webnovel

TEMPAT BARU

"Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku kerja kat sini..", ujar Nasrin tatkala membaca tulisan di skrin komputer ribanya. Dia sebenarnya sudah lama memohon untuk bekerja sebagai kerani di syarikat itu. Padanlah dengan peringkat pengajiannya yang tidak seberapa. "Hmm, esok aku nak pakai baju apa ya untuk sesi lapor diri? Aisyah, kau boleh cadangkan? Hehe.. ". "Ish itulah engkau aku dah cakap suruh beli baju masa year end sale haritu kau tak nak beli murah apa lawa lagi, " bebel Aisyah mengenangkan kedegilan minah seorang ni... Nasrin memang macam tu dia memang seorang yang berjimat cermat tak macam perempuan lain yang sibuk nak bergaya. Bak kata dia, biar sederhana asal elok di mata. Inilah sebabnya aku sayang dengan dia. Bisik Aisyah.