlu membuat kekecohan dengan memanggil mereka bertiga. Ruobing seorang pun sudah cukup layak untuk memberikan ujian seperti ini.

"Saya juga akan beredar. Panggil saya bila kamu dah selesaikan soalan ini." Profesor Chen bergerak untuk mengikut rakan-rakannya.

Para penonton juga mula bersurai.

Sebaik sahaja soalan matematik itu ditulis di papan hitam, mereka tahu semuanya sudah tamat.

Mereka tidak ingin melihat wajah Xinghe yang terkedu memandang papan hitam.

Dia mungkin berdiri di sana sepanjang hari tanpa menyelesaikan apa-apa pun.

"Itu saja? Mana lagi dua soalan?" Xinghe berkata dengan tiba-tiba sewaktu para penonton hendak beredar.

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com