webnovel

THE MAFIA IS MY HUSBAND

Tengku Melissa Bin Tengku Razlan merupakan seorang gadis yang cantik, lemah lembut dan peramah... Tetapi, kejadian yang menimpa mama kesayangannya iaitu Tengku Maria ketika dia berumur 15 tahun membuatkan gadis itu menjadi gadis yang paling kejam dan digeruni.. Dia bersama-sama dengan abang kembarnya iaitu Tengku Danial dan Tengku Danish mula berkecimpung dalam dunia gelap. Tidak lupa juga, dua orang sahabatnya yang selalu menyokongnya dan turut serta dalam dunia gelap ini, tak lain tak bukan, Zahirah dan Amanda.. Mereka berkawan sejak dari tingkatan satu lagi, tetapi selepas mengetahui tentang kemalangan yang menimpa mama Melissa, mereka bernekad untuk turut serta dalam perjuangan untuk membalas dendam... Tetapi, dalam dia mencari jawapan, Melissa terpaksa berkahwin dengan Tengku Amirul yang merupakan adik kepada Tengku Hafiz.. Tujuan utama Tengku Razlan (papa Melissa) menyatukan anaknya Tengku Melissa dengan Tengku Amirul ialah untuk membalas dendam kepada keluarga itu, tetapi keluarga itu sedikit pun tidak menyangka tentang hal itu... Melissa akur, kerana itu merupakan peluang keemasan dia untuk membunuh Tengku Hafiz yang telah membunuh mama kesayangannya. Tengku Razlan memberi tahu kepada Tengku Harith, merangkap daddy kepada Tengku Hafiz dan Tengku Amirul yang dia mahukan Melissa dan Amirul bersatu untuk mengukuhkan lagi urusan business diorang... And Tengku Harith bersetuju dengannya.. Tetapi dia tidak tahu, yang ajal anak sulungnya sudah dekat.. Tengku Amirul merupakan lelaki yang kejam, turut berkecimpung dalam dunia gelap dan merupakan ketua mafia yang terkenal dan digeruni.. Dia tidak menyukai perempuan and selalu berwajah dingin, tetapi wajah dinginnya itulah yang membuatkan ramai perempuan diluar sana cair... Adakah Melissa akan turut cair? Adakah Dendam Melissa akan terbalas? Adakah mereka akan jatuh cinta diantara satu sama lain? Kalau korang nak tahu, korang wajib baca...

Syafika_1111 · 都市
レビュー数が足りません
37 Chs

BAB 35:

Hye guys! Sorry lambat update, sebagai tanda maaf, saya bagi double chapter ☺️

___________________________________________

~Beberapa Bulan kemudian....~

"Mel! Kau ni kan, merata aku cari, kat sini rupanya... Suka betul kau merayap ea?" Soal Amanda dengan geram.

"Entahnya..." Balas Zahirah dengan geram.

"Sorry lah wei... Korang syok sangat duk pilih dress tu, malas aku nak kacau." Balas ku.

"Huh... Pilih untuk kau jugak.." Balas Amanda. Wajah aku tiba-tiba blur.

"Untuk aku? For what?" Soal ku dengan hairan.

"Follow me." Aju Zahirah and terus mengheret tangan aku.

"Haih... Jangan lah main tarik-tarik, kau ni kann.." Marah ku.

"Eleh kau ni... Tarik sikit nak marah." Balas Zahirah dengan menyampah.

"Of course lah marah, kalau tercabut macam mana?" Soalku.

"Pastu? Dah tercabut ker tu?" Soal Amanda.

"Haih korang... Cepatlah... Aku ni nak balik cepat... Kesian kat Mikayla." Bebelku.

"Kau ni kann... Laki aku and laki Zahirah kan ada duk jaga Mikayla." Aju Amanda.

"Betul tu.Ape nak risau?" sokong Zahirah.

"Mel? Cantik kan baju ni?" Soal Zahirah. Aku mengangguk.

"Okeyh...Kau pergi try pakai dulu, manalah tahu, ketat sangat ker, longgar sangat ker... Masalah pulak nanti." Aju Amanda.

"Hmmm...K." Balas ku dengan malas. Aku terus pergi ke bilik persalinan.

"Huawwww.... Lamanya minah tu... Geram lak aku..." Ujar Amanda sambil menguap.

"Itulah pasal...Aku rasa dah lebih 20 minit ni..." Keluh Zahirah. Aku terus keluar dari bilik persalinan itu.

"Guys... Cantik tak?" Soal ku.

Terus terlopong mulut diorang.

"Asal?" Soalku.

"Cantik siot!" Jerit Amanda.

"Nice....!" Jerit Zahirah.

"Tak... Aku nak tanya, asal korang beria sangat suruh aku belik dress ni?" Soalku.

"Alahh...Nanti kau tahu jugak..." Balas Zahirah.

"Kau pakai dress ni malam ni, pastu Zack and Rayyan akan jemput kau malam ni pergi satu tempat ni... Mirul ade hal. Pasal Mikayla kau jangan risau, aku and Zahirah akan jaga." Terang Amanda panjang lebar.

