Bagaimana pula semua ini boleh berlaku?) Tanya seseorang kepada dirinya sendiri.
Kelihatan seperti terdapat beberapa orang yang sedang berada dalam posisi yang cukup rumit tanpa bergerak seakan-akan masa sedang terhenti. Suasana yang sunyi terhasil kerana ketegangan dan atmosfera yang mencengkam sangat dirasakan diantara semua orang yang berada di lokasi itu.
Tempat itu adalah sebuah bangunan besar yang mirip dengan Colosseum Gradiator di Rom. Terdapat ramai 'orang' daripada pelbagai golongan usia sedang duduk dikawasan penonton, yang sepertinya sedang menonton sebuah pertunjukan.
Sementara di bahagian tengah-tengah bangunan itu pula terbentang luas yang sepertinya menjadi kawasan arena dimana pertunjukan diadakan. Dan di atas arena tersebut, kelihatan beberapa sosok yang sedang melakukan sesuatu.
Ada seorang lelaki bertopeng dan berpakaian serba hitam sedang tegeletak tidak berdaya diatas tanah.
Ada seorang lelaki yang berpenampilan jahat sedang mencuba untuk melakukan sebuah serangan menggunakan sebilah pedang kepada lelaki yang sedang tegeletak diatas tanah itu.
Dan ada dua orang yang berpenampilan seperti remaja 16 tahun sedang saling menyilangkan pedang mereka sehingga membentuk huruf X untuk menahan serangan lelaki yang berpenampilan jahat itu daripada mengenai lelaki yang sedang tegeletak diatas tanah.
Dan salah satu daripada remaja itu adalah MC kita, dan dari apa yang terlihat, sepertinya dirinya sedang terlibat dalam sebuah masalah.
(Bagaimana pula saya boleh terjebak dalam situasi ini? Semenjak bila semua ini bermula?) Itulah apa yang sedang bermain-main didalam fikiran.
(Apa-apaan situasi pelik ini? Kurang daripada setengah hari yang lalu saya masih lagi sedang berada di hadapan komputer didalam bilik saya. Macam mana pula saya boleh sampai ke dunia fantasi lalu terus terlibat dalam perkara ini?) Pertanyaan-pertanyaan itu terus bermunculan dan membuatnya untuk mencuba mengingat semula segala yang berlaku sebelumnya.
♦️
Kembali ke setengah hari yang lalu...
Madou Gaikuro, itulah nama saya. Saya adalah seorang pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun. Saya adalah seorang pelajar biasa tanpa sebarang kemampuan luar biasa dalam pelajaran atau sukan, tidak ada masalah juga dalam kemahiran Sosial saya dengan orang-orang di sekitar saya.
Saya masuk dan keluar daripada sekolah mengikut masanya seperti biasanya dilakukan pelajar, belajar seperti biasa, dan melakukan aktiviti-aktiviti normal lainnya yang biasa dilakukan oleh seorang pelajar. Simple nya, saya adalah seorang remaja normal sejati, sangat biasa sehingga anda akan dapat menemukan orang seperti saya dimana-mana tanpa sebarang usaha.
Meskipun begitu. Saya nyatanya adalah seorang Otaku berat, dan bahkan pernah mengidap sindrom Chuunibyou. Yah... Itu adalah salah satu sejarah gelap dalam kesah hidup saya.
Tetapi saya yang sekarang sudah terbebas daripada penyakit itu, atau lebih tepatnya setengah terbebas. Saya masih lagi masuk ke dalam mode Chuunibyou kadang kala, alasannya mungkin dikerana saya sendiri tidak mahu sepenuhnya melepaskan ia, meskipun ianya memalukan, tetapi saat-saat itu juga masih memiliki beberapa kenangan pribadi yang agak berharga dan saya hargai.
Sekarang ini saya sedang berada di dalam kelas tambahan bersama dengan beberapa rakan sekelas saya. Ini adalah sebuah kelas hukuman kerana saya dan yang lain lari daripada kelas semalam kerana ingin mengelak daripada ujian mengejut yang diadakan secara tiba-tiba.
Kelas ini akan berlangsung selama 2 jam lagi, jadi mari kita skip saja bahagian ini.
♦️
Setelah kelas hukumnya berakhir...
Gaikuro adalah yang paling ahir sekali meninggalkan kelas kerana dirinyalah yang bertugas untuk mengunci pintu pada hari itu. Setelah semua orang sudah dipastikan telah meninggalkan kelas Gaikuro pun mengunci pintunya dan memulangkan kunci kelasnya di bilik guru.
