Bunyi cengkerik memenuhi kawasan hutan bersungai jernih. Tumbuh-tumbuhan pula segar berbunga di sekitarnya. Muncul seekor pepatung bersayap emas terbang terapung di atas rumput di dalam air sungai sebelum sepasang kaki muncul dan memijak batu tunggul yang merentasi sepanjang sungai cetek.
Splash!
High boot kulit berhenti di lopak air sungai yang cetek itu sebelum satu tangan muncul lalu mencelup ke dalam air yang dalam dibahagian tepi tempat yang surut tadi.
"Dapat pun!"seekor ikan kod berada dalam genggaman. Meronta-ronta memercikkan air.
Bersama senyuman lebar di bibir Darra tersenyum!Siapa cakap dia tak pandai tangkap ikan guna tangan!~
Pfft!
Ikan itu dicampak ke dalam bakul rotan yang diikat pada pinggang. Setelah itu dia kembali berjalan lebih ke depan untuk mencari sasaran baru.
Rasanya hari dah masuk petang sejak dia keluar sendiria di dalam hutan ni. Semuanya gara-gara nak mencari ikan kod kegemaran ayah dia. Katanya tak nak beli yang dekat pekan, nak makan yang fresh dari sungai. Itu yang dia rajinkan diri ke sini.
Tiba-tiba muncul satu kelibat berenang laju melewati kakinya.
terkejut kerana itu, Darra lekas tunduk memandang air jernih di bawah kaki. Sekali tu Nampak seekor ikan sedang berenang mencelah tepi bantuan.
Tersengih jahat dia dibuatnya.
"Heheh!"dia tunduk hendak menangkap ikan, sekali tu jatuh melutut dalam air sebab terlepas.
SPLASH!
Basah muka dan sebahagian dari badannya.
Ugh!!
Terkial-kial la Darra bangunkan dirinya. Bolehnya pulak dia terjatuh!Aduh...habis basah pakaian dia. Sekali bila saja dia berdiri tegak, di tepi sungai tu berdirinya dua orang lelaki beruniform royal blue dan berbutang emas bersama kuda mereka sedang memandang ke arahnya.
"Kenapa?"soal Darra bingung-bingung walaupun dia sedia maklum siapa mereka itu. Air menitis-nitis jatuh dari pakaian dan rambutnya.
Jelas terpancar muka berserah di dua orang pengawal tersebut saat bersemuka mereka dengan cik muda mereka yang seorang ini. Masakan tidak, ini bukan kali pertama mereka perlu luangkan masa untuk mencari dan menggeledah seisi kawasan semata mahu mencari Darra. Kalau tidak dicari asyik ditanya aje...bila di cari tak jumpa-jumpa!
"Apa cik muda buat sendirian dalam hutan ni?"
Darra tunduk memandang bakul ditepi pinggangnya. "Cari ikan.."tunjuknya sambil menepuk bakul itu.
"Duke Elijah minta cik muda untuk masuk ke istana."
Kenapa ke istana?Kenapa tak ke rumah terus?Fikir Darra sewaktu dia bergelut hendak keluar dari air. Bukan apa, banyak batu licin dekat situ, kalau salah pijak mahunya tersembam dekat situ.
"Ayah saya di istana?Kenapa tak ke rumah?"dia hulur tangan ke depan supaya dirinya di sambut.
Dua pengawal itupun maju ke hadapan. Dengan serentak mereka berdua hulurkan tangan dan sambut tangan Darra sebelum menarik gadis tersebut naik ke darat semula. Habis lencun seluruh badan. Kalau masih angin nanti kan penyakit namanya.
"Putera Mahkota Malik baru pulang ke istana. Jadi Raja Aryan dan Permaisuri Luana pelawa Duke Elijah untuk makan bersama"jelas pengawal pertama saat meletakkan sut luarnya ke atas bahu Darra.
Lah!Makan dekat istana pulak? "Saya beria tangkap ikan untuk ayah saya, bolehnya dia makan dekat istana?"soal dia tak percaya. Balik-balik si Malik tu. Rasnaya sejak dia tinggal di sini, ayah dia perlakukan Putera Mahkota Malik seperti anak sendiri dibandingkan dirinya.
"Cik muda tangkap ikan banyak ke?"
"Mestilah...tengok ni...gemuk-gemuk pulak tu."Darra tunjuk bakul kepada pengawal istana yang amat rapat dengannya kerana mereka telah ditugaskan untuk menjaga keselamatannya atas arahan Permaisuri Luana.
"Wah...banyaknya."
"Dah..dah...baik kita gerak balik sekarang. Hari nak senja ni. Tak elok duduk dalam hutan sampai hari lewat..."
Tidak berlengah Darra tanggalkan bakul rotan tadi lalu diserahkan kepada mereka. "Macam mana kamu temui saya di sini?"soalnya sewaktu tunduk menanggalkan kedua belah boot dari kaki kerana air berlecak-lecak di dalam bootnya.
"Permaisuri Luaan yang beritahu masa kami nak bertolak tadi. Kata baginda, selain di pekan pasti kawasan hutan ini tempat cik muda berkeliaran." seloroh mereka bernada tidak peduli.
Tawa kecil lepas dari Darra. Dia tidak terkejut kalau Permaisuri Luana tahu dia ke mana.
Serius beritahu!Permaisuri Luana adalah Wanita paling cantik dan baik pernah dia temui. Bukan setakat cakap pun lemah lembut tapi sangat la bersahaja. Boleh ajak borak seperti seorang kawan! Raja Aryan pula...jangan cerita. lelaki tu walaupun sudah berusia separuh umur, handsome tu memang tak boleh bincang. Kalau Putera Mahkota Malik berdiri dekat sebelah Raja Aryyan, dah macam adik beradik dah. Tak macam anak beranak.
