"Dah lambat uuuu Kene cepat"Gadis dengan rambut pendek masih belum memakai beg laju mahu pergi ke kelas.
Tiba-tiba sebotol air jatuh di atas kepala gadis itu.
*Ahh seperti biasa*Ucap gadis itu dalam hati.
Gadis itu memandang ke atas.
"Ups sorry Aleeza terjatuh pulak haih kenapa aku minta maaf dengan orang macam kau eh ada lagi nah"
Di curah lagi air yang tersisa di kepala Aleeza sampai basah.
Aleeza Luna gadis yang selalu di bully ramai orang.
"Haih kesian"Wanita itu adalah Nissa aisy budak popular kerana kecantikan dan kekayaan.
Aleeza laju pergi ke tandas.
Sampai di tandas.
"Haih aku dah biasa baju lebih cunn"
Aleeza masuk di salah satu tandas.
Baru sahaja mahu menutup pintu tiba-tiba dia terdengar.
"Weh Prince Rigel Avan pindah sini wahhhh aku kene cantik cantik"Ucap makcik bawang yang sedang membawang di tandas.
*Prince Rigel Avan yang hensem kaya nak mampos tu wahhh patut lah kat mana-mana bau minyak wangi pelacur*
Aleeza mengelengkan kepalanya.
...
Seperti biasa bila gadis itu mahu masuk ke kelas saja pasti semua memandang dengan tatapan jijik tapi dia sudah biasa.
Tapi kali ini setengah atau boleh di katakan seluruh budak perempuan semua melihat ke jejaka yang berwajah dingin tapi kacak pakaian yang simple tapi mahal siapa lagi kalau bukan budak baru Prince Rigel Avan yang di nanti kan.
Aleeza perlahan-lahan mahu pergi ke tempat duduknya tapi terjatuh akibat tersadung kaki.
"Lah terjatuh ops lain kali pakai mata sakit kaki aku"Lelaki yang membuat dia jatuh malah pura-pura jadi mangsa.
"Ehhh sakit kaki dia bod*h betul macam takde mata lebih kurang otak kot"jawab kawan lelaki itu.
Aleeza bangun kemudian menunduk.
"Minta maaf"Ucap Gadis itu.
"Dah berambus busuk kau"Semua di kelas itu ketawa.
Aleeza duduk dan melihat paku tekan ada di tempatnya.
Di alihkan pelan dan di masukkan ke poket bajunya.
*Haih sabar Aleeza*
Ucap Aleeza dalam hati.
Tanpa gadis itu sedar
Prince sedang melihatnya dari jauh tanpa seorang pun sedar.
Prince dengan mata dingin yang mampu membuat seribu wanita jatuh cinta tapi tatapan matanya tidak pernah di dapati orang kerana jejaka itu akan memandang telefon atau buku.
Kali pertama mata hitam jejaka itu memandang gadis yang paling malang dengan lembut.
...
WAKTU BALIK SEKOLAH
Sepanjang rehat tadi gadis itu hanya duduk di kelas pasti lapar tidak sabar mahu balik dan makan
*Balik akhirnya dapat makan*Terus laju mengemas barang.
Meja yang mempunyai banyak contengan yang merendahkan diri di tatap lama gadis itu.
Baru sahaja tersedar dari tatapan itu.
Baju juga dilihat setiap hari bajunya di conteng juga oleh mereka tapi gadis itu hanya mampu senyap.
"Haih susah nak basuh ni"Ucap Aleeza sendiri.
"Kau okay"Suara yang membuat Aleeza terkejut sekarang sudah pukul dua sepatutnya semua sudah kembali dan sekolah kosong.
Aleeza menoleh kebelakang.
Terkejut lagi sekali gadis itu apabila jejaka popular yang itu Prince Rigel Avan sedang memegang air kotak dan memandangnya.
"Emm sorry"Setiap kali disekolah hanya itu yang mampu dia ucap.
"Sayang aku tanya kau okay"Prince datang mendekati Aleeza dengan muka risau.
"Rigel,aku okay"Nama kedua yang terlarang disebut oleh sesiapa pun sekarang di ucap di mulut Aleeza.
"I hate this"Prince tidak mahu memandang Aleeza.
"Do not worry hmm"Pipi jejaka itu disentuh Aleeza.
"But you, my wife, it hurts to just look at you like that"Di usap tangan Aleeza yang menyentuh pipinya.