Lalu Gaikuro meninggalkan kawasan sekolah dan berjalan pulang ke tempat tinggalnya dengan berjalan kaki. Alasan dirinya berjalan kaki dari sekolahnya adalah kerana tempat tinggalnya berada tidak terlalu jauh daripada sekolah, dan Gaikuro sebenarnya berniat untuk menyinggah di pasar raya yang berada dijalur yang sama dengan arah menuju ke kediamannya untuk membeli beberapa barang keperluan seperti bahan masakan dan alat-alat kebersihan seperti ubat gigi.
Setibanya di pasar raya, Gaikuro langsung pergi mencari dan membeli segala yang ada dalam senarai terlebih dahulu. Dia membeli segala apa yang diperlukan dengan segera kerana hari itu sudah hampir waktu malam akibat kelas hukuman yang memakan sebahagian besar daripada waktu petang.
Setelah membayar semua barang perbelanjaan di kaunter, Gaikuro berniat untuk terus meninggalkan pasar raya itu secepat mungkin dan pulang. Tetapi di dalam perjalanan ke pintu keluar, pandangannya secara tidak sedar menghala kearah sebuah kedai.
Daripada penampilan kedai itu yang memiliki banyak poster-poster anime, filem dan video game, dapat disimpulkan bahawa itu adalah kedai CD.
Ini mungkin sedikit kuno untuk zaman yang memiliki banyak aplikasi-aplikasi yang berhubung dengan Internet. Dimana Game, Filem dan sebagainya dapat dinikmati dengan bebasnya menggunakan Handphone.
Tetapi Gaikuro nyatanya adalah jenis yang lebih suka menikmati menggunakan Tetikus dan Papan Kekunci di komputer, lagipun tidak ada salahnya jika melihat-lihat sebentar kerana mungkin akan ada Blu-Ray dan Game yang agak menarik.
Gaikuro pun memasuki kedai tersebut sambil membawa barang-barang belanja dan berlegar-legar melihat isi didalam kedai itu.
Disaat dirinya masih lagi melihat-lihat, secara tiba-tiba matanya tertuju ke arah sebuah Cover CD yang berada di atas lantai kedai.
(Apa mungkin ianya secara tidak sengaja terjatuh daripada rak nya?) Tanya Gaikuro kerana hanya CD itu sahaja yang tidak berada di rak.
Gaikuro mengambil Cover CD tersebut dari lantai dan mencuba untuk membaca tajuk yang tertera di muka depannya.
"Densetsu no Yuusha no Monogatari?"[Maksudnya adalah 'Kesah pahlawan lagenda']
(Heh, nama yang cukup klisyei. Apa ini Game atau Blu-Ray?) Kata Gaikuro didalam hati kerana dirinya tidak pernah mengetahui apa-apa permainan atau cerita yang memiliki nama seperti itu sebelum ini.
Gaikuro mencuba untuk mencari dimanakah rak bagi CD itu untuk mengembalikan ia ke tempatnya. Tetapi saya tidak berjaya untuk menemukannya.
(Apa mungkin ini adalah sebuah edisi terhad?)
Gaikuro menyerah untuk mencari rak bagi CD itu dan memutuskan untuk membeli sahaja ia.
Setelah beberapa ketika berada di dalam kedai itu, Gaikuro akhirnya keluar. Dan kelihatannya dirinya keluar sambil membawa beberapa beg plastik yang berisikan setidaknya 20 CD selain daripada CD misteri yang ia jumpa di lantai.
Sepertinya sisi Otaku nya mengambil alih dan membuatnya membeli begitu banyak CD Blu-Ray dan Video Game didalam kedai itu.
Setelah itu Gaikuro langsung berjalan keluar daripada pasar raya itu dan segera kembali ke kediamannya. Tidak lama kemudian Gaikuro pun sampai di kediamannya.
Itu adalah sebuah bangunan apartmen dengan 4 tingkat. Gaikuro menaiki tangga sehingga ke tingkat 3 dimana di tingkat itulah dirinya tinggal.
Sambil memegang semua barang perbelanjaannya dengan sebelah tangannya, Gaikuro membuka kunci apartmen nya dengan tangannya yang satu lagi. Lalu diapun membuka pintu dan mula melangkah masuk.
"Tadaaimaa..." [Kebiasaan orang jepun ketika kembali ke rumah]
Gaikuro membuka kasutnya dan mula melangkah masuk lebih dalam. Pemandangan di dalam apartmen nya itu kelihatan sangat gelap kerana hari itu sudah menjadi malam hari dan tidak ada sebarang cahaya kelihatan dikeranakan tidak ada sesiapa yang menyalakan lampu.
