webnovel

Episode 86 : Pelayaran Dua Negeri!

Burung camar bertenggek di atas palang kayu dimana layar kapal lebar terbuka untuk ditiup angin supaya kapal setinggi tiga tingkat seluas gelangang tenis meluncur atas laut lebih laju. Sudah masuk hari kedua pelayaran Kapal Beumont. Kapal yang membawa Duke Elijah dan seisi rumahnya untuk merentasi dua buah negeri dimana mereka bakal berpindah nanti.

Di atas kapal kelihatan awak-awak sibuk melakukan kerja masing-masing. Sama ada menjaga tali layar, mengemudi kapal, berdiri memeriksa sekitar kawasan pelayaran dengan teropong, mengemop dek yang kotor dibuat burung camar yang meninja di sekitar. Di atas pangkin kayu menghadap pemandangan laut, duduk bersilanya Darra dengan papan lukisan atas peha. Tunduk tekun melakar sesuatu menggunakan pensel arangnya sendirian.

Acap kali dia menyelak anak rambutnya ke belakang telinga setiap kali angin bertiup.

          "Cik muda nak potong rambut ke?Sepertinya rambut cik sudahpun semakin panjang."tegur Anthony sewaktu muncul bersama dulang berisi makanan.

          Tersentak kepala Darra. Dia dongak berkerut kening memandang ke kiri. Silau cahaya petang itu buatkan penglihatannya terganggu. "Kenapa?Kamu nak potongkan rambut saya?"

           Hujung bibir Anthony terjungkit. "Saya lebih prefer cik muda berambut panjang"selorohnya saat tunduk meletakkan dulang berisi minum petang di tepi kaki yang dilunjurkan Darra. "Jemput minum. Duke Elijah mengarahkan saya untuk hantar minuman petang ini kepada cik muda memandangkan tengah hari tadi cik muda tidak menjamah apa-apa.."

           Darra tunduk memandang dulang di sampingnya. Ada sepinggan kek berisi dengan kek brownies dan buah kering pelbagai warna. "Kenapa tiada gula-gula?"pandangnya ke Anthony semula.

           "Cik muda dah makan separuh dari balang yang cik muda bawa tu. Duke Elijah tegah saya dari memberikannya kepada cik muda. Jika muda mahu, saya boleh berikannya tapi dengan syarat cik muda kena isi perut dengan makanan yang betul.."

             Darra mengerutkan hidung tanda tidak suka dengan cadangan itu .Dia tiada selera. Fikirannya masih ada di Cameron. Jadi seleranya mati. "Tinggalkan saja di situ. Saya akan makan kemudian."beritahunya sebelum kembali menyambung lukisannya.

Selama pelayaran tiga hari dua malam mereka itu, Darra sering menyendiri dan tidak bercakap banyak. Gadis itu kerap duduk di dek atau tidur sehingga berpanjangan. Anthony mula merisaukan keadaan Darra.

            "Cik muda teringatkan Cameron ke?"tepi wajah Darra di tenung serba salah.

Darra membalasnya dengan dengusan kecil. Mestilah. Dia rindukan Pearl...dia rindukan rumah lama mereka...dan terutama sekali lelaki bernama Alfareeze!Belum apa-apa lagi dia sudah merindu. Nanti macam mana kalau dah menetap terus di Negeri Marlowe. Susahnya nanti!

            "Sekiranya cik muda rindu, nanti setelah tiba    di Marlowe cik muda boleh tulis surat untuk mereka di sana."ujar Anthony cuba hendak memujuk cik muda kesayangannya.

Muncung Darra semakin ke depan. Gadis itu tidak semena terdiam merenung papan lukisan dimana pemandangan laut separuh di Lukis. Hujung kertas lukisan itu dia kupil-kupil kerana resah. Apa agaknya reaksi mereka di sana ya?

Marah?

Sedih?

Gembira?

Apa yang Alfareeze sedang lakukan saat ini?Pasti jelas lelaki akan membencikan dirinya buat selama-lamanya memandangkan dia meninggalkan Alfareeze sedangkan lelaki itu telah merayu kepadanya supaya tetap berada di sisi.

