webnovel

Rakan Imaginasi

Autor: anamii01
Urbano
Contínuo · 5.6K Modos de exibição
  • 4 Chs
    Conteúdo
  • Avaliações
  • N/A
    APOIO
Sinopse

Dek kerana kesunyian. Tambah pula, dia merupakan anak tunggal di dalam keluarga, kesunyian jelas menguasai dirinya. Sewaktu kecil lagi, Fatin mempunyai rakan imaginasi yang sering menemaninya ke sana dan ke sini. Rasa kesunyian berkurangan. Semakin meningkat usia, Fatin terlupa akan kewujudan 'rakan imaginasi' yang diciptakan sendiri. Rakan imaginasinya turut menghilangkan diri. Tetapi itu hanya sementara. Sejak membina kehidupan baharu. Serta berpindah ke rumah baharu. Rakan imaginasinya, tiba-tiba muncul di hadapannya. “Hi Fatin. Long time no see” - rakan imaginasi. “So, you're saying your imaginary friend want to kill you?” - Dr. Zaki Mengapa rakan imaginasinya tiba-tiba muncul kembali? Apa yang dia inginkan daripada Fatin?

Chapter 1Bab 1

"So, you're saying your imaginary friend want to kill you? Betul?" soal Dr. Zaki yang merupakan pakar psikologi dan ahli terapi. Sukar untuk Dr. Zaki percaya dengan kata-kata yang terpancul dari gadis muda yang berusia lingkungan 20an. Sedaya upaya dia cuba menyakinkan kewujudan rakan imaginasinya yang cuba untuk membunuh. "Yes, please believe me. Saya takut" ujar gadis tersebut.

Wajahnya yang suram dek kerana tidur yang tidak mencukupi serta penampilan rambutnya yang panjang kelihatan agak kusut masai membuatkan Dr. Zaki berasa sayu dan kasihan. Ternyata gadis ini mengalami masalah gangguan emosi. Terdetik di hati Dr. Zaki betapa beraninya gadis ini berjumpa dengan kaunselor sepertinya. "Saya rasa awak menghidap delusional disorder, yang tidak dapat membezakan antara dunia realiti dan dunia lain" terang Dr. Zaki dengan tenang. Gadis tadi memandangnya dengan wajah seakan tidak percaya dengan apa yang Dr. Zaki simpulkan. "Seriously doktor??!"

"Apa yang awak nampak sekadar halusinasi" tambahnya lagi.

"Ini lain, doktor. Saya boleh nampak dia! Ni bukan dunia tipu-tipu! Dan saya masih boleh bezakan dunia realiti atau tidak, doktor"

"Sekarang awak boleh nampak dia? Dia ada dalam bilik ini?"

Gadis itu menggelengkan kepala. "Buat masa ini dia tidak ada"

"Begini, saya akan berikan awak ubat dan awak cuba sibukkan diri supaya boleh lupa kewujudan dia. Satu lagi, kalau boleh jangan tinggal sorang. At least ada orang teman " sedang Dr. Zaki jelaskan kepadanya, gadis muda itu hanya membatu kan diri. Memandang ke arah dinding yang berwarna hijau. "Fatin??" panggil Dr. Zaki apabila melihat gadis itu mendiamkan diri. Namun, tidak dihiraukan nya. Pandangan Dr. Zaki beralih ke arah dinding di belakangnya apabila melihat mata Fatin tertumpu pada dinding. Dinding itu kosong. Tiada apa-apa yang menarik. Sekadar warna hijau. Dr. Zaki kembali memanggilnya, "Fatin? Fatin?? Fatin??!" terpaksa dia meninggikan sedikit suaranya. Fatin tersentak, "Yes, doktor".

"You okay??" risau Dr. Zaki melihat reaksi gadis itu tiba-tiba.

"Yes yes yes" dia cuba menyakinkan Dr. Zaki. Ingin sahaja dia memberitahu kepadanya. Namun, setelah mendengar apa yang telah disimpulkan oleh Dr. Zaki. Niatnya dimatikan.

"Sure??"

"Yes, may i go now?"

"Yes, thank you Fatin sudi share all of this with me" ucap Dr. Zaki. Begitulah sikap Dr. Zaki, habis sahaja sesinya antara dia dan pesakit. Dia pasti akan mengucapkan terima kasih. Baginya meluahkan masalah atau isi hati kepada orang lain adalah amat sukar. Dan dia amat hargainya.

Você também pode gostar

Oh My Crush

Biasanya la kan...kalau kita sukakan seseorang itu, kita yang akan kejar orang yang kita sukakan tu ya tak? Tapi macam mana kalau kali ni, orang yang kita sukakan tu pulak yang kejar kita? Apa yang kau orang akan buat? Macam kisah si Naera Aleena ni..... Naera Aleena ada crush semasa dia sekolah menengah tinggi. Jadi dia berniat hendak lafazkan rasa Sukanya kepada crushnya itu. Cubaannya itu Berjaya. Crush dia sudi untuk menerima permintaannya untuk keluar dating Bersama. Tapi itulah...manusia hanya sekadar mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. ********************* Seperti biasa awal-awal pagi dia akan bersiap untuk ke pejabat bagi membuat persiapan bosnya. Selaku setiausaha, dia gemar hadir sejam lebih awal sebelum bosnya tiba. Namun kehadirannya itu disambut oleh orang lain, bukan bosnya. "Apa maksud tuan ditukar hak milik?"soal Naera dengan muka tergamam. "Ya Naera...mulai hari ini, Syarikat Di Clove berada di bawah pengurusan Triad Convenant...presiden baru syarikat ini adalah Tuan Seth Cain ini..." Seperti baru di siram dengan air sejuk dan ais ke atas kepala, Naera pandang lelaki di belakang meja bosnya Bersama mata terbutang luas. Oh my crush! Macam mana semua ni boleh berlaku? "Se-th?"sebut Naera tergagap sendiri. Kecik betul dunia ni kan?Elok dia nak larikan diri, boleh pulak ada didepan matanya! "Sila beri tunjuk ajar..."sapa Seth semasa memberi renungan tajam ke Naera dan tersenyum sinis. Susah payah, Naera menelan air liur. Sh*t betul! Tak boleh jadi ni! Esok pagi jugak dia pergi jauh dari sini! Naera mengetap gigi seeratnya!Kenapa la dia boleh bertemu semula dengan crushnya di sini?Di syarikat yang sama?Bos dia lagi tu! "Mulai hari ini kamu adalah setiausaha saya..."maklum Seth. Naera pandang tidak berkedip. Masih belum sober dari terkejutnya!

TintaHitamTanpaAra · Urbano
Classificações insuficientes
57 Chs