"Pergi mana?" Soalku.

"Lahh.. Bahyak tanyalah kau ni... Nanti kau tahu jugak." Aju Zahirah. Aku membuat wajah menyampah. Annoying gila kawan-kawan aku ni bila lepas kahwin.

"Ehh.. Kau pergi tukar balik baju kau, pastu kita bayar..." Aju Amanda. Aku mengangguk.

"Amanda, Zahirah..." Panggil ku dengan sayu.

Amanda and Zahirah menjongketkan keningnya sebelah.

"Lepas ni kita pergi kubur mama boleh tak? Lama dah aku tak pergi melawat. Aku rindu." Ajuku dengan sayu. Zahirah and Amanda memandang ku dengan sayu.

"Boleh Mel... Lepas ni kita pergi yer?" Aju Zahirah. Aku mengangguk.

[...]

Usai membaca yasin, batu nisan yang tertulis nama Tengku Maria Amelia diusap.

"Mama... Mel datang ni... Maafkan Mel sebab dah lama tak datang melawat mama... Ma, Mel rindu mama..." Aku bercakap seorang diri sambil merenung batu nisan.

Zahirah and Amanda memandang ku dengan sayu. Sungguh tersentuh hati mereka.

"Ma...Mama nak tahu tak? Mel dah ada anak, nama dia Mikayla...Comel ma... Well... Tengoklah sape mama dia kan..Hahaha." Aku ketawa hambar dan mataku berkaca.

"Alangkah baiknya kalau mama pun masih ada waktu ni kan? Mesti mama happy sebab dapat tengok cucu kan? Ma... Kenapa Mama pergi awal sangat? Mel rindu nak manja-manja dengan mama... Mel rindu mama...Mel rindu masa dulu-dulu, Mel ingat lagi... Kalau Mel sedih, Mama yang peluk Mel, bagi kata-kata semangat kat Mel... Kalau Mel happy, Mama pun happy... I'm miss that moment, ma... Tapi, Mel tahu, semua yang terjadi ada hikmah disebaliknya kan? Allah ambik mama, and dia gantikan dengan seorang lelaki yang selalu bahagiakan Mel... Mel happy sangat-sangat sebab dapat kenal Mirul, ma... Ya betul, kitorang berjumpa dulu dalam keadaan jahil. Tapi Alhamdulillah, sekarang ni kitorang cuba untuk menjadi lebih baik." Ujarku dengan berlinangan air mata.

"Mel... Jom balik." Aju Zahirah dengan lembut seraya mengelap air matanya. Dia betul-betul tersentuh hati dengan kata-kata Mel tadi. Aku mengangguk.

"Ma... Mel pergi dulu yer?... Nanti Mel datang lagi." Ajuku. Aku terus bangun dan berlalu pergi.

[...]

"Kau pergi mane hah?!" Tengking Amirul. Aku tersentak. Dah kenapa pulak ni?

"Sayang pergi beli dress dengan Zahirah and Amanda tadi, kenapa ni?" Soalku kembali.

"Stop lying!!!" Jerkah Amirul. Aku terundur ke belakang. Asal ni? Kena sampuk ker ape? Tiber jer nak marah orang. Rayyan and Zack yang berada di belakang sudah tidak tentu arah.

"Biyy ni kenapa? Nak marah-marah orang? Kan sayang dah cakap sayang pergi beli dress! Tipu amendenya?" Soal ku.

"Ehh stoplah wei! Aku menyampah! Hipokrit!" Tengking Amirul.

"Awak ni dah kenapa?! Saya cakap betul lah! Tadi saya pergi beli dress dengan diorang pastu saya pergi kubur mama!!! Kenapa?!!! Awak tak benarkan Saya pergi kubur mama ker?!!" Jerkah ku seraya air mataku mengalir. Amirul tersentak.

"Semaklah." Balas Amirul and terus keluar dari rumah.

Zack and Rayyan terus datang ke arah aku.

"Mel.. Kau jangan ambik hati sangat lah dengan dia... Dia just stress jer tu...Kau pulak yang terkena tempias." Aju Rayyan.

"Selama ni takde pulak yang buat macam tu.. Lama dah dia tak tengking aku...Last masa dia siksa aku dulu." Ajuku dengan perlahan. Sungguh aku terkilan. Besar sangat ker salah aku sampaikan dia buat aku camni?

"Mel...Emmm... Kitorang taknak masuk campur hal korang...Aku dengan Rayyan balik dulu ea? Ingat tau...Malam ni ikut kitorang... Pakai dress yang korang beli tu." Aju Zack. Aku mengangguk.

"Mikayla dah tidur dalam bilik dia." Aju Rayyan.

"Ooo..Okey. Terima kasih sebab tolong jagakan." Ajuku.

"Sama-sama." Balas Zack and Rayyan serentak.

Zack and Rayyan terus berlalu keluar dari rumah.