webnovel

THE GOD OF ELEMENTS

Fantasia
Contínuo · 4.4K Modos de exibição
  • 8 Chs
    Conteúdo
  • Avaliações
  • N/A
    APOIO
Sinopse

Chapter 1Peluang Kedua

"Kita selamat... "

"Ini seperti mimpi yang terindah.Mimpi yang menjadi kenyataan... "

"Ya.. Usaha kita berhasil tanpa sia-sia"

Tawa kecil menghiasi suasana bening malam itu. Bintang-bintang berkelip-kelip seperti menyambut ketibaan mereka. Angin lembut membelai permukaan kulit dua sosok yang dipenuhi dengan kotoran tanah bercampur dengan pelbagai unsur mineral. Sesiapa yang memandang mereka sekarang pasti tidak akan mampu untuk mengecam identiti mereka.

Suasana malam itu adalah yang paling indah dalam sejarah hidup mereka. Dua sosok terbaring di atas permukaan tanah. Memandang keluasan langit yang di penuhi tompok-tompok bintang. Mereka pernah mengatakan ini semasa terperangkap di bawah timbunan puing-puing lombong beberapa hari lalu, apakah akan ada lagi peluang melihat keindahan langit dan dunia. Dan, mereka di beri peluang kedua setelah tertimbus beberapa hari, atau mungkin minggu, tertimbus setelah lombong Helskey runtuh dan menyebabkan ratusan terperangkap di bawah permukaan tanah.

"Berapakah yang telah terselamat? Apakah nasib mereka yang lain jauh lebih buruk? ".

"Aku tidak yakin. Rasanya mungkin kita jauh lebih bertuah dapat menemukan cabang lubang lombong yang tidak runtuh sepenuhnya".

"Tapi Hunner, bagaimana kamu tahu secara tepat kedudukan cabang lubang lombong ketiga? Apakah kamu pernah memasuki pintu lombong ketiga? ".

"Itu hanya firasat hati. Aku juga tidak yakin ianya akan berjaya. Namun, ya.. kita telah keluar. Itu lebih penting. Apa rancanganmu selepas ini? Aku yakin lombong ini pasti akan ditutup buat sementara waktu".

"Rancangan? Yang pasti aku tidak akan mahu menjadi pelombong lagi. Ini sudah cukup, tidak mungkin akan ada peluang ketiga lagi.. kan? " Greek tersenyum memandang Hunner yang sentiasa tenang. Dia tidak yakin akan berbuat apa jika dia tidak bertemu Hunner semasa terperangkap di dalam runtuhan lombong.

"Haha.. mungkin. Aku juga perlu memikirkan cara baru untuk mendapatkan wang selepas ini. Huh... ini semua tidak mudah. Namun, hidup perlu diteruskan. Apakah kamu akan kembali ke Kota Starlight? " Hunner mengosok alisnya yang kental dengan kotoran melekit. Tanah yang melekat bertaburan jatuh ke permukaan tanah.

"Aku mungkin akan bermalam di sini dan akan terus bergerak kembali ke desa halamanku keesokan pagi. Niatku untuk terus mencari nafkah di sini telah lenyap. Sepanjang berada di dalam runtuhan, aku hanya memikirkan keluargaku di desa. Kamu? Apakah akan terus mengejar niat untuk menjadi seorang immortal? "

"Ya. Aku tidak mempunyai arah tujuan lain. Aku tidak punya saudara atau ahli keluarga, hanya tinggal aku sendirian. Aku akan sentiasa mengejar jalan immortal atau aku hanya mati sia-sia".

"Terlalu degil. Ini bukan pertama kali aku mengatakan, kita tidak ditakdirkan untuk mengikuti jalan immortal. Perbezaan kasta terlalu ketara, hanya mereka dengan keturunan bangsawan yang mampu. Kasta rendah seperti kita hanya akan menjadi sampah biasa". Greek mengatakan atas dasar fakta. Hunner tahu dengan jelas itu, namun dia akan terus mencuba atau dia akan menyesal suatu hari nanti.

"Haha kamu seperti seorang wanita tua yang tidak habis-habis dengan omelan. Aku tahu batasku, jika tidak boleh, ya.. aku akan hidup seperti manusia normal. Berkerja, berkhawin dan menjadi tua" Hunner hanya mengatakan. Hatinya sakit apabila mulutnya mengatakan akan menjadi tua. Dia bukan takut akan kematian tetapi dia ingin meneroka keluasan alam ini dan jalan immortal adalah satu-satunya pilihan, tidak ada yang lain.