            "Saya tak tahu sekiranya saya ada keberanian untuk berhubung semula dengan mereka yang saya tinggalkan tanpa ucap selamat tinggal tu..."terbayang terus Darra dalam kepala rupa setiap orang yang dia tinggalkan dekat Cameron sana.

Bukan niatnya hendak pergi begitu saja, tapi dia tiada pilihan lain.

           "Kenapa cik muda fikir begitu?Cik muda kena ingat. Di sini bukan salah cik muda atau Duke Elijah. Kalian berdua adalah mangsa keadaan. Jadi tiada apa yang perlu cik muda rasa serba salahkan. Mereka patut tahu, jika cik muda maklumkan pemergian cik muda, ianya hanya akan menyulitkan lagi keadaan." Anthony usap mahkota kepala Darra dengan perlahan.

           Senang mendengar ucapan itu, Darra pun palingkan kepala. Dia tenung wajah berkedut Anthony tapi masih kacak walaupun sudah hendak masuk 40 tahun. Rasanya dari dia lahir hingga la sekarang Anthony sentiasa ada di sisinya tidak kira apa sekalipun yang terjadi. "Terima kasih Anthony..."

           "Untuk apa?"

 

           "Pujuk saya.."

           "Hahaha..kalau Duke Elijah yang pujuk mesti cik muda terkejut kan..?"

           Darra ikut ketawa kerana dia terbayangkan terus muka serius ayahnya cuba memujuknya. Lebih daripada memujuk, ayahnya itu hanya akan membuatkan dia menangis berdasarkan sikap dingin dan kayu yang dimiliki lelaki tersebut. "Hahaha...ya tak ya kan?"

         "Dah melukis tu kemudian. Cik Muda kena makan sedikit..sebab sebentar lagi kita akan tiba ke darat. Dan selepas itu kita tak dapat berhenti untuk berehat memandangkan kita perlu meneruskan perjalanan ke kediaman baru di Marlowe nanti."

          "Marlowe?"sentak Darra teringat sesuatu. "Bukan ke negeri ini diperintah oleh seorang permaisuri bernama Luana Finley?"

          "Ya betul. Baginda raja iaitu Raja Aryan yang mempelawa Duke Elijah untuk menjadi Penasihat Diraja kerajaan mereka selepas lawatan beliau tempoh hari..disebabkan dua negeri telah digabungkan menjadi satu iaitu Marlowe dan Vulcapela kini ia dinamakan sebagai Slivalon Kingdom."

Terangkat tinggi kening Darra selepas dengar. Dia ada dengar sejarah negeri Marlowe. Dengarnya raja dan permaisuri lama meninggal dunia kerana cinta. raja meninggal kerana permaisurinya meninggal sewaktu melahirkan Puteri Luana Finley. Kemudian permaisuri meninggal kerana patah hati akibat cinta pertamanya berpisah dengannya kerana kawan baik dia.

            "Wahh!"gumamnya kerana kagum.

            "Di sana nanti cik muda boleh la jalani hidup sebagai Cik Muda Darra Emerosn Kirk Elijah tanpa kekangan. Dan tiada siapa akan mengecam Duke Elijah...kita semua akan hidup tenteram di situ."Anthony memberi semangat.

Mahu tak mahu Darra menarik senyuman nipis di bibir. Dia harap begitu la! Sebab bukan mudah untuk dia ambil keputusan drastik seperti ini.

          "Saya dengar putera mahkota mereka tidak jauh beza usianya dengan cik muda.."beritahu Anthony lagi sewaktu menuangkan secangkir teh hangat untuk Darra.

         "Putera Mahkota?"

         "Ya..putera mahkota Raja Aryan dan Permaisuri Luana.."

           Heh!?Teringat tetiba dekat Putera Eilian. Apa khabar agaknya lelaki tu? Harap-harap mulut tempayan lelaki tu reti di tutup dari Pearl la. "Berikan saya brownies tu."ajunya hendak makan.

          "Silakan makan cik muda.."Anthony capai pinggan kecil berisi kek lalu disua ke Darra.

Petang itu Darra makan sambil ditemani dengan deruan angin laut dan nyanyian burung camar yang berkiuk atas langit sepanjang perjalanan kapal tersebut.

Próximo capítulo