8 malam, Ain balik dari tempat kerjanya. Badannya lenguh - lenguh, dia mahu terus tidur namun bila fikirkan terlalu banyak benda yang perlu dibuat, dia batalkan niat.
Selepas mandi, Ain keluar dari bilik dan Menuju ke dapur. Ada seseorang yang seperti dia kenali duduk bersama-sama dengan Farah dan Fathin yang sedang rancak berbual.
"Assalamualaikum"
Mereka bertiga berpaling menghadap Ain dengan muka yang tidak lekang dengan senyuman.
"Hai Ain! Awal balik?"
Ain melihat jam nya. Baru pukul 9.30.
"Ain balik dari pukul 8 tadi. Tadi balik Ain tak nampak pun dapur ni bernyala"
"Ouh, patutlah. Kitaorang sampai rumah pukul 8.45 tadi. Ada nampak kereta Ain dekat luar tapi ingatkan Ain keluar dengan Eyya" Kata Fathin.
"Ouh, tapi Ain memang balik awal pun selalu. Korang berdua yang jarang balik rumah tiba-tiba balik awal."
"Kami dari hospital" Ujar farah.
"Huh? Lawat Rafi ke?"
"Tak, teman Rose. Dia excident semalam nasib baik tak teruk. Cuma luka di bahagian lengan" Jelas Fathin.
Rose, wanita yang duduk diantara Farah dan Fathin senyum manis.
"Hai"
"Rose? " Ain berkerut. "Macam pernah nampak"
"Memanglah. Kawan Eyya masa dia dekat Terengganu. Kita pernah jumpa masa dekat U" Kata Rose lembut.
"ouh... " Ain mengangguk. Baru dia ingat, wanita inilah yang ubah hidup Eyya hampir 360°. Hanya Annie, Nadrah dan dia tahu apa yang Rose lakukan. Baik sangat.
Ain duduk di hadapan Rose. Dia tidak adalah berminat sangat mahu tahu fasal Rose, tetapi hanya ingin mengetahui.
"Masa U dulu amik course engineering kan? Dah habis ke? "
"Dah. I worked at Nusa Holding SDN BHD. Tapi tadi Eyya datang hospital nak tgk Rafi, terserempak. Lepas tu dia offer kerja kat syarikat dia"
"Syarikat dia perlukan engineer ke? For what?" Soal Ain hairan.
"Idk, tapi dia ada cakaplah nak besarkan lagi syarikat and something and she really needs an engineer immediately even she had one" Jelas Rose.
"Ha, Rose kata nak fikir dulu sebab dia pun sayang nak tinggalkan company lama" Ujar Farah sambil menghirup air kopinya itu. Malam-malam minum kopi nnti tak dapat tidur kang budak ni.
"Takpelah, dah kalau korang semua ada, I terima jelah offer dia tu."
"Eh no! Yang kerja dekat tempat dia tu hanya Elle dan Fathin. Kitaorang yang lain ni semuanya ada business sendiri. Annie pula jadi private doctor" farah mengangkat kedua-dua tangannya seolah-olah dia bersalah. Tindakannya spontan.
"Ouh, takpelah. Lagipun gaji yang dia tawar tinggi kot"
"How much? "
"RM11k. Company lama paling tinggi pun RM4.5k.Susah nak survive"
"Dah ada family sendiri ke? "Soal Fathin dalam nada memerli.
"No, tapi faham-faham sajalah macammana ekonomi sekarang. You all bestlah tempat tinggal, makan semua Eyya tanggung. Dia kaya, boleh bagi apa je"
Ain menggeleng. Kemudian hujah Rose dibalas Fathin diikuti dengan Farah. Sedikit pun mereka tak lukakan hati Rose walaupun mereka terasa.
Inilah perangai Rose yang tak pernah berubah. Mata duitan sangat, tamak, dan suka mengata.
"Sebenarnya, makan dan pakaian kami beli sendiri. Takkanlah semua dia nak bayar, silap hari bulan muflis nnti. Maid tu dia bayarlah tapi bil api, air semuanya kami tanggung. " Elle merangkak masuk ke dalam dapur. Terkejut keempat-empat gadis itu apabila Elle datang dalam keadaan merangkak.
"Kau kena denda dengan mak siapa ni? Ya Tuhan." Fathin tergeleng-geleng. Apa masalah budak seekor ni.
Elle berdiri. Dia tersengih-sengih.
"I hurt my own feet. Tersepak meja. Balik tadi bau makanan. Terus lari pergi dapur tapi terlanggar meja"
"Good news. Here eat some" Fathin memberi sekeping biskut kepadanya. Elle ambil dan mengunyah nya.
"I hate cookies. I told you. I want that" Elle menunjuk ke arah sambal udang yang terletak di tengah-tengah meja.
"Tu pinggan, tu nasi. Ambil sendiri " ujar Farah.
Elle mengeluh. Dia baru balik dari kerja. Tak mandi apa pun lagi.
Haih, dia juga belum makan sejak lunch tadi. Sebab itu dia terus lari ke dapur.
"By the way, why you are here? " Soal Elle sambil tangannya bergerak mengambil apa yang perlu untuk makan.
"Dia excident. Rumah dia kena lock dengan tuan rumah so Eyya suruh dia tinggal sini sementara"
Elle berkerut. Nampak sangat dia tidak suka.
"Rumah Eyya kan,"
"Yelah. Rumah dialah. Jadi kau takde hak langsung nak halau aku" Rose senyum sinis. Dia tahu Elle tidak sukakannya. Mereka bermusuh sejak sekolah menengah.
"Asalkan kau tak kacau aku, kita okey. Btw Eyya baik gila sekarang. Dia tak kisah pun nak belanja kau macam-macam, kitaorang yang pilih untuk hidup berdikari" elle senyum. Sungguh, dia memerli Rose yang tamak itu.
