webnovel

CEO itu bukan bos aku.

Lyn asyik menikmati kopi Americano yang dibeli bagi menghilangkan ketagihan kafein yang sangat dicintainya, seawal pagi yang sangat sibuk hanya sekarang sempat mencari kesukaanya itu,sambil matanya liar memerhati manusia yang lalu lalang menjalani kehidupan masing-masing.Cemburu melihat pasangan yang bermanja dan bermesra,dia mengalih pandangan matanya melihat jam di pergelangan tangan ."Sudah jam 9 malam, ahh cepatnya masa berlalu, baru nak mencuci mata sebentar",fikir Lyn yang lelah mengadap hari-hari yang sama setiap hari.Sudahlah hidupnya serasa tiada kebebasan tiada kesempatan untuk berlibur dan hampir tiap masa walau hari cutinya,ketuanya,Tuan Arman Shah yang sangat-sangat cerewet dan sentiasa mencari salah sentiasa mengarahkan dia untuk melaksanakan tugasan mengikut rentak dan suka beliau.Memang la dia di bayar untuk setiap kerja lebih masa tapi.... 'Aku pun manusia juga yang nak memanjakan diri dan menghabiskan masa dengan keluarga dan teman, tiada masa untuk bersosial hanya kerja dan kerja..'. Dia baru berkhidmat tidak sampai tempoh sebulan untuk sang ketua. Sebelumnya dia berkhidmat dengan Puan Kasmah.Andaian diri bila berubah ketua hidupnya lebih aman kerana selalunya ketua perempuan yang lebih cerewet namun dia silap kerana ketua yang baru ini walau nampak sebaik malaikat, bak kata orang tua-tua pijak semut pun tak mati. Mampu kah Lyn untuk terus menjadi setiausaha kepada Tuan Arman Shah, CEO muda yang berkaliber dan gila bekerja?

NorST · Geral
Classificações insuficientes
35 Chs

Malu

Menongkah kepala dan berteleku sendirian, mata Lyn fokus memandang mug yang berisi kopi O tanpa gula satu kebiasaan beliau sebelum memulakan rutin di pejabat. Waktu masih awal dan kebanyakan staff belum hadir lagi dan pantry executive ini semangnya khas untuk kegunaan staff CEO jadinya Lyn duduk sendirian menikmati sarapan pagi dengan tenang. Duduk sendirian begini membuatkan fikiran Lyn melayang-layang dan bermonolog,'hermmm masalah aku ini bukan besar sangat tapi impact dia agak terkesan pada semua juga la terutama urusan pejabat. Kalau di rumah so far keluarga terdekat sudah tahu, so di situ tiada masalah berbangkit. Masyarakat -not yet .Reveal mean life will be hectic a bit and a lot changes in daily life.So what should I do then?'.Soalan itu bermain-main di fikiran Lyn. Tiba-tiba pintu pantry terbuka dan terpacul Suhaila bersama bekalan paginya dan Lyn yang sedang asyik berfikir sendirian, terperanjat dengan kedatangan Suhaila tanpa sedar melontar suara dalam nada sedikit melatah akan apa yang sedang bermain di fikirannya tika itu,"Aku nak confess yang aku dah kahwin oiiii",jujur sungguh fikirannya tika itu. Suhaila yang sedang berdiri memandang Lyn dengan pandangan pelik dan juga hampir ketawa dengan situasi itu kerana pertama kali melihat Lyn melatah, pastinya kerana mereka baru menjadi rakan kerja tidak sampai tiga bulan dan selama ini dia melihat Lyn sentiasa dalam keadaan sentiasa ayu dan tenang.

"Wei Lyn, tak sangka awak melatah gitu hahahaha",akhirnya pecah jua tawa Suhaila dengan gelatah Lyn sebentar tadi. Bila reda tawa Suhaila,dia mengambil kerusi berhadapan dengan Lyn sambil mempelawa Lyn bekalan yang di bawa iaitu finger sandwich."Lyn,tadi masa melatah kata nak confess dah kahwin?,selalunya orang melatah ini apa yang di katakan ikhlas dari hati",risik Suhaila.Pantas di jawab Lyn,"Ahhhhh sebenarnya semalam Lyn baca satu novel ini, so tadi I cam revision sorang-sorang itu yang terpelantung keluar apa yang di fikirkan".Pintar Lyn menjawab menyelamatkan dirinya tanpa tergagap sedikit pun bagi menyakinkan Suhaila."Apa la Lyn ini, pasal novel pun terbawak-bawak dan terfikir-fikir, kan baik kalau merasai sendiri dari membaca!",spontan Suhaila membalas."Apa Sue ingat Lyn tak ada kekasih hati ke?",sedikit hint di berikan oleh Lyn yang membuatkan mata Suhaila membulat ingin mendengar dengan lebih lanjut. Dengan matanya yang membulat dan sedikit teruja,"Lyn ada kekasih?, story please!, wow patut la dalam seminggu ini muka Lyn nampak lebih ayu",sedikit penambah perisa diberikan Suhaila bagi tujuan memancing Lyn. Lyn memandang jarum jam di pergelangan tangan beliau."Dah hampir jam 0900 Cik Suhaila sayang, jom masuk kerja karang big boss panggil, both kena", kebetulan yang sedikit mengecewakan Suhaila."Ish Lyn ini pandai betul tukar topik',agak kedengaran suara kecewa di situ namun tidak putus asa, Suhaila bangun lalu membersihkan meja dan merapikan kerusi dia menyambung,"nanti kita gosip-gosip, ada new topic pasal big boss",sengaja dikuatkan suara pada Lyn yang sedang membasuh mug mereka berdua. Kerjasama sorang bersih meja sorang mencuci.Terpancing dengan topik tersebut Lyn memalingkan muka ke arah Suhaila."Ini Sue mesti belajar dengan Iqbal ini, dah masuk geng bawang dia",usik Lyn sambil mengenyitkan mata pada Suhaila."Syhhhh diam-diam nanti di dengar orang kena chop makcik bawang",ucap Suhaila sambil tangannya dibawa ke muncungnya seolah-olah berbisik sambil ketawa geli hati. Mesra berkawan namun bila berkerja mereka serius.

