Hampir sebulan aku berada di rumah. Hanna semakin seronok berada di rumah mama memandangkan ramai yang menjadi mama angkat nya dan hampir melupakan mommy kesayangannya. Am telah pun mula masuk pejabat utk menguruskan urusan yang banyak tertangguh. Aku pula semakin pulih dengan perubahan cuaca dan musim. Ketika sampai di Malaysia cuaca agak panas sehingga badan aku tidak dapat menerimanya. Adakala, kepala ku agak sakit tetapi menurut nasihat doktor aku harus tuam kepala dengan ais atau cuba berendam diri dalam bathtub atau kolam renang utk menyejukkan badan. Paling penting banyakkan minum air masak supaya dapat menurunkan suhu badan. Am dan Mama juga melarang aku buat kerja dapur. menurut mama, "apa lah guna mama gaji kan ramai orang tapi menantu mama plak yang kena buat semua? Biarkan diorang buat kerja. Dee just tgk je diorang. Jangan bagi diorang ni curi tulang sangat. " pesan mama membuatkan Am bersetuju. Aku tidak dapat berkata apa-apa atau buat apa-apa. Hanya menurut sahaja. Hanna sentiasa hilang dari pandangan mommy entah ke mana. Sunyi plak rasa. Petang itu Am pulang awal dari biasa. Am menghampiri aku dan memeluk aku "sayang, malam ni u siap cantik-cantik boleh? i nak ajak u candle light dinner. It's a date! our date! " Am bertegas sambil tersenyum. Aku hanya membalas semula senyuman Am yang seolah-olah ingin membuli ku. Belum sempat elak, dia telah mencium ku dulu. Lama kami kami bercumbuan, tetiba sahaja ada panggilan bertalu-talu masuk. Apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon itu. Am hanya meletak ketepi hanfon nya dan cuba mencium aku lagi. Sekali lagi kami di ganggu dengan bunyi panggilan masuk. Kali ini tanganku pula mencapai telefon itu. Nama seseorang yang sudah lama menghilang di fikiran Am. Dia datang kembali. Jelas ternampak di wajah Am, dia kurang senang dengan panggilan itu. Dia menarik hanfonnya dari tanganku dan meletaknya di sisi katil. Dia memegang tangan aku. "i minta maaf kalau u tak senang dengan panggilan tu. i tak nak u cemburu. i memang tak ada apa-apa perasaan dekat Syira dah. i tak nak fikir dah pasal dia. i nak mulakan hidup baru dengan u. Boleh u percaya i ke? " aku merenung tepat ke dalam matanya. Terpancar keikhlasan dan luahan perasaan nya padaku. Tanpa fikir panjang, aku hanya mengangguk. Biar la aku cuba menyelami hatinya dan menerima kemaafan darinya supaya tiada lagi dendam antara kami.
Malam itu, Am membawa aku ke suatu tempat yang menarik. Kafe yg cantik dan konsep mewah memang menjadi tarikan orang ramai. Aku melihat keadaan sekeliling, walaupun ramai orang tetapi tempat itu tenang dan tidak terlalu bising. Cukup bunyi lagu muzik jazz menaikkan lagi seri kafe itu. Am memesan makanan utk kami, ketika Am memegang tanganku di meja, tiba-tiba ada seorang staff disitu membawa sejambak bunga ros yang agak besar dan terus menghulurkan jambangan bunga itu padaku . Tanpa menunggu lama, tanganku terus mencapai menerimanya dan aku memandang tepat ke arah Am. Aku tahu hanya dia sahaja yang akan membuat kejutan pada ku ketika ini. "suka?" ayat itu terkeluar. Aku memandang kearahnya dan mengangguk sambil tersenyum. " maaflah, i tak tahu nak beli apa untuk u. i'm still learn to know more about u. i hope u like it." Am menarik semula tanganku dan menciumnya. Aku hanya mampu tersenyum melihat gelagat romantik suami ku malam itu. Setelah beberapa minit, kami rancak berbual. Datang seorang perempuan tiba-tiba merapati kami dan meleraikan pegangan tangan kami. Am terkejut dan terus bangun dari tempat duduknya. Aku hanya terkejut dan memandang tepat ke arah perempuan itu. "Syira! why are u here? apa yang u cuba buat ni?" Am terus berdiri di hadapanku dan menghalangi aku dari sesuatu yang buruk berlaku padaku nanti. Aku memegang baju Am dari belakang tanda jangan bertindak melulu. Kami hanya menunggu tindakan Syira tetapi mengejutkan kami, tiba-tiba dia pula yang memeluk pinggang Am di hadapan orang ramai. Am menolak-nolak tangan Syira "apa yang u buat ni? lepaskan i, Syira. Malu lah i semua orang tengok." Am memandang sekeliling "who cares? Dulu u tak malu pun? Kita pernah buat macam-macam bersama. Buat apa i nak malu. Am, i miss u. How dare u tak angkat panggilan i ? kenapa? u ingat u dah ada betina baru u ni, i akan give up? not that's easy, sayang. u know me, right? U know i miss u much and i love u sayang." Am cuba menolak-nolak tangan Syira sekali lagi minta dilepaskan. Am mula merasa malu apabila ramai mata yang mula memandang dan tertumpu ke arah kami. semakin lama hati aku mula panas melihat gelagat perempuan gendik itu. Tahap kesabaran aku mula memuncak, dengan kadar segera aku bangun, aku menarik kuat rangkulan tangan Syira pada Am dan apabila dia mula memandang tepat ke arah mataku, tanganku terus terhayun dengan laju lalu aku terus singgah di pipi gebunya. Kemerahan melanda pipi kirinya dan dia terus memegang pipinya yang menahan kesakitan. "stay away from my husband or u will be sorry! " Aku memberi amaran pada perempuan. Am tidak bertindak apa-apa hanya terkejut melihat tindakan spontan dari aku. Am mula memegang kedua bahuku bimbang akan berlaku adegan tamparan utk kali kedua. "it's u, Delaila? i thought u was Am's new girl friend. U look so very different. sangat jauh berbeza dari dulu. " perlahan kedengaran suaranya sambil menahan kesakitan. Aku hanya menjeling dan mendekati perempuan itu. "itu Delaila dulu yang boleh buli. Sekarang, tak mungkin. Jangan ingat intan tak boleh jadi permata. Jika digilap, intan lagi bersinar dari berlian. Ingat tu. Sekarang amaran keras. Jauhi Am atau aku akan panggil polis." Aku mengeluar telefon aku dari beg tanganku. Tanpa sempt berkata apa-apa, dia terus keluar dari situ. Am memusingkan badanku ke arahnya dan memeluk erat. Aku memeluk kembali melihat semua mata menumpu ke arah kami. Ada yang bertepuk tangan melihat adegan kami tadi. Akibatnya, aku dan Am keluar dari kafe itu tanpa sempat makan makanan yang di tempah. Am membawa aku ke tempat tinggi atas bukit yg dapat melihat langit dan bintang malam sambil melihat pemandangan keindahan kota di waktu malam. Burger jadi makan malam kami ketika itu bersama air bungkus sahaja. Aku tidak kisah asalkan kami bahagia dan gembira. Itu dah cukup membahagiakan aku. Setiap perjalanan kehidupan pasti ada pengakhiran. Namun yang pasti, kisah silam kami akan terkubur selamanya dan menjalankan hidup yang baru tanpa halangan.. Insya Allah.. Tamat