webnovel

Yang Benar, hatiku

作者: whiteneyz
都市
連載中 · 6.2K ビュー
  • 2 章
    コンテンツ
  • レビュー結果
  • N/A
    応援
概要

タグ
1 タグ
Chapter 1Seputih salju

Titisan demi titisan salju turun menghinggap dunia yang berwarna putih. Sejuk yang menggigit setiap inci kulit yang tidak tertutup, kabus putih yang keluar dari mulut mengingatkan aku bahawa aku masih lagi bernafas dan hidup. Jantung ku berdebar dengan kuat dan pantas.

Perlahan-lahan, aku mengangkat tangan kananku dan menghalakannya ke atas langit. Titisan demi titisan cecair merah jatuh ke tanah.. kontra dengan timbunan salji di bawah. Seandainya.. aku mati di sini...

Tangan kiri ku mengusap perutku. Aku mengetap bibirku, menelan rasa sebak di dadaku.

"Tuhan..." aku menutup mataku dengan erat. Otakku memutarkan kembali perbualan demi perbualan yang aku dengar sepanjang beberapa bulan yang lepas.

"You will never survive this, Quinta. Whatever path you choose. You will loose something precious"

"Just kill it. And then ask forgiveness"

"Don't. Dont kill the baby. It's a sin"

"That child is the child of the devil!!"

"You have nothing!!!! I can make your life miserable!"

"Kau ingat, ada lelaki lain yang mau kau? Patut kau bersyukur saya punggut kau!"

"Do you think you can raise the baby????!! You are 19 years old for god sake! You have no stable job. No house.no car. No license driving. Nothing! Life is not all unicorn and rainbow. You will loose your dream and someday you will loose your kids too. Loose them now rather than later. Show that bastard that you can live better life"

"Live, Quinta. I dont know how but just live"

"Call lah! Kalau kau rasa ada yang boleh tolong kau, teriak saja la!" Aku menyentuh rahangku yang masih membiru, bajuku yang basah membuatkan aku menggeletar kesejukan.

"Kahwin dengan aku, kalau tidak-"

Aku berasa sesak. Cinta itu buta. Tetapi malangnya, hati dan mindaku tidak sebuta itu untuk memilihnya sebagai pasangan hidupku. Bertukar silih ganti perempuan, menanam benihnya di sini sana.. kemudian kembali kepada aku. Dan aku yang bodoh, sering kali memaafkannya.. sering kali menerimanya kembali, ditabur dengan kata-kata dan janji manis.

"Sorry... sayang. Sorry"

Tapi setiap perkataan maafnya, membunuh secebis demi secebis retakan hatiku. Aku, seorang gadis yang membesar dengan kisah-kisah dongeng, yang berakhir dengan cerita 'bahagia selama-lamanya', tidak lagi mampu memandang dunia seperti dahulu.

"Jaded. I'm jaded" sebak di dada, melihat kehancuran diri sendiri. Aku tidak punyai arah tuju, segala-galanya menjadi kelam dan menyesakkan.

Professor diagnosed aku, stockholm syndrome. Dia, kekasihku selalu memukul aku, mengurung dan mencaci maki aku. Dia membuatkan aku percaya setiap kata-katanya dan membuatkan aku terpaksa untuk berpaut padanya. "You will think whatever he said is true and whatever you say is wrong. If he do something wrong, you will still accept it as a right thing to do. That is not healthy"

Tidak. Aku tahu. Aku dengar. Aku faham. Tapi aku tidak dapat mengawal diri aku sendiri.

Tekakku terasa kering, kepalaku kacau.

"How to live?"

Ketika itulah, aku berasa seluruh jiwaku hancur lebur. Terhimpit dengan keadaan, dan kebodohan masa remajaku.. aku melihat.. masa depanku menjadi gelap. Sekuat mana aku berlari, seteruk mana aku cuba.. impian aku terpaksa aku tinggalkan. Hatiku terpaksa ku patahkan. Impian kedua orang tua ku, terpaksa aku bakar dengan kenyataan diriku sekarang.

Aku kini seperti mayat hidup. Aku tidak dapat melihat lagi arah tuju ku..

Berbekalkan kekuatan yang masih ada, aku tinggalkan semuanya. Dan memilih untuk memutuskan kisah ini dengan masa depanku.. membuka bab baru dalam hidupku.

Hidupku sebagai pelajar perubatan tamat disebabkan kebodohan dan kenaifanku. Ini adalah ceritaku. Nama aku, Quinta. Ibu tunggal kepada dua orang anak perempuan. Aku memilih untuk meninggalkan lelaki yang menghancurkan hidupku.

あなたも好きかも

レビュー結果

  • 総合レビュー
  • テキストの品質
  • リリース頻度安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界観設定
レビュー
ワウ!今レビューすると、最初のレビュアーになれる!

応援