webnovel

Episode 87 : Putera Mahkota Malik Aryyan Slivalon

Tiga tahun kemudian...

Istana Utama Marlowe!

Suasana musim bunga di seluruh kawasan luas itu penuh dengan tumbuhan hijau dan bunga berwarna warni. Kawasan lapang berumput kelihatan sekumpulan biri-biri dan lembu sedang meragut rumput sewaktu diawasi dengan beberapa pengembala.

Tiga pengawal istana berjalan dalam satu barisan melintasi kawasan lapang dimana kuda-kuda diraja ditambak berhampiran dengan laluan masuk kawasan istana Utama.

Di halaman Utama istana kelihatan pula pekebun sibuk mengubah tanaman dan menyiram pokok yang ada di situ. Tidak lepas juga yang bertugas untuk membersihkan kolam air pancur di situ.

Pada masa itulah sebuat pedati berkuda muncul dari arah kanan laluan sebelum berhenti di hadapan laluan masuk pintu Utama istana. Seakan mengetahui kehadiran pedati tersebut, pengawal yang sedia menunggu di situ terus bergegas menuruni tangga. Mendapatkan pintu pedati untuk menyambut penumpang mereka.

Krik~~

Pintu pedati terbuka.

Beberapa pasang mata memandang ke pintu pedati.

Lalu berjalan keluar satu susuk lampai yang segak dalam pakaian diraja. Rambut hitam berkilat tersisir kemas menampakkan dahi yang licin dan luas. Kening hitam lebat menampakkan lagi renungan dalam di sepasang mata amber miliknya. Memberikan feature wajah itu kelihatan dingin di pandang mata.

           "Selamat pulang Putera Mahkota Malik."tunduk pengawal tadi dengan hormat kepada lelaki berusia 23 tahun dihadapannya sejurus itu.

           Sambil menggosok belakang tengkuk, beg berisi skrol dan dokumen penting itu diserahkan kepada pengawal tadi. "Dimana ayahanda saya Zen?"

            "Tadi Raja Rayyan berada di dalam balai istana. Terdapat perbincangan sedang dijalankan ekoran kes pencerobohan Kerajaan Coravia di sempandan negeri Vulcapela. Mungkin sekarang baginda bersama dengan Permaisuri Luana."jelas Zen memegang beg tersebut rapat ke dada.

           Dia mengangguk faham. "Ughh!Penatnya!"ngeluh Putera Malik saat dongak mengurut tengkuknya yang sengal. Dia baru sahaja pulang dari tugas pemantauan di kem tentera tadi. Lepas tu kena hadiri majlis pecah tanah diikuti dengan program penyerahan bantuan buat penduduk yang menjadi mangsa banjir. Kemudian barulah dapat pulang ke istana semula.

           "Saya boleh pesan kepada dayang untuk sediakan air mandian dan makanan buat tuanku sekiranya tuanku ingin berehat awal.."

            Putera Mahkota Malik mengangguk kepala. "Kalau macam tu bawa saya menghadap ayahanda dan bonda dulu.."pintanya.

            "Baik tuanku.."tunduk Zen.

Setelah melewati dua tingkat anak tangga dan beberapa buah ruangan,. akhirnya Putera Malik tiba di sebuah ruang umum istana dimana ibubapanya berada. Masuk-masuk sahaja ke situ dia boleh dengar suara bondanya membebel.

           "Tuanku...boleh ke tidak sebenarnya ni?"

             "Boleh la ni...tak nampak ni saya dah tolong   pasangkan set laci kesukaan awak ni Luana.."

            "Baru laci...tak nampak rupa almari lagi pun...Duke Elijah...beritahu pada Raja Aryyan supaya upah saja tukang kayu.."

            "Saya keliru saja dengan saiz kayu yang dipotong tadi.."nafi Raja Aryyan.

             "Sebab itu saya suruh tuanku upah tukang  kayu...ini tidak. beria nak buat sendiri...kemudian dan tunggang terbalik macam ni...rosak macam mana?Dah la susah nak dapatkan kayu ni.."

              "Dinda Luana...boleh tak bersabar?Dulu ke sekarang sama aje tau awak ni..tak ada lembutnya."

Putera Mahkota Malik yang sudah berdiri di belakang Raja Aryyan yang sedang bercangkung bersama Duke Elijah dekat situ tersenyum sendiri melihat sepah di tepi ruang tamu itu. Apa lagi yang bonda dia mahu lakukan ni?Tak habis-habis lagi ke?

            "Selamat siang semua.."sapa Putera Mahkota Malik tidak semena.

Tersentak ketiga-tiga orang disitu. Terutama sekali Permaisuri Luana. Wajah berkerut keningnya itu terus berubah menjadi terkejut.

           "Anakanda...kamu dah pulang. Bila sampai?"Permaisuri Luana terus menolak Raja Aryyan yang sedang bercangkung di laluannya sebelum mendapatkan puteranya.

           Terduduk Raja Aryyan gara-garanya. Dia dengan bingung toleh ke belakang. Memandang anak lelakinya sedang tersenyum senang memeluk Permaisuri Luana. "Amboi!Anak balik terus lupa suami sendiri.."

