"Mana kau ni, Aaron. Takkan kau lari kot"bebel Eyra yang beberapa kali cuba menelefon Aaron. Lagi 15 minit sebelum majlis bermula namun bayangan Aaron masih lagi belum kelihatan.
Aina menghampiri Eyra. Dia risau kerana masih lagi belum muncul sehingga sekarang. Memang Aina adalah orang yang paling risau kerana yang tiada sekarang ini bukan orang lain selain bakal suaminya sendiri. Dia mundar mandir di dalam bilik persiapan itu dengan wajah kegelisahan.
Beberapa detik kemudian, Aina terduduk. Dia tidak lagi mampu menahan perasaannya. Pasti kali ini Aaron tidak datang kerana dia. Ya Allah, sungguh dia tiada niat untuk membuatkan keadaan jadi sesulit itu.
Eyra cuba mendekati Aina. Mencuba untuk membuat Aina kembali tenang. Mungkin Aina tahu punca ketiadaan Aaron. Dia membawa Aina untuk duduk di atas kerusi. Dia menarik kerusi lalu duduk bertentangan dengan Aina. Cuba untuk mendengar penjelasan daripada Aina dengan ketiadaan Aaron.
"Aaron pergi sebab i. I dah buat dia rasa bersalah. I betul-betul takde niat nak sakitkan hati dia. Tapi dia perlu tahu benda yang sebenar, Eyra. Maafkan I. I tak mampu nak simpan semuanya"kata Aina dengan wajah yang menahan sebak.
"Apa yang you cakap ni, Aina? I tak faham"kata Eyra.
Petang kelmarin.....
Aina menunggu kedatangan Aaron di sebuah taman. Dia merancang untuk keluar bersama dengan Aaron pada hari itu. Setelah setengah jam menunggu, Aaron akhirnya tiba dengan membawa dua cawan aiskrim yang dibelinya dalam perjalanan ke taman itu.
Yelah, manalah tahu bakal isterinya panas kerana menunggunya terlalu lama di situ. Ini semua disebabkan oleh keretanya rosak dan perlu dibawa ke bengkel sebelum menemui Aina.
Dia menyerahkan aiskrim itu kepada Aina. Aina menyambut aiskrim pemberian Aaron itu. Dia dapat merasakan kasih sayang Aaron terhadapnya. Semakin dekat perkahwinan mereka semakin dalam rasa sayang mereka antara satu sama lain.
"You tak marah ke i datang lambat?"soal Aaron.
"Buat apa i nak marah. Kalau i nak marah baik i marah you esok je"kata Aina sebelum menyuapkan aiskrim ke dalam mulut.
Aaron mengerutkan kening. Pelik betul dengan jawapan Aina. Biasanya kalau orang lambat memang selalu sahaja dimarahi. Tambah pula hampir setengah jam Aina menunggu dirinya.
"Pelik betul? Kenapa perlu esok? Hari ni tak boleh?"soal Aaron lagi.
Aina tersenyum sekilas memandang Aaron. Seorang lelaki yang bakal menyarungkan cincin di jari manisnya nanti. Lelaki yang membuka hatinya yang selama ini tertutup untuk mencintai orang lain.
Dia menghembuskan nafasnya. Aaron selalu sahaja membuatkan dirinya berasa tenang apabila berada di sisinya. Hari bahagia mereka tinggal beberapa jam lagi sebelum tiba.
"Sebab esok you dah sah jadi milik i. I nak marah you 24 hours pun boleh"kata Aina.
Ada sahaja cara Aina membuatkan dirinya terhibur. Disebabkan sikapnya itulah perasaan sayangnya terhadap Aina semakin dalam dan sukar untuk dibuang begitu sahaja.
"Aina...". Panggil Aaron dengan perlahan membuatkan Aina mengalihkan pandangannya pada Aaron. Menunggu ayat seterusnya keluar daripada bibir Aaron.
"I harap dalam masa 17jam ni tak ada rahsia yang disembunyikan antara kita sebelum kita kahwin. You tahu, kan? I sayang sangat dekat you. I takut suatu hari nanti bila i tahu rahsia yang you simpan dalam diam selama ni i tak dapat tahan diri daripada buat benda yang i tak patut buat dekat you. Orang yang paling i sayang"ucap Aaron.
