webnovel

Damon Revenge

Every life is a story, thank you for being part of my story.

TintaHitamTanpaAra · Urbano
Classificações insuficientes
82 Chs

78.

Tangan kanan yang bercincin pada jari manis itu gerak menyentuh skrin ipad. Membaca butiran artikel yang tertera pada skrin.

Ianya mengenai Desmond yang telah disabitkan atas kesalahan membunuh 9 orang pelabur syarikat demi mengaut keuntungan. Bukti mengesahkan terdapat satu akaun rahsia si bawah nama lelaki itu mengandungi sejumlah wang sangat besar. Diberikan oleh 9 orang yang dia bunuh. Pihak polis lebih yakin apabila dapati Desmond salah guna dadah melampau. Alasannya kerana lelaki itu kena kesan sampingan dari perubahan dia dari perempuan kepada lelaki.

Selain itu, berita kematian ayah Desmond turut tersebar meluas. Siasatan beritahu bekiau mati kerana gantung diri sebab tak boleh terima kenyataan yang anak lelaki dia bukan la lelaki asli. Malu nak hadap umum, ayah Desmond ambil keputusan untuk bunuh diri.

Sedangkan kenyataannya bukan begitu.

Apa yang menimpa mereka semua sudahpun di rancang. Sayang seribu sayang...hanya kerana harta dan kuasa. Gelap mata sampai tak boleh nak beza mana baik mana buruk.

Selesai baca, ipad itu di letakkan ke atas meja sebelum tangan itu gerak mencapai gelas berisi smoothie dan di bawa dekat.

Sambil sedut minumannya, mata dia gerak memandang sekeliling tempat itu seakan mencari sesuatu sebelum satu sentuhan hinggap di bahu dia dari belakang.

"Sorry lambat...mana Ryan. Kenapa dia tinggal kau dekat sini sendiri?"soal Damon yang baru datang ke situ.

"Entah...dia kata ada something nak buat. Awak dari mana ni?"balas Xiana.

Damon capai gelas smoothie Xiana lalu disedut air tu dengan rakus. Penat betul dia. Ke hulur hilir dia nak uruskan perpindahan mereka hari ni.

Xiana tak tahu yang mereka akan tinggalkan tempat ni hari ni. Jadi Damon suruh Ryan alihkan perhatian Xiana dengan bawa Xiana keluar jalan di shopping complex tu sementara yang lain bantu dia kemas barang dan apartment.

"Dah makan?"dalih Damon. Dia tak nak jawab soalan tu sehingga masanya tiba.

Kening Xiana berkerut bila Damon buat tak tahu soalan dia. "Saya tunggu Ryan baru makan nanti. Awak nak makan sekarang ke?"

Damon tolak gelas smoothie Xiana yang dah kosong ke depan Xiana dengan selamba. Lega dia. "Tak apa la..kita jalan-jalan je."

Sambil pandang gelas yang kosong, Xiana berkata. "Okay. Ikut awak.."dia tolak gelas tu jauh dari dia.

Tak lama kemudian, Ryan muncul. Lelaki tu muncul dengan senyuman goofy dekat bibir pegang patung beruang dekat tangan.

"Tengok apa saya dapatkan untuk Cik Xiana."

Xiana buat muka bila tengok patung tu. "Dari mana awak dapatkan benda ni.."

Damon hanya pandang melalui cermin hitam yang dia pakai.

"On the way balik dari toilet tadi saya nampak booth arked. Saya singgah situ

kejap."cerita Ryan.

"Awak bawak benda tu ya..saya tak nak pegang benda berat tu sepanjang masa."Xiana bangun dari situ sambil capai ipad dia.

Damon ikut bangun dari situ sambil seluk tangan dalam poket seluar dia.

"Beres. Tapi comel tak...tengok muka dia buat saya teringat pada cik."komen Ryan.

Xiana ketawa sambil rangkul lengan Damon dan dipeluknya dengan erat sewaktu memandang Ryan. "Kalau awak suka kenapa awak tak ambil je.."Xiana pegang tangan lembut patung beruang putih tu sewaktu jalan bertiga-tiga sepanjang laluan itu.

"Boleh ke saya ambik?"tanya Ryan dengan mata terangkat penuh teruja.

Xiana ketawa bila tengok reaksi kebudak-budakan Ryan. Comel je."Memangnya awak ni berapa tahun minat dengan patung macam ni?"tanya Xiana sambil goyangkan tangan beruang tu.

"25."jawab Ryan memegang tangan patung yang satu lagi.

"Serius la.."Xiana pandang tak percaya.

Damon dekat sebelah hanya pasang telinga akan perbualan dua orang itu. Kadang-kadang dua orang ni berkelakuan macam kawan, ada masa tu berkelakuan macam adik beradik ada masa tu berkelakuan seperti puan besar dengan orang suruhan. Dia nak jelous pun kena fikir tiga empat kali.