"Hahhh... Saya menghabiskan masa di pasar raya lebih lama daripada yang saya sangkakan"
Gaikuro melangkah masuk ke dalam apartmen itu, dan tangannya meraba-raba dinding didalam kegelapan itu demi mencari dan menyalakan suis lampu.
Dia menemukan suis itu dan segera menyalakannya, lalu seluruh kawasan didalam apartmen itu yang tadinya begitu gelap kini di terangi dengan cahaya dari lampu sehingga memperlihatkan struktur di dalamnya yang tidak kelihatan sebelumnya.
Suasana di dalam masih lagi sangat sunyi sepi. Alasannya sederhana, itu dikeranakan tidak ada sesiapa pun yang tinggal di dalam apartmen itu selain Gaikuro.
"..."
Ibu bapanya adalah pasangan yang mengusahakan sebuah syarikat besar dan lebih banyak menghabiskan masa mereka di luar negara semenjak dirinya masih kecil. Dirinya dan seorang adik perempuannya tinggal bersama dengan datuk dan nenek mereka selama beberapa tahun lalu, tetapi dirinya memutuskan untuk mula hidup sendiri semenjak satu tahun yang lalu.
Ada alasan mengapa dirinya memutuskan untuk mula hidup sendiri. Itu adalah dikeranakan ia selalu dibanding-bandingkan dengan adiknya yang Genius dalam bidang teknologi. Orang-orang selalu mengatakan bahawa adiknya itu mewarisi bakat hebat daripada ibu bapa kami sementara dirinya pula hanyalah seorang yang serba biasa.
Kerana itu ia memilih tinggal berjauhan dimana tidak akan ada yang membandingkan-bandingkan dirinya. Alasan lainnya pula adalah agar dirinya dapat menjalani kehidupan Otaku nya itu dengan lebih bebas.
"..."
Untuk seketika Gaikuro merenung didalam keheningan apartmen nya untuk seketika sebelum menyedari bahawa dirinya mula menjadi agak lapar. Disaat perutnya mula merungut, Gaikuro segera pergi ke dapurnya dan mula memasak makan malamnya.
Gaikuro bukanlah seorang profesional, tetapi dirinya kelihatan sangat mahir dengan teknik memasak. Dia memotong semua sayuran dan daging-daging dengan sangat cepat dan kemas, dirinya juga melakukan aksi menggoreng dengan kuali yang berapi seperti itu adalah satu perkara yang biasa.
Mungkin dikeranakan dirinya telah hidup berdikari selama satu tahun sehingga dia menjadi agak mahir dalam mengerjakan pekerjaan-pekerjaan rumah. Justeru, dirinya kelihatan seperti sangat memenuhi syarat sebagai suami idaman bagi para wanita yang sibuk.
Tidak memakan masa yang lama untuk semua hidangannya siap dan disajikan diatas meja makan. Mereka yang melihat bertapa bagusnya kemampuan memasak Gaikuro pasti akan menyalah anggap dirinya adalah seorang chef, kerana hidangan sederhana darinya sahaja sudah cukup membuat terliur dan ingin memakannya.
Tidak tahu jika ini adalah bakatnya atau hasil daripada usahanya tinggal sendirian. Yang pasti kemahirannya ini cukup hebat.
Setelah semuanya sudahpun terhidang di atas meja Gaikuro kini akan mengisi perutnya. Atau... seperti itulah yang sepatutnya.
"Itadaki-... "
"Now or Never
Just fight it out...
Night sky reflect in my eyes
Hikaru hoshi te wo nobashi
Semaru jikan de nijinde iku mirai
But I want to be honest with myself..." [Ini adalah nada dering Smartphon miliknya jadi jangan tersalah anggap pula ya]
"...-massss...?[Sebenarnya dia hendak mengucapkan 'Itadakimas', tapi secara tiba-tiba ada sebuah panggilan terjadi. Sehingga kata-katanya terputus ditengah-tengah pengucapan untuk sementara dan baru dihabiskan seketika kemudian]
(Saya tidak pasti ini dapat disebut sebagai sempurna atau tidak. Kerana Timeing-nya betul-betul tepat disaat saya baru hendak bermula)
Gaikuro sebenarnya boleh saja mengabaikan panggilan itu dahulu dan akan menelefon kembali setelah perutnya diisi. Tapi nama yang terpapar pada skrin Smartphone itu yang membuatkan dirinya memilih untuk menyahut panggilan itu. Kerana nama yang terpapar pada smartphone nya itu adalah nama milik adik perempuannya, sehingga dirinya agak tidak nyaman untuk melambat-lambatkan panggilan tersebut.
Lalu setelah untuk seketika melakukan pertimbangan dia pun membuat keputusan.
