webnovel

dijual? (Hamba Rosalie)

Perkara menakutkan yang tidak dapat dibayangkan oleh seorang gadis adalah ditingalkan. Tapi apa yang lebih teruk? dijual di lelong, telanjang, takut dan kemudian di beli sebagai mainan. Rosalie tidak menyangka dia akan benar-benar dijual di sebuah Lelongan. Dia tidak ingin menjadi seorang hamba!!.Ketika hal itu terjadi, dia dijual kepada seorang million.

youmeetis_ · Urbano
Classificações insuficientes
47 Chs

Chapter 36

Tidak jelas.

Saya mempunyai kenangan yang samar ketika waktu kecil tapi saya masih ingat ketika diseret dengan paksa oleh seorang wanita berusia pertengahan tiga-puluhan ketika siren bunyi di belakang kami. Gengamannya di lengan saya begitu kuat hingga meningalkan tanda. Saya masih ingat dia menyeret saya ketika berlari bersama anaknya, 2 tahun lebih muda dari saya. la melekap di dadanya dan menatap saya tidak berkedip sementara saya tersandung untuk mengejarnya dari ketinggalan.

"Kenapa kita melarikan diri? Bagaimana dengan nenek?" saya terlalu muda untuk memahami apa-apa. Mengapa dengan wanita ini, Lizzie anak perempuan nenek menyeret saya bersamanya dan juga anaknya, tapi meninggalkan nenek di rumah? Nenek bukan saudara kandung saya tapi dia telah menjaga saya seperti seorang manusia.

"Kamu tidak punya pilihan lain. Nenekmu tidak lagi dapat menolongmu."

"Tapi saya mahukan nenek..." saya merengus, saya tidak suka Lizzie. Saya mahukan nenek, nenek baik. Air mata mula mengalir di mata saya, tiba-tiba sesuatu keras mendarat di pipi saya.

"Jangan kamu berani mengucapkan satu tangisan. Anda harus bersyukur saya membawa anda bersama saya. "

Saya mengigit bibir untuk menahan bunyi daripada mengeluarkan suara sambil mengengam baju.

Walaupun pipi saya menyengat, air mata masih mengalir di pipi saya. Sejak saya diam, Lizie tidak mengatakan apa-apa kepada saya.

Lizzie kejam. Dia orang yang jahat. Dia malah meninggalkan nenek yang merupakan ibunya di rumah sendirian.

Saya menunggu di tempat yang gelap seperti biasa. Sudah tiba masanya Lizzie kembali tapi dia masih belum munculkan diri. Saya mengintip dari lubang kotak tempat saya berada, cukup lebar untuk memuatkan kanak-kanak seperti saya. Saya mengintip tapi tidak ada tanda-tandanya. Saya menghela nafas dan merosot, bukan kerana ada banyak ruang untuk bergerak tapi saya sudah terbiasa dengannya.

Tempat di mana kami tinggal adalah berhampiran gunung dan bukit.

"Rosy?" saya mendengar Alios, anak lelaki Lizzie, memanggil saya dari kotak lain "Saya lapar"

"Saya juga" balas saya kepadanya. Saya tidak tahu mengapa Lizzie menyimpan kami berdua di dalam kotak keika dia pergi bekerja. Kami tidak diizinkan keluar bermain, walaupun kami boleh melakukan tapi dia mengunci penutup kotak dari luar.

Pintu rumah tiba-tiba di buka dan kami berdua menahan nafas, kecuali jika Lizzie mengatakan itu dia baru kami boleh berkata.

Saya mendengar kotak lain dibuka kunci.

"Mama" Alios berseru.

Tidak lama kemudian, saya mendengar kunci dari kotak saya dibuka dan saya dapat melihat cahaya yang terang.

"Mari makan" Lizzie berkata dan saya melompat keluar dari kotak.

lni adalah rutin harian kami selama berbulan-bulan. Lizzie berkeja selama empat hari dan hari-hari itu kami habiskan masa di kotak. Tiga hari yang lain, seorang jiran datang mengajar kami kerana kami tidak bersekolah dan pada waktu lapang saya dibenarkan bermain bersama Alios.

Selama saya berada di sini, saya tidak akan pernah melupakan nenek dan cucunya yang memberi saya cinta.

Lizie sangat menyayangi anaknya. Dia merawat Alios dengan sangat berhati-hati tapi saya hanyalah haiwan kesayangannya sahaja untuk dia memberi makan. Berkali-kali dia memberitahu saya bahawa saya harus bersyukur kerana dia tidak meninggalkan saya di sana, tapi saya berharap dia melakukannya. Saya diajar untuk berlakuan baik jika tidak saya terpaksa bermalam di dalam kotak tanpa makanan. Sebaliknya, Alios terhindar dari perlakuan sedemikian, mungkin kerana Alios adalah anaknya.

Tapi saya tidak membenci Alios, dia satu-satunya kawan saya. Alios anak yang baik dan pendiam.

Tahun berlalu seperti biasa, musim sejuk tahun ke-10 tiba. Hari lahir saya adalah 27 Disember beberapa tarikh dari hari ini. Saya tidak meraikan selama 3 tahun lalu dan ini juga tidak akan berlaku pada masa ini. Saya mencengkam cincin di dada.

"Rosy." Alios memanggil saya dari kotak lain.

"Ya?"

"Bukankah kotak ini terlalu sempit?"

"Hmm."