webnovel

Aisyahazira [Remastered 2020] - Trilogi Pertama : Puteri Zion

MF_Omar92 · Fantasia
Classificações insuficientes
8 Chs

Waktunya Tiba Untuk Memulakan Penentangan

Pada petang hari yang sama juga, kesemua Angkatan Bersenjata Diraja Zion memulakan penyerbuan untuk mengambil alih kedudukan-kedudukan penting terletak di dalam negara seperti yang di nyatakan oleh Djohann Syahami sebelum ini. Bangunan Federasi di kepung tidak sampai setengah jam setelah penjaga yang setia menyerah kalah kepada para loyalis 'Raja Terbuang'.

Manakala Parlimentari di tawan seluruhnya setelah beberapa jam Bangunan Federasi berjaya di kepung sepenuhnya oleh orang-orang Djohann. Pertempuran di sini kelihatan agak sengit tetapi berjaya di kalahkan oleh pengkhianatan yang berlaku di dalam pihak yang kalah. Segala pelan keselamatan dan taktik peperangan serta titik lemah pertahanan bocor ke pihak musuh.

Angkatan Bersenjata Diraja Zion tidak berakhir di sini. Langkah mereka di teruskan ke Pusat Pengkomersialan. Di sini, semua orang sudah di beri peringatan awal untuk menyelamatkan diri dan jumlah nyawa awam yang terkorban tidak sebanyak dari dua tempat sebelum ini. Hanya dengan cara ini saja kawasan itu di kosongkan walikota.

Loyalis Djohann itu membedil dengan sesuka hati mereka segala jenis artileri, meriam; dan bahan letupan mudah lancar bagaikan sedang berpesta mercun dan bunga api di siang hari. Boleh di katakan, enam puluh lima peratus bangunan dan infrastruktur hancur dan musnah dalam pembedilan tersebut. Jumlah kerugian, masih dalam perkiraan yang berterusan.

Setelah puas dengan apa yang di lakukan; kini lokasi terakhir dalam misi mereka tujui. Ya, Istana Besar Zion. Tanpa mereka sedari, Aisyhazira dan Farhan akan menanti kedatangan mereka semua. Di katakan, Djohann Syahami juga akan turun padang pada melihat apa yang berlaku semasa Istana itu di ambilalih oleh para balacinya.

Dia yang datang dari jauh, mengenderai sebuah kereta baja berwarna emas, berbelang perak dan bercorak tembaga; memecut dengan sangat laju menuju ke Istana Besar Zion yang berjarak hampir beberapa kilometer. Tanpa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain; dia bagai orang hilang akal tidak mempedulikan perkara itu walau sedikit pun.

Kereta baja yang berat keseluruhan berjumlah tiga puluh tiga perpuluhan tiga tan dan penuh dengan persenjataan itu kelihantan sangat gah dan perkasa di lebuhraya bila di bawa. Dengan cahaya bersilau dek terkena sinaran Sang Suria pagi memukau mata sesiapa saja yang memandang. Di belakang, Djohann di iringin Korps Elit Zion.

Ketumbukan dengan kekuatan sebanyak lima ribu lima ratus lima puluh lima ahli terlatih dan terbimbing itu bergerak selari dengan 'Raja Terbuang'. Mereka yang terdiri dari kesemua cabangan di dalam ketenteraan sedia dan sanggup mati menghadap segala kemungkinan terbentang di hadapan mereka sebaik tiba di Istana Besar Zion. Tidak lama nanti.

Mereka semua kelihatan sangat positif dan bersemangat yang mereka berjaya dalam misi mereka demi meriangkan bapa saudara Aisyahazira. Menjatuhkan pemerintahan anak saudaranya itu pada waktu ini sangatlah mudah tanpa perlu bersusah payah. Ini adalah misi terakhir bagi mereka semua. Jika berjaya, Planet Zion adalah milik Badan Bersenjata Dan Angkatan Tentera.

Sementara Korps Elit Zion bergerak bersama, batalion lain juga menghampiri tempat yang sama dari kejauhan. Istana Besar Zion merupakan tanda tanah untuk semua mereka berkumpul. Cuaca yang cerah tadi tiba-tiba menjadi mendung seakan-akan mahu hujan. Gerombolan awan-awan hitam besar mula menyelimuti ruang seluruh langit Zion. Sekali sekala terdengar petir dan guruhan.