"Yo, Onii-Chan super baik tapi Otaku disini. Ada khabar apa yang membuatkan Imouto Genius ku sampai menghubungi ku?" [Yang suka tengok anime pasti tahu istilah-istilah ini. Maaf kerana terlambat diberi tahu, tetapi didalam kesah ini akan ada banyak campuran bahasa dan budaya luar. Terutamanya daripada jepun]
(Ah, kata-kata saya melukai hati saya sendiri)
Sambil mengalami konflik internal dikeranakan kata-katanya sendiri, Gaikuro menerima kata-kata balasan melalui Smartphone miliknya.
"Daripada gaya bicara itu saya dapat simpulkan bahawa Baka-nii saya masih tidak waras seperti biasa"
[Fatal Hitt], itulah apa yang dirasakan oleh Gaikuro setelah mendengar jawaban dari adiknya itu. Meskipun begitu Gaikuro tidak begitu terkesan dengan kata-kata itu, ini mungkin saja dikeranakan faktor rindu dan tidak dapat berbicara saling berhadapan membuatkan keadaan emosinya menjadi agak terkawal.
Gaikuro kemudiannya mula berbicara kepada adiknya lagi melalui Smartphone nya itu.
"Jadi, apakah yang menjadi alasan kamu menghubungi Onii-chan mu ini tepat disaat dirinya baru sahaja hendak menyentap makanan malamnya? Jika itu berkaitan dengan saranan kerana kamu baru mendapatkan teman lelaki pertama maka ada satu pesanan yang sangat penting untuk kamu dengar, iaitu... putus dengan lelaki itu sekarang juga! Jika tidak, besok pagi-pagi Onii-chan ini akan memulakan perang dunia ke-3"
"Kenapa perlu menanyakan hubungan pribadi saya pula? Saya tidak tertarik dengan percintaan murahan seperti itu. Lagipun saya sekarang ini cuma menelefon untuk menanyakan khabar bagi pihak nenek saja"
"Ohhh... Jikalau begitu maknanya tidak ada apa-apa masalah yang perlu dijadikan sebagai faktor perang. Oh, dan satu lagi. Onii-Chan mu ini baik-baik sahaja dan malah sangat sehat, jadi katakanlah pada nenek bahawa Onii-chan ini sudah menjadi seorang Atlit"
"Yah... Teruskan sahaja imaginasi anih mu itu Baka-nii"
"Tanpa perlu kamu ingatkan pun Onii-chan mu ini akan tetap melakukannya"
Meskipun kata-kata mereka penuh dengan sindiran dan gurauan kasar, tetapi semua percakapan mereka terasa sangat harmoni dan riang. Mungkin dikeranakan mereka adalah keluarga yang cukup rapat meskipun sedang terpisah jarak sehingga beberapa minit berlalu dengan begitu cepat disaat mereka saling berbual.
Yah... Meskipun dirinya tidak suka jika dia dibanding-bandingkan dengan adiknya ini, tetapi nyatanya Gaikuro tidak membencinya. Malahan, hubungan kekeluargaan mereka sebenarnya adalah sangatlah kukuh.
"Jadi nampaknya tidak ada apa-apa dengan situasi Baka-nii kali ini. Jika begitu saya akan menamatkan saja panggilan ini sekarang"
"Ehhh, hanya itu saja?"
"Yup, cuma itu saja. Saya sudah melaksanakan apa yang diminta oleh nenek, lagipun bukankah Baka-nii tadi kata sedang makan malam?"
"Yah, begitulah. Jadi, Bye. Oh, dan bagi tahu nenek bahawa Onii-chan ini akan melawat ke rumah nenek hujung minggu nanti sempena cuti nanti"
"Umu, baiklah."
"Oh, juga segala berkaitan dengan hubungan romantis dilarang. Jadi-"
"Selamat Tinggal"
Lalu panggilan singkat itupun tamat. Gaikuro hanya sedikit menghembuskan nafas berat kerana kata-katanya tidak sempat dihabiskan kerana si adik menutup panggilan dengan serta merta.
Tapi Gaikuro mengabaikan sahaja rasa tidak puasnya itu dan kembali menatap kearah makan malamnya yang sempat diganggu oleh panggilan tadi.
Lalu sekali lagi, dirinya memulakan waktu makan malamnya dengan menyentap makanan yang terhidang sebelum ianya menjadi kurang enak kerana mendingin. Dia juga tidak melupakan untuk memastikan smartphone miliknya dalam mode silence agar dirinya tidak lagi terganggu saat makan.
♦️
Setelah selesai mengisi perutnya sehingga kembung. Gaikuro dengan bebasnya menunjukkan aksi malasnya dengan berbaring terlentang. Meskipun dirinya tahu bahawa tindakannya itu tidak baik untuk penghadamannya dia tetap melakukannya kerana merasa begitu kepenatan dari segi fizikal ataupun mental, terima kasih kepada kelas hukumannya yang membuatnya hampir terlambat untuk pulang dan memasak.