Tok..tok..tok pintu pejabat Arman di ketuk. Arman yang terlelap tersedar dengan bunyi itu lalu membetulkan suaranya sedikit sebelum berkata,"Masuk". Pintu dibuka dan kelihatan Aidel dan beliau berjalan menuju ke arah kerusi di hadapan Arman lalu duduk.

Intercom di tekan dan Arman meminta Lyn untuk menyediakan 2 cawan kopi untuk dia dan Aidel.

"Arman,so what the matter that you need me to see you this early?",soal Aidel pada Arman.

Belum sempat di jawab Arman,kedengaran ketukan di pintu dan kelihatan Lyn masuk membawa pesanan yang pinta dan keluar semula setelah di letakkan di meja dan di situ dapat di lihat jelas oleh Aidel akan pandangan mata Arman yang tidak lepas melihat susuk Lyn hingga dia berlalu keluar dari ruangan pejabat itu.

Berkali-kali Aidel memandang Arman dan Lyn dan jelas di situ seolah-olah dia tidak wujud di pandangan Arman sehingga Lyn keluar semula. Pada pandangan Aidel tingkah laku Lyn kelihatan seperti biasa sahaja cuma Arman yang tidak berkerlip mata memandang PA nya.

"Ehmmm..ehmmmm",mendegus dan berdehem Aidel tapi Arman masih tiada respon lalu di kuatkan volume suaranya",Encik Arman Shah,HELLOOOO bumi memanggil Encik Arman",panggil Aidel dalam pelat Bristh yang agak pekat, Aidel adalah pan asian mak bangsa melayu , ayah caucasian aka mat salleh dan ianya berjaya menyedarkan Arman dari khayalannya. Mungkin sebab kurang tidur,mungkin sebab keletihan badan dan minda, sikap dan kelakuan Arman adalah di luar sedar tika itu.

"Ah..sorry Aidel aku mengantuk sangat today",Arman beralasan sambil mengusap kening dan mukanya.

"Well Arman, kau jangan nak beralasan, because I know you. Kita tidur sebantal sebelum aku berkahwin dulu",Tersenyih Aidel kerana dia bukan sahaja sahabat tapi mereka akrab seperti adik beradik."Truthfully aku memang mengantuk berat",kenyataan yang benar dan tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun.

"Tidak mengapa Arman, later you can explain it to me. Kenapa kamu panggil aku hari ini,kedengaran sangat penting semalam",Aidel menyambung bicara yang tergendala sebentar tadi.

"Oh I need you to settle something really urgent..",Arman memulakan bicara dan mereka berbincang lanjut dengan tugasan yang harus Aidel urusankan secepatnya. Aidel sememang sahabat yang baik dan pekerja yang cemerlang sesuai dengan jawatan yang di sandang olehnya. Habis selesai perbincangan mereka berdua, Aidel mengajak Arman untuk makan tenghari bersama. Seingatnya sejak dia berada di Malaysia, Arman sangat sibuk dan tiada ruang untuk mereka bersembang. "Later Aidel, can't make up today, this weekend,my promise",janji Arman pada Aidel."Make sure you come okay, your niece missing their favorite uncle, my place at dinner time". "Okey ",sambut Arman lalu mereka berjabat tangan tanda setuju,kebiasaan bagi seorang businessman dan ianya telah menjadi tabiat mereka.

"Lyn, lunch Sue belanja today",kata Suhaila pada Lyn."Sekejap Sue, Lyn nak save file ini dulu, okay dah siap pun.Belanja! I nak makan ayam penyet solo today,jom kita!". balas Lyn lalu tangannya membuka laci meja dan mencapai dompet lalu mereka berjalan, beriringan bersama-sama.Sambil berjalan Suhaila terus memulakan topik yang di dengari dari Iqbal.

