webnovel

WELCOME TO BTS WORLD

Melissa deorang gadis yang pendiam Dan sering dibuli oleh teman - teman sekolahnya, hidup dia yang penuh dengan penderitaan Dan tangisan,Melissa mendapat kekuatannya dari penyanyi Korea yang digelar bts, bts banyak memberi semangat kepadanya, Dan lagu mereka membuat Melissa tenang,namun dia tetap sedih keluarga nya yang lebihkan adiknya dari dia, setiap malam dia menangis Dan memohon agar nyawanya diambil, dia ingin pergi dari dunia yang kejam ini, dia ingin hidup didunia yang membahagiakannya, setiap malam dia tidak pernah berhenti berharap Dan terus berharap sehinggalah satu malam, dia tertidur Dan dalam kegelapan malam dalam samar- Samar, dia melihat kabus memenuhi ruang kamarnya Dan dari kejauhan dia melihat cahaya yang terang dari sebuah pintu yang dia tidak pernah tahu akan kehadirannya, cahaya itu semakin terang Dan dalam kekeliruan dia melangkah pergi kearah pintu yang terukir cantik itu Dan dia terdorong memasukinya, buka sahaja matanya dia melihat sebuah tempat yang asing baginya, dia melihat begitu banyak sekali laci - laci yang ditanda berwarna ungu, Dan dia melihat setiap satu darinya ada Nama yang ditulis cantik disetiap rak itu,“aku di Mana? kenapa aku boleh sampai disini, bukan aku didalam bilik ke ?” ujar Melissa sambil menggaru kepala nya yang tidak gatal.dia melihat sekeliling Dan dia terdengar derapan kaki yang berjalan kearahnya, dia berada takut Dan berpaling kearah bunyi itu, dia tergamam melihat 7 orang yang dia ingin sekali berjumpa, kini berada dihadapan matanya, salah seorang dari mereka tersenyum Dan berkata“ welcome to bts world, sekarang anda berada di magic shop” sambil menundukkan badannya sedikit, Melisa tergamam.... apa kah yang akan terjadi pada Melissa, Ada kah hidup dia akan berubah atau adakah dia ingin tinggal di sini atau adakah dia akan pulang??

wawawawawawawawa · セレブリティ
レビュー数が足りません
17 Chs

BAB 11

" Melissa, salahkah saya mencintai awak? hati saya dah terlanjur mencintai awak Lissa, saya tahu rasa ini salah, tapi saya Tak boleh menafikannya," Melissa menatap wajahnya Dan mengelus lembut pipi jimin, " maaf oppa, tapi lissa Tak boleh balas perasaan oppa, cinta ini salah, Kita berbeza oppa, Kita Tak akan dapat bersama, lupakan Lissa oppa" ujar lissa lemah,sedih hatinya melihat airmata jimin yang mengalir tanpa henti, namun apakan Daya, mereka tidak akan pernah bersama.

"jadi untuk apa lagi saya hidup Lissa, lebih baik saya mati dari menahan rasa sakit ini Lissa, selamat tinggal" Lissa menatap jimin yang mengelar pergelangan tangannya sendiri," jangan, jimin oppa!!" jerit Lissa, serta merta dia tersedar dari tidurnya Dan meraup wajahnya yang berpeluh.

puan rozi yang mendengar jeritan anaknya, mengejutkan suaminya Dan bergegas ke bilik lissa" Lissa?!, kenapa ni sayang?, Lissa okay ke? " Tanya puan rozi sambil memeluk anaknya itu.

Lissa yang masih tertanya, mengerdipkan matanya berapa Kali Dan membalas pelukan mama nya, " lis..Lissa okay je mama, Lissa cuma mimpi buruk tu je,mama jangan risau" ujar lissa ,puan rozi memandang anaknya,naluri keibuannya dapat merasakan kegusaran dihati anaknya,namun kerana malam semakin larut, dia hanya mengelus lembut rambut Lissa Dan menemani anaknya tidur, dia akan menanya Lissa keesokan pagi, kerana dia dapat merasakan Lissa seperti menyembunyikan sesuatu.