Sambil masih terlentang, Gaikuro menggapai Smartphone miliknya dan memereksa beberapa aplikasi sosial miliknya.
Setelah selesai dengan Smartphone itu, Gaikuro mula berpaling dan melihat ke arah beg plastik yang berisikan CD yang ia beli sebelum ini. Dirinya berniat untuk langsung memainkan CD-CD Blu-Ray yang ia beli, tetapi sesaat kemudian dirinya teringat akan CD misteri yang ia jumpa.
Setelah itu Gaikuro langsung mengubah posisi tubuhnya yang sebelumnya terlentang di atas lantai menjadi posisi duduk bersila dan mengapai beg plastik yang berisikan CD tersebut. Lalu dia pun mengeluarkan CD misteri tersebut dan kembali melihat-lihat lebel pada covernya.
Dirinya masih mencoba untuk mencari tahu apakah CD tersebut adalah CD Blu-Ray atau CD game. Tetapi kerana lebel pada cover itu langsung tidak memiliki sebarang petunjuk atau penjelasan Gaikuro pun memilih jalan yang termudah. Iaitu dengan cara memasang CD itu langsung pada komputer yang berada di bilik tidurnya.
Dirinya pun mula berjalan menuju ke bilik tidurnya sambil membawa beg plastik yang berisikan CD-CD tersebut. Dan apabila pintu bilik tidurnya dibuka sebuah pemandangan yang normal pun kelihatan.
Hanya ada katil, almari baju, cermin bersaiz 1 meter besar, meja komputer beserta kerusi dan komputer, rak buku yang dipenuhi oleh manga dan terdapat beberapa figura character anime di sebahagian rak tersebut. Yup, inilah pemandangan bagi bilik tidur untuk seorang otaku normal.
Sebelum melakukan apa yang menjadi tujuannya saat ini Gaikuro pun memutuskan untuk menukar pakaiannya terlebih dahulu. Lalu dirinya pun membuka pakaian sekolahnya yang dari tadi dipakainya dan menyisakan seluar dalam boxser sahaja. Kelihatan bayangan dari pantulan dirinya di cermin yang berada dibilik tersebut.
Didalam cermin tersebut telihat jelas bagaimana bentuk badannya. Tubuhnya tidak terlalu gemuk atau terlalu kurus, tetapi meskipun tidak begitu tegap, masih ada sedikit otot-otot pada tubuhnya yang jarang beraktiviti berat.
Gaikuro pun membuka almari baju yang ada di ruangan tersebut dan menggapai sebuah jeket dan seluar panjang untuk aktiviti senaman yang memiliki warna hitam dan hijau tua sebagai coraknya. Lalu dirinya memakai pakaian tersebut dan pada akhirnya dirinya pun selesai berubah.
Seragam sekolahnya pula masih lagi dibiarkan diatas lantai, dirinya berniat untuk mengurus pakaian itu nanti kerana merasa malas untuk ulang-alik keluar masuk kedalam bilik tersebut hanya semata-mata untuk meletakkan pakaian tersebut di mesen basuh.
Dirinya kemudiannya duduk di atas kerusi yang berada di hadapan komputernya dan langsung menyalakan komputer tersebut. Lalu dirinya pun memasang CD misteri itu ditempatnya dan menunggu loding di komputer itu selesai.
Lalu kebenarannya pun terungkap. Skrin komputernya mula memaparkan sebuah bingkai yang memaparkan kata welcome. Dan Gaikuro dengan sangat yakin bahawa itu adalah penal yang agak mirip dengan penal game. Jelaslah bahawa CD misteri tersebut adalah CD game.
Misteri telahpun terjawab dan tidak ada lagi yang perlu dipertanyakan. Tetapi Gaikuro merasa akan sia-sia jika ia hanya menyalakan komputer itu hanya untuk memereksa kebenaran lalu menutupnya semula.
Jadi Gaikuro pun memilih untuk setidak-tidaknya memainkan game itu sebentar, kerana... mana tahu? Mungkin saja game tersebut akan menyeronokkan.
Lalu Openging daripada game tersebut pun dimulai.
Terdengar beberapa muzik-muzik latar yang agak membawa suasana zaman pertengahan pada Openging tersebut, tetapi sebenarnya Openging game itu lebih tertumpu kepada bahagian penceritaan latar gamenya. Yang memaparkan tulisan-tulisan.
