webnovel

Chapter 1: Teringat peristiwa ketika kecil

Aku bersyukur kerana mak aku melindungi aku pada ketika itu tapi apa maksudnya aku harus mencari orang tua kandungku? Tiba-tiba aku mengingat peristiwa yang menyedihkan itu sambil menunggu pelanggan datang untuk membayar barang yang dibeli.

***

"Ayo cepat kita lari Yan! Ayah kamu minta mak bawa kamu lari sejauh mungkin."Kata mak pada aku.

"Kenapa mak? Kenapa kita mesti lari mak. Ayah kemana mak. Kenapa dia tidak bersama kita?"Tanyaku pelik.

"Ayah kamu ditangkap penjahat. Mak dapat tahu dari jiran-jiran kita. Yan, jika apa-apa terjadi pada mak kamu harus lari sejauh yang mungkin."Kata mak sambil pegang erat tanganku sambil berlari.

"Itu dia bini Abu! Cepat kejar mereka sampai dapat."Jerit penjahat itu mengarah anak buahnya.

Mak akhirnya tertangkap kerana jatuh ketika berlari dan sempat jerit padaku supaya lari sejauh mungkin dan temukan orang tua kandungku. Aku sangat tidak faham dan teruskan berlari. Setelah tiba di suatu tempat yang asing aku menemukan seorang pakcik yang baik. Dia membawaku pulang dan membesarkan aku. Sepanjang aku bersama pakcik itu aku selalu berfikir tentang kata-kata mak.

***

"Kamu mengelamun ke Yan?"Tanya pakcik Azhar yang telah membesarkanku.

"Eh pakcik. Takdelah, mana ada saya mengelamun. Saya cuma terfikir apa yang arwah mak pesan pada saya. Itu saja. Hehehehe."Jawabku sambil tertawa.

"Pakcik tahu kamu selalu fikir pasal tu. Kalau kamu nak pergi cari orang tua kandung kamu, pergilah. Pakcik tak halang. Kamu layak menemukan mereka."Kata pakcik Azhar.

"Takpelah pakcik. Saya akan jaga kedai pakcik ni dan pakcik sekali. Lagipun pakcik tak berapa sihat sangat buat masa sekarang kan? Saya akan jaga pakcik seperti mana pakcik jaga saya sejak kecil. Terima kasih pakcik kerana sudi jaga dan besarkan saya."Kata aku dengan senyum manis.

"Yelah tapi nanti kamu mesti cari mereka. Kamu berhak. Ini pakcik balik ke rumah dulu. Pakcik nak berehat. Kamu jangan pulang lambat ye."Kata pakcik Azhar sambil terbatuk-batuk.

Aku pun sambung berfikir tentang kata-kata mak. Mak kata aku harus cari orang tua kandung. Bermakna mak dan ayah adalah ibu bapa angkat aku. Jadi siapa ibu bapa kandung aku? Aku tertanya-tanya.

Tiba-tiba seorang lelaki datang ke kaunter ingin membuat pembayaran. Aku kira semua barang dan saat ingin berkata jumlah barang yang perlu dibayar aku melihat wajah lelaki itu. Alangkah terkejutnya aku saat melihatnya yang mirip denganku. Lelaki itu juga terkejut melihatku.

"Asal muka kau sama gan aku?"Tanya lelaki itu.

"Aku yang patut tanya macam tu."Jawab aku dengan hairan.

"Lek la der. Jangan marah-marah. Huh? Jangan-jangan kau abang kembar aku yang terpisah saat kecil. Jadi kau mesti Adli Adrian kan? Ayah angkat kau yang bernama Abu dan mak angkat kau yang bernama Tini?"Katanya yang tahu banyak tentangku.

"Macam mana kau tahu nama mereka sekaligus nama aku. Siapa kau? Nama kau siapa?"Kataku kehairanan.

"Aku tahu semua pasal kau daripada mama. Dia menceritakan pada aku minggu lepas. Kau dijaga oleh pekerja mama. Mama bagi kau kat diorang sebab masa tu kau akan dihapuskan oleh nenek kita yang kejam. Btw nama aku Adha Adrian. Kau panggil je aku Adha. Mama dan papa dah lama cari kau tapi tak jumpa jejak kau. Jadi pulanglah rumah. Mama rindu sangat kat kau. Kita ada adik bernama Adriana."Katanya panjang lebar.

"Kalau betul kau adik aku. Tolong buat sementara jangan bagitahu mereka dulu. Aku akan balik saat waktunya tiba. Ini rahsia kita berdua. Ni ambil nombor telefon aku. Kau boleh call aku bila-bila masa sahaja. Aku mesti jaga pakcik yang telah mengutip dan membesarkan aku masa aku tiada arah tujuan."Kataku pada Adha.

"Baiklah aku balik dulu. Nanti ada masa akan aku datang menjenguk kau dan call kau bila-bila masa."Jawabnya lalu pergi dari kedai.

BERSAMBUNG...