*****
Aku bangun di pagi hari untuk bekerja. Ternyata Lyana sudah menyiapkan sarapan untukku.
"Yan! Sinilah. Aku ada masakan nasi lemak favourite kau ni." Panggilnya.
"Wah. Sedap ni. Dah lama aku tak makan air tangan kau. Jom la makan sama. Tak sedap la makan sorang. Ni Ly! Aku nak bagitahu. Harini aku tak balik tau. Aku ada banyak kerja kat office. Esok aku balik bawa sesuatu untuk kau." Kata aku.
"Ada-ada jelah kau ni." Balasnya.
"Kau ok kan duk rumah sorang-sorang ni?" Tanya aku.
"Aku ok je." Jawabnya.
Aku pun sarapan bersama isteri tercinta aku lalu segera berangkat ke tempat kerja.
*****
Aku masuk kerja seperti biasanya dan Jefri menyapa aku.
"Asal kau ni pagi-pagi dah happy?" Tanyanya.
"Ish kau ni. Aku tak happy salah happy salah. Aku tak leh happy ke?" Tanya aku balik.
"Bukan macam tu. Aku pelik la kan. Selalu masuk kerja stress je muka. Harini ok pulak tapi bagus la tak payah tengok ko stress lagi kat office ni." Jawabnya.
"Eh dah lah. Kau pergi buat kerja kau." Kata aku.
Lalu dia pun keluar dari bilik aku dan sambung buat kerja.
*****
Jam menunjukkan 5.30 petang. Waktu habis bekerja lalu aku pulang ke rumah mama untuk makan malam bersama-sama mereka. Setelah selesai makan malam aku menyuruh Melisa mengemas semua pakaian masuk ke dalam beg sebab akan berpindah ke rumah lain.
"Mel! Aku nak kau kemas semua baju kau. Aku nak kita berpindah ke rumah lain." Kata aku mengarahkan dia.
"Pindah mana?" Tanyanya.
"Jangan banyak tanya. Kau kemas dan ikut je cakap aku." Jawab aku.
"I tahu la kita akan pindah tapi kat mana? Bila?" Tanyanya melulu.
"Macam yang aku cakap tadi. Ikut je." Balas aku.
Dia pun mengemas semua pakaian dan ikut aku.
*****
"Mama papa! Along nak bawa mel pindah ke rumah lain. Rasa macam tak elok pulak tinggal dengan orang tua sendiri setelah berkahwin." Kata aku.
"Bagus la kalau along fikir macam tu." Kata papa.
"Ok pa ma. Along minta izin pergi dulu. Esok along datang lagi ye ma." Kata aku sambil menyalam tangan papa dan mama.
"Yelah. Hati-hati dijalan ye sayang." Pesan mama.
Aku pun membawa Melisa ke rumah lain. Sesampainya kami dirumah aku menyuruh Melisa masuk rumah dulu sebab aku nak call isteri kedua aku.
"Mel kau masuk rumah dulu. Japgi aku masuk. Aku nak call member aku jap." Kata aku.
"Ha yelah. Jangan lama-lama kat luar ni. Dah malam." Balasnya mengingatkan aku.
Lalu dia pun terus masuk ke dalam rumah dan aku mula membuat panggilan.
Tutt Tutt Tutt Tutt....
"Assalamualaikum Ly!" Kata aku dalam telefon.
"Waalaikumsalam. Ye." Balasnya dengan suara yang perlahan. Mungkin dia dah tidur tadi.
"Kau tidur ke?" Tanya aku.
"Aah aku baru je tidur tadi. Kenapa?" Tanyanya balik.
"Takde apa. Saja call. Nak tahu kau ok ke tak. Tu je." Kata aku.
"Oh. Aku ok je la. Ada apa-apa lagi ke? Aku nak sambung tidur ni." Tanya aku.
"Ouh. Takpelah. Sambung la tidur tu. Sorry tau ganggu." Jawab aku.
Dia terus matikan call. Aku fikir dia mungkin mengantuk sangat sampai terus tutup call. Aku pun masuk ke dalam rumah lalu mandi dan terus tidur dalam bilik aku.
*****
Aku bangun awal pagi dan melihat Melisa di dalam biliknya yang sedang tidur lena. Aku berpesan pada Dayang iaitu pembantu rumah aku supaya siapkan lunch untuk Melisa. Melisa selalunya bangun waktu tengahari. Jadi aku meminta dayang menyediakan makanan awal-awal.
"Kak Dayang! Tolong siapkan lunch untuk Melisa ye. Dia bangun tengahari tu. Saya nak keluar. Nanti kalau dia tanya saya ke mana pandai-pandai la kak Dayang jawab ye." Pesan aku pada pembantu rumah.