Seperti inilah apa yang tertulis:
"Dahulu... Dahulu kala... Jauh sekali sebelum sebuah tamadun terciptakan. Terdapat 4 penjaga yang hidup didunia sambil melakukan tugasan mereka untuk menjaga kedamaian dunia.
Sang Guardian's, mereka adalah 'Odin', 'Noa', 'Gaia' dan 'Empera'.
Keempat-empat mereka saling bekerjasama menjalankan tugas dan melindungi keseimbangan dunia selama ribuan tahun. Tetapi suatu hari, sesuatu yang tidak diduga berlaku keatas Empera.
Entah dikeranakan alasan apa, Empera menciptakan sebuah bencana mengerikan yang dijuluki sebagai Black Z yang kemudiannya melitupi sebahagian daripada isi dunia dengan kekacauan.
Tidak tinggal diam, salah satu penjaga lain mencoba untuk melawannya dengan cara memilih seorang pahlawan dan meminjamkan kekuatannya untuk mengalahkan Black Z.
Dengan gagah beraninya, Sang Pahlawan maju dan menghadapi keduanya. Tetapi dirinya gagal dan hanya mampu mengunci keduanya didalam dasar dunia.
Sang Pahlawan kemudiannya menggunakan sisa-sisa terakhir kekuatannya untuk melakukan satu tindakan terakhir, iaitu mewariskan kekuatannya kepada penerusnya dimasa hadapan.
Dengan harapan bahawa disaat dunia kembali dalam kekacauan penerusnya akan dapat menggantikan dirinya lalu menyelesaikan tugasan yang gagal dirinya lakukan.
Beribu-ribu tahun kemudian, kedamaian yang sang pahlawan telah ciptakan berakhir dan kini Black Zone kembali mengancam dunia. Dan sekali lagi, dunia memerlukan pahlawan.
Dan pahlawan tersebut... adalah anda."
Openging itupun berakhir. Lalu sebuah bingkai baru pun muncul. Dan itu adalah penal untuk mengisi maklumat. Yang anehnya penal tersebut cuma memiliki ruang Nama sahaja yang perlu diisi, lalu perlu menekan Enter.
Gaikuro pun cuma mengabaikan keanehan tersebut dan dengan selambernya menuliskan nama penuhnya pada tempat yang disediakan.
Setelah menulis nama dan menekan Enter, sebuah penal pesanan muncul. Yang bertuliskan "Apakah anda pasti? Yes/No"
Gaikuro pun memilih 'Yes'. Tapi kemudiannya muncul lagi satu pesanan yang berisikan "Apakah adalah benar-benar pasti? Yes/No".
Dan Gaikuro memilih lagi 'Yes'.
Tapi lagi sekali muncul pertanyaan "Apakah anda benar-benar-benar pasti? Yes/No" dan dengan sedikit jengkel lagi-lagi dia memilih 'Yes'.
Dan... Sekali lagi muncul pertanyaan "Sirius ni? anda sangat-sangat yakin dengan pilihan anda? Yes/No".
Lalu dengan nada jengkel, Gaikuro berteriak sambil membuat pilihan.
"Untuk yang terakhir kalinya, 'Yessssssss'!!"
Lalu muncul satu lagi penal, tetapi kali ini bukannya bertuliskan pertanyaan. Melainkan...
"Kami menghargai pilihan anda, anda tidak akan dapat kembali selagi Black Zone belum dikalahkan, dan janji sang pahlawan belum dipenuhi. Terima kasih kerana sudi membantu dunia itu, 'Yuusha'".
"Eh?..."
Lalu Skrin komputer itupun mati secara tiba-tiba lalu aktif lagi sambil memaparkan tulisan yang berisikan: "Memulai proses untuk mengtransfer 'Madou Gaikuro' ke Isekai"
Gaikuro hanya mampu tercegat bingung kerana sesuatu yang jelas-jelas anih sedang terjadi. Dan sebuah Loding pun dimulai pada Skrin komputernya.
Tetapi...
Belum sempat loding pada komputernya selesai, sesuatu yang anih belaku.
Sebuah cahaya terang tiba-tiba keluar daripada komputer Gaikuro dan menerangi seluruh ruangan tempat dirinya berada.
Lalu untuk seketika pandangnya menjadi buta akibat cahaya terang yang muncul secara tiba-tiba. Sepatutnya pandangannya akan kembali normal setelah beberapa saat, tetapi entah mengapa, seluruh pandangannya tidak kunjung-kunjung membaik. Jangan cakap yang dirinya telah menjadi buta. Tidak, kerana pada akhirnya Gaikuro sedar bahawa sebenarnya dirinya tidak menjadi buta melainkan semua yang ada di sekitarnya menghilang.