"Hmm nampaknya kita akan berpisah di sini. Aku akan cuba mencari saki baki bangunan yang tersisa untuk bermalam. Aku gembira telah bertemu denganmu di dalam reruntuhan.Kita akan terus menjadi teman di masa hadapan. Desa Eussorus di Pergunungan Demeas, ingat nama desaku. Datang berkunjung jika kamu mempunyai masa nanti".Lengan berotot Greek melambai dan dia mula mengorak langkah menuju ke arah Base Camp lombong ketiga.

"Aku tidak akan melupakan mu teman. Kita akan bertemu kembali di masa hadapan".Sosok Greek mula menghilang di kegelapan malam, hanya Hunner yang masih berdiri di hadapan pintu lombong. Dia memikirkan masa hadapannya, Lombong Helskey telah runtuh, dia kini perlu mencari pekerjaan baru mengumpul wang. Wang yang dikumpulnya beberapa tahun ini belum cukup untuk membeli Bloody Sun Elixir, masih kurang beberapa keping syiling emas.

Hunner melangkah mengharungi puing-puing reruntuhan. Lubang dalam jelas terlihat di antara bongkah bebatuan. Beberapa bangunan yang menjadi base camp bagi para pelombong ranap di makan oleh permukaan tanah. Mengerikan. Hanya itu yang terlintas di fikiran Hunner. Dia mengerutkan kening, mengaru kepalanya yang tidak gatal, hairan bagaimana dia boleh terselamat dari bencana itu.

Suara itu, Hunner berhenti melangkah, fikirannya ligat memikirkan sesuatu. Jika bukan kerana suara itu yang mendorongnya mengali lubang sedalam 60 meter menembusi lubang pada cabang lombong ketiga, dia mungkin masih tertimbus di bawah reruntuhan lombong. Namun, suara apakah itu? Dia tidak menyatakan apa-apa kepada Greek sebelumnya kerana hanya dia yang mendengarkan suara itu.

Pada awalnya dia menyangka bahawa itu adalah kesan halusinasi, namun dia masih tenang dan sedar pada ketika itu. Apakah ada roh yang mendiami kawasan di kedalaman lombong? Atau itu adalah dewa nasib yang tidak mahu dia mati. Hunner tersenyum, dia hanya seorang rakyat yang lemah dan dia langsung tidak bernilai untuk diselamatkan, apakah ada dewa yang akan membantunya.

"Itu semua telah berlalu, aku perlu memikirkan apa yang akan berlaku di masa hadapan".Hunner mula mengharungi malam, melangkah penuh hati-hati untuk menuju ke Kota Starlight. Jarak Kota Starlight dari Lombong Helskey hanya berjarak 12 batu. Itu memakan masa hampir 2 jam jika berjalan di waktu siang, atau mungkin 3 jam jika pada waktu malam. Lampu gasolinnya telah tenggelam bersama peralatan lain di dalam gua lombong, Hunner hanya kini bergantung kepada cahaya bintang di angkasa.

Langkah kaki Hunner di iringi oleh bunyi para cengkerik malam. Tanpa sedar, seseorang sedang memerhatikan Hunner. Jauh di lubuk lautan jiwanya, satu sosok yang sedang duduk di satu persada mewah memerhatikan setiap pergerakan Hunner.

"Menarik. Anak muda ini sentiasa tenang dan mempunyai tekad yang kuat. Telah ditakdirkan untuk dia bertemu denganku. Jiwaku telah lama terkubur. Aku tidak menyangka seseorang telah menyebabkan aku terbangun kembali. Meskipun anak ini terlalu lemah, energy corenya juga belum dibentuk, ini akan menjadi lebih menarik hahaha.. "

Sosok itu berlegar-legar di lautan jiwa Hunner, tidak ada yang istimewa. "Aku tidak mungkin akan terbangun sebagai immortal lagi. Zamanku sudah tamat jutaan tahun lalu, zaman dimana para immortal yang kuat dicipta. Apakah yang lain masih hidup? Apakah Land Of Gods masih lagi berpenghuni? Hmm.. Aku bergantung dengan anak ini untuk merungkai segalanya. Jika berjaya, sekurang-kurangnya saki baki jiwaku boleh disemadikan di sana. Aku akan membantu anak ini mengukir jalannya menuju ke puncak tertinggi.Hahaha dia pasti akan menjadi immortal yang mengerikan,bergantung kepada usahanya nanti".Sosok ini kemudian perlahan menghilang di dalam lautan jiwa Hunner. Yang tertinggal hanya aura dengan kabus kehitaman yang turut perlahan menghilang.

