webnovel

The World Of Fantasy: Arynniel

MALAY FANTASY STORY.. Kisah hidup aku tak sama macam orang lain.. Zaman kanak-kanak aku juga tidaklah seindah seperti zaman kanak-kanak yang lain.. Aku sedar aku hidup tanpa hala tuju dan matlamat seperti mana yang orang lain sibuk kejarkan.. Aku sedar aku hanya manusia yang tidak sempurna bukan sahaja dimata hamba Allah yang lain malah mungkin juga dimata Sang Pencipta.. Aku juga sedar akan kekurangan diri aku sebagai seorang insan yang lemah.. Meskipun aku berbeza dengan mereka namun siapakah aku di mata mereka..? Tidak layakkah aku untuk mengenal erti bahagia..? Hinakah aku dimata mereka..? Tidak layakkah aku digelar manusia..? .... Kemunculan dirinya di dunia itu telah menyebabkan huru hara berlaku. Pelbagai cabaran harus ditempuhi demi membongkar kebenaran yang sudah lama dilenyapkan. Aku tak patut berada di sini.. Layakkah aku terima semua ni..? Siapa aku sebenarnya..? Kenapa aku berbeza..? Bagaimana dengan 'mereka'..? Walau seteruk mana pun perjalanan hidup aku, aku tetap bersyukur kerana telah dianugerakan sesuatu yang tidak pernah ku duga serta impikan.. Aku Niel dan ini adalah coretan tentang kisah hidupku yang penuh dengan keajaiban yang berlaku...

_SweetQae_ · ファンタジー
レビュー数が足りません
10 Chs

ZIEL..?

Suasana perkampungan yang dilihat dari atas bukit membuatkan Ziel berasa tenang dan segala masalah yang sedang dihadapi seolah-olah menghilang dalam sekelip mata buat sementara waktu. Dirinya tidak ubah seperti sedang berada di taman bunga yang penuh dengan warna warni disertakan haruman yang menenangkan.

"Bila kita akan berjumpa lagi? Macam mana dengan kehidupan kau disana? Selesakah kau di sana? Apa yang sedang kau lakukan?" Monolog Ziel tatkala dirinya merenung langit yang berwarna biru keungguan itu.

Nafas ditarik lalu dengan perlahan ia dihembuskan semula. Lega. Ya, itu yang dirasainya tatkala melihat kawasan perkampungan itu. Sungguh dirinya tidak menyangka bahawa dia berjaya keluar dari tempat tersebut.

Ziel mengerling ke arah jam tangannya apabila merasakan dirinya sudah lama berada di puncak bukit itu. Telefon pintar yang berada di dalam beg galasnya turut diambil dan dihidupkan setelah berhari-hari tidak disentuh kerana kesibukkan yang melanda dirinya sejak akhir-akhir ini. 

Setelah telefon pintarnya dihidupkan satu per satu mesej yang masuk di ruangan chat dilihatnya. Jika hendak dikira hampir 10000++ mesej yang masuk dari orang yang berlainan namun satu pun tidak menarik perhatiannya untuk membalas mesej tersebut. Ziel mencari mesej dari seseorang namun hampa. Dirinya langsung tidak menerima sebarang mesej dari orang tersebut.

"Haihh.. aku rindu kau. Mana kau? Mana janji kita? Kau tak rindu aku ke?" keluhnya sendirian.

Sedang dia leka merenung kembali langit yang luas itu--

Zzzuppp...!!

Sakit. Ya, itu yang dia rasakan sekarang ini. Hatinya seperti ditikam oleh sesuatu yang amat tajam bahkan lebih tajam dari pisau yang sudah diasah lebih dari 10 tahun.

"Arghhhhhhhhhh....!!!!!"

"Arghhhhhhhhhhhggg....!!!!"

"Arrghhhhhhh.....!!!!!!" Bergema 3 kali jeritannya sehingga dapat didengari oleh penduduk-penduduk kampung yang berada di bawah sana.