Mungkin ianya kedengaran tidak masuk akal, tetapi itulah apa yang berlaku. Komputer, kerusi, dinding, bumbung, seluruh ruangan dan bahkan lantai yang sepatutnya menjadi tempat dirinya bediri juga turut hilang dan hanya menyaksikan kegelapan yang kosong.
Rasa panik yang diakibatkan ketidak tahuan mula memasuki pikirannya. Dan berakhir dengan ketakutan yang membuatnya menjerit.
"Aaaaaarrrrrrhhhhhhhhhhhhhhhh..."
"Hei hei, budak baru, saya tahulah ini pertama kali awak merentas dunia. Tapi tidak perlulah menjerit macam orang gila"
Scara tiba-tiba, daripada kekosongan itu muncul suatu suara dan sebuah sosok seorang yang seluruh tubuhnya ditutupi dengan cahaya putih. Cahaya yang mengelilingi tubuh sosok tersebut cukup terang sehingga wajah milik sosok tersebut tidak kelihatan.
Tetapi dapat dilihat daripada bentuk badannya yang samar-samar yang dirinya adalah seorang lelaki. Dan sepertinya sosok tersebut seperti sedang mengenakan beberapa armor di tubuhnya sehingga dapat dirasakan aura seorang kesatria daripada dirinya.
Gaikuro terkejut dengan kemunculan sosok itu, tetapi dirinya sekarang menjadi lebih tenang berkat mengetahui adalah orang lain di tempat tersebut.
Lalu Gaikuro tanpa ragu langsung melontarkan beberapa pertanyaan sekali gus kepada sosok tersebut.
"Siapa awak? Dimana ni? Apakah yang sebenarnya terjadi? Apa saya masih lagi hidup?"
Itu adalah pertanyaan yang normal untuk ditanyakan. Dan malah akan lebih anih lagi jika dirinya tidak terheran-heran.
"Baiklah, baiklah, sabarlah sikit. Saya akan menjawab persoalan awak satu per satu, jadi jangan ajukan semuanya sekaligus"
"Oh, baiklah... maaf. Saya cuma panik saja tadi"
"Yeah, tidak mengapa. Saya boleh faham itu"
Nada ramah yang dirasakan daripada suara sosok tersebut langsung menenangkan hati Gaikuro. Entah mengapa, Gaikuro merasakan suaranya itu seolah-olah memberikan sebuah keyakinan yang cukup kuat bagi hatinya.
Lalu, setelah Gaikuro berjaya menenangkan jiwanya, sosok tersebut langsung mula menjawab persoalan yang diajukan kepadanya sebelum ini.
"Pertama, awak tidak perlu cemas kerana awak masih lagi hidup. Saya memang tidak memiliki apa-apa untuk dijadikan sebagai bukti tapi saya berani jamin akan hal itu"
"Jadi begitu... syukurlah..." kata Gaikuro kerana lega.
"Lalu, disini adalah dunia bawah sedar milik awak. Awak berada di sini kerana diri awak sedang berada dalam proses pemindahan dunia. A.K.A perjalanan ke Isekai" nyata sosok tersebut.
"Isekai!! Apakah mungkin semua yang ada pada game tadi tu nyata?"
"Yup, saya tahu ini pasti mengejutkan bagi awak-... Atauuu... Mungkin juga tidak. Mengapa... Mengapa mata awak itu bersinar-sinar seolah-olah baru melihat keajaiban?"
"Mengapa? Jelaslah kerana ini merupakan sebuah perjalanan ke Isekai yang asli! Ini adalah salah satu daripada impian terbesar bagi para Otaku seperti saya"
"Nanti, Nanti dulu... itu tidak seperti riaksi yang sepatutnya ditunjukkan oleh mereka yang baru sahaja secara paksa dipisahkan daripada kehidupan harian mereka. Bukankah sepatutnya awak sedikit marah kerana tidak dapat kembali ke keluarga awak? Mereka yang sebelum-sebelum ini sangat marah atas perkara itu"
"Ohhh, jadi itulah alasannya mengapa ada persoalan menjengkelkan pasti atau tidak yang berulang-ulang tu. Yah, saya tidak begitu peduli sangat dengan kehidupan saya yang bosan itu"
"Sedangkan keluarga saya pula... Mungkin mereka tidak akan begitu cemas. Lagipula tidak ada sebarang masalah kewangan dalam keluarga saya, jadi tidak ada apa-apa yang dapat saya sumbangkan kepada mereka. Tambahan... mungkin ibu bapa saya bahkan tidak peduli dengan kami jika dibandingkan dengan kejaya mereka. Saya ada atau tidak semuanya sama saja"
Mendengar jawaban dari Gaikuro untuk seketika sosok tersebut menjadi terdiam membisu untuk seketika.
