webnovel

CURANG by LemanTempe

"AWAK MEMANG DAH GILA!!apa yang dia buat sampai awak jadi macam ni??!" kata Lisa isteri kepada Hazman yang mengetahui kegiatan suaminya itu. Semakin hari semakin parah apabila hadirnya seorang gadis yang bernama Amira

afeezeboyz · Adolescente
Classificações insuficientes
4 Chs

Pertengahan : Berubah

Hari demi hari, perubahan makin ketara sehingga dia tidak mampu mengawal dirinya.

Hazman mengenali Lisa sejak sekolah menengah lagi. Lisa merupakan seorang gadis yang sempurna dan menjadi sebutan apabila perwatakannya yang sopan serta cemerlang di dalam setiap peperiksaan menyebabkan namanya bukan sahaja disebut dikalangan pelajar lelaki namun guru-guru yang mengagumi pencapaian gadis itu.

Hazman bukan seorang yang PLAYBOY atau Buaya darat, namun dia sanggup lakukan apa sahaja untuk Lisa memandangkan gadis yang cantik itu adalah cinta pertamanya. Akan tetapi hanya kerana seorang gadis, Hazman merasai cinta yang diperolehi selama ini masih belom mencukupi baginya....

Perubahan makin ketara apabila Hazman mula tersenyum seorang diri di meja makan, wujud juga sempadan rahsia antara dia dan Lisa sehingga isteri yang selama ini mempercayainya makin resah melihat suaminya itu.

"Abg dah lama kita tak spendtime sama-sama holiday dengan anak-anak or mybe kita boleh honeymoon berdua hehe"

Hazman hanya berdiam diri dan mengenang sesuatu sehingga suara isterinya itu kedengaran samar-samar walaupun mereka baring bersebelahan.Hazman kelihatan tersengih memandangkan atap rumah mereka itu.

"ABANG! dengar tak saya cakap ni?"

Lisa bertanya kepada suaminya itu: "Apa yang difikirkan sangat tu..sampai saya jerit baru nak toleh?" Hazman seperti disiram air ketika tertidur apabila isterinya menegur melihat kelakuannya itu. Hazman memberitahu isteri kesayangannya "Oh, tadi kat restoran ada customer yang puji cakap daging yang kita guna untuk lamb chop tu lembut dan sos dia memang PADU hahahah tu yang teringat sampai skrang" jawab Hazman yang melindung bayangannya yang sebenar.

Kini genaplah sebulan Amira Bekerja di Restoran ini. Layanan yang diberikan pada Amira kelihatan sangat ketara berbanding pekerja yang lain, sehingga menimbulkan kecumburuan rakan sekerja yang lain. Namun Amira bukan gadis yang MIANG.

Amira seorang yang agak pendiam namun peramah bila disoal, akan tetapi dia banyak mengundang masalah dan mendapat aduan daripada pelanggan kerana Amira selalu silap dalam mengambil order dan pernah menumpahkan air di meja pelanggan sebanyak 2 kali. Oleh itu, rakan sekerja Amira agak tidak senang dengan kelakuannya itu. Mana tidaknya, kesilapan yang dilakukan oleh Amira itu seperti tidak dipandang oleh majikan mereka yang sering memaafkannya dengan alasan itu perkara biasa.

Namun, Hazman perlu juga bertindak agar tidak menimbulkan sebarang keraguan oleh pekerjanya.

Pada petang hari Ahad, Amira dipanggil oleh Hazman kerana kesalahannya dan Amira juga mempunyai masalah disiplin kerana kerap tidak hadir ke tempat kerjanya. Namun lengguk badan Amira yang penuh simpati menyebabkan Hazman tidak mampu untuk menegur dengan keras dan hanya mampu untuk bertanya apa masalah yang dihadapi. Amira menjawab :"mira sebenarnya selalu demam pastu badan ni rasa tak sedap and sesak nafas, mira tak boleh terlalu aktif sebab Amira selalu susah nak bernafas nak lagi pergi kerja jalan kaki, so mira tak boleh nak rush" Tanpa ragu Hazman tidak langsung mempersoalkan kenyataan Amira  malah mempelawa gadis comel itu kalau nak ke klinik untuk mendapatkan nasihat daripada doktor tentang masalah yang dihadapinya. Amira menolak pelawaan itu dan mengatakan "tak per mira boleh jaga diri sendiri dan mira cuba untuk datang kerja on time". Hazman bertanya lagi pada Amira untuk mendapatkan kepastian dan Amira dengan yakin mengangguk. Setelah selesai, Amira bangun daripada kerusi dan menuju ke pintu office kecik itu sambil diperhatikan oleh Hazman yang sesekali curi-curi pandang keindahan tubuh gadis itu yang baginya sangat menawan dan cukup untuk menegangkannya.

