webnovel

Dia Tidak Hamil!

Editor: EndlessFantasy Translation

Jadi, itulah kebenarannya.

Bilik utama berada dalam keadaan kecoh.

Semua orang merenung ke arah Wushuang dengan wajah yang tidak percaya.

Siapa sangka, penampilannya yang lemah lembut sebenarnya menyembunyikan hati yang teramat busuk?

Setiap sudut merenung Wushuang dengan kemarahan dan penuh tentangan.

Wushuang yang kelihatan pucat menafikandengan nada yang kuat, "Itu semua palsu. Suara itu jelas bukan suara saya. Ia dipalsukan!"

"Patut kah kita periksa waktu rakaman tersebut untuk kesahihan?" Xinghe bertanya dengan perlahan, pandangannya tajam.

Seperti sudah tidak berdaya, Wushuang terjatuh ke lantai dengan lemah.

Mubai mengarahkan, "Pegawai, sekarang kita sudah ada bukti, kamu tahu siapa yang kamu perlu tahan, bukan?"

"Nanti!" Tiba-tiba Chui Ming menjerit sebelum menyambung, " Walaupun rakaman itu asli, ia tidak menafikan kenyataan Xia Xinghe ingin mencederakan isteri dan anak saya. Ini pasti salah satu rancangan dia juga!"

"Kamu tahu? Sayang sekali kamu bukan seorang peguam. Kamu bercakap dengan penuh yakin sekali sungguh pun kamu tahu yang mereka bersalah," Xinghe menjawab dengan sinis sekali.

Chui Ming tidak mengendahkan Xinghe, Dia menyambung tanpa rasa takut, "Saya tidak rasa isteri saya akan memalsukan kandungannya demi menuduh orang seperti kamu."

"Itu sudah membuktikan yang kamu tidak mengenali isteri kamu seperti yang kamu sangkakan. Ataupun sebenarnya kamu berpakat?"

"Saya ada satu cadangan. Apa kata kita panggil seorang doktor? Kemudian, kita akan tahu," cadang Xinghe, matanya menatap Wushuang.

Apabila terlihat raut bersalah di mata wanita itu, ia mengesahkan syak wasangka Xinghe.

"Jadi, apa yang kamu semua tunggu?" Xinghe mengarah mereka. Dia tidak akan memberi peluang untuk mereka melepaskan diri. "Chui Ming, Xia Wushuang, salah satu cara untuk mengesahkan apa yang kamu katakan ialah dengan membawa seorang doktor untuk memeriksa bayi tersebut. Ini peluang keemasan yang kamu nanti-nantikan. Jadi, apa yang kamu ragukan?"

Kelopak mata Wushuang menggerenyet sedikit. Dia merenung ke arah Xinghe. Matanya seakan-akan mempunyai niat membunuh.

Mereka sudah 90 peratus pasti yang mereka dapat memusnahkan perempuan jalang itu.

Mereka tidak menyangka perempuan itu lebih bijak daripada mereka.

Xinghe telah mengalahkan mereka pada waktu yang tepat. Rancangan mereka telah gagal…

Chui Ming telah terkepung dengan soalan Xinghe yang serius. Sudah tentu, dia tidak akan membiarkan doktor untuk melakukan pemeriksaan fizikal ke atas isterinya.

Daripada mula lagi Wushuang memang tidak hamil. Rancangan asal mereka ialah untuk mengumumkan 'keguguran' itu selepas Xinghe dibawa ke penjara.

Dengan cara itu, dia tetap akan disabit atas kesalahan jenayah mencederakan orang lain dengan sengaja dan dengan niat jahat.

Mereka memandang rendah terhadap Xinghe. Mereka tidak menjangkakan yang dia akan membawa pen perakam itu bersamanya.

Mereka tahu pen perakam itu bukan satu kebetulan. Itu merupakan salah satu usaha Xinghe. Dia tahu Chui Ming dan Wushuang berniat untuk memusnahkannya jika dia hadir ke majlis itu. Jadi dia sudah bersiap sedia.

Jika pada mulanya mereka tidak menyerang, mungkin majlis itu akan berakhir dengan baik. Namun selepas apa yang terjadi, mereka seolah-olah menggali kubur mereka sendiri.

Xinghe dapat mengagak yang mereka inginkan dia mati dan nampaknya, jangkaannya tepat.

"Saya seorang doktor. Jadi, biar saya periksa dia," Tiba-tiba muncul seorang lelaki tinggi dan kacak berpakaian tuksedo berkata dengan suara yang garau.

Wajah Chui Ming dan Wushuang berubah serta merta apabila mereka melihat siapa orang itu.

Bukankah lelaki itu Lu Qi, seorang pakar bedah yang berpengaruh?

Lu Qi sangat terkenal di serata negeri dan di luar negara kerana kehebatannya sebagai seorang doktor. Dia hebat dalam setiap aspek perubatan khususnya pembedahan.

Paling penting, dia datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang mengagumkan.

Pemeriksaan fizikal asas seperti ini sekali pun mustahil untuk dipalsukan kerana Lu Qi bukanlah seseorang yang boleh Chui Ming pengaruhi...

Sebaik sahaja Mubai melihat orang itu adalah Lu Qi, dia mengangguk bersetuju. "Semua orang yakin dengan kepakaran Doktor Lu dalam ilmu perubatan. Jadi, saya pasti tiada siapa yang akan membantah jika dia melakukan pemeriksaan fizikal."