Bila mentari mulai tenggelam di ufuk barat, rembulan mulai menunjukkan taringnya.
Hari ini Orange mengambil keputusan untuk pulang lebih lewat daripada selalu. Dia terpaksa membuat beberapa rujukan dari perpustakaan sekolah. Gara-gara menyertai Fun Run hujung minggu lalu, dia lupa untuk menyiapkan tugasan Pengajian Am yang perlu di hantar minggu ini. Mahu tidak mahu, dia terpaksa merajinkan diri untuk stay back.
Noah yang menjadi 'supir'nya sejak akhir-akhir ini juga terpaksa stay back. Nasib baiklah dia tidak banyak songeh apabila Orange memberitahunya. Kini, lelaki itu duduk di sofa ruang membaca majalah dengan earphone setia berpasang di telinganya. Dia berpeluk tubuh sambil matanya terpejam rapat, mungkin sudah terlena diulit mimpi.
Orange tersenyum sendiri, lucu dengan keadaan Noah. Kemudian matanya menatap wajah lelaki itu penuh keasyikan. Rambut blonde milik Noah, jatuh menutupi separuh dari wajahnya, hidungnya sempurna, mancung tidak memerlukan sebarang pembedahan plastik, bibirnya seksi menjadi kegilaan ramai gadis (tidak termasuk Orange), kulitnya putih mulus tanpa sebarang cela. Kadang, Orange berasa malu dengan kulitnya yang tidak semulus kulit Noah. Sedangkan dia adalah gadis dan Noah adalah jejaka. Dia mesti ada bertan-tan produk kecantikan di rumah. Mustahil, lelaki boleh mempunyai kulit semulus itu. Kecuali dia seorang yang menjaga kecantikan, tapi biasanya hanya golongan gay sahaja yang menjaga kulit lebih rapi daripada wanita. Gay? Orange tertawa sendiri di dalam hati. Patutlah, berkali-kali dia tekankan yang saya ini bukan taste dia. Gay rupanya. Dia tertawa lagi, tawa di dalam hatinya itu hampir-hampir pecah. Nasib baik sempat di kawal.
Perhatian Orange terganggu apabila dia terdengar beberapa orang pelajar tingkatan 5 di hujung mejanya berbisik-bisik. Orange tahu dari riak wajah mereka dan tingkah mereka, mereka sedang membicarakan tentang Noah. Dia menjeling sekilas memandang Noah di sofa. Masih tidak bergerak, sungguh-sungguh terlena. Tanpa dia sedari, dia sudah berada di tepi lelaki itu. Tangannya laju menyentuh dahi Noah. Tindakan refleks tersebut membuatkan dia sendiri terkejut. Tubuhnya bergerak di luar kawalan mindanya.
Noah membuka matanya terkejut dengan sentuhan tangan Orange. Matanya terpaku, memandang Orange dengan penuh kehairanan. Orange yang turut terkejut pantas menarik tangannya kembali.
"Ingatkan awak sakit. Asyik tidur sahaja. Waktu rehat tidur, sekarang pun tidur."
Noah tidak menjawab. Dia menggosok matanya yang kembali segar kemudian menggeliat malas.
"Kerja awak sudah siap?"
Orange menggeleng perlahan.
"Sedikit lagi. Are you busy? You may go home. I'll call my mama to come. You look exhausted." Ujarnya sedikit risau dengan Noah.
Noah tidak mempedulikan kata-katanya.
"Sambunglah buat kerja awak. I can wait." Selesai dengan kata-katanya dia kembali memejamkan matanya.
Orange melirik sekilas memandang gadis-gadis tadi. Kemudian, kembali ke tempat duduknya dengan puas hati. Puas hati kerana dapat membuatkan gadis-gadis tersebut meroyan sakit hati melihatnya. Well, as people know he is her boyfriend. Perkara yang dulunya tidak mampu dia lakukan kini dia dapat lakukan.
