webnovel

14 Minggu Denganmu

Satu semester bersamaan dengan 14 minggu. 14 minggu bersamaan 14 kali kelas kita bersama 14 minggu saja kita bisa bertemu empat mata Untuk 14 minggu ini saya akan cuba sebaik mungkin untuk mengenali awak Jika ianya baik untuk kita. alhamdulillah Jika tidak, Saya akan jadi yang pertama untuk undur diri.

nabella_bazli · Urbano
Classificações insuficientes
3 Chs

Minggu Pertama

Malam Khamis, class rep menghantar jadual baru kelas untuk semester baru yang bakal bermula pada keesokkan hari. Isabella pada ketika itu sedang seronok melahap nasi ayam yang baru dibeli di cafe bersama Syafira petang tadi. Sambal nasi ayam itu berjaya buat dia mengunci mulut dan fokos untuk makan saja. Telefon bimbitnya juga tak berjaya menarik minatnya untuk pegang pada ketika itu.

Isabella dan Syafira masing-masing duduk bersila secara bertentangan di bilik kolej mereka.

"Amir hantar jadual untuk esok" kata Syafira sambil matanya melekat elok pada paparan skrin telefon bimbit jenama Samsung Meganya itu.

"Hari Isnin kita free sepenuhnya.. Kelas pula ada.." matanya membuat quick scanning pula. "Subjek ada 4. Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat"

"Good.. Jumaat petang aku boleh balik rumah.. Balik sini balik hari Isnin. Cantik" kata Isabella pula, dalam keadaan mulut yang penuh.

"Siapa ajar kita Professional Project? Aku tak nak madam Qas doh.. Mampos dia buat kita repeat subjek tu sem depan macam senior aku kena haritu"

"Kejap aku tengok" jeda. Syafira mencari nama subjek yang dimaksudkan Isabella tadi dari jadual itu.

"Sir Shah ajar kita subjek tu.. Aku dengar dia tak kedekut markah.. So okaylah.. Min kata senang skor subjek ni kalau rajin pergi consult dengan sir.. Sebab dia nilai dari segi effort kita juga.."

Isabella angguk faham saja. Subjek selebihnya dia tak berminat pula untuk ambil tahu siapa tenaga-tenaga pengajarnya. Kepak ayam diambil dari pinggan lalu digigit-gigit isinya dari tulang.

"Weh Sab.." tangan Syafira sudah menepuk-nepuk lutut Isabella.

"Hmm"

"Lecturer favourite kau ajar kita subjek Graphic and Design doh!!"

Isabella sudah kerut kening. Lecturer favourite? Setahu dia, tak pernah pula dia ada pensyarah kesukaan sepanjang 2 tahun dia belajar di institusi itu.

"Kau merepek apa gila?" Tulang ayam sudah ditala ke muka Syafira. "Kau jangan macam-macam eh.. Aku sumbat dengan tulang ayam ni baru tau"

Dengan itu, Syafira menunjukkan paparan skrin yang dia teliti tadi kepada Isabella.

"Aku dah zoom siap-siap part Graphic and Design tu. See it for yourself"

COM 402 - Dr Muiz Iskandar

Spontan, dia terus tersedak. Tulang ayam yang dipegangnya tadi sudah jatuh ke lantai.

"J-jangan ba-gi a-ku air.. Biar aku ma-ti" katanya diantara batuk yang kuat itu.

Ya Allah.. Dalam tak nak tak nak dia berjumpa lagi dengan lelaki itu, tup-tup tuhan dekatkan juga dia dengannya? Isabella sudah murung mengenangkan nasibnya dalam masa yang akan datang!

"What the hell kau gila ke?" Penutup botol air mineral sudah dicampak ke tepi oleh Syafira. Botol itu kemudiannya diserah kepada Isabella, suruh minum.

Reda batuk, Isabella sudah bangkit untuk ke tandas, cuci tangan. Nasi ayam yang masih berbaki separuh itu sudah tidak menarik minatnya untuk menjamah lagi sehingga habis. Tak ada selera! Selesai mencuci tangan, dia duduk di birai katil, termenung bagai balu baru kematian suami.

"Oi tak kan sebab sir Muiz akan jadi lecturer kita, kau terus murung kot?" Jeda. "Rileks lah oi"

Isabella geleng kecil. Matanya pandang wajah Syafira dengan pandangan yang penuh sayu.

"Kau faham tak sebab dia akan jadi lecturer kitalah dunia aku tak akan aman lagi selepas ni?" Nadanya juga sudah bertukar sedih. Syafira sudah bantai gelak. Lawak!

"Kau tak kan tak ingat cara dia pandang aku sem lepas? Kau ingat tak apa dia pernah cakap kat aku?" Tambah Isabella lagi, dalam nada yang masih sama. "Dia cakap 'see you when I see you' tau. Which means, selamat datang ke neraka dunia"

"Okay yang tu tak relate. Kau merapu je lebih. Dia okay sajalah.."

"Aku tak sedap hati doh Syafira.. Dia ibarat apa tau? Ibarat macam nyawa aku sudah terancam secara total.. Macam.. Aku akan bernafas lagi ke lepas keluar dari kelas dia? Dia akan aim aku bertubi-tubi ke lepas ni? You and I, we both never know tau"

Selimut di katil sudah dibuka besar-besar. Isabella terus membaringkan badan ke atas katil lalu membelakangkan Syafira.

"Aku nak tidur dalam kesedihan.. Selamat malam. Kemaskan nasi aku tu. Thanks"

"Oi kau apasal murung sangat weh!! Chillah!!"

"Janganlah dipujuk hati yang sedang lara Syafira.. Tiada guna"

"Malasla aku layan kau! Gila"