webnovel

Perbincangan

Pada matahari terbit, sazura masih tidur manakala baheera pula telah bangun daripada tidurnya lebih awal... Baheera mula nya mandi sebelum buat apa apa tugasan, selepas baheera selesai mandi, dia menyiapkan mandian untuk sazura sebelum kejut nya dari tidur, baheera juga menyiapkan pakaian untuk sazura selepas semua persiapan selesai, dia pergi keluar untuk membeli makanan tapi sebelum itu dia kejut Tiku dan singa itu untuk mengatakan kalau dia akan memberi sazura yang sedang tidur itu kepada penjagaan mereka berdua dan mereka berdua pun akur dengan baheera.... Baheera keluar daripada penginapan dan terus pergi ke pasar untuk beli makanan yang telah siap di masak... Selepas beberapa minit berjalan, dia telah tiba di kedai makan lalu membeli beberapa makanan yang ingin di bungkus nya di menu tersebut... Pelayan itu faham lalu memberi menu yang telah di pilih itu kepada tukang masak...

Ketika baheera sedang menunggu makanan nya siap, tanpa sedar baheera telah di perhatikan oleh 2 orang yang merupakan bawahan kepada orang tua yang di lihat oleh sazura semalam... Selepas makanan yang di pesan nya telah sampai, baheera membayar kepada Pelayan lalu tinggal kan kedai tersebut dan dua orang itu pun tinggal kan kedai tu juga lalu mengekori baheera.... Mereka mengikuti baheera sehingga jejak nya hilang secara tiba tiba pandangan salah sorang daripada mereka tiba tiba berubah menjadi terbalik... Rupanya, baheera memutarkan kepala orang itu dari atas ke bawa... Satu lagi orang itu cuba melarikan diri tapi gagal apabila baheera dengan laju nya terbang ke arah dia dan melihat nya kemudian jeritan didengari.... Tidak lama kemudian, baheera telah sampai dengan makanan yang di beli nya... Baheera memberi 2 box makanan kepada Tiku dan singa itu manakala selebih nya di bawa ke bilik sazura... Ketika itu, sazura masih lagi tidur lalu baheera kejutkan sazura... Sazura pun bangun akibat di kejut oleh baheera

"Puan, masa untuk bangun, mandi dan makan" kata baheera

"Baiklah, bantu aku berjalan ke bilik air nanti aku panggil masuk" kata sazura sambil mengusap mata nya

Sazura masuk ke bilik mandi dan baheera menunggu nya di luar dan terus menunggu dan menunggu dan menunggu tetapi sazura tidak memanggilnya jadi baheera masuk ke bilik air kerana risau akan nya dan baheera melihat sazura sedang tidur di singki... Baheera mengangkat sazura lalu mencapakan nya di tab mandi... Sudah tentu sazura terkejut walaupun bukan kali pertama pernah terjadi... Baheera membuka baju sazura yang basah itu lalu memandikannya.... Selepas selesai mandi, makan dan seiring dengan nya, mereka telah di panggil untuk datang ke ruang mesyuarat untuk bincang kan salah satu pemimpin ancaman 9 dunia yang berada di benua dan dunia ini...

Di ruangan mesyuarat yang telah di isi oleh orang orang kuat di situ termasuk sazura itu sendiri

"Jadi kita nak bincang pasal apa ni sampai aku kena tarik di sini" kata Lexio

"Harap benda ni semua nya berbaloi lah" kata Kaqizo

"Hem" kata orang tua itu bernama Tomei

"Ada teh tak?" tanya sazura

"Ceh, sempat lagi" kata Ubia

Yang lain di ruangan itu cuma diam saja tidak mengatakan apa apa dan teh sazura telah sampai.. Tidak lepas tu, raja telah datang, orang di ruangan itu pula beri tunduk hormat kepada raja tersebut kecuali sazura kerana kaki nya bahkan sebelum ini pun dia tidak pernah menundukan kepala nya... Apabila mereka melihat sazura tidak buat hal demikian mereka terkejut kerana merasa sazura berani berbuat demikian... Tapi raja luksus itu biarkan saja sazura itu kerana dia tahu apa yang akan jadi Sekiranya mencari pasal dengan nya

"Terima kasih pada kamu semua kerana telah datang ke sini" kata raja luksus

" Dengan paksa" kata Tomei

"kami tahu, kami tarik korang semua dengan paksa tapi ia tak boleh die elak kan kerana salah satu daripada ancaman 9 dunia telah mula bergerak dan mengikut daripada rondaan yang di buat oleh tentera aku sendiri, mereka sedang menuju ke sini" kata Gadea