Erat tangan kanannya menggengam di bahagian hatinya. Selepas 5 minit sakit itu datang secara mengejut dengan perlahan ianya menghilang. Sebaik sahaja sakit di hatinya menghilang sepenuhnya tidak semena-mena dirinya menggugurkan air mata kesedihan dan kekecewaan. Habis semua pokok yang ada ditumbuknya bagi melepaskan rasa geram dan amarahnya terhadap diri sendiri yang gagal untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Setelah penat meraung menangis Ziel terduduk lemah di atas tanah. "Apa jadi dengan kau disana? Untuk kesekian kalinya aku gagal.. maafkan aku" Sayu Ziel berkata lalu rebah di bawah pohon besar yang juga turut merasakan kesedihan yang dirasai oleh pemuda dihadapannya ini.

____________________________

--"Siapa kau?!" Tanya beberapa orang manusia yang sedang memantau kawasan pergunungan yang diharamkan oleh kerajaan untuk didaki apatah lagi didirikan pondok kecil di atasnya.

Terkedu Niel apabila dia yang baru sahaja hendak memasang semula topeng mukanya namun wajahnya sudah dapat dilihat oleh beberapa orang muda yang berada tepat dihadapannya. Perlahan dia menyimpan semula topeng mukanya dan memadamkan niat untuk memakainya.

"Siapa kau?!" Sekali lagi soalan yang sama dilontarkan kepada Niel yang masih berdiri tegak di hadapan mereka.

"Manusia?" Jawabnya dengan tenang dan sebelah keningnya diangkat tinggi.

"Kami tahu kau manusia takkan hantu pulak duk cuci muka dengan selambanya. Maksud kami nama kau apa?" Berang salah seorang dari mereka apabila jawapan yang diberikan oleh Niel tidak menepati kehendak soalan.

"Orang kata tengah-tengah hutan mulut jangan celupar macam-macam boleh jadi" Sinis Niel berkata.

"Aku cuma tanya nama kau..!! apa yang susah sangat kau nak jawab hahh??!!!" Marahnya kepada Niel yang masih kelihatan tenang dihadapannya.

"Kenapa marah sangat ni? Tenanglah.. cuba tengok tempat kau berdiri tu sekali aku tolak jatuh kau tak sia-sia mati katak. Dah tak boleh nak buat amalan lagi.. amalan yang sekarang ni pun tah banyak tah sikit aku pun tak tau hmm" Segaris senyuman terukir dibibir apabila merasa puas dapat mengenakan manusia yang cukup tak beradab baginya.

"Apa masalah kau ha budak?? Aku tanya elok-elok kan..?? Dahlah sekolah tak habis lepastu melepak atas bukit ni.. macam manalah mak ayah kau ajar kau ni? Macam tak cukup kasih sayang pun ada aku tengok budak ni. Dah tangkap jelah budak ni biar merempat dalam penjara sebab dah langgar undang-undang" Lantang suaranya berkata tanpa sedar sedikit sebanyak dia telah menimbulkan kemarahan seseorang yang sudah lama dipendam.

'Sabar wahai diri sabar.. ingat marah bukan sifat kau membenci bukan diri kau berdendam bukan apa yang diajar kepada engkau. Kau tak buat semua tu.. ingat wahai diri kau seorang yang baik, hensem, peramah, comel, sopan, rajin. Kau bukan seorang yang pemarah, pendendam dan semua yang seangkatan dengannya ingat tu. Sabar separuh dari iman ingat Niel..' seketika Niel memejamkan matanya bagi menahan amarahnya dari terus menghasut dan menguasai dirinya.

Tanpa berfikir panjang perlahan dia membuka matanya yang telah berubah menjadi warna keemasan lalu memandang tepat ke arah mereka. Apabila selesai memadamkan ingatkan mereka semua dengan pantas Niel teleport ke kawasan berdekatan rumahnya dan tanpa sedar dia telah meninggalkan banyak debu-debu berwarna keemasan di kawasan itu tadi.

"Home not sweet home" ujarnya sendirian apabila melihat kelibat rumahnya yang berada tidak jauh dari tempat dia berdiri. Dicapainya topeng muka lalu dipakai dan dengan perlahan dia mengatur langkahnya sambil memerhati kelibat manusia-manusia yang lalu lalang di hadapannya dengan suara-suara yang berbisik tak lain tak bukan iaitu mengenai dirinya.

-To be continue