"Cik muda Darra...kasihani la kami berdua ni...letih tahu tak nak keliling pekan dan serata ceruk semata nak cari cik muda"
"Lah...kenapa saya pulak...kamu berdua boleh aje buat tak tahu. Nanti saya munculkan diri tanpa di cari pun.."Darra menuang air keluar dari bootnya. "Bukannya saya tak tahu jalan balik ke mana.."
"Senanglah cik muda cakap...Duke Elijah tu selagi tak nampak cik muda di depan matanya selagi itu la dia suruh kami itu la ini la...sampai migrain saya tau.."
"Hahaha..."Darra ketawa kerana lucu melihat muka lelaki berambut kerinting blonde di sebelahnya waktu itu. Tak padan betul dengan imej sebagai seorang pengawal, merungut saja kerjanya. "Kalau macam tu buat rayuan supaya kamu tukar posisi. suruh orang lain yang jaga saya"tambahnya sambil pegang tepi lengan pengawal kedua untuk menyarung semula boot tadi ke kaki.
"Apa kata cik muda saja yang lakukan?"cadang pengawal berambut kerinting tadi.
"Memang tidak la...nanti Permaisuri Luana leteri saya...."
"Tahu pun..."
"Kalau macam tu jangan la merungut...ingat kepala kamu aje yang pening...habis kepala saya tak pening menghadap kamu ni?"
Pengawal kedua yang sejak tadi mendiamkan diri peka memandang sekeliling hutan saat itu sewaktu Darra pegang lengannya sebagai sokongan waktu itu.
"Ni..saya ada teka teki...kamu jawab ya."beritahu Darra seusai memakai boot. Dia pandang dua pengawal di depannya.
Dua-dua orang itu pandang Darra tanpa berkedip.
"Kalau monyet makan pisang buang kulit, manusia buang apa?"soal Darra memandang mereka berdua dengan sengih yang ditahan-tahan.
"Buang kulit la...takkan di makan?"jawab pengawal pertama.
Pengawal kedua menggeleng kepala kerana tidak tahu.
Darra ketawa. "Buang tebiat la..." jawabnya sambil tu.
Namun mereka berdua sedikit pun tidak ketawa, malah pandang tak percaya dengan Darra.
"Dah la cepat naik kuda..kita kena balik cepat."gesa Pengawal Pertama mula kejengkelan.
Sambil ketawa Darra panjat kuda hitam di sebelah pengawal pertama itu dengan sisa ketawanya. "Ada lagi...macam mana lembu ketawa?"
Pengawal pertama panjat kuda yang sama lalu ambil tempat di belakang Darra sebelum pegang tali kekang di situ. "Macam mana?"balasnya mahu tak mahu.
"Moohahahahah....."jawab Darra ketawa selepas itu.
Tawa riang Darra waktu itu membuatkan pengawal kedua yang bermuka serius itu tidak dapat membendung perasaannya. Dia pun tersenyum sambil menggeleng kepala.
"Tak kelakar la.."beritahu pengawal pertama.
"Tengok Zen...dia ketawa kut."tunjuk Darra ke pengawal keduanya. "Lagi satu...macam mana kiki ketawa?"soalnya apabila kuda mereka mula bergerak.
Pengawal di belakang Darra waktu itu pandang ke depan tidak menghiraukan Darra. Sebab dia tahu kalau dia hadap makin meleret-leret jadinya.
"Kikikiki?"balas Zen teragak-agak saat berkuda seiring dengan kuda dimana Darra tunggang.
Semakin galak ketawa Darra. Dia buat thumbs up kepada Zen. "Betul..."
"Kalau macam tu...banyak-banyak ikan...ikan apa kita panggil dia berhenti?" tanya Darra lagi. Dia singgul sikunya ke belakang lalu mengenai dada pengawal di belakangnya waktu itu. "Soul...jawablah."
Pengawal pertama berambut kerinting itu dah berserah sangat waktu itu. "Ikan lumba-lumba?"
"Salah...ikan Paus(pause)"jawab Darra sambil buat tangan stop di depan.
Zen tersengih lagi.
"Saya pun ada teka teki jugak cik muda.."cadang Soul.
"Hah...apa dia?"
"Bila masuk segitiga, bila keluar bergulung-gulung...apa dia?"hujung bibir Soul dah terjungkit.
Sementara Zen dekat atas kuda sebelah mereka dah terkemut-kemut mengetap bibir menahan ketawa kerana tahu apakah jawapannya.
"Hah?"Darra buat muka berfikir.
"Dah?"Soul sudah tersengih lebar. Sedia hendak menjawab.
"Apa dia jawapannya?"
"Seluar dalam...."beritahu Soul. "Kan kita pakai dia bentuk segi tiga tapi bila kita tanggalkan ia bergulung..."
Zen meledak ketawa sehingga melemparkan kepala ke belakang kerana tidak tahan mendengarnya.
Sementara Darra terus buat muka kengerian. "Ihhh ada ke...tak senonoh la kamu ni Soul!"lengan kirinya menyiku dada di belakangnya.
"Apa?Kan teka teki namanya tu.."balas Soul dengan tawa kecil.
Ceria sepanjang perjalanan itu dengan borak Darra dan mereka berdua yang terpaksa melayan kerenah gadis itu walaupun masing-masing sudah kepenatan.