webnovel

Satu Lubang Penuh Ular

Editor: EndlessFantasy Translation

Tetapi itu tidak cukup baginya. Dia sedang menunggu ketibaan Xinghe. Perbezaan antara mereka akan mempertingkatkan keunggulannya.

Semasa dia sedang bersedia untuk mendapatkan seseorang bagi mencari ketibaan Xinghe, Wushuang yang memakai gaun labuh muncul.

"Cik Chu, tahniah!" tawar Wushuang sambil mengangkat gelasnya ke arah Tianxin. "Saya terdengar tentang perkahwinan kamu dengan Encik Xi. Ia ialah penghormatan terbesar bagi Lin Lin untuk mempunyai seorang ibu tiri berkaliber seperti kamu."

Tianxin kenal Wushuang. Dia tahu bahawa Wushuang ialah adik Xinghe. Tetapi Tianxin juga tahu yang Wushung dengan Xinghe bagaikan air dan minyak.

Musuh kepada musuh saya ialah kawan saya.

Tianxin membalas senyuman kepada Wushuang. "Oh, Puan Besar baru Keluarga Chui! Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kamu Cik Xia. Kamu dan Encik Chui menemui pasangan yang sama sesuai. Kamu berdua memang satu pasangan yang sepadan."

Wushuang tergelak sambil menambah, "Kami tidak boleh menandingi Cik Chu dan Encik Xi. Cik Chu, di mata saya, kamu dan Encik Xi dilahirkan untuk satu sama lain. Saya tahu ini tidak sesuai untuk saya katakan, tetapi kamulah yang paling sesuai bagi Encik Xi."

Usaha Wushuang untuk berada dalam sisi baik Tianxin tidak sia-sia.

Tianxin membalas dengan senyuman yang lebih manis. "Kamu terlampau memuji saya Cik Xia. Saya khuatir saya tidak dapat menjadi ibu kepada Xi Lin sebaik kakak kamu."

Wushuang menjawab dengan pantas, "Macam mana kamu boleh berfikir sedemikian? Xia Xinghe tidak pernah menjadi sebahagian daripada hidup Xi Lin. Kamulah ibunya selama beberapa tahun yang lepas. Siapa lagi yang boleh memainkan peranan yang lebih baik daripada kamu? Saya yakin Xi Lin sudah mengiktiraf kamu sebagai ibu dalam hatinya."

Kata-kata Wushuang memang merdu pada telinga Tianxin. Dia berasa amat gembira.

Tianxin cuba bertanya, "Cik Xia, kamu benar-benar berfikir sedemikian? Kamu percaya bahawa saya akan melakukan kerja yang lebih baik daripada kakak kamu?"

"Sudah tentu! Cik Chu, kakak saya itu tidak dapat bersaing dengan kamu. Xinghe tidak mempunyai apa-apa bakat yang unggul. Malah adik kandungnya sendiri tidak tahan berdiri di sisinya. Ini menunjukkan betapa dia telah gagal sebagai seorang manusia." kata Wushuang dengan penuh ikhlas. Wushuang juga mempamerkan riak wajah yang kecewa apabila menyebut nama Xinghe.

Sesiapa yang terdengar perbualan mereka akan menganggap Xinghe sebagai seorang yang tidak berguna.

Jika tidak, mengapa adiknya sendiri tidak mempertahankannya? Malah, dia mengutuknya.

Tianxin mengekalkan riak wajahnya seperti biasa tetapi dalam hatinya, dia amat gembira.

Walaupun sebelum ketibaan Xinghe, orang telah mengesahkan bahawa Xinghe tidak setandingnya.

Hal itu akan menjadi lebih ketara setelah ketibaannya. Tianxin akan lebih menghargai detik masa tersebut apabila Xinghe ditertawakan.

Tianxin suka dikelilingi orang yang berwibawa dan pandai menggunakan taktik seperti Wushuang. Dia merangkul tangannya mengelilingi Wushuang sambil berkata, "Wushuang saya tidak tahu kamu orang yang begitu lurus. Kamu sanggup berpihak kepada orang asing daripada kakak kamu sendiri apabila kamu tahu yang dia telah membuat kesalahan. Ia satu sifat terpuji. Jika kamu tidak keberatan, mungkin kita boleh berkawan?"

Wushuang teramat gembira. Selepas Tianxin berkahwin dengan Xi Mubai, akan ada banyak kebaikan untuk kawan kawan Tianxin.

Wushuang berlakon terkejut sambil berkata. "Cik Chu, memang satu penghormataan besar bagi saya untuk menjadi kawan kamu. Kamu tidak tahu betapa gembiranya saya sekarang. Sudah lama saya ingin menjadi kawan kamu."

"Kamu ialah emak saudara Xi Lin. Kita sepatutnya menjadi kawan lama dahulu," kata Tianxin. Tianxin telah bersedia mengambil Wushuang sebagai sahabatnya walaupun dia berada dalam beberapa pangkat di bawahnya di dalam hidup. Lagipun, bukan selalu dia dapat menemui orang yang membenci Xinghe sebanyak dia.

Tianxin bertanya dengan sengaja, "Mana kakak kamu, kenapa saya tidak nampaknya lagi?"

Wushuang terkejut. "Xia Xinghe datang?"

Tianxin berpura-pura terkejut lalu menambah, "Kamu tidak tahu? Saya menyuruh Mubai menjemputnya kerana ini adalah parti Hari Jadi Xi Lin. Memang adil yang kami menjemputnya."