Muah
Pipi jejaka itu dicium Aleeza kemudian gadis itu memeluk jejaka itu.
"Rigel....."Panggil Aleeza.
"Yes.."Balas Prince.
"I love you so much"Senyum Aleeza.
"I know"Senyum Prince kembali.
"come Dance"
Ucap Prince dia meletakkan air kotak di atas meja kemudian di hulurkan tangan ke Aleeza.
"lets Dance"Aleeza mengeggam tangan Prince dan mereka mula berpusing mahu mula menari.
"One two Three"Mereka berdua mula rapat dan menari.
"You're still great my love"Di pegang pinggang Aleeza supaya tidak terjatuh.
"Now we are like great dancers"Senyum indah gadis itu di tayang.
"Ahhh Aleeza I'm too crazy to like you"
Mereka mula berbual tapi badan mereka menari dengan indah seperti puteri dan putera mahkota menari di pesta dansa.
"Ouhh Prince Rigel Avan your sweet mouth is very dangerous"
Ketawa Aleeza.
"Ouh yah"
....
"Ushhhh ushhhh makcik bila semua ni pindah"Ucap Aleeza yang melihat kedudukan katil di Rumah anak yatim semua di tukar.
"Tadi,makcik kesian kat diaorang dan kamu tidur rapat-rapat jadi makcik jarak kan"
Ucap Makcik kalsom.
"Makcik.... sekurang-kurangnya tunggulah Aleeza balik kan pinggang makcik tu belum baik lagi"Aleeza risau kan makcik kalsom.
"Ehhh takpe tadi ada orang tolong"
"Siapa makcik?"Tanya Aleeza.
"Haih ada lah kamu pergi sapu depan tu nanti eh"Makcik kalsom yang mahu pergi dari situ.
"Bakal suami ke makcik"Bisik dengki Aleeza.
"Eh kamuu dia muda lagi sebaya dengan kamu lah haih Aleeza Aleeza"Makcik kalsom mengelengkan kepalanya.
"Ouhh tak faham tak faham"Ucap Aleeza sambil senyum.
"Kamuuu sudah pergi sapu dekat depan"Makcik Kalsom terus pergi dari situ.
"Semua nak berahsia ish ish"Aleeza terus pergi mengambil penyapu.
.....
"Kau tahu pasal rumor tu kan"Ucap seorang perempuan.
"Rumor yang popular dalam satu malam tu"Balas seorang lelaki.
"Hmmm aku akan bayar kau"Perempuan itu melempar segulung duit keatas meja.
"Buat apa?"Tanya lelaki itu.
"Aku nak prince tapi aku kene focos untuk goda dia so takde masa nak bully tapi... Aku nak menang"Senyum jahat perempuan itu.
"Ouh tapi takkan gadis popular Nissa aisy perlu kan aku"Rupanya gadis itu adalah Nissa aisy.
"Just amik duit ni adrean"Tegas Nissa.
Adrean Darian jejaka pembully terkenal yang membully beribu-ribu orang sampai membuatkan mereka bunuh diri.
"Siapa yang kau nak aku bully"Adrean mula tertarik.
"Aleeza luna ni gambar dia kau tahu kan kerja kau sekarang"Senyum Nissa.
Gambar Aleeza luna di tatap Adrean.
"Okay"Adrean setuju.
.....
KEESOKAN HARINYA.
*Kenapa dengan semua orang ada benda ke yang aku tak tahu*Semua disitu memandang Aleeza kemudian menatap tajam gadis itu.
Ting!
Bunyi notifikasi telefon Aleeza.
Gadis itu melihat telefonnya.
"No no no no"Aleeza terus mengambil beg dan keluar dari kelas apabila melihat dirinya menjadi sasaran pembully.
*Aku kene lari ishhh*Aleeza terus lari keluar dari sekolah itu.
Tiba-tiba beg gadis itu ditarik seseorang.
"Nak pergi mana"Suara dingin lelaki itu.
Beg gadis itu ditarik sehingga membuatkan dia jatuh ke tanah.
"Ahhh"Aleeza yang kesakitan.
"Kau dah tahu kan kau diburu so aku orang pertama akan buat kau bunuh diri"Senyum jahat lelaki itu.
"Adrean Darian sh*t"Siapa sahaja yang tidak kenal pembuli terkenal itu Adrean Darian.