Di ketuk pintu bilik yang dulunya milik Dalina dengan agak kuat ",Adik bangun la kata nak hantar Angah",suara Lyn dikuatkan agar si adik bangun dengan lebih segera. Pintu di buka dan kelihatan Ikmal yang nampak segar bugar seperti telah mandi."Kejap la angah,adik tengah memerut la tadi, sorry la nature call, tengok la orang dah siap shower la,adik akak ini morning person la", selamba Ikmal dalam nada bergurau dia memarahi si kakak."Morning person konon, takat hari ini jer buat apa",seloroh Lyn pula."Dah jom adik hantar, Damien mana?", tanya Ikmal pula. "Ada kat ruang tamu tu, dia bangun sendiri mungkin dah biasa bangun nak pergi sekolah".
Kelihatan Damien lengkap berpakaian sekolah menunggu di ruang tamu.
"Damien hari ini cuti chu nak bawa awak rehat",ucap Ikmal pada Damien yang memandang dia terkebil-kebil. Memang Damien kadang kala stabil kadang kala sensitif kadang kala tiba-tiba menguji kesabaran. Dia tidak seperti dia yang dahulu."Cuti?", tiba-tiba wajahnya bertukar ceria."Damien nak tukar baju kejap",sepantas kilat dia masuk dan keluar dengan baju-T Antman kesukaanya.
Bila Lyn sampai sahaja di pejabat, dia melihat meja disebelahnya yang dulu kosong sudah ada pemiliknya kerana telah ada alat tulis dan file-file namun si empuan diri mungkin masih belum sampai "Alhamdulillah ringan sedikit beban kerjaku",ucap Lyn dalam hati. Melihat ke jam di tangan masih ada lagi sejam sebelum waktu untuk memulakan kerja. Dia lalu ke pantry untuk bersarapan. Sampai sahaja dipantry kelihatan Iqbal elok duduk minum sambil membaca surat khabar."Awalnya hang hari ini?",tegur Lyn,dia tidak perasan bilik Tuan Arman tadi kerana tidak langsung atau terlintas di fikirannya CEOnya akan datang terlalu awal hari ini."Entah bos hang, dia suruh aku mai awal ada benda penting kot", selamba Iqbal menjawab sambil terus menyambung membaca surat khabar." Hang nak karipap?", pelawa Lyn. Iqbal mengambil sebiji karipap yang di hulurkan Lyn. "Sedap", kata Iqbal diletakkan surat khabar tersebut yang telah habis dibacanya."Lyn, hang dah tengok setiausaha baru tu?", tanya Iqbal yang seperti biasa agak busy body tapi dia baik."Hang ini aku baru ja masuk kerja hari ini,mana la jumpa dia, apa punya soalan la hang ni", selamba jawap Lyn sambil mengunyah karipap yang dibelinya tadi."Betul sedap", ucapnya perlahan."Hang camner Lyn?, okay ka? anak menakan hang duduk dengan siapa?",bertubi-tubi soalan dari Iqbal sambil tangannya mengambil sebiji lagi karipap dihadapan Lyn."Buat masa ini Ikmal still on leave so kami stay rumah along tapi after two month maybe nak pindahkan sekolah Damien dekat dengan rumah Lyn. Damien akan tinggal dengan Lyn. So far itu la short plan kami", jawap Lyn tanpa berselindung, itu la kali pertama dia bercerita hal peribadinya dengan orang lain selain sahabatnya Suhana.
"Hang jadi ibu segera la ni",ucap Iqbal sambil memanjangkan muncung mulutnya seolah-olah berfikir kerana mimik mukanya turut berkedut-kedut."Okay la, terus ada anak tak payah beranak", spontan jawap Lyn endah tak endah menikmati karipap dan air kopi. Di jeling jam di tangan,hampir jam 9pagi, dia lalu mengambil mugnya ke sinki dan di basuhnya. Lebihan karipap dibiarkan di meja jika ada yang lapar boleh la di makan bersama. Kongsi rezeki itu rahmat dan berkah. Dia lalu menuju ke mejanya dan matanya melihat bilik tuan Arman dan kelihatan Arman sedang berjalan menuju ke arahnya tajam matanya melihat Lyn seolah-olah ada sesuatu yang ingin di ucapkan.