webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · Adolescente
Classificações insuficientes
78 Chs

Bab 35 : Eh...bukan Kennedy tapi kamu

Selepas tenangkan diri dan kumpulkan semula diri supaya kembali normal Zara berjalan masuk ke ruang makan itu dengan senyuman di bibir. Dia memandang ke arah Kayla yang sepertinya tidak puas hati sementara Kennedy sudah muram di sisi Damon. Rania pula menjungkit kening ingin tahu ke Zara.

"Seorang saja?Mana Sarah?"tanya Rania sewaktu Zara kembali duduk di sebelahnya.

"Oh...katanya nak ambil angin sekejap tadi.." jawab Zara sambil tersenyum.

Sementara James yang perasan mata Zara kelihatan sembab dan kemerahan tersenyum jahat. Zara yang perasan akan senyuman di bibir James kemudiannya memandang Damon sekilas lantas bersuara.

"Jadi macam mana dengan perbincangan tadi?Apa yang saya terlepas?"soal Zara pada Rania.

Rania yang dengar tersenyum senang.

"Damon dah ada pilihannya. Dan aunt pun setuju dengan dia...kan Sayang...""Rania memandang Benz yang duduk kerusi sebelah kanan Benz, sementara Kennedy yang duduk di kiri Damon seperti mahu menangis.

Zara tersenyum lalu memandang Kennedy."

"Oh ya...taniah Kennedy..."ucap Zara dengan ikhlas pada Kennedy.

Benz yang dengar terus bersuara.

"Eh...bukan Kennedy..tapi kamu.."

Senyuman di bibir Zara terus hilang ia diganti dengan renungan terkejut.

"Sorry..apa dia tadi?"soal Zara yang sedikit terkejut dengan makluman itu. Damon pilih dia?Kenapa?Baru dia nak selesaikan hal dengan keluarganya dan juga Sarah. Tiba-tiba muncul pula berita tak menyenangkan ni.

Damon memandang Zara dengan renungan kosong sambil mencapai gelas berkaki yang terisi dengan air kosong lalu di sisip sedikit.

"Saya pilih awak."suara dalam lelaki itu menyapa telinga Zara. Membuatkan kening Zara berkerut.

"Taniah sayang..."ucap James dengan senang sewaktu memandang Zara.

Zara pandang James dengan renungan tak faham sebelum sentuhan lembut terasa di bahunya buatkan dia tersentak.

"Aunt harap kamu tidak tolak..."ujar Rania sambil memberi senyuman penuh berharap pada Zara.

Kennedy pandang tak puas hati ke Zara sebelum memalingkan muka ke arah lain dengan tangan bersilang di dada.

"Kenapa saya?"tanya Zara sambil pandang Damon. "Awak boleh je pilih orang lain..."  bantahnya.

"Saya tahu pilihan saya..."jawab Damon dengan nada tenang.

Kening Zara mencerun tak puas hati.

"Mungkin kami patut beri masa untuk kamu fikirkan..."aju Benz.

Zara mengangguk kepala lalu tersenyum berterima kasih pada Benz.

Damon yang dengar tak bersuara, sebenarnya dia nak bantah. Tapi disebabkan di situ ada orang tua dia nak atau tak nak dia kena jaga sikap.

"Ya...betul..kita patut beri masa pada dia untuk buat keputusan..."balas Kayla berpura-pura tersenyum sedangkan dalam hati rasa macam nak menyumpah depan Zara.

Dalam diam Zara mengepal penumbuk di kedua-dua tangan yang berehat atas pehanya.