Semua orang di ruangan itu terkejut kerana hal yang di katakan oleh putera tersebut dan mereka juga tidak menyangka kalau mereka akan hadapi pemimpin ancaman 9 dunia secepat ini... Manakala sazura pula tenang kerana bagi diri nya mereka tidak berbahaya sekaligus dia tahu kalau salah satu pemimpin ancaman 9 dunia itu bukan berasal daripada 3 orang yang telah hidup lebih 5 juta tahun jadi ia merasakan kalau lawan nya akan mudah

"Kenapa awal sangat mereka tu datang?!!" jerit Lexio

"Kalau aku tahu mereka datang awal, dah lama aku buat persiapan" kata Gadea

"Jadi, kenapa kita cuma duduk saja di sini, kenapa tidak bertindak sekarang?" tanya Uno yang memakai perlengkapan gear milik nya

"Sejujurnya aku tak ingin peperangan di Luksus berlaku kerana ia akan menyebabkan korban yang banyak" kata Gadea

"Jadi, kau ingin kami yang di bayar ini untuk melawan mereka kan Gadea" kata sazura

"Betul tu" kata Gadea

"Kau Cuba hantar kami untuk bunuh diri!!!??" tanya Lexio

"Betul tu, kau ingin hantar kami ke sana untuk mati ke???" tanya Qigyi

"Aku tak setuju apa yang kau cadangkan putera" kata Ubia

"Bertenang!!!" jerit Gadea

Mereka semua diam

"Betul apa yang korang kata kan, aku akan hantar korang ke sana tapi bukan korang saja, Bala Tentera juga akan ikut, aku juga akan ikut, bayaran pula aku akan bagi selepas ia selesai iaitu sebanyak seribu keping emas" kata Gadea

"Seribu keping emas.... Hahah aku boleh cuti setahun kalau aku dapat macam ni" kata Lexio

"Berapa banyak Tentera akan di kerahkan bersama kami?? Semua nya ke??" tanya Uno

"Bukan semua tapi 3 /4 Bala Tentera yang ada di luksus akan ikut operasi ini dan jangan risau pakatan daripada kerajaan lain juga akan hantar Tentera mereka" kata Gadea

"Jadi ia bagus" kata Uno

"Ye... Semua kekuatan akan di kerah kan, dan perlengkapan juga kami akan beri pada kamu semua" kata Gadea

"Cukup adil" kata Lexio

"Jadi sapa setuju untuk terus kan operasi ini?" tanya Gadea

Semua orang di sana mengangkat tangan mereka yang menandakan mereka setuju kecuali sazura

"Sazura kamu ada masalah ke dengan operasi ini?" tanya Gadea

"Aku tidak ada masalah" jawab sazura

"Habis tu kenapa kau tidak angkat tangan?" tanya Gadea

"Kenapa aku perlu angkat tangan kalau citare aku telah tolong aku undi" kata sazura

Mereka semua melihat citare sazura iaitu Tiku dan mereka nampak Tiku mengangkat tangan nya... Jadi semua orang di ruangan itu telah bersetuju dan bersurai.... Ketika sazura dan kumpulan nya ingin keluar istana, mereka di halang oleh kumpulan Tomei

"Ada masalah ke orang tua?" tanya sazura

"Tidak ada masalah tapi aku ingin bercakap dengan kau" jawab Tomei

"Tidak perlu pun, mari semua" kata sazura

"Tunggu dulu, sapa cakap kau boleh pergi ahhh" kata salah satu bawahan Tomei

Bawahan Tomei yang menghalang nya itu telah di bunuh oleh sazura dengan lembing ais nya... Tomei dan kumpulannya terkejut

"Jaga bawahan kamu orang tua, aku tidak ingin buat musuh" kata sazura sambil meninggalkan mereka

"Tak guna" kata bawahan tomei

"Biar kan" kata tomei

"Tapi" kata bawahan tomei

"Jangan risau, dia tanpa sedar telah buat banyak musuh di sekeliling nya" kata tomei

Sazura dan kumpulan nya pergi ke pelabuhan untuk mencari bekalan sekali gus mencari perlengkapan untuk Tiku dan baheera... Ketika mereka tiba di perlabuhan, mereka lihat ramai orang sedang tergesa gesa