Lissa yang terbangun dek kerana haruman mihun goreng yang dimasak oleh mamanya, membuat perutnya lapar, " assalamualaikum, selamat pagi mama !, " ujar melissa ceria, dia memeluk pinggang mamanya yang sedang menyenduk mehun itu, " selamat pagi anak busuk mama ni, lapar Tak? jom breakfast sekali dengan papa Dan Layla" ujar puan rozi Sambil membalas pelukan anaknya, encik Rizal yang melihat mereka berdua, berasa senang akan sikap yang ditunjuk oleh isteri Dan anaknya, " mama ni?!, Lissa dah mandi lah !, dah wangi lagi tau, merajuk lah macam ni ?!" ujar lissa manja, puan rozi yang mendengarnya seraya tertawa kecil Dan mencium pipi anaknya," alolololo, sayang mama ni merajuk pula, Tak mau merajuk, buruk muncung tu nanti" seloroh puan rozi sambil menahan tawa, Dan disambut oleh encik Rizal, melihat telatah anaknya Melissa,

Layla yang turut berada disitu hanya menjeling tajam kearah lissa Dengan perasaan menyampah dia bangun dan berlalu dari situ,' kenapa semua nak Beri perhatian dekat Kak Lissa, mama pun Dah manja kan Kak Lissa, Kak Lissa melampau, dia rampas semua kasih sayang mama Dan papa dari aku, aku benci kak lissa' bentak Layla dalam hati.

" mama, Layla Tak siap lagi kerja sekolah, suruh Kak Lissa buatkan boleh Tak? Layla nak keluar dengan kawan" ujar Layla sambil merias rambutnya, puan rozi yang mendengar kata Layla, memaling kearah anak nya yang bongsu, sambil berkata" kenapa kamu suruh Kak Lissa kamu yang buat kerja sekolah kamu?!, Kak Lissa kan baru nak sembuh, Dan lagi satu, kamu punya kerja sekolah, buat sendiri, kesian dekat kakak kamu" marah puan rozi, Layla membantah" asal Tak boleh pula !, selama ni kan, Kak Lissa yang tolong buat kerja sekolah Layla, kenapa sekarang Tak boleh?!" puan rozi mencerlung tajam kearah Layla, " mama kata Tak boleh, tetap Tak boleh, kamu buat sendiri, selagi Tak siap, jangan sekali-kali nak keluar, faham!" tegas puan rozi Dan terus menutup pintu bilik Layla, Layla merengus kuat, Dan membuka bukunya yang masih tidak disiapkan.

sudah tiga hari jimin mengurungkan dirinya didalam bilik, tanpa makan Dan minum, membuatkan mereka risau akan keadaan jimin, " namjoon, Kita Tak boleh biarkan jimin macam ni je?Tak boleh ke Kita bawa dia berjumpa Lissa until sekejap je" Tanya hoseok sambil melihat maknae nya yang terbaring lesu, namjoon hanya menggeleng dan mengeluh," kalau aku biarkan dia masuk ke dunia manusia, Kita akan dihukum, memasuki dunia manusia adalah salah did dalam undang-undang dunia magic, aku Tak boleh membiarkan Kita dihukum hanya perkara macam ni" jelas namjoon, hoseok mengeluh Dan meraup wajahnya," tapi namjoon, aku Tak sanggup tengok jimin macam ni, kesian aku tengok, dia seksa diri dia sendiri namjoon" pujuk hoseok lagi, namjoon hanya melemparkan pandangan kearah jimin Dan berlalu pergi, meninggalkan hoseok yang masih memandang jimin dengan pandangan. sayu, " bertahan jimin, hyung akan Cuba sedaya upaya untuk pertemukan kau dengan lissa lagi" ujar hoseok Dan berpaling pergi.