Platform penulisan WEBNOVEL-INKSTONE dapat merealisasikan impian kreatif anda dan menghubungkan anda dengan pembaca di seluruh dunia dengan kata-kata. Anda juga boleh mengakses https://inkstone.webnovel.com dan buat di PC.
Setelah melukakan hati seorang gadis yang bernama Mardhiyah, Sufi telah dipindahkan ke suatu alam yang sangat asing baginya. Berbekalkan petunjuk melalui kelebihan bicara hati yang dia miliki, pemuda itu diminta untuk membimbing jiwa-jiwa yang ingin melihat suatu sinar berjuang menghapuskan kegelapan yang melanda alam itu. Pada masa yang sama, seorang insan daripada masa lalu meminta dia untuk merungkaikan tujuh kunci yang ada pada tujuh insan yang hidup pada zaman Guru Muda. Guru yang merupakan insan pertama di alam itu menyebarkan ajaran Islam. Pemuda itu atau lebih dikenali sebagai Insan Penawar mempunyai kelebihan luar biasa yang berunsurkan air dan salju. Kelebihan yang mampu di zahirkan daripada lafaz mantera, gerak tubuh dan lafaz-lafaz tertentu. Dengan kelebihan itu, mampukah Sufi membimbing jiwa-jiwa yang ingin melihat sinar menentang kegelapan yang sudah bertapak lama di alam itu? Mampukah dia merungkai tujuh kunci tersebut sepertimana pesan yang telah di berikan kepadanya? Adakah wataknya akan terhenti di suatu perjalanan tanpa sempat dia merungkai segala kunci? Sungguh, kehadirannya ke alam itu terlalu banyak rahsia sehingga suatu hikayat diperlukan untuk menjawab segala persoalan.
Seika, seorang otaku pemalas berusia 16 tahun, menjalani kehidupan yang normal dan damai-bersekolah, bermain dan melakukan hal bodoh dengan adik dan sahabatnya, serta menikmati kisah fiksi yang ia baca dan tonton. Hidupnya begitu sederhana dan ideal, hingga suatu tragedi dan sumpah merenggut segalanya. "AKU BERJANJI DENGAN JIWA AKU!! AKU AKAN MEMBUNUH ENGKAU, ONIC!!" Sebuah tragedi dan sumpah kelam menghancurkan kebahagiaan hidupnya dan memaksa dirinya mengukir sumpah penuh kebencian, kesedihan dan kemarahan dalam hatinya. Kini, kehidupan damai dan normal itu telah hancur total, digantikan oleh rasa sakit dan dendam. Hanya sumpah yang mengikat Seika, merantai dirinya pada masa lalu yang gelap. Ini adalah kisah perjuangan tragis seorang remaja yang dipenuhi penderitaan. Ini adalah kisah seika yang ingin menyelesaikan sumpah yang telah ia ukir. Dia bukanlah seorang pahlawan atau jenius, hanya seorang lelaki biasa yang terjebak ke dalam kehidupan yang penuh tragedi.
Di sebuah Negara terdapat 3 pendekar yang hebat, mereka telah mempelajari ilmu mempertahankan diri dengan berjumpa dengan beberapa orang mahaguru untuk menambah ilmu mempertahankan diri mereka. Di Setiap pengembaraan mereka terjadi peristiwa-peristiwa yang menarik dan menakutkan. Pengembaraan mereka terlalu panjang sehingga mereka kembali berbakti di negara mereka sendiri. Mereka di angkat menjadi Benteng utama Negara.
Bagi para kultivator ras manusia, hanya ada 3 benua yang luas yang menjadi rebutan untuk di kuasai. Perebutan antara clan-clan besar untuk menguasai dataran benua, persaingan akan menyisihkan yang lemah, menjulang yang kuat. Hal menjadi lebih menarik apabila ada mitos yang mengatakan terdapat portal yang menghubungkan kepada 4 benua alam semesta kuno. Portal teleportasi itu di katakan berada di dalam jiwa seseorang, tersembunyi dalam bentuk kiub keemasan. Kegilaan kerajaan penguasa Apocalypse Star untuk memburu kiub ini menyebabkan penangkapan Yoda, kultivator yang berada di puncak 3 benua. Yoda berada dalam penghujung perjalanan jalan kultivasinya, tidak mungkin akan lari dari Kerajaan Apocalypse Star. Dia secara sembunyi mencari perwaris baru bagi kiub universal kuno. Peter yang sedih kerana disingkir dari clan kerana kelumpuhan kultivasi disebabkan serangan binatang buas menjadi pewaris baru kiub universal kuno. Hayati perubahan hidup Peter selepas mewarisi kiub universal kuno, dan menjadi buruan dari kerajaan Apocalypse Star
Ccfv