"Maafkan saya, kenapa korang seperti kelang kabut?" tanya sazura

"Kau tak tahu ke kalau salah satu ancaman nak serang luksus?? Kalau kau belum tahu lebih baik kau gerak sekarang jika tidak ingin mati" kata salah satu orang di situ

"Baiklah, terima kasih atas nasihat itu" kata sazura

Sazura dan yang lain berjalan ke seluruh perlabuhan untuk mencari sisa perniaga yang ada tapi malangnya tiada... Maka sazura ambil keputusan untuk melihat permandangan sahaja sambil di perlabuhan itu saja... Sazura duduk atas singa milik nya sambil di temani oleh baheera dan di jaga oleh Tiku... Baheera yang berdiri sebelah sazura telah melihat kapal pengangkutan yang tidak di penuhi oleh penumpang melainkan bangsawan dan orang awam atau orang yang tiada duit di tinggal kan di situ saja... Hal itu telah membuat baheera marah dalam diri nya tapi dia tak mampu berbuat apa apa kerana dia sekarang di bawah kendali sazura.. Sazura yang melihat baheera merasa marah akan tindakan bangsawan tersebut telah membuat lubang di kapal pengangkutan tersebut dengan menusuk duri ais yang banyak di bawah dek kapal sehingga menyebabkan kapal itu bocor dan tenggelam... Budak budak dan hamba yang ada di kapal itu di selamat kan oleh sazura dengan membuat permukaan ais yang cukup untuk mereka tapi malangnya kapten kapal itu dan orang dewasa telah pun menolak dan mencampak budak kecil dan hambar keluar daripada permukaan ais tersebut... Baheera, sazura dan Tiku yang melihat nya tidak mampu berbuat apa apa lagi terutama sazura kerana ia merasa kalau dia buat lain permukaan ais maka ia akan di rebut kan lagi...

"Mari pergi, permandangan di sini buruk sekali" kata sazura

Mereka akur dengan Sazura lalu mengiringi ia berjalan di sekitar kota luksus... Bejalan punya berjalan, secara tiba tiba pandangan sazura tertumpu pada satu penginapan kerana ia bau manisan di dalam maka baheera pun menawarkan diri nya untuk beli nya... Tapi sazura menolak kerana ia ingin tidur selepas makan manisan jadi sazura pun bercadang untuk menyewa penginapan ini pula.... Mereka masuk ke dalam dan nampak sorang remaja perempuan sedang meletakkan Biskut di kaunter... Sazura pun pergi ke situ

"Maafkan saya, boleh saya beli Biskut ini dengan secawan teh? " kata sazura

"Maaf, kami tak jual Biskut atau teh di sini tapi jika kamu ingin nya maka aku akan buat kan" jawab remaja itu

"Kalau bergitu saya nak 3 pinggan ye dan teh" kata sazura

"Baiklah" kata remaja itu

"oh ye kami juga ingin sewa penginapan untuk 3 malam" kata sazura

"Baiklah, terima kasih" kata remaja itu

Tidak lama lepas itu, remaja perempuan itu telah membawa Biskut dan teh kepada sazura dan sazura membayar nya kepada remaja itu walaupun remaja itu tidak ingin di bayar tapi sazura paksa nya maka remaja itu terima saja.. Singa dan Tiku mengambil barangan mereka di penginapan yang sebelum ini jadi mereka tiada di situ... Baheera berdiri di sebelah sazura sambil menuangkan teh kepada sazura dan remaja... Sazura mengajaknya minum sekali maka remaja itu terima saja... Tapi tidak sempat sazura ingin mengambil Biskut nya, Biskut itu telah di musnah kan oleh semua bawahan Tomei yang di telah di arah kan oleh Tomei itu sendiri... Pandangan sazura yang terlibat gembira tadi telah berubah dan secara tiba tiba pedang ais gergasi telah muncul dari langit dan jatuh ke atas penginapan itu... Pedang ais gergasi itu telah memotong 3/4 bawahan Tomei di situ... Cuma ada 2 orang bawahan Tomei saja yang tidak mengenai nya.. Baheera dengan segera menyerang mereka berdua dengan menyerang mata mereka dan baheera juga melumpuhkan mereka berdua...

"Bawa sini" kata sazura

"Tiku, aku tahu kamu di luar bawa perempuan ini jauh dari sini dan beri ia uang juga" kata sazura

"Baiklah" kata Tiku

Baheera membawa bawahan Tomei ke depan sazura..