Sedang dia sibuk mencari-cari buku rujukan lain di dalam rak buku, matanya terpaku melihat Caleb di sebalik rak tersebut tersenyum manis memandangnya. Bila masa pula Caleb masuk ke dalam perpustakaan, boleh pula dia tidak perasan. Matilah kalau Noah melihat Caleb mendekatinya. Orange menoleh pantas memandang Noah yang masih berada di ruangan majalah. Dia menarik nafas lega, nasib baiklah dia masih tertidur dengan lenanya.
"Are you looking for a reference's book for your Pengajian Am?" Caleb bertanya separuh berbisik. Orange mengangguk was-was sambil matanya sesekali melirik ke arah Noah.
"Why don't you tell me. I've tons of reference's book, i got from district library. We should shared it." Caleb menambah lagi. Orange sekadar tersenyum sambil tangannya sibuk membelek-belek buku di hadapannya.
Perasaan excited yang selama ini wujud setiap kali melihat Caleb tidak muncul. Malahan, dia juga tidak mempunyai sebarang perasaan gembira atau teruja. Kalau sebelum ini, berselisih di jalanan sahaja sudah mampu membuatnya terketar lutut. Apatah lagi kalau di tegur, sudah tentu senyumannya sampai ke telinga.
Namun, kali ini dia lebih gelisah dan risau jika Noah melihat dia dan Caleb sedemikian rupa. Sebab itulah dia berkali-kali melirik memandang Noah. Dia tidak mahu kejadian yang sama berulang lagi seperti sebelum ini.
"Awak nak pinjam buku rujukan saya? Kita boleh siapkan tugasan bersama-sama. Lagi pun, dengar-dengar awak terror Pengajian Am. Saya nie kurang cun kalau pasal bab-bab pengetahuan am." Caleb cuba memancing.
Orange tersenyum lagi, kemudian menggeleng perlahan.
"Its okay. Rujukan saya sudah cukup. Lagi pun, saya bukannya hebat sangat. Corina is better than me." Dia menolak sopan. Tolakan itu membuatkan dia sendiri berasa terkejut, boleh pula dia menolak pelawaan Caleb. Hello, that is Caleb! Pujaan hatinya selama ini. Lelaki yang dia idam-idamkan untuk menjadi kekasih hatinya.
Caleb kelihatan agak terkejut sedikit. Tidak menyangka yang Orange akan menolaknya.
"Awak belum siap lagi?"
Suara itu mengejutkan Orange. Nasib baik buku di tangannya tidak terlepas. Lututnya menjadi lemah, Noah yang dia sangkakan masih tertidur di sofa kini sedang berdiri di sebelahnya.
"Siap. Sudah siap. Lets go home."
Cepat-cepat Orange menyimpan kembali buku tersebut di atas rak dan menarik lengan Noah agar mengikutnya pergi tetapi lelaki itu tidak berganjak. Sudah...matilah. Takkan di sini pun mereka mahu bergaduh. Orange menggigit hujung bibirnya.
Perlahan-lahan dia mendongak memandang Noah. Matanya tajam merenung Caleb di sebalik rak sambil tangannya di dalam poket seluar slacknya. Tidak ada sekelumit senyuman pun terukir di wajahnya.
"Noah...lets go home."
Orange menarik tangan lelaki itu sekali lagi dengan harapan Noah akan bergerak pergi. Siapa yang tidak cuak, mengingatkan peristiwa sebelum ini. Hampir seminggu juga lebam di wajah Caleb tidak hilang-hilang. Nasib baiklah, tidak ada guru yang melihat kejadian tersebut. Maka, mereka berdua tidak dikenakan sebarang tindakan. Tambahan lagi, Caleb tidak melaporkan kejadian tersebut kepada guru mereka dan hanya mengatakan yang dia terjatuh tanpa sengaja. Tetapi kali ini, jika mereka tiba-tiba bergaduh lagi, memang mencari nahas. Sudahlah di perpustakaan, dengan ramai saksi dan perpustakaan sekolah juga di lengkapi dengan kamera litar tertutup. Orange menelan air liur gementar.
