webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · Adolescente
Classificações insuficientes
78 Chs

Bab 28 : Ini bukan permintaan tapi arahan.

"Zara kau dah makan ubat belum?"soal Sarah sewaktu baring meniarap di atas katil dengan mangkuk epal di sebelah sewaktu dia sedang menonton drama Goblin melalui ipad.

"Belum..."jawab Zara.

"Kau tahu...aku rasa macam aku ni patut jadi mak kau jer dari  jadi kawan kau..."bebel Sarah semasa bangun dari katil dan mendekati rak buku Zara. Dia keluarkan satu botol ubat dari situ dan jalan mendekati peti sejuk kecilnya. Mengeluarkan satu botol air mineral darinya.

Zara yang dengar ketawa kecil.

"Tak payah...mak tiri aku yang seorang tu pun aku tak boleh nak handle..aku tak nak tambah lagi..." seloroh Zara.

Sarah menyerahkan satu botol air mineral dengan dua biji pil pada Zara sewaktu dia mengunyah epal dalam mulut. Zara mencapai ubat itu sambil memandang skrin komputer.

Sarah memerhati Zara yang menyuap ubat ke dalam mulut dan minum. Sarah ingin mengatakan sesuatu. Tetapi dia sepertinya teragak-agak untuk bersuara. Tidak pasti apa yang dia perlu beritahu pada rakannya itu.

Zara menutup penutup botol air mineral sambil memandang Sarah.

"Asal?"Zara menjungkit kening. Menanti Sarah untuk bersuara.

Sarah tersenyum. Lantas menggeleng kepala.

"Tak ada apa-apa..."jawab Sarah.

Zara yang dengar mengangguk kepala lalu kembali memandang skrin komputer. "

"Okay."

Mata Sarah tiba-tiba kemerahan seperti mahu menangis, tetapi dia cepat-cepat berpaling dari situ dan kembali baring meniarap di atas katil. Keadaan itu kembali senyap. Hanya bunyi ketikan papan kekunci sahaja yang kedengaran sewaktu Sarah mendengar melalui earfon.

Tidak lama selepas itu, cahaya lampu keluar dari permukaan telefon sewaktu panggilan masuk. Menarik perhatian Zara yang sedang menaip. Dia capai telefonnya yang berada atas buku lalu di jawab.

"Zara bercakap..."sapa Zara sambil menekan tetikus.

"Ayah mahu kamu pulang hujung minggu ni..." sapa James dalam panggilan serta merta. Tak ada kata aluan atau sapa yang lebih sopan untuk di dengar.

"Sibuk."balas Zara dengan nada mendatar.

"Ini bukan permintaan tapi arahan. Ayah nak kamu ada di rumah sebelum makan malam bermula. Kita akan makan malam dengan beberapa orang penting..mereka berkenan untuk melihat kita sekeluarga..."tegas James.

Zara yang dengar menjuling mata kejengkelan selepas mendengarnya.

"Aku bukan anak kau...nor yours family. So kenapa aku kena join jugak."sentap Zara.

"Jangan nak buat perangai. Ayah akan hantar orang untuk jemput kamu. Sekiranya kamu berdegil jangan mimpi kamu dapat bertemu dengan nenek kamu tu..."ugut James yang sentiasa berjaya membuatkan Zara mengalah.

Cengkaman pada tetikus itu dieratkan."Berhenti guna nenek untuk tundukan aku!"deram Zara sambil mengecilkan mata kerana geram.

"Zara...ayah hubungi kamu bukan untuk bertekak. Hujung minggu. Ingat tu!"panggilan terus diputuskan begitu sahaja.

Meninggalkan Zara yang sedaya upaya cuba tenangkan diri untuk tidak naik angin.

Sementara Sarah yang sejak tadi dengar membuat muka cuak. Perhatiannya terus lari dari skrin ipad yang sedang memainkan siaran drama korea.