           Duke Elijah yang menjadi saksi di situ tersenyum sendiri kerana tidak tahan akan kerenah raja dan permaisuri muda dihadapannya itu. Tak padan dengan pangkat dan usia perangai masih seperti remaja. "Tuanku tak apa-apa?"tunduknya saat memimpin Raja Aryyan bangun dari lantai.

            "Kenapa tak beritahu kamu hendak pulang hari ni...bonda belum buat apa-apa?"belek Permaisuri Luana akan Putera Mahkota Malik. Ingin memastikan anaknya tidak apa-apa. "Pasti kamu letih kan?"

            Putera Mahkota Malik tersenyum sebelum menggeleng perlahan. "Anakanda tak apa-apa. Bonda tak perlu susah-susah.."dia kemudiannya memandang ke arah Raja Aryyan. "Apa khabar ayahanda...maaf anakanda tidak sempat menghantar surat. Banyak hal berlaku beberapa hari lepas.."

    

            Tersenyum bangga melihat anaknya pulang dengan selamat Raja Aryyan mengangguk kecil. "Tidak mengapa. Ayahanda mengerti kesibukan kamu..."

            Lantas pandangan mata Putera Mahkota Malik jatuh pada Duke Elijah. Dia dengan hormat memberi tundukkan kepada lelaki itu. "Selamat siang master.."tegurnya kepada gurunya itu.

           Duke Elijah balas dengan senyuman senang di bibir. "Selamat pulang tuanku."

           "Hah!Elok sangat la tu!Alang-alang anakanda dah pulang, Duke Elijah pula ada di sini. Apa kata kalau kita dua keluarga makan bersama."aju Permaisuri Luana dengan tepukan tangan satu kali. "Duke Elijah..dimana Darra sekarang?"

Air muka ceria Duke Elijah berubah serta merta. Lelaki itu jadi tidak tentu arah. Lantas dia mengerling ke Zen yang sedang berdiri di belakang Putera Mahkota Malik. Sebenarrnya dia tidak tahu dimana Darra. Anak gadisnya yang tidak tahu duduk diam itu sering merayau dan melakukan aktiviti yang entah apa-apa di belakangnya. Jadi sukar untuk dia tebak apakah aktiviti anaknya untuk hari itu.

            "Tentang tu...saya tidak pasti tuanku. Saya tidak sempat pulang ke rumah lagi.."jawab Duke Elijah sedikit segan dengan Permaisuri Luana. Masakan tidak, sejak Darra tiba di istana dan menghadap Permaisuri Luana, anak gadisnya sering menjadi perhatian Permaisuri Luana. Disebabkan masa datang tu Darra masih berpakaian dan berambut pendek seperti lelaki, Permaisuri Luana la yang bantu untuk menjadikan Darra sebagai seorang cik muda. Jadi dia malu kerana Permaisuri Luana melakukan tugas yang sepatutnya dia lakukan.

            "Zen..."pandang Permaisuri Luana serta merta kepada lelaki berambut kerinting di belakang Putera Mahkota Malik. "Lekas keluar...arah Soul sekali bersama kamu untuk mencari Cik Muda Darra. Bawa dia masuk ke istana secepat mungkin ya.."

            Zen terus melompat ke tepi, berdiri dengan muka bingung di situ sebaik saja Permaisuri Luana memanggilnya. "Baik tuanku."

            Sementara Putera mahkota Malik buat muka menyampah. "Bonda ni...anakanda balik pun bonda masih cari Darra lagi ke?"rajuknya.

            Raja Aryyan ketawa kecil. "Ingatkan ayahanda aje yang terasa seakan disisihkan..rupanya anakanda juga berasa perkara yang sama?"selorohnya.

           Permaisuri Luana berpaling, dia menjeling geram ke Raja Aryyan. "Apa dia tadi?Ulang balik?"sisihkan?Suka hati aje kan.

           "Hahaha...tak..tak..saya bergurau saja."cepat-cepat Raja Aryyan akan tangan surrender. Dia memang kalah kalau berbalah mulut dengan Permaisuri Luana ni. Sejak awal perkenalan lagi dia biasanya banyak mengalah kerana tahu betapa degilnya sikap isteri kesayangannya ini. Tapi itulah sikap itu buatkan dia rajin hendak menyakatnya.

             "Bonda ambil berat tentang anakanda...dan juga Darra. Jadi jangan nak cakap macam tu. Ayuh...mari kita ke ruang rehat. Kamu pasti dah penat kan?"aju Permaisuri Luana saat merangkul lengan Putera Mahkota Malik untuk dipusing semula ke arah pintu.

Berlalu saja dua beranak itu, Raja Aryyan menyinggul Duke Elijah.

              "Tunggu apa lagi. Bantu beta siapkan almari ni...kalau tidak membebel lagi permaisuri seorang tu.."selorohnya saat bercangkung semula.

               Duke Elijah ketawa kecil. "Baik tuanku.."balasnya. Haih. Siapa sangka sudah tiga tahun dia berkhidmat untuk keluarga diraja yang kelam kabut ini. Dan dia tidak menyesal dengan pilihannya. Sebab apa?Sebab sejak berada di sini, Duke Elijah merasakan kehadirannya dihargai, tiada sikap hipokrit dan semuanya dipandang sama rata. Tiada cemuhan mahupun renung hinaan. Dia rasa bahagia. Seakan beban yang bergalas di bahu terangkat begitu saja.

Próximo capítulo