"We need to talk."
Noah berkata singkat kemudian berlalu pergi meninggalkan Orange terpinga-pinga.
Eh, dia cakap dengan saya ke? Matilah, matilah. Orange bertambah gelisah. Bukan salah dia pun, bukan dia yang sengaja datang dan pergi berbual dengan Caleb. Caleb sendiri yang datang kepadanya dan memancing dia untuk berbual. Lagi pun, dia menolak pelawaan Caleb untuk meminjamkan bukunya dan membuat tugasan bersama-sama.
Caleb yang tadinya tidak berganjak turut melangkah pergi menyusul di belakang Noah.
Eh, bukan saya yang dia maksudkan? Orange bingung. Hanya ekor matanya sahaja yang merenung dua orang jejaka tersebut sehingga hilang di sebalik pintu. Orange terpaku seketika. Menyedari perkara yang bakal berlaku, dia cepat-cepat kembali ke mejanya dan menyusun laptop serta barang-barangnya.
Dia mencari-cari bayang Noah dan Caleb di sekitar koridor bangunan sekolah. Namun, kecewa. Dia berdoa di dalam hati agar tidak ada apa-apa yang akan berlaku. Sebelum ini, perkara seperti ini agak mustahil untuk berlaku kepadanya. Kini, dia sendiri bingung. Dia bukannya gadis hot stuff tapi boleh pula dua jejaka pujaan ramai bergaduh tentang dia (tahap perasan itu semakin tinggi). Perasaan bangga itu memang ada tetapi risau itu lebih besar. Apa yang dia nak jawab dengan parents dia dan parents Noah atau Caleb nanti.
Setelah lama berlegar-legar di kawasan sekolah tetapi gagal mencari bayang Noah atau Caleb, Orange mengambil keputusan untuk duduk di tepi kereta milik Noah. Oleh kerana keretanya masih ada di sekolah, maknanya mereka tidak berada jauh. Kereta milik Caleb juga masih berparkir di hujung parkir kereta.
Orange menguis-nguis tanah dengan jarinya. Fikirannya menerawang jauh, memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh dua orang lelaki tersebut. Janganlah ada apa-apa yang buruk berlaku.
Dia mencapai telefon bimbitnya dan mencari nombor milik Noah. Biarlah peraturan Noah yang mengatakan bahawa dia tidak boleh menghubungi Noah kecuali Noah yang menghubunginya dahulu. Ini masa darurat.
Kringgg ! Kringggg !
Telefon bimbit milik Noah berdering. Dia biarkan mati sendiri tidak bersambut. Matanya masih tajam merenung Caleb di hadapannya.
"Jangan cuba-cuba datang mendekati Orange lagi. Ini amaran terakhir saya." Ujar Noah dengan tegas.
Caleb tersenyum jengkel. Membuatkan api amarah Caleb membara tetapi dia berusaha menahannya.
"Awak siapa untuk menghalang saya rapat dengan Orange?"
Persoalan itu membuatkan Noah seakan hilang akal. Dia mengetap bibirnya geram.
"Don't you know? She is my girlfriend."
Caleb tertawa kecil.
"So? Selagi awak dan dia tidak ada hubungan yang sah. Saya masih ada peluang. Awak tidak berhak untuk menghalang saya atau menghalang Orange mencari kebahagiaan."
Giliran Noah pula tertawa.
"Shes happy with me." Dia menjawab kata-kata Caleb singkat. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia membelasah lelaki itu sehingga lunyai. Nasib baiklah, dia masih berfikiran waras. "Lagi pun, kebahagiaan apa yang awak boleh berikan kepada dia? Awak tidak boleh melindungi sahabat kita dahulu. Sekarang awak mahu berikan kebahagiaan kepada Orange pula?"
Berdesing telinga Caleb mendengar kata-kata Noah. Dia menggenggam penumbuknya erat.