"Baheera pinjam pisau dan tolong aku" kata sazura

Sazura bongkokkan badan nya... Selepas itu sazura menarik hidung salah satu dari mereka dan memotong nya, manakala satu lagi, sazura memotong lidah nya... Mereka berdua menjerit sehingga di dengari oleh orang yang berada di luar penginapan itu... Selepas beberapa minit kemudian, Bala Tentera luksus telah tiba di situ termasuk Tomei dan mereka terkejut melihat keadaan mayat nya yang di tusuk oleh lembing ais dari bahagian bawah dan tembus terus ke mulut... Askar itu tahu bahawa itu perbuatan sazura kerana cara ia membunuh telah tersebar tapi tidak ada sapa yang berani untuk menangkap nya... Tomei yang berada di situ berlari ketakutan tapi malangnya jalan untuk Tomei lari telah di ketahui oleh sazura

"Tunggu kita boleh bincang" kata tomei

Kemudian tomei di tusuk oleh sebuah pedang besar yang telah di buat oleh Tiku.. Tiku mengakat pedang itu dan telah membuat Tomei tertusuk lebih dalam lagi... Tomei menjerit dengan kuat nya kerana kesakitan...

"Bunuh nya" kata sazura

Baheera melompat dari atas dan menyerang leher tomei dan tomei mati... Selepas Tiku mengesahkan kematian tomei, mereka pun beredar dari situ

"Tunggu puan!" jerit baheera

"Kenapa" tanya sazura

"Tengok apa yang ada di dalam beg milik nya" jawab baheera sambil menunjukkan sesuatu

"Bergitu ya, rupanya dia adalah bawahan kepada pemimpin ancaman yang sedang menuju ke sini" kata sazura

"Kenapa puan cakap bergitu, itu apa yang di pegangnya?" tanya Tiku

"Alat komunikasi" jawab sazura

"Bergitu" kata Tiku

"Esok bawak nya je istana dan bagi tahu apa yang terjadi dan bagitahu apa yang aku katakan tadi" kata sazura

"Baiklah" kata Tiku

"Mari balik ke penginapan yang kita sewa tadi" kata sazura

Mereka bergerak ke penginapan dan telah tiba di situ... Penginapan itu rupanya milik ibu kepada remaja tersebut... Selepas sazura dan yang lain masuk, mereka terus menuju ke bilik untuk berehat... Tiba tiba pintu di ketuk, baheera memeriksa nya dan melihat remaja itu membawa Biskut dan teh untuk mereka... Baheera membawa remaja itu masuk dan duduk sekali dengan mereka tapi remaja itu ingin keluar kerana takut dengan Sazura dan ingin berkerja... Maka sazura memberi nya makan satu keping Biskut kepada remaja itu dan remaja itu makan dan minum teh itu walaupun itu di tuangkan untuk sazura tapi sazura biarkan... Selepas itu remaja itu keluar dari bilik itu dan sambung kerja nya...

Selepas remaja itu pergi, sazura dan baheera sambung makan... Tidak lama itu, sazura telah pun kenyang memakanya maka ia menyuruh baheera untuk beri Biskut yang lebihan itu kepada Tiku dan menyuruh nya juga untuk beli kan daging untuk singa nya.. Sazura baring lalu cuba berkomunikasi dengan Lopes sekali lagi dan berjaya sazura berada di ruangan seperti sebelum ini tapi sedikit berbeza... Kalau semalam, ruangan itu sedikit besar dan cerah tapi kali ni ruang nya sangat besar dan berpasir

"Sazura lari!!!" jerit Lopes dari berlakang sazura

Sazura tidak tahu apa yang terjadi tapi sazura di serang depan dan itu sangat mengejutkan sazura kemudian dia melihat ke arah yang menyerang nya dan mendapati sosok itu memiliki badan berbentuk segi tiga, satu mata dan berwana putih

"Sazura kamu tidak apa apa?" tanya Lopes sambil menyembuhkan luka sazura

"Apa benda tu?" tanya sazura dengan ketakutan dan kesakitan

"Dia adalah sosok yang hampir sama dengan ku tapi dia tiada kemampuan mencipta dunia seperti ku.. Nama dia Billy sang Annuit coeptis" kata Lopes

