webnovel

Birth of A Dark Gamer

Jika dibayangkan kehidupan mulia, elegen dan indah dalam kemiskinan yang wujud dalam drama televisyen. Tak kira betapa miskinnya dia, dia tak pernah takut untuk tidak lokek berkongsi dengan orang luar, bahkan walaupun hanya ada sebiji roti sahaja yang dia ada, dia tak teragak-agak untuk berkongsi sambil tersenyuman.

Kalau sesiapa yang menyatakan hal sebegitu wujud di dunia realiti, Lee Hyun pasti akan pukul sesiapa yang percaya perkara itu sampai lunyai, dan akan sertakan satu lagi pukulan untuk menamatkan riwayat orang tersebut.

Kehidupan terlalu kejam untuk orang yang miskin. Undang-undang kebajikan buruh digubal semula oleh pihak Parlimen memastikan semua pekerjaan adalah dilarang bagi golongan bawah umur. Walaupun begitu, Lee Hyun telah bekerja dalam semua jenis industri yang terfikir dek akal. 

Sejak umurnya 14 dia telah bekerja di sebuah kilang jahitan.  Kalau hendak diceritakan gajinya, memanglah sedikit tetapi dia akan dapat makanan secara percuma setiap hari.

Walau bagaimanapun, tempat kerja kilang yang hanya mempunyai 2 kipas pengudaraan menyebabkan kesihatannya merosot secara mendadak. Oleh kerana peparunya yang rosak, dia terpaksa menanggung bil ubat-ubatan yang tinggi.

Kemudian dia bekerja di sebuah stesyen gas dan kadang-kadang dia terlihat membawa kereta sorong kemana-mana mengumpul dan menjual barang yang boleh dikitar semula.

Tetapi, tidak kira betapa kuatnya dia berusaha untuk bekerja, duit yang dia ada amatlah sedikit.

Sebagai seorang kanak-kanak bawah umur, dia terpaksa mencari kerja secara haram. Majikannya menggunakan faktor ini sebagai alasan atau ugutan untuknya bekerja bagai nak gila. 

Dia hidup dalam kehidupan ini sehingga umurnya 20 tahun. Dengan sebab itu juga, Lee Hyun tahu betapa pentingnya duit. Bagaimanapun, segalanya berubah. Akhirnya dia telah dewasa dan dengan adanya ID card(kalau kat Malaysia kita panggil IC) yang membolehkannya bebas daripada undang-undang kebajikan buruh.

Sambil memasukkan ID cardnya kedalam wallet, Lee Hyun gumam.

"Aku akan bekerja sampai ke tahap badan saya tidak larat untuk berdiri. Aku patutnyaboleh lakukan sekurang-kurangnya 3 pekerjaan sehari."

Semasa dia kecil, ibu bapanya meninggal dunia, satu-satunya keluarga yang dia ada sekarang ini betul-betul nenek dan adiknya.

"Baiklah, mulai sekarang kita akan kaya."

Dia berjanji untuk tunaikan cita-citanya sambil pulang kerumah.

"Kamu dah balik?"

Neneknya baring seselesa yang mungkin di dalam selimut. Selepas jatuh daripada tangga beberapa hari lalu, pinggangnya yang tua itu terseliuh dan tidak mampu untuk bekerja.

Walaupun dia memakan ubat, dengan keadaan ahli keluarga yang hidup susah, dia tidak mampu untuk pergi ke hospital dan menerima rawatan yang sepatutnya dan dia hanya mampu berehat di rumah.

Tanpa rawatan yang sepatutnya, setiap malam dia hanya mampu mengerang kesakitan.

Setiap kali Lee Huun masuk ke rumah, dadanya terasa perit. Semuanya hanyalah rumah yang tidak bernyawa dengan seorang adik perempuan yang terasing dan seorang nenek yang sudah lanjut usia. Tanpa dia sedari, inilah satu-satunya penyebab dia benci pulang ke rumah selalu.

"Hye Yeon?"

"Nenek tak tahu. Dia pergi keluar dan tak balik lagi. Dia mungkin pergi keluar lagi dengan orang-orang yang tak elok, tidak pasti."

Lee Hye Yeon adalah adik perempuannya. Dia jarang lihat muka adiknya sejak akhir-akhir ini.

"Tak ada apa lah, Nek. Apa je yang diorang boleh buat?"

"Kamu tu satu-satunya abang dia. Abang sepatutnya jaga adiknya."

"Ye."