Hazman seorang yang bijak dalam perniagaan, pelbagai strategi dan usaha keras telah disumbangkan untuk memastikan perniagaannya itu berjaya. Ketika perniagaannya berada dipuncak, Hazman seperti hilang fokus dan lebih tertumpu pada perniagaan barunya iaitu, mengambil hati pekerja kesayangannya itu.

Ketika waktu operasi sudah pun tamat, Hazman masih di restoran berikutan kerja yang perlu dilakukan dan juga menguruskan hal berkaitan gaji pekerja. Hazman telah membayar semua gaji pekerjanya secara cash dan terdapat bonus kalini setelah sambutan pembukaan cawangan baru ini diterima baik oleh pelanggan. Amira merupakan pekerja yang terakhir menerima gaji daripada bosnya itu, setelah menerima gaji Amira menerima pelawaan daripada Hazman untuk menghantarnya pulang kerana waktu sudah lewat malam dan cuaca agak tidak mengizinkan, takut sampai rumah mandi air hujan. Amira bersetuju kerana dia pun cuba mengelak daripada terkena hujan, maklumlah selalu demam katakan. Di dalam kereta Amira bertanya pada Hazman "Abg tak pe ke balik memalam hantar mira ni....sebab rumah mira tak lah jauh mana, rumah abang yang jauh takut kak Lisa marah" Hazman membalas sambil tersenyum "Apa yang jadi salahnya abg hantar pekerja abg balik, lagipun kan nak hujan ni, nanti kalau mira demam abg sebagai majikan ni jugak yang susah nanti". Amira cuma mampu tersenyum. 5 minit kemudian sampailah dihadapan rumah Amira dan Hazman sekali lagi mempelawa Amira untuk menjemputnya esok untuk pergi kerja. "Dah, ambil no telefon abg ni, nanti whatsapp abg kalau tak sihat ke apa jangan senyap je and terus x datang keje, lagi satu esok tak payah jalan kaki abg amik kat umah, siap awal sikit" Amirah membalas dengan reaksi terkejut dan terus mengatakan "ehh tak menyusahkan abg ke?" Hazman cuma menggelengkan kepala dan menyuruh Amira untuk segera masuk ke rumah, Amira pun meninggalkan kereta mewah itu dengan mengatakan ucapan terima kasihnya.

Hazman seperti orang angau apabila beliau sering membelek dp whatsapp Amira sebelum tidur tanpa pengetahuan isterinya. Keesokan harinya, Hazman bersiap terlalu awal dan ingin keluar ke restoranya tidak seperti selalu. Kerana selalunya, Hazman cuma akan pergi ke restorannya pada waktu petang dan terdapat banyak masa yang terluang dan dimanfaatkan dengan aktiviti keluarga seperti lunch bersama. Namun Lisa tidak mengesyaki apa-apa dan merelakan suaminya itu pergi walaupun lauk sudah dihidang untuk makan bersama.

Seperti dijangka, Amira telah lama menunggu Hazman di hadapan pintu rumah makciknya itu. Ketika Amira melangkah memasuki kereta, Hazman seperti hanyut didalam lautan khayalan apabila wangian yang dipakai oleh Amira menusuk masuk kehidungnya dan meresap ke dalam otaknya membuatkan beliau hanyut seketika. Ketika di dalam perjalanan mereka mula bersembang dan bergurau senda. Amira sempat menunjukkan sedikit calar ditangannya yang dia dapat ketika belajar menaiki basikal di kampung dulu. Hazman menoleh dan tah bagaimana seperti nampak jongkong emas di depan mata apabila melihat kulit tangan Amira yang putih mulus dan lembut, dan tiba-tiba terdengar teriakan "ABANG!!" Hazman menoleh kehadapan dan melihat kereta hadapannya sedang berhenti dan Hazman sempat menekan pedal break secara mengejut dan meletakkan tanganya melintangi badan Amira agar tidak tersentak ke hadapan. Jantung berdegup laju dan hembusan nafas yang kencang kedengaran daripada pada mereka berdua akibat terkejut dengan kejutan itu. Hazman teruskan perjalanan dan kalini dia lebih fokus ke hadapan dan tidak lagi leka.