"Awak jangan nak cabar kesabaran saya." suaranya bergetar menahan marah. "Past is past. Tidak perlu diungkit kembali. No matter what i will do or you will do, Leon was gone and will never come back."
Noah tersengih.
"Don't you ever say his name. Because of you, he was dead. If..." Noah tidak meneruskan kata-katanya. Telefon bimbitnya berdering lagi.
"Just take note. Jangan cuba-cuba mendekati Orange lagi or else." Selesai dengan kata-katanya, Noah berlalu pergi meninggalkan Caleb. Hatinya hancur mengingatkan Leon. Dia tidak sanggup untuk mengungkit kembali kisah tersebut. Cukup sakit untuk membuatnya meratapi sahabatnya itu seperti baru kelmarin berlaku.
"There you are!"
Orange berlari anak kearah Noah, matanya tajam memerhati tiap inci tubuh lelaki tersebut. Kemudian dia menarik nafas lega apabila melihat tidak ada sebarang kecederaan atau tanda-tanda pergaduhan.
"Awak pergi mana tadi? Puas saya call awak tapi awak abaikan." Orange bersuara risau.
Noah tidak mempedulikannya, dia menolak gadis tersebut lembut agar masuk ke dalam kereta. Geram terhadap Orange meluap-luap. Tapi dia cuba untuk bertahan dan tidak melepaskan geramnya. Sudah beribu kali dia memberikan amaran tetapi Orange tetap melanggarnya. Apatah lagi apabila memikirkan nama Caleb disebut berkali-kali di dalam diari milik Orange. Marahnya semakin berapi-api.
"I told you right, saya sahaja yang boleh call awak." Noah bersuara setelah beberapa minit berdiam diri di dalam kereta.
Orange melirik sekilas memandang wajah Noah sambil tangannya sibuk bermain dengan hujung rambut.
"Tapi...tadi tue kan darurat. What if something happen?" Orange menjawab berani. Jantungnya masih berdegup kencang kerana terlalu risaukan kejadian yang teruk berlaku. Sewaktu panggilannya tidak berjawab, pelbagai spekulasi mula bermain di mindanya. What if....what if...Nasib baik dia tidak pengsan kerana terlalu takut.
"Awak risau saya belasah Caleb lagi? Lelaki pujaan awak itu?"
Orange terdiam seketika mendengar soalan Noah. Risaukan Caleb? Sejujurnya, tidak terlintas di fikirannya tentang Caleb tadi tapi dia risaukan Noah. Yes, Noah. Dia risau Noah akan tercedera. Entah, kenapa...disebalik rasa meluat dan geram dengan Noah timbul rasa protective dalam dirinya untuk Noah. Rasa cemburu dan rasa mahu memiliki lelaki itu hanya untuk dirinya. Adakah saya menjadi semakin tidak waras? Tiba-tiba lebih risau tentang Noah berbanding Caleb?
"Kenapa diam? Betullah tue kan...awak risau yang saya akan cederakan Caleb."
Orange tidak menjawab. Dia biarkan kata-kata Noah berlalu kerana dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya saat itu. Dia bingung dan keliru sendiri.
Melihat reaksi Orange yang berdiam diri tidak memberikan reaksi apa-apa. Geram dan marah yang tadi dirasakan oleh Noah bertukar menjadi sedih dan sakit hati. Dia tahu, gadis itu menyukai Caleb. Yang mana baginya lelaki sempurna berbanding dengan dirinya. Mahu sahaja dia memberitahu Orange tentang perasaannya tapi dia pendamkan. Apa gunanya? Hanya memalukan diri sendiri sahaja. Maka kalau dia tidak dapat membuatkan Orange berubah hati untuk mencintainya, Caleb juga tidak akan memilikinya. Dia akan membuat gadis tersebut terseksa sekaligus menyeksa Caleb sepertimana yang dia rasakan sewaktu kehilangan Leon, teman karib mereka.