Lee Hyun tersenyum manis dan masuk ke dalam biliknya. Walau dia terpaksa untuk bekerja tenaga buruh atau pemandu teksi sekalipun, dia tetap akan pastikan adiknya itu masuk kedalam kolej.

Sejak kebelakangan ini dia selalu memesong, tetapi dia sangat ceria dan pandai, tak macam abangnya. Lee Hyun percaya, di kolej nanti adiknya akan jumpa dengan seorang suami yang baik dan dapat hidup bahagia. Dia juga mahu balas budi neneknya yang tua dan sakit membesarkannya dan adiknya.

"Betul tu, esok kena cari kerja. Mungkin ada temuduga untuk pekerja baru juga...."

Omelnya sambil menghidupkan komputernya. Komputernya yang buruk berdengung. Selepas sahaja internet disambungkan, seperti biasa dia mengakses game. Game tersebut adalah Continent of Magic. Game yang klasik diterbitkan 20 tahun yang lalu. Sebuah online game yang pernah menjadi kegilaan para gamer di Korea Republik.

Game ini sentiasa menjadi pilihan utama sehingga 3 tahun lalu. Komputer buruknya terdiri daripada bahagian-bahagian yang terpakai dan tak mampu menampung banyak game. Tak ada game lain yang berjalan dengan baik melainkan Continent of Magic.

Itu adalah satu-satunya game yang dia pernah main, tetapi hanya ketika di dalam game sahaja dia dapat merasai perasaan keseronokkan.

Style permainan Lee Hyun adalah lain daripada yang lain. Dia tidak bergabung dengan mana-mana orang disekelilingnya bahkan berburu sepanjang hari. Setelah membunuh raksasa-raksasa dan menaikkan levelnya, dia terus ke medan berburu yang lebih susah. Dia langsung tidak menyertai sebarang  sekatan atau guild war.

Dia rasakan keselesaan di dalan game dengan hanya menaik taraf ability kerekternya dan upgrade barang-barangnya. Dia juga pernah berburu sehingga 200 jam tanpa henti tanpa sebarang rehat intuk tidur. Baginya tidak pelik langsung untuk bersusah payah menaikkan levelnya atau menangkap mana-mana raksasa.

Mungkin seseorang akan mempersoalkan, keseronokkan apa yang dia cari, tetapi baginya keseronokkan hanya dapat diperolehi apabila kerekternya bertambah kuat dan dia dapat mengalahkan raksasa yang dia dulu tak boleh kalahkan, dia akan benar-benar gembira.

Dalam masa yang singkat, dia berjaya capai level maksimum. Dia berjaya mencapai satu tahap di mana kerekternya tidak lagi dapat level up.

Dalam sepuluh tahun Continent of Magic, ini merupakan pertama kali dan terakhir dalam rekod sejarahnya. Bila Lee Hyun tengok balik, dia dapati tiada siapa pun yang boleh menandingi kerekternya yang telah mencapai tahap yang mustahil dicapai ini. Dalam medan berburu yang mana-mana party susah nak selesaikan, dia dengan mudahnya melicinkan semua raksasa yang ada, seorang diri.

Setelah berjaya mencapai level tertinggi, dia secara solo memburu semua ultimate boss, termasuk Naga.

Walaupun macam itu, Lee Hyunbmula bosan. Pada masa ini, semua syarikat game mempunyai satu matlamat utama memuatkan game mereka kedalam sistem virtual reality.

Satu-satunya game yang sangat berjaya Royal Road, dijadikan suatu standard matlamat bagi virtual reality. Bermula dengan dunia yang penuh dengan perlaksanaan, game ini memiliki lebih daripada sepuluh ribu pekerjaan (kalau bahasa inggerisnya job, bagi cadangan mana satu lagi sesuai untuk digunakan) dan seratus ribu skill.

Sesiapa sahaja dapat meneroka ke mana-mana yang dikehendaki atau memancing dengan kawan-kawan sepanjang hari,sudah semestinya, selagi mana tidak terjebak dengan mana-mana musibah yang pelik.

Kebebasan yang melampau adalah sangat  bagus, tetapi apa yang membuatkannya lebih hebat adalah sistemnya yang luar biasa. Royal Road mempunyai reputasi dalam melahirkan keseronokkan yang tak terhingga untuk semua orang menikmati sebuah game.

"Pada saya, semua tu hanya keseronokkan yang mustahil dicapai."