" Apa Annuit coeptis??" tanya sazura

"Biar saya terangkan pada mu, Annuit coeptis boleh memberi mu kekuatan dan kuasa untuk mengawal dunia sama seperti Lopes" kata Billy

"memberi kekuatan dan kuasa? " kata sazura

"Betul tu, Lopes cuma memberi mu sedikit saja kuasa kerana ia kedekut" kata Billy

"Kau jangan nak manipulasi dia!!" jerit Lopes

"Betul lah apa yang saya kata kan, jadi sazura terima lah syarat ku dan kau akan dapat kekuatan yang mampu mengawal dunia dan aku juga mampu menyembuhkan kaki mu juga " kata Billy dengan penuh yakin

"Kau mampu buat demikian??" tanya sazura

"Sudah tentu, Aku mampu dan Lopes pun sama cuma dia tidak ingin bantu kau" kata Billy

"Kau jangan nak tipu dia, sazura jangan percaya cakap dia" kata Lopes

"Diam lah!!!" jerit Billy sambil mengikat Lopes dengan rantai yang kuat

"Buat pilihan sekarang sazura, aku mampu pulihkan kaki kau sekarang juga jika terima syarat aku" kata Billy

"Sazura jangan lakukan hal yang bodoh, memang betul aku mampu menyembuhkan nya tapi aku tak boleh kerana itu lumrah hidup, aku tak boleh kacau lumrah hidup seseorang!!" jerit Lopes

"Lumrah hidup lah sangat... Tiada peraturan berkata bergitu pun Lopes, sazura fikirkan lah kalau kau mampu berlari seperti orang lain, kau mampu melompat seperti orang lain, kau mampu menari seperti orang lain... Jika kau ingin buat demikian maka kau cuma perlu terima syarat aku dan aku akan sembuh kan nya " kata Billy

" Sazura jangan!! " jerit Lopes

" Ye sazura, Mesti kau ingin merasai bagaimana itu berlari betul tak, bahkan impian mu dulu untuk jadi seorang penari.. Jika kau terima aku sekarang, kau akan dapat nya " kata Billy

Sazura yang sedang terduduk itu mendengar kata kata mereka berdua, kata kata Lopes berada di kepala nya semakin hilang selepas kata kata Billy yang memikat hati nya telah menguasai minda nya dan itu yang membuatkan sazura telah berdiri dan mula berjalan ke arah Billy...

"Ye betul tu kemari lah" kata Billy

"Sazura kenapa kau buat pilihan macam ni!!??" tanya Lopes

"Kau diam lah!! Sapa suruh kau tidak memberi nya apa yang dia ingin kan, sekarang sazura akan jadi milik ku" kata Billy

Sazura berhenti daripada berjalan dan mengangkat tangan nya ke atas untuk mencapai Billy dan Billy pun membuat perkara yang sama dengan Sazura... Secara tiba tiba pedang ais gergasi dan seribu lembing telah di lancarkan oleh sazura yang membuatkan Billy dan Lopes terkejut, itu juga membuat kan Billy cedera... Billy menjerit kesakitan dan Lopes berjaya keluar dari rantai yang mengikat nya tadi

"Kau, kenapa kau khianati aku!!!??" tanya Billy

"Aku tak pernah menyertai kau pun, macam mana aku boleh khianat kau" kata sazura

"Apakah Kau tidak ingin kaki kau sembuh!!?? Apakah kau tidak ingin kekuatan atau kuasa yang hebat??" tanya Billy

"Tidak perlu lagi pun semua kata kata kau itu cuma tipuan sahaja" kata sazura

"Tak guna!!!" jerit Billy

Selepas itu Billy teleport ke tempat yang lain selepas mengalami kecederaan tersebut

"Macam mana kau tahu?" tanya Lopes

"Terima kasih pada kau" kata sazura

"Aku?" kata Lopes

"hehe, cepat lah aku ingin pergi ke ruangan kau, aku nak makan manisan" kata sazura

"Tunggu dulu, jawab dulu apa sebab nya" kata Lopes

Sazura cuma senyum saja dan Lopes pun menyerah lalu teleport ke ruangan Lopes.. Sazura makan banyak jenis manisan manakala Lopes pula bengang kerana tidak di beri tahu.. Sazura yang memandangnya itu cuma senyum saja

'Terima kasih pada kau, kerana kau telah beri ku dua kebolehan yang hebat dalam satu masa iaitu element mengawal ais dan melihat melalui kebohongan orang lain' kata sazura dalam hati nya