"Lyn, you tau tak sekarang ini big boss kita aka our CEO selalu datang sendiri tak nak Iqbal ambik dari rumah dia dan balik pun sendiri cuma kalau urusan dalam waktu pejabat sahaja baru guna khidmat Iqbal. Iqbal merungut semalam yang dia tak ada overtime macam selalu. Dia kata lagi dalam bot kereta bos penuh kasut dan ada beg baju. Macam orang lari rumah", gosip Suhaila tanpa di tanya."Iqbal kata lagi dulu selalu lepas kerja balik lambat sekarang on time terus balik, kalau dia bawa pun terus ke rumah bos tak pergi rumah Dato' cam kebiasaan.Agak-agak la Lyn, bos kita ini ada sesuatu ke?", soalan Suhaila yang tidak dapat Lyn jawab."Sue tanya Lyn?",berkerut dahi Lyn menanya semula soalan tersebut."Mana la Lyn tahu, kalau urusan pejabat tahu la Lyn",itu jawapan yang di terima Suhaila namun jawapan itu bukan la yang di harapkan olehnya. "La, tak kan la Lyn tak tahu apa-apa? selalu tuan Arman segala mak nenek inform Lyn, even birthday Datin last month yang arrange hadiah dan hantar it you - Lyn yang uruskan 'tak kan la' tak de bunyi-bunyi? pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin?",Suhaila cuba mengorek 'sesuatu' dari Lyn. Muka Lyn berubah kemerahan dan bergerut seolah-olah menyembuyikan sesuatu. "Ehmmmmm", panjang keluhan Lyn."Biarlah bos tu,Lyn dah lapar in Sue, jom order dulu",cuba mengelak Lyn berdalih lagi."Okey kita order",Suhaila mengalah tapi dia tidak putus asa untuk mengorek 'sesuatu' dari Lyn tak dapat cerita bos cerita kekasih hati Lyn ,akal Suhaila. Pesanan pun sampai mereka masih berborak-borak lagi kali ini Suhaila mengusik Lyn tentang kekasih hatinya pula."So Lyn dah ada kekasih la ini, bila? wow hebat before this tak pernah mention pun". Lyn terus menjawab, "La takkan la nak announce kat dunia-"HELLO DUNIA, HASLINA ADA KEKASIH HATI gitu!!",gurau Lyn pula."But jujur tau Lyn, selama Sue kat Damai Sutra , tak pernah dengar lagi dengar gosip liar pasal Lyn, your are so clean and neat",bicara Suhaila serius. "Lyn biasa-biasa jer so mana nak masuk carta TOP 10 aka akak ini bukan retis hihihi",balas Lyn berseloroh lagi."Yang tu betul hehehehe",sambut Suhaila pula ketawa dengan kata-kata Lyn. "By the way kenapa Lyn macam kekoh jer bila sembang pasal bos tadi?, ini mesti tahu 'sesuatu' tapi private and confidential",ucap Suhaila lagi."Ha dah tahu lagi buat-buat tanya, Sue sendiri tahu rules tu so stop asking the thing that I can't reveal.",selamba Lyn mengusik Suhaila tidak mahu mengalah. "Alah dengan I pun nak berahsia.I kan setiausaha dia juga",pancing Suhaila lagi."Ehhmmm let me think?",Lyn pura-pura berfikiran sambil tangan mengelek Suhaila bergurau."Okay-okay,geli la you,cerita kekasih Lyn jer la, big boss kita syhhhhhhh kan jer",akhirnya Suhaila mengalah total.

"Kekasih I handsome tu macam tiada but manis,hidung mancung ala-ala pelakon Hindustan",dengan jujur Lyn menyatakan rupa suaminya kepada Suhaila."Hitam manis?,hidung mancung ala-ala hindustan?", ulang Suhaila semula."Dia tak gelap versi cerah",Lyn membetulkan Suhaila semula. "Wah cam handsome jer, ada iras-iras big boss tak?",tanya Suhaila lagi."Ehmm lebih kurang la, tinggi pun sama",ucap Lyn lagi tanpa selindung.' Alah bukan dia tahu pun, lagi pun memang betul Arman',itu yang bermain di fikiran Lyn tika itu. "Wah tengok Lyn bukan main lagi senyuman tu, terbayang-bayang cik abang sayang ke?", usik Suhaila lagi. Malu dengan usikan Suhaila ,Lyn berpura-pura makan dan minum dengan gaya sopan ala-ala wanita melayu terakhir.

"Tak payah nak selindung muka tu wahai Cik Haslina, muka awak tu sangat merah macam udang kena goreng, macam ini baru seronok takde la asyik-asyik Sue jer cerita pasal buah hati boleh la sharing some tips nanti",seronok Suhaila dengan cerita yang dia perolehi hari ini."Ah but Sue kena keep to yourself jangan pula cerita dengan pakcik bawang channel CNN office kita pulak",warning Lyn pada Suhaila."Okay I promise",ucap Suhaila sambil mengangkat dua jari seperti berjanji.

"Dah cepat makan dah nak kena masuk kerja balik kita ini",Suhaila pula bersuara setelah menjeling di jam tangannya.