---

Gentayangan di antara aku dan Aisyahazira dengan serta-merta berakhir apabila portal masa terbuka betul-betul di depan gerbang Istana Besar Zion. Kami tidak menjangka sebarang kemunculan musuh namun aku tahu; Aisyahazira sudah mengetahui yang mereka semakin menghampiri. Dadaku berdebar-debar dan aku dapat merasakan kuasa yang aku serap sebelum ini semakin meningkat.

Tidak melampau aku katakan kuasa itu hampir membuat aku tidak manusawi secara logika namun Aisyahazira memberi isyarat dengan bahasa minda bahawa aku harus mengawal dan menjaga kuasa itu dengan sebaik mungkin supaya aku tidak hilang pengawasan dan kesedaran. Aku mengerti lalu memerhati kanan dan kiri sekiranya pergerakan musuh mulai kelihatan.

Rupa-rupanya, kami tidak perlu menunggu dengan masa yang agak lama. Batalion Pertama Tentera Diraja Zion bersama beberapa kompeni, rejimen dan ketumbikan sudah tiba tidak jauh dari mana kami berdua berada. Dari seringan mesingan, artileri mudah-alih dan penembak jitu jarak jauh; hingga seberat kereta baja, meriam katak dan artileri jarak dekat.

Dari kejauhan, aku melihat ekspresi Aisyahazira berubah apabila dia melihat sebuah kereta baja yang luar dari kebiasaan kereta baja yang lain mendekati dengan kelajuan yang amat tinggi di iringi dengan pengiring utama. "D-Djohann!!!"

Apa, Djohann??? Jadi inilah bapa saudaranya itu??? 'Raja Terbuang' Djohann Syahami Zioniya... - Aku menyoal jawab detak pikiran.

"Owhhh, inilah dia; orang yang telah mengajar anak saudara aku untuk menjadi sebegitu lancang dan kurang ajar terhadap aku; ya???" Djohann melontarkan pertanyaan dengan nada keras sambil matanya memandang tepat terhadap aku. "Alang-alang cili api; akan aku lunyai sampai mati!!!" Dia memberi arahan kepada bawahannya, aku harus di hapuskan segera.

Aku tidak sebegitu naif... Berbekalkan ilmu persilatan yang pernah aku belajar sewaktu kecik dahulu dan kuasa yang telah di lipat gandakan; aku berjaya melumpuhkan empat per tiga puluh dua dari kekuatan Djohann. Kebanyakan askar dan tentera yang di bawa oleh dia ketakutan dan lari dari medan pertempuran. Manakala Aisyahazira membatu.

Dia memandang aku dengan mata berlinangan; dia tidak mahukan peperangan namun dia tidak punya pilihan. Berjuta peluru di taburkan, tembakan meriam dan artileri mendentumkan suasana di Istana Besar Zion detik demi detik; waktu demi waktu. Djohann memanggil kerahan tambahan namun penghubung ke pos pusat di sabotaj oleh pengkhianat. Dia keberangan.

"JANGAN BIARKAN MEREKA HIDUP!!!" Arahan itu di terima dan serangan di perhebatkan lagi. Namun tidak memberi bekas dan kesan kepada aku dan Aisyahazira kerana ada sesuatu medan kuasa di aktifkan di bawah kaki kami yang menyebabkan segala peluru dan seangkatan melencong ke arah lain. Askar dan tentera Djohann makin ketakutan.

"T-Tuan, kita bukan berhadapan dengan manusia... Kita berhadapan dengan Syaitan!!!" Djohann menempik dengan amarah sambil menyondong senapang galah ke arah askarnya itu. "Kau ingat aku takut?! Kau yang penakut; Setan!!!" Lalu picu senapang di tarik dan serta-merta askarnya itu rebah di depan mata kerana cedera di tembak tepat di kepala.

Aku bisik di dalam hati, "Djohann itu bukan gila hanya sengaja; tetapi dia sudah menyimpan kegilaan itu sejak sekian akibat dendam tak sudah-sudah... Padan dia akan lakukan apa saja walaupun nyawa askar dan tenteranya sendiri dia pertaruhkan... Dia memang bukan manusia dan bukan juga binatang... Dia lebih teruk dari Iblis!!!"

Bersambung...