Lalu sosok itu kembali kepada topik asal dan menamatkan semua suasana drama tersebut.
"Ehem, jadi mari kita langsung saja kepada intinya kerana awak tidak ada sebarang keluhan"
"Okay" Dengan riang Gaikuro menyetujui perkara itu.
(Bukankah dia terlalu santai) fikir sosok tersebut kerana melihat tingkah laku Gaikuro.
"Madou Gaikuro, awak adalah orang yang akan menjadi pahlawan seterusnya dan akan dibawa ke dunia lain yang berada di ambang kehancuran dikeranakan oleh bencana Black Zone. Tugas awak adalah untuk menghentikan dan mengakhiri bencana Black Zone, selagi Black Zone tidak dikalahkan maka awak tidak akan dapat kembali ke dunia asal awak-"
"Jadi dunia itu adalah dunia fantasi klasik atau dunia moderen dengan unsur mistik?"
"Fantasi klasik" Dia menjawabnya. "Tapi bolehkah awak tidak memotong bahgian pengiktirafan ini dengan soalan-soalan awak"
"Maaf"
"Saya sambung, awak juga perlu mengumpulkan kesemua pahlawan-pahlawan lain yang ada didunia itu dan menjadikan mereka sekutu awak. Oleh kerana itu awak akan dibekali dengan beberapa kemampuan khas pahlawan yang dipanggil sebagai Legendary Hero Skill untuk membantu-"
"Uuu, Skill. Jadi ini adalah Isekai dengan tema Game, jadi saya boleh menggunakan jendela Status dan menggunakannya Apprasial dan-... Giahhhh!@#$%*...."
Pada akhirnya kesabaran sosok itupun habis, dan saat ini Gaikuro sedang terjuntai diudara dan wajahnya sedang diambang kehancuran kerana sosok tersebut menggenggam dengan kuat muka Gaikuro sambil mengangkatnya dengan sebelah tangan.
"Sekali lagi dan awak akan tiba didunia itu dengan wajah dipunggung, faham"
"Ya saya faham. Maafkan saya tuan"
Lalu Gaikuro pun dibebaskan dan mula memegang wajahnya sendiri yang memiliki bekas cengkaman berwarna merah.
"... Baiklah, satu lagi pesanan terakhir. Selalulah percaya kepada rakan-rakan awak, tidak kira apapun"
Untuk sesaat, kata-kata sosok tersebut membuat Gaikuro merasa seperti melihat sosok seseorang yang dirinya kenal. Tetapi dengan segera dirinya kembali sedar.
"Percayakan rakan? Itu adalah asas kehidupan, jadi tanpa awak katakan pun saya tetap akan melakukannya"
"Kalau begitu baguslah. Dengan ini semuanya telahpun saya sampaikan, dan nampak sudah saatnya untuk awak sedarkan diri. Jadi... semoga berjaya pahlawan, harap awak dapat menyelesaikan apa yang saya dan yang lain gagal lakukan. Kami akan memperhatikan dan menyokongnya awak dengan segala yang kami mampu"
Lalu seluruh dunia yang tadinya kosong dan serba hitam mula menghasilkan retakan-retakan yang semakin melebar seolah-olah dunia kosong tersebut akan hancur berkeping-keping.
"Nanti dulu, awak masih belum menjawab satu lagi persoalan saya. Siapa awak ini!!"
"Saya? Sama seperti awak. Saya Rokugai Douma, saya juga adalah seorang pahlawan"
"Pahlawan... Jadi awak adalah Senpai saya. Terima kasih untuk bimbingannya, akan saya lakukan yang terbaik. Untuk menyelamatkan dunia itu" [Senpai = Senior]
Dengan sedikit senyuman terukir di wajahnya, sosok tersebut mengatakan sebuah kata-kata terakhirnya.
"Majulah!! Cipta kesah lagenda awak sendiri, dan nikmatlah ia!!"
"Baiklah!!"
Tepat setelah itu dunia yang tadinya gelap dan kosong pecah berkecai seperti kaca. Lalu...
Permulaan dari kesah legenda baru pun dimulai...
Chapter 1: Madou Gaikuro.
~The End~
Yo, ini saya sang penulis. Jadi, apa anda menyukai chapter pertama ini? Jujur, saya betul-betul berfikir dengan sangat-sangat keras untuk menulis chapter ini. Kerana ini adalah yang akan menjadi Start Line bagi kesah utama di cerita ini. Saya banyak kali berfikir kembali mengenai cara yang benar untuk memulai suatu kesah baru. Jadi... Apakah cara saya ini betul? Tolong nyatakan di komentar.