Terus sahaja senyuman di bibir Aina mati. Air liur yang ditelannya terasa kelat. Hatinya tidak tenteram. Dia tidak mahu hubungannya akan hancur nanti. Dia melarikan matanya daripada memandang Aaron.
Kini dia menunduk dan memejam matanya. Rasanya dia perlu memdedahkan perasaan Eyra terhadap Aaron. Dia tidak mahu perasaan cemburu yang mungkin akan dirasainya akan menghancurkan hubungan rumah tangga mereka nanti.
Dia menarik nafas. Cuba membuatkan dirinya bertenang sebelum membicarakan hal itu kepada Aaron. Aaron aneh dengan sikap Aina untuk seketika waktu kerana gadis itu diam dengan tiba-tiba.
"Aaron...kalau i beritahu you pasal ni, please jangan marah, eh? You tahu,kan. I cakap ni sebab you sendiri yang cakap tak nak ada rahsia antara kita,kan? Jadi I harap you tak marah"kata Aina dengan kedua belah tangannya seakan-akan memohon-mohon.
Aaron sedar Aina cuba untuk memberitahunya sesuatu. Dia memegang kedua pergelangan tangan Aina yang dibaluti dengan baju itu.
Eh, jangan nak mengata,ya? Tahulah ada batas antara lelaki dengan perempuan. Pegang baju dan bukan tangannya. Jadi jangan asal tuduh sahaja.
Sesungguhnya fitnah itu dosa. Wow, sempat lagi membuka sesi ceramah di sini.
"Aina. I tak tahu apa yang you nak cakap. Ok macam mana kalau betul i kemungkinan akan marah mungkin i akan marah sekejap je. Bukan ke i sayang sangat dengan you. Jadi you tenang, ok?"kata Aaron.
Kata-kata Aaron selalu memberikan ketenangan buat Aina. Sekali lagi dia cuba mengambil nafas. Kalau dia tidak meluahkan perasaannya pada Aaron sekarang, bila lagi,kan?
"Errr... sebenarnya.... i nak cakap pasal Eyra". Saat itu hanya bayangan wajah Eyra yang muncul dalam kepalanya bersama dengan berjuta-juta perkataan maaf. Yelah, kalau rasa bersalah memang macam itulah jadinya.
"I tahu sebenarnya Eyra suka dekat you selama ni. Tapi i diam je sebab dia sendiri yang nak i rahsiakan benda ni daripada you"kata Aina.
"Apa yang mengarut ni, Aina? You tahu,kan. Eyra kawan baik i. Dia tak mungkin ada perasaan dengan i. Selama ni tak ada pun dia beritahu i yang dia suka dengan i"kata Aaron yang cuba berdalih dengan kenyataan yang dibawa oleh Aina. Dia tidak mahu persahabatannya dengan Eyra musnah disebabkan perkara itu.
"Ya, i tahu. You mungkin tak percaya. Tapi itulah kenyataannya, Aaron. Eyra diam sebab dia nak you bahagia. Dia sanggup lupakan cinta dia semata-mata nak lihat you bahagia. Sebenarnya, kalau nak dibanding pengorbanan Eyra dekat you berbanding dengan i, i rasa dia lebih banyak berkorban untuk you. Maafkan i, Aaron. I cakap ni bukan sebab nak putuskan apa yang kita bakal kecapi nanti tapi andai suatu hari nanti i tiada i harap you pilih Eyra sebagai pengganti i"kata Aina bersama dengan air mata.
Aaron terkejut dengan pengakuan Aina itu. Sebuah rahsia yang cukup besar disimpan oleh Aina dan Eyra. Pada petang itu, Aaron langsung tiada seceria yang biasa dia lihat. Seolah-olah memikirkan sesuatu.
Adakah salah dengan apa yang telah diberitahunya tadi? Dia cuma tidak mahu ada rahsia antara mereka. Aaron menghantarnya hari itu dengan senyuman tetapi Aina dapat merasakan senyuman yang dia lihat bukan senyuman yang selalunya diberikan Aaron buatnya. Senyuman yang seakan-akan dibuat kerana tidak mahu membuatnya risau.