Você também pode gostar

Kembalinya Sang Kegelapan

Segala yang terjadi didunia sudah ditentukan oleh para dewa.Suatu hari ada seorang manusia yang lahir yang ditakdirkan mengalahkan raja iblis. Saat manusia itu remaja dia memiliki tubuh fizikal yang berotot dan sedikit kekar,kedua matanya berwarna oren kemerahan dengan aura matanya yang berwarna merah. Saat manusia itu sudah remaja dia masuk ke sekolah pahlawan.waktu itu manusia itu masih naif dan tidak mengetahui apa-apa dan dengan penuh semangat dia berlatih dengan gigih untuk mengalahkan raja iblis.Setelah 10 tahun berlalu waktu yang ditentukan sudah tiba.kedua-dua belah pihak berada di suatu kawasan yang luas yang jauh dari wilayah manusia dan wilayah Raja iblis. kedua-dua belah pihak memandang satu sama lain lalu mereka mula menyerang,pertarungan itu sungguh sengit hingga setengah bulan berlalu tapi perlawanan mereka tidak terlihat penghujungnya.Lalu sang manusia yang ditakdirkan sampai ke tempat raja iblis.Keduanya menatap dengan pandangan haus akan kemenangan lalu mereka berdua mula bertarung.Perlawanan mereka sungguh sengit sehingga kawasan yang luas itu mengalami kehancuran yang dahsyat dan menelan jumlah korban yang cukup banyak bagi kedua belah pihak tapi kerana para dewa sudah menentukan hasilnya dari awal raja iblis itupun akhirnya mati. Sebelum raja iblis itu menghilang dia menggunakan sisa sihirnya dan menyalurkan kedalam alat telerportasi lalu memindahkan kesemua askarnya yang tersisa kembali ke wilayahnya dan menyuruh bawahannya untuk bersembunyi sehingga raja iblis mereka yang baru muncul lalu tubuh raja iblis itu pun menghilang dan cuaca disitu menjadi cerah. Pihak manusia telah berjaya menenangkan pertarungan dan sang tokoh utama merasa lega bahawa tugas dia sudah selesai tapi dia tidak mengetahui bahawa dewa juga telah memulakan permainan yang baharu dimana sang manusia itu bakal menjadi raja iblis yang baru.

VLAREKA · Fantasia
Classificações insuficientes
4 Chs

M.A.G.I.X [ MALAY ]

Sejarah ketamadunan manusia yang kita pelajari ada menceritakan tentang perang dunia yang berlaku kira-kira sedekad yang lalu yang bermula dengan perang dunia pertama. Dunia aman seketika sebelum perang dunia kedua pula meletus kira-kira 20 tahun kemudian yang melibatkan negara kita yang dikenal sebagai tanah Melayu pada masa itu. Suatu ketika dahulu, tanah Melayu terkenal dengan kegagahannya apabila rata-rata rakyatnya mampu mengawal unsur elemental. Ini adalah keistimewaan yang dianugerahkan kepada bangsa Melayu. Anugerah ini dicemburui oleh orang-orang barat. Mereka telah merencana satu pelan jahat. Mereka bersatu dan bersepakat menjajah negara-negara di Asia Tenggara. Sehingga suatu hari kesemua kuasa sakti tersebut lenyap. Demi mencapai keamanan dan kemerdekaan tanah Melayu, para pemimpin Melayu ketika itu telah membuat satu perjanjian dengan sang penjajah dengan syarat, "seluruh ilmu magis perlu dilenyapkan" kata sang penjajah tersenyum sinis. Tepat pada 31 Ogos 1957, jam 12.00 tengah malam. Suatu mantera terterai memisahkan kedua-dua dimensi. Akibat daripada itu, dunia magis telah dilupakan oleh alam manusia. Kegagahan bangsa Melayu mula pudar. Suatu malam, pertembungan dua dimensi berlaku. Seorang budak lelaki dari alam magis telah bertemu dengan seorang lagi dari alam manusia. Adakah ini petanda untuk bangsa Melayu bersatu dan bangkit semula? Di situ bermula segala pengembaraan dan misteri mula terungkai satu demi satu. Segala persoalan kian terjawab, sejarah yang sengaja disembunyikan bakal menggegar dunia semula.

Ezakiel02 · Fantasia
Classificações insuficientes
17 Chs