"Membazir duit. Boleh guna duit orang, duit sendiri juga yang guna. Duit sendiri tu boleh guna untuk masa depan"
"Masa depan like whut? Your own disaster?"
"Gah, buang masa gaduh dengan kau ni. Dahlah pendek, tak sedar diri" Rose berdiri. Dia berjalan untuk keluar dari dapur.
"Jangan jealous kalau Eyya sayang aku seorang je nanti"
Pesannya sebelum berlalu.
Elle menggenggam pinggannya dengan kuat.
"Eeeii budak ni! Sungguh teruk perangai dia sekarang. Semakin menunjuk kebodohannya"
Farah senyum.
"Sabar"
__________________
Rose berdiri di hadapan pintu bilik yang berwarna kelabu kehitaman itu. Dia tahu itu bilik Eyya. Maid Angel beritahu tadi.
Namun dia tak pesan apa-apa. Rose meletakkan tangan di atas tombol pintu.Saat dia mahu memulasnya, tiba-tiba dia tertarik ke belakang.
"What are you doing and why are you here?" Annie, dengan keadaan dirinya yang penat lelah, sempat menahan Rose sebelum dia memulas pintu itu.
"Ah, Annie? "
Annie berkerut. Annie meletakkan beg bimbitnya ke lantai.
"Jangan berani buka pintu bilik dia. Ini rumah dia, hormatlah sikit privasi dia."
Rose berpeluk tubuh.
"I just want to see her room"
"Buat apa? Tak payahlah. Eyya tak balik rumah malam ni. Dia pergi uruskan gelandangan di Sri Alam"
"Kalau macam tu, tengok jelah dekat dalam."
"Kau tak faham bahasa ke? Aku rasa dia dah bagi kau bilik sendiri jadi jangan pandai-pandai nak buat kecoh!" Marah Annie. Disebabkan terlalu kuat, Kesemua gadis yang sedang makan tadi, terus keluar dari dapur untuk tengok apa yang berlaku.
"Baru hari pertama dah buat kecoh. Apa daaa... " Elle bersuara perlahan.
Rose memghentak kakinya tanda protest.
"Ah! Fine! Privasi kan! " Rose terus berjalan menaiki tangga dan masuk ke dalam biliknya lalu menghempas pintu bilik.
"Childishnya"
_______________
Nadrah terkejut. Bunyi hempasan pintu itu kedengaran sampai biliknya. Dia dapat dengar suara Annie yang menjerit marah tadi tapi dia tidak dapat mengecam siapakah yang sedang bergaduh dengannya itu.
Nadrah melihat jam di dinding. It's been 12 hours. Eyya masih belum pulang tapi dia masih dapat apa yang dia mahu. Seseorang dalam rumah itu telah beri padanya.
"Ya Allah, what is happening to Eyya?"
________________
Meanwhile me,
Aku di dalam kereta. Sedang menunggu staff-staff aku turun dan beri makan serta duit pada para gelandangan di Sri Alam.
Mereka semua lapar, dahaga. Ada krew aku bertanya pada mereka dan mereka jawab,
"Kami mahu makan saja, kami tidak mengemis tapi kami jual tisu yang orang bagi ni. Mereka halau kami"
Sumpah, aku sedikit pun tidak kesian. Yang kesiankan mereka adalah staf-staf aku. Setiap hari ada saja mesej masuk fasal donations and etc. Aku hanya turutkan saja untuk menderma.
Aku boss yang pemurah namun tidak sedikit pun aku mahu expose muka dan kebaikan ni pada media. Aku tidak sukakan popularity. Bila mahu buat persidangan, baru panggil media.
KLAK!
Seorang lelaki dwafirsm masuk ke dalam kereta aku di seat belakang.
"Dah siap?"
"Dah doc, diorang ucap terima kasih banyak-banyak. Ada yang kata nak pergi cari kerja dengan duit tu"
"Baguslah macam tu, ada makanan lebih? "
"Ada, satu bekas lebih tapi Syiera bagi pada budak kecil tu suruh simpan kalau lapar nnti"
Aku senyum. I hate kids, tapi actually happy bila orang Happy sebab aku.
"Dah pukul berapa dah ni, saya nak pergi hospital sebelum balik. Nak saya hantar awak dulu ke nak ikut pergi hospital sekali? " Soal aku. Aku menolak gear itu dan menarik hand-brake lalu terus tekan minyak.
"Hospital nak lawat siapa doc? "
"Rafi. Idk lah kalau dia dah keluar ke belum. Just nak tgk dia, tadi tunang saya dan saya lawat dia dekat sana tengok dah okey sangat dah. Bahu jelah patah"
"Ouh, takpelah. Pukul dah pun. Saya nak balik, esok kena kerja"
"Ouh lupa pula esok korang semua kerja. Kesianlah, dah kena buat kerja awam, kena kerja"
"Nak buat macammana, kertas kerja berlambak"
Aku menggeleng. Mana boleh bagi cuti, nnti yang lain tanya kenapa diorang pun tak dapat cuti.
Mana boleh cutikan semua orang, tak bergerak syarikat tu nnti.
"Esok pagi, akan ada seorang engineer baru masuk. Nnti sediakan dia bilik dan kontraktor kita. Lepas tu, esok, siapa yang join kerja ni akan bekerja sehingga 2 petang sahaja. Nak teruskan pun boleh, tak halang. Tapi kalau nak rehat, rehat lah. "
"Wah, seriuslah, okeylah. Btw apa nama engineer baru kita? "
"Rose. Rosalia Hani. Rose"
"Ouh, okeyh. I'll make sure everything is okey "
By Eyya Dhyna