"Mak Angah,Kenapa semua tinggalkan Damien?",tangis Damien di tengah-tengah malam secara tiba-tiba terbangun dari tidurnya tadi.Tambahnya lagi,"Damien rindu ayah,rindu ibu,rindu along, rindu Darish".
Situasi itu pada Lyn yang memang pernah menghadapi keadaan berkenaan satu tika dulu, dan kini dia melihat anak buahnya Damien mengalaminya,bukan hanya simpati tapi empati sebab rasa kehilangan orang yang disayangi bukan sorang tapi empat. Tiada perkataan yang boleh digambarkan kesedihan Damien pada ketika itu yang mana masih memerlukan ibubapa untuk di sayangi , lebih hebat apa yang Damien hadapi kini dari dugaanya dahulu. Betul apa yang tidak membunuh menjadikan dia lebih kuat kini, syukur dia boleh menghadapi kehilangan along sekeluarga. Dia harus kuat untuk Damien yang memerlukan dia dan dengan perlahan dipujuknya si kecil. "Sayang,mak angah tau Damien sayang diorang tapi Allah lebih sayangkan mereka. Damien doa kan diorang yer sayang, diorang tak mahu Damien sedih-sedih begini. Mak angah dan pak chu akan jaga Damien selama kami hidup, inshallah",lembut suara Lyn cuba menenangkan Damien sambil mengusap dan memeluk dia. Sejak kehilangan ahli keluarganya memang kerap dia menangis secara tiba-tiba di tengah malam atau kencing di tilam tanpa disedari dirinya sendiri. Kerap kali bangun pagi dia menangis kerana malu terkencing di tilam.Damien emosinya tidak stabil dan sangat-sangat sensitif. Mendengar tangisan Damien, Ikmal yang masih belum tidur menjenguk bilik tidur Damien yang sebelum ini didiami Damien dan Darish.Di dekati secomel mengantikan Lyn memeluk Damien sambil menepuk-nepuk agar Damien tidur semula sambil dia memujuk lembut si anak kecil itu."Sayang Chu, jangan sedih-sedih esok kita lawat kubur mereka ya, Chu janji Kalau Damien kembali tidur Esok kita jumpa mereka". Mendengar kata-kata Ikmal itu tangisan Damien menjadi makin perlahan dan mengendur,kemudian dia terlena semula. Di ciumnya dahi Damien dan di selimutinya agar selesa. Dia mengalihkan pandangan pada si kakak dan dalam nada perlahan dia berkata,
"Angah, nak minum kopi?", tanya Ikmal melihat Lyn yang sudah segar terjaga.
"Boleh juga,Damien dah lena ini", jawap Lyn perlahan takut tidur si kecil terganggu,lalu bangun menuju ke dapur bersaing bersama Ikmal.
"Esok cuti kan sahaja Damien dari sekolah.Lepas adik bawa dia ke kubur nanti terus ke rumah Kak Ana bagi dia main dengan Hakim. Biar dia leka sikit. Kesian kat dia", diberikan cadangan kepada Ikmal.
"Okey, sesuai juga itu. Dia dah biasa ada teman", balas Ikmal sambil menghirup kopi O yang di bancuhnya sendiri. Sebuah mug kopi O di hulur pada Lyn yang duduk menunggu.
"Esok Angah kerja naik LRT or driving?", tanya Ikmal seolah-olah memberi hint ingin meminjam kereta Lyn.
"Adik hantar ke LRT boleh?",jawap Lyn yang tahu adiknya memerlukan kereta untuk esok.
"Itu la suruh beli kereta tak nak, nak beli motor last-last bila nak bawa budak kecil takde transport", ejek Lyn menyakat si adik.
"Orang bujang harus ranggi mana nak tau tiba-tiba jadi daddy", spontan jawab Ikmal.
"Next time harus ada plan B".
"Angah tu apa next plan?", tanya Ikmal pula.
"Entah nak kena kahwin kot", spontan jawab Lyn.
"Wow daebak?, Angah dah ada calon ke?",terperanjat Ikmal mendengar jawapan si kakak.
"Follow the flow, Damien perlukan both parent, kamu tu asyik belayar jer mana mungkin boleh isi tanggungjawab sebagai seorang ayah mithali", selamba Lyn membalas.
"Angah dah fikir masak-masak ke?".
"Entah la adik, biar takdir yang menentukan",jujur jawapan Lyn kerana dia tahu jika dia seorang tidak mungkin dapat menjadi ibu dan ayah terbaik untuk Damien.