"Kemahiran komputernya begitu hebat?" tanya seseorang dikalangan penonton.
"Bercakap tentang Pertandingan Penggodam, saya ada mendengar ura-ura yang mengatakan seorang wanita telah memenangi seluruh pertandingan itu. Dia menewaskan semua penggodam lain dan membelasah teruk semua pencabarnya."
"Itu dia ke?"
"Mesti dia!"
Dengan serta merta pandangan orang ramai terhadap Xinghe berubah.
Sebelum ini, pandangan mereka penuh dengan rasa hina tetapi sekarang ia digantikan dengan rasa kagum.
Xinghe bukan sahaja sangat hebat dalam matematik, tetapi juga sangat mahir dengan komputer.
Lagipun, makmal ini ialah sebuah pusat ilmu. Semua orang mementingkan kebijaksanaan lebih dari segala-galanya. Xinghe bukan sahaja bijak tetapi cantik juga. Dia sememangnya seseorang yang layak dikagumi. Kekaguman ini disertakan dengan rasa hormat dan bukannya cemburu.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com