Mereka selamat tiba dihadapan Restoran dan kelihatan pekerja lain yang terlebih dahulu tiba seperti membisik sesuatu kepada rakan mereka. Hazman seperti tahu apa yang dibisikkan oleh mereka menyuruh pekerjanya itu menyambung tugas mereka dan menghadiahkan jelingan marah.

Di rumah

Hazman seperti tidak selesa di rumah sendiri apabila dia sering duduk di luar rumah untuk melihat telefon bimbitnya itu. Lisa pernah menegur suaminya itu namun tidak diendahkan oleh suaminya itu. Namun rasa percaya masih wujud di dalam diri Lisa terhadap suaminya itu, walaupun mereka kurang bersama dan suaminya kelihatan sibuk daripada sebelum ini. Lisa seorang yang berfikiran positif dan dia menganggap semua ini berlaku kerana suaminya itu perlu menjaga dua cawangan dalam satu masa.

Apabila masuk waktu tidur, sesekali Lisa cuba memancing suaminya itu untuk melakukan hubungan intim yang lama ditinggalkannya, namun Hazman menolak dan mengatakan dia penat dan esok mahu bangun awal. Lisa faham keadaan suaminya itu dan melelapkan mata sambil memeluk suaminya itu.

"KENAPA GELOJOH SANGAT! MACAM TAK MINUM SEPULUH TAHUN! pergi dapur amik kain LAP!" Teriak Hazman apabila anaknya menumpahkan air milo di atas meja.

"kenapa abg ni?" tegur lembut Lisa.

Hazman menggangkat kaki terus ke bilik.

"Pergi dapur cepat amik kain" pinta Lisa kepada anaknya itu sambil kecewa melihat tindakan suaminya itu terhadap perkara yang kecil.

Hazman seperti mempunyai tubuh yang sama tetapi perangai yang berbeza apabila dia sering memarahi anaknya itu. Bayangkan saja, ketika anak lelakinya itu sedang riuh bermain permainan dan mengganggu dia yang sedang leka menghadap whatsapp, Hazman terus menengking anaknya itu dengan perkataan "BODOH!" dan terus masuk kebilik dan hal ini tidak diketahui isterinya itu. Kalau perkara ini didengari oleh mama yang sangat menyayangi anaknya itu, pasti akan retak seribu hatinya mengenang perasaan anaknya itu.

Lisa masih bersabar dengan sikap suaminya itu walaupun sering juga ditengking dan dimarahi dengan kesilapan yang kecil. Hazman juga seperti tidak ada waktu lagi untuk bersama keluarganya apabila dia sering berada di luar berbanding di rumah. Lisa mula menyedari kelakuan suaminya yang semakin hari semakin berubah dan Lisa tidak berkesempatan langsung untuk membincangkan hal ini bersama suaminya itu. Manakan tidaknya, setiap kali Lisa mempertikaikan kelakuan suaminya itu, Hazman tidak dapat menerimanya dan mengatakan isterinya ini terlalu cemburu dan suka berfikiran negatif.

Perkara ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati Lisa yang tidak sanggup melihat perubahan suaminya itu. Jadi Lisa mengambil keputusan untuk menyelidiki sendiri masalah suaminya itu.

Ketika Hazman sedang leka tidur, Lisa yang sedang dari tadi berpura-pura tidur mencelikkan mata, dan memastikan suaminya itu benar-benar tertidur.

Lisa menyelusup tangannya perlahan-lahan kebawah bantal Hazman untuk mencapai telefon bimbit yang diselitkan itu, dan membuka telefon bimbit tersebut dan Lisa terkejut apabila.....

Bersambung