webnovel

Sayang Okay...

Autor: Lil_Devie
Urbano
Concluído · 8.4K Modos de exibição
  • 6 Chs
    Conteúdo
  • Avaliações
  • N/A
    APOIO
Sinopse

"Akankah aku menjadi bidadarimu di syurga kelak?" Manusia akan lebih menghargai sekiranya insan yang dia sayangi pergi buat selamanya. A short story with 6 chapter. Happy reading!

Chapter 11 - Sebulan Kehamilan

"Betul sayang okay?" Soal Ikhwan sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.

"Betul! Sayang okay. Abang janganlah risau." Balas Sarah sambil mengukir senyuman di bibir.

"Abang minta maaf ye sebab abang tak mampu nak jadi suami yang terbaik dan..." Ikhwan mengusap lembut perut Sarah.

"...jadi ayah yang terbaik untuk anak kita nanti." Ikhwan menahan sebak. Lagi lapan bulan, dia bakal bergelar seorang bapa. Barulah dia faham perasaan lelaki di luar sana yang menangis tatkala pertama kali dapat tahu bakal bergelar seorang bapa.

"Abang, janganlah menangis. Sayang mengandung je pun." Tegur Sarah dengan nada lembut. Ikhwan tergelak mendengar kata Sarah. Dia segera menyeka air matanya yang mengalir tanpa dia sedar.

"Betul ke ni sayang okay kalau sayang terpaksa kerja? Abang rasa serba salahlah. Sayang kan mengandung." Soal Ikhwan.

"Abang ni, kan sayang cakap sayang okay. Lagipun sayang faham, kitakan baru 4 bulan kahwin. Jadi kewangan kita tak stabil lagi. Abang pun nak kena bayar duit sewa rumah lagi, duit kereta lagi. Belum campur lagi bil-bil lain kan. Sayang faham sangat-sangat." Balas Sarah panjang lebar. Ikhwan yang mendengarnya turut berasa lega. Sekurang-kurangnya dia masih ada masa lagi untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga kecilnya.

"Tak apa sayang. Abang janji abang akan buat yang terbaik untuk sayang dan anak kita. Abang akan buat apa sahaja untuk keselesaan sayang dan anak kita. Abang janji." Ucap Ikhwan. Sarah hanya tersenyum sambil mengusap pipi lembut suaminya itu.

Di sebalik senyuman yang terpampang, tersembunyi beribu kegusaran dan kerisauan di hati Sarah. Rancangan mereka untuk menstabilkan dahulu kewangan setahun selepas berkahwin gagal gara-gara dia terlupa menelan pil perancang kehamilan. Sarah mengusap perutnya perlahan-lahan. Mampukah dia bekerja dengan keadaannya seperti ini? Kalau sekarang mungkin masih boleh bertahan, tetapi bagaimana pula 4-5 bulan selepas ini?

"Anak ummi, sama-sama kita cuba jadi kuat okay? Ummi akan cuba sedaya upaya untuk tidak susahkan abi. Dan ummi akan sedaya upaya cuba beri keselesaan buat anak ummi sebaik sahaja anak ummi lahir ke dunia ini." Sarah bermonolog di dalam hati.

Você também pode gostar

TERGANTUNG SEPI

"PAPA TAK KIRA WALAU MACAM MANA PUN PAPA NAK KAMU KAWIN DENGAN PILIHAN PAPA JUGAK" TEGAS TAN SRI MALEK "NO PAPA DANIAL TAK KAN KAWIN DENGAN PILIHAN PAPA SEBAB DANIAL ADA PILIHAN SENDIRI!!!" TEGAS DANIAL FIRDAUS "YANG ABANG SIBUK SANGAT NAK ANAK KITA KAWIN DENGAN BUDAK TU DAH KENAPA" SAMPUK PUAN SRI KATRINA "NAK TAK NAK KAMU TETAP KENA KAWIN DENGAN BUDAK TU JUGAK PAPA TAK KIRA PAPA HANYA AKAN TERIMA CUCU DARIPADA RAHIM PEREMPUAN BERNAMA HANAN SOFEA SAHAJA MUKTAMAT, JIKA DANIAL INGKAR ARAHAN PAPA SATU SEN HARTA PAPA PUN DANIAL TAK AKAN RASA SEMUANYA PAPA AKAN SERAHKAN KEPADA ADIK KAMU AIRA ERDINA" KATA MALEK KEPUTUSAN MALEK KALI INI MUKTAMAT "SAMPAI MACAM TU SEKALI PAPA BUAT DANIAL OKY FINE DANIAL KAWIN DENGAN PEREMPUAN TU!!" KATA DANIAL SUARA DAH NAIK SENOKTAH "MAMA TAK SETUJU YANG DANIAL KAWIN DENGAN PEREMPUAN KAMPUNG TU, ABANG PLEASE LAH WARAS SIKIT BUDAK KAMPUNG AWAK NAK KAWINKAN ANAK KITA" KATA KATRINA GERAM "AWAK SETUJU ATAU PUN TAK SETUJU ITU BUKAN MASALAH SAYA YANG SAYA TAHU DANIAL DAH SETUJU UNTUK KAWIN DENGAN HANAN" KATA MALEK TEGAS PADA ISTERINYA KATRINA **** "KAU DENGAR SINI YE PEREMPUAN AKU KAWIN DENGAN KAU CUMA NAK ANAK DARIPADA RAHIM KAU DAN DAPAT SEMUA HARTA PAPA AKU, AKU NAK KAU SEDAR DARIPADA MIMPI JANGAN SESEKALI INGAT NAK HIDUP BAHAGIA BILA KAU KAWIN DENGAN AKU, SEBAB ORANG MACAM KAU TAK AKAN PERNAH ADA TEMPAT DALAM HATI AKU WALAUPUN SEBESAR ZARAH KAU TU JIJIK AKU TENGOK, AKU PUN PELIK APALAH YANG PAPA TU PANDNAG SANGAT DEKAT KAU NI" SANGAT HINA KATA² DANIAL FIRDAUS TERHADAP HANAN SOFEA "BAIKLAH ENCIK DANIAL SAYA SEDAR DIRI SAYA NI SIAPA, SAYA TAHU SAYA TAK LAYAK PUN NAK MENDAPINGI ORANG MACAM ENCIK DANIAL APA PULAK NAK BERTAHTA DI HATI ORANG MACAM ENCIK DANIAL UNTUK SIMPAN ANGAN² HIDUP BAHAGIA DENGAN ENCIK DANIAL PUN JAUH SEKALI SEBAB SAYA SEDAR DIRI SAYA NI SIAPA CUMA PEREMPUAN KAMPUNG!!" PERLI HANAN SOFEA

AINAKHAILEEDA · Urbano
Classificações insuficientes
17 Chs