"Baik tuan." Balasnya.
Aku segera masuk ke dalam kereta dan terus pergi ke rumah mama.
*****
Setibanya aku di rumah mama. Aku terus menceritakan tentang isteri keduaku. Nasib baik papa dah keluar outstation pagi tadi. Kalau tak mati aku kalau papa tahu yang aku kahwin lagi.
Dalam pada tengah bercerita pada mama. Tak kusangka yang adik-adik aku curi-curi dengar cerita aku dan tiba-tiba mereka menyampuk ketika aku baru sahaja habis cerita.
"Jadi sekarang along ada dua orang isteri la ye. Boleh tahan eh long." Kata Adha.
"Adik nak jumpa kak long boleh tak bang? Mesti dia cantik kan." Kata Adriana yang turut menyampuk.
Mama menggelengkan kepala lalu berkata.
"Ish korang ni. Mama tak pernah ajar korang curi-curi dengar cerita orang tau. Tak baik tau berperangai macam tu." Kata mama pada adik-adik aku.
"Ala apa salahnya." Kata Adha.
"Along kahwin lagi ni si mel tu tahu ke?" Tanya Adriana.
"Tak. Along tak nak nanti dia ganggu isteri kedua along. Ni korang dah tahu ni. Tolonglah rahsiakan perkara ni daripada papa dan Melisa. Along tak nak benda buruk jadi." Jawab aku.
"Mama, Adha dengan adik kalau nak jumpa isteri kedua along jom la. Along bawakan korang pergi rumah along." Kata aku lagi.
"Jom-jom." Kata mama dengan excited.
Pak mat pun tiada di sini kerana hantar papa ke airport. Jadi perkara ni tak lah semua orang tahu. Aku pun membawa diorang ke rumah aku dan ternyata Lyana ada di luar rumah sedang menyiram pokok bunga.
"Assalamualaikum." Aku beri salam.
"Waalaikumsalam. Eh baaalikkk dah....tapi diorang ni si....siapa?" Tanyanya hairan.
"Hai kak long. Saya nama Adriana yang ni adik kembar along Adha dan ini pulak mama." Kata Adriana.
"Huh?" Tanyanya dengan muka blurr.
"Sayang. Abang minta maaf sangat-sangat sebab suprise yang abang bagi ni betul-betul membuatkan sayang terkejut. Abang jugak minta maaf sebab harini baru abang bagitahu yang abang ada keluarga kandung kat KL ni." Kata aku dengan pura-pura berpanggilan manja.
"Ouhhh ok. Eh masuk lah dulu." Jemputnya sambil menyalam tangan mama dan Adriana.
Mereka pun masuk ke dalam rumah.
"Duduk la dulu. Saya buat air sekejap." Katanya lalu menuju ke dapur.
Setibanya di dapur dia bertanya pada aku.
"Eh betul ke ni. Ko tak main-main kan pasal diorang tu." Katanya sambil menepuk lengan aku.
"Eh betul la. Diorang tu keluarga kandung aku. Cuma papa je takde. Papa ada hal dekat luar negara. Ni Ly lagi satu. Sepanjang kita berborak dengan diorang kita kena guna panggilan manja tau. Macam aku cakap kat luar tadi." Aku jelaskan padanya.
"Ouhh ok." Balasnya.
*****
"Silakan minum mama, Adha, Adriana. Maaf la rumah takde apa sangat." Katanya.
"Eh takpe la Lyana. Kami datang ni pun sekejap je. Jap lagi kena balik dah. Takut orang datang ke rumah, kita pulak takde kat rumah. Tak sedap la kalau macam tu kan." Kata mama.
"Ahaa ye....." Balasnya.
Tiba-tiba Adha berbisik pada aku.
"Long! Cantik la bini kau ni long." Bisik Adha pada aku.
"Tengok la bini sapa." Balas aku perlahan pada Adha.
"Cantik sangat la kak long ni. Patut la abang kahwin dengan akak." Sampuk Adriana.
"Hah? Eh takde lah cantik sangat. Biasa jelah. Ni kalau mama, Adha dan Adriana sudi. Silalah ke dapur. Makanan yang saya masak tadi ada lebih. Nanti tak habis membazir pulak kan." Lyana ajak mama dan yang lain ke dapur untuk makan.
Mereka pun setuju dan segera menuju ke dapur untuk makan. Kami pun makan bersama-sama sambil berborak. Setelah makan bersama-sama aku pun hantar mereka balik ke rumah mama dan balik ke rumah lagi satu untuk mengambil barang.
BERSAMBUNG...