webnovel

Sekarang Kita Sama

Editor: EndlessFantasy Translation

Apakah yang mencetuskan perubahan ini?

Mubai akhirnya faham apa yang telah dilaporkan oleh Chang An dahulu.

Chang An ada menyebut perubahan pada pandangan Xinghe yang sukar diendahkan.

Mubai telah mengenepikan laporan Chang An tetapi kini dia faham apa yang dimaksudkan oleh Chang An.

Mata Xinghe menunjukkan satu keyakinan dan ketenangan semula jadi.

Ianya bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat. Ianya bagai satu naluri yang begitu asli.

Pada masa yang sama, dia ternampak dirinya melalui renungan Xinghe.

Mubai tidak faham apa yang telah mengakibatkan perubahan pada Xinghe secara tiba-tiba.

Apa pun, ia bermaksud yang sekarang Mubai melayan Xinghe dengan berbeza berbanding sebelum ini.

"Ini adalah apa yang patut kamu ambil daripada perceraian kita. Saya telah membawanya secara peribadi kepada kamu kerana saya percaya kamu patut dilayan dengan hormat. Tolonglah terima cek ini." Mubai mengeluarkan cek tersebut dan menyerahkannya kepada Xinghe dengan hormat. Tidak terdapat sebarang elemen sindiran atau penghinaan semasa dia menyerahkan cek tersebut.

Walaupun tidak melihat cek tersebut, Xinghe menjawab, "Terima kasih tetapi saya tidak memerlukannya."

Kata Mubai sambil mengerutkan dahinya, "Sama ada kamu menerimanya atau tidak, itu tanggungjawab kamu tetapi untuk memberi kamu cek ini adalah tanggungjawab saya. Saya berhutang pada kamu sebanyak ini. Ambil lah atau jika tidak, ianya tidak akan menjadi sama rata untuk kita."

Dalam erti lain, dia akan terus mengganggunya sehingga Xinghe menerima cek tersebut.

Xinghe yang lama tidak akan menerima cek tersebut, begitu juga dengan Xinghe yang baru.

Mubai gembira buat seketika semasa Xinghe menerima cek tersebut. Sebelum sempat dia ingin senyum kepadanya, Xinghe telah mengoyakkan cek tersebut.

Semua orang terkejut.

Ia merupakan cek untuk seratus juta ringgit!

Dia mengoyakkannya tanpa mengelipkan mata!

Tianxin turut berasa serba salah terhadap wang tersebut. Xinghe yang bodoh sanggup mengorbankan nyawa bapa saudaranya demi maruah dia sendiri; betapa bodohnya!

Xinghe pun membuang cebisan cek tersebut ke dalam tong sampah.

"Sekarang kita sama rata." Selamba kata Xinghe.

Mata Mubai mencerminkan ribut amarah tetapi dia kekal tenang. Secara jujurnya, dia agak marah dengan tindakan Xinghe tersebut.

Namun, didikan yang baik baik telah menghalang dia daripada melepaskan kemarahannya.

"Baik." Dia terus meninggalkan tempat tersebut setelah berbuat demikian.

Tianxin dan Chang An turut mengekorinya. Tianxin terasa gembira apabila perasan akan langkah kaki Mubai yang tidak puas hati.

Sikap tidak endah Xinghe telah menyingkirkan dirinya sendiri buat masa ini. Dia benar-benar menimbulkan kemarahan Mubai.

Xinghe masih bodoh seperti dahulu. Dia begitu senang naik marah dengan sedikit ejekan. Itulah bagaimana caranya dia menghalau Xinghe keluar dahulu. Dengan sedikit ejekan dan hinaan, Xinghe yang bodoh ini akan memasuki perangkapnya.

Walaupun Tianxin berpendapat yang keluarga Xia tidak layak menerima masa atau perhatiannya, dia tidak dapat melepaskan mereka begitu sahaja terutama sekali selepas Xia Zhi begitu biadap dengan mereka. Ia adalah masa untuk membalas dendam!

Selepas Mubai memasuki lif, dia kekal berada di luar. Dia berkata, " Mubai bolehkah kamu menunggu saya di lobi? Saya tidak boleh meninggalkan Xinghe tidak terdaya sebegini. Saya akan kembali dalam seketika."

Sebelum Mubai sempat membalas, dia sudah berpaling dan berpatah balik untuk menemui Xinghe.

Emosinya kelihatan terganggu. Xinghe memang terganggu tetapi bukan daripada segi emosinya. 

Apabila mereka ternampak kepulangan Tianxin, kedua-dua Xinghe dan Tianxin memasamkan muka mereka. Bukankah masalah di antara mereka telah selesai? Mengapakah dia kembali?

"Xia Xinghe, ini untuk kamu," kata Tianxin menghina lalu menolak kad kreditnya ke tangan Xinghe, "Kata laluannya terpapar di belakang kad tersebut. Terdapat 500000 RMB di dalam kad ini. Anggaplah ini sebagai penghargaan saya. Saya tahu kamu tidak mahu wang ini tetapi kamu tidak mampu menolaknya. Lihatlah diri kamu sendiri."