Mubai tidak pernah menganggap dirinya sebagai seorang yang mulia. Dia hanya bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri sahaja. Dia bukanlah seseorang yang mempedulikan perasaan orang lain.
Layanan baiknya terhadap keluarga Chu pada hari ini sudah boleh dianggap sebagai pengecualian besar.
Jika bukan kerana ibunya sendiri terlibat dalam rancangan yang merosakkan perkahwinannya terdahulu, dia pasti akan menguruskan masalah ini dengan cara yang lebih kejam.
Dia menyangka mereka cukup bijak untuk menerima keputusannya tanpa menimbulkan sebarang kekecohan demi menyelamatkan maruah mereka sendiri.
Tetapi mereka berani mencuba untuk memalukan Mubai…
Adakah mereka semua fikir yang dia terhutang budi dengan mereka semata-mata kerana dia bertunang dengan Tianxin? Mereka fikir mereka lebih mulia berbanding Mubai?
Mereka sememangnya salah.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com