Apa yang boleh diharapkan Lee Hyun dengan komputernya yang lembab setiap kali mengakses web page yang sedikit kompleks?

Popular macam mana pon, untuk pasang peralatan virtual reality akan mengambil kos lebih daripada 10,000,000 won(RM 35,000 lebih,kalau ikut Ringgit Malaysia). Kalau dia ada duit sebanyak itu, walau macam mana sekalipun, dia akan gunakan untuk perbelanjaan ubat-ubatan neneknya, tak pun yuran persekolahan adiknya. Untuk mencari duit, game terpaksa dihentikan.

[Are you sure you want to delete your account?]

- Yes / No -

Lee Hyun bawa anak panah tetikus pada perkataan 'Yes'. Sekarang, dengan satu klik pada tetikus, kerekter yang berharganya akan hilang selama-lamanya. Pada saat dia hendak menekan tetikusnya, tiba-tiba dia terfikir.

'Boleh ke aku jual kerekter aku untuk duit? Mungkin account sale.'

Kat mana entah, Ada satu surat khabar menyatakan beli dan jual kerekter game sudah jadi kebiasaan. Dan semestinya cerita ini berkaitan dengan duit. Idea ini tiba-tiba terlintas dalam fikirannya, alang-alang dia nak delete accountnya apa salah kalau dia jualnya kepada orang lain.

Lee Hyun mula seaching di internet untuk character trading site. Satu carian membuahkan berdozen laman web, dan dia pilih site yang mempunyai  paling besar trading volumenya.

"Jadi, aku cuma perlu post kerekter aku dengan harganya dan semuanya selesai?"

Lee Hyun upload gambar disamping kerekternya sendiri.

Level tertinggi dalam Continent of Magic dengan barang-barang  yang terbaik datang daripada Naga yang nilainya mebihi 30 trilion mark.

Dia bercadang untuk meletakkan harga lelongan bermula pada harga 50,000 won(RM 175.82 ikut ringgit Malaysia). Dia takut kalau tak ada sesiapa yang nak beli kalau dia letak harga yang terlalu tinggi.

Tempoh lelongan adalah satu hari.

Menunggu untuk satu tempoh yang lama untuk duit yang banyak macam mustahil. Dia berfikir untuk dapatkan pekerjaan dia perlukan suit baju yang lawa jadi dia perlukan duit secepat mungkin.

Sebetulnya ada satu ruang kerekter dan barang untuk menentukan harga, tetapi maklumat lelongan hanya boleh diakses oleh pengguna berbayar jadi Lee Hyun tidak dapat mengaksesnya.

Setelah Lee Hyun siap post, dia terus tidur. Bangun sahaja daripada tidur, dia bercadang hendak singgah ke office yang terdekat untuk mencari kerja.

Tidak sampai sejam selepas Lee Hyun post, netizen yang memiliki virtual space mula kecoh di internet.

* * *

Mula-mula, tiada siapa pun percaya post lelongan tersebut. Dengan patch yang terbaru Continent of Magic, semua orang tahu yang level bertambah secara mendadak tinggi.

Maksimum level yang tertinggi adalah 200.

Dalam semua server, tak ada sesiapa pun yang sudah capai level tersebut, mungkin kerana keadaan tersebut adalah mustahil bagi mana-mana orang pun.

Dan sekarang, ada orang yang post untuk melelong kerekter yang telah sampai level tertinggi.

"Ada orang nak main-mainkan kita."

"Siapa yang bodoh post benda ni?"

"Dah tak menarik langsung, benda ni dah berlaku banyak kali."

Beberapa orang komen dalam beberapa ayat yang lebih kurang serupa. Bagitahu semua orang supaya tidak tertipu dan sesetengah pula acah-acah berterima kasih sebab berjaya buat dia ketawa.

Pada awal abad ke-21, post scammer jadi trend dan orang selalu tertipu, mereka ingat ini adalah salah satu cara baru untuk scam.

"Tak, tak mungkin...."

"Mustahil."

Netizen cuba abaikan post lelongan tersebut tetapi disebabkan sifat ingin tahu mereka, mereka akhirnya cuba tengok semula post tersebut sekali lagi.

Post lelongan menetapkan syarat untuk screenshot kerekter untuk dipamerkan bersama.

Setiap file yang di disertakan pada post tersebut di buka. Character info kerekter tersebut sangat luar biasa. Semua jenis stat sudah ke tahap mksimum dan barang-barangnya semuanya sedia maklum adalah hebat-hebat belaka.

"Dari mana dia dapat barang tu?"

"Full set of Red Dragon Armor sekali dengan Red Dragon's Backbone Shield? Wow...."

"Dia cakap semua tu dia dapat daripada Black God of Valor."

Semua orang mula percaya sedikit. Walau macam mana pun, post ni langsung nampak macam post scam yang biasa. Untuk buat suatu imej yang begitu detail memerlukan usaha yang luar biasa.

"Orang ni mesti habiskan banyak masa nak siapkan benda ni."

"Post ni pasal Continent of Magic, tapi game apa yang dia ciplak semua barang ni?"

Diantara yang ada ketika post lelongan tersebut adalah graphics designer. Berdasarkan gambar, mereka cuba mencari mana-mana kecacatan.

"Tak kira betapa hebatnya gambar tu diphotoshop, akan ada juga sedikit kesan yang dapat dikesan. Walaupun jika dilihat sempurna dimata orang awam, bila kita cuba apply technology canggih, bahagian yang diciplak akan terbongkar juga."

Para designer membesarkan imej mengikut faktor 10,000, cuba melihat pada pixel, periksa semua shade, bahkan scan imej dalam 3D cuba untuk buktikan kepalsuannya. Akan tetapi semua cubaan pembuktian tersebut adalah sia-sia. Akhirnya mereka terpaksa akur menerima kenyataan.

"Semua gambar ni betul."

"Saya ketua designer LK Co. saya jamin gambar ni tidak pernah di photoshop dalam sebarang cara pun."

Diluar jangkaan mereka, graphic designer mula mengesahkan keaslian imej-imej tersebut.

Kemudian pengguna Continent of Magic yang sebenar muncul. Mila-mula mereka lihat gambar tersebut, mereka menjerit dengan terkejut. Sejak awal lagi mereka tidak meragukan apa-apa.

"Benda ni betul. Kerekter ini namanya Weed. User ni sumpah famous."

"Equipment semua dia punya, tapi saya tak pernah tahu pula dia dah capai top level, sangat menakjubkan."

Lee Hyun selalu main seorang, sengaja meninggalkan hunting ground yang penuh dengan orang. Dia tak pernah mengikuti sebarang sekatan(maybe macam farming monster sama-sama), dan sedikit pertikaian selalunya dia akan abaikan dan biarkan sahaja. Akan tetapi rumor pasal dirinya tak pernah berhenti.

Bunuh Naga dan Kraken yang juga disifatkan sebagai tidak terkalah dan sapu bersih di setiap hunting ground semua seorang diri.

Tak bercampur dengan orang lain tak bermakna merrka tak akan kenal dia. Diantara user yang masih active, dia adalah legend. Hanya Lee Hyun sahaja yang tidak sedar bahawa dirinya adalah selebriti(some kind of player famous but tak buat live).

"Jadi semua equipment betul?"

"jadi, ni boleh dikatakan bonanza...."

Harga asal bagi lelongan adalah 50,000 won. Termasuk nilai kerekter atau equipment, cuma miliki semuanya sendiri berdasarkan harga sekarang menjadikan semuanya murah dan terlalu rendah.

Orang cepat-cepat menulis harga bidaan mereka. Dalam sekelip mata nikai meningkat daripada 50,000 to 300,000 won(RM 1054.93), Kemudian mencecah 700,000 won(RM 2461.50) . Tidak sampai satu jam nilainya mula mencecah 1,000,000 won(RM 3516.42).

Harga menjual cuma satu bahagian daripada equipment, tiada keraguan tentang kerugian. Harga menaik secara mendadak.

Pada masa ini, ramai orang telah berhenti sertai secara terpaksa disebabkan membayangkan betapa tingginya harga lelongan ditutup nanti.

Walaupun jumlah pemain dalam Continent of Magic berkurang mengikut waktu, selepas server digabungkan menjadi satu dan menjadi percuma tanpa bayaran, masih terdapat banyak user yang aktif.

Pada awalnya, pemain Continent of Magic yang menaikkan harga, dan diikuti oleh pekerja office yang kaya yang menaikkan hatga lebih lagi.

Pada suatu masa dahulu, semasa game ini dicipta, Continent of Magic menyebabkan Koreo Republik berjaga setiap malam. Level kerekter paling tinggi dalam game tersebut, memiliki suatu yang mempunyai nilai yang boleh dijadikan benda yang dicemburui ramai.

Kalangan pekerja office yang bijak cepat-cepat menelