webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · Adolescente
Classificações insuficientes
78 Chs

Bab 42 : Aku maafkan kau Sarah

Sehari selepas ditahan wad, Zara dibenarkan keluar dari hospital. Di hantar oleh Taylor sendiri ke hostel. Sepanjang perjalanan ini pelbagai benda bermain dalam fikiran Zara.

Seperti yang dijangka Zara, Sarah berada di dalam dorm sewaktu dia tiba di situ. Dengan muka sembab dan wajah muram tiada tenaga, Sarah duduk di atas katilnya sambil termenung memandang ke lantai.

Sambil menanggalkan kasut dari kaki, Zara memegang tiang katilnya. Setelah selesai dia jalan ke meja kerja. Meletakkan beg pakaian dan telefonnya di atas meja.

Mata Sarah bergerak mengikut pergerakkan Zara yang sepertinya berkelakuan menghalimunankan kewujudannya di situ.

"Mana kau dah pergi?"tanya Sarah dengan suara serak sedihnya.

Zara mendiamkan diri.

"Aku tunggu kau hari tu tapi kau tak munculkan diri....aku cari kau dekat dewan kuliah kau tak datang..."bicara Sarah dengan sedih.

Zara jalan mendekati meja belajar tanpa menghiraukan Sarah.

"Kau takkan cakap dengan aku langsung ke?"tanya Sarah lagi.

Zara tak bersuara sewaktu duduk di kerusi meja belajarnya. Dia cuma termenung memandang gambar dimana dia dan Sarah sedang tersenyum membuat jari 'peace' dengan muka comot dengan kesan krim kek. Gambar yang diambil sewaktu menyambut hari lahir Sarah tahun lepas.

"Zara...aku minta maaf...tak boleh ke kita berbaik semula...."tanya Sarah yang tidak tahan dengan kebisuan Zara. "Aku buat apa yang disuruh je..bukannya aku sengaja rahsiakan semua ni dari kau..."

Zara seperti orang tiada perasaan hanya termenung dengan renungan kosong dan muka tanpa ekspresi. Lama dia macam tu, membiarkan Sarah serabut bertanya itu dan ini tanpa henti padanya.

Setelah seketika membiarkan keadaan itu berlangsung Zara mengalah. Dengan berat, dia membuka mulut lantas bersuara."Aku penat." sebut Zara dengan lemah tidak bertenaga sambil termenung memandang bingkai gambar.

Sarah pandang tepi badan Zara dengan kening berkerut.

"Aku pun..."luah Sarah sambil tunduk memandang jari jemari.

Zara memandang wajah Sarah dan juga dirinya yang tersenyum girang dalam foto itu.

"Aku fikir kau adalah orang yang aku boleh bergantung harap untuk tak kecewakan aku macam orang lain...tapi aku salah. Kau sama je macam orang lain... Gunakan aku...kemudian sakiti aku..."kata Zara dengan nada suara tiada perasaan dan mendatar.

Sarah menggeleng kepala.

"Tak Zara...aku tak pernah ada niat untuk buat semua tu. Aku berani sumpah. Masa aku kawan dengan kau, aku tak pernah tahu siapa kau yang sebenarnya. Sampaikan hari kita habis belajar dekat kolej...dari situ Damon nampak kau...tahu kau adalah kawan aku selama bertahun. Dia beritahu aku siapa diri kau yang sebenarnya...semua cerita mengenai apa yang menimpa kau buatkan aku tak sampai hati nak beritahu kau...takut kalau kau marahkan aku dan tuduh aku kawan dengan kau sebab kesiankan kau...jadi Damon suruh aku rahsiakan dulu"

Zara memalingkan kepala ke arah Sarah, pelik kenapalah nama Damon sahaja yang disebut. Dengan siapa Sarah berkawan sebenarnya?Dia ke Damon?

"...lepas kita masuk universiti, Damon beritahu dekat aku, kalau nak aku boleh beritahu kau siapa aku sebenarnya...tapi aku tak berani nak beritahu semua tu dekat kau...lepas apa yang berlaku dekat kau...aku tak berani nak sakitkan kau lebih dari apa yang dia orang dah buat dekat kau..."jelas Sarah. "Tolong jangan buang aku...siapa lagi kawan aku kalau bukan kau..."kata Sarah dengan kening berkerut hendak menangis.

Zara memandang Sarah dengan perasaan serba salah. Kalaulah dia boleh putar balik masa dimana dia tidak patut mulakan persahabatannya dengan Sarah, pasti dia tidak akan sakiti perasaan Sarah lebih teruk lagi macam ni.

"Aku dah maafkan kau Sarah...semua ni bukan salah kau. Tapi aku-"ucap Zara.

Sarah yang dengar terus bangun dari katil Zara dan mendapatkan Zara. Dia melutut di depan Zara sebelum memeluk bahu Zara.

Zara pandang Sarah dengan kening berkerut. Memangnya semua orang suka melutut depan dia eh?

"terima kasih Zara...kau lah sahabat dunia akhirat aku...aku janji aku takkan rahsiakan apa-apa dari kau lagi..."ucap Sarah sambil tersedu-sedan.

Zara menepuk belakang Sarah dengan sedih.

"Kau pun...terima kasih sebab sentiasa berada di sisi aku..."ucapnya dengan ikhlas. Nampaknya bukan sekarang masanya untuk dia putuskan hubungan Sarah. Mungkin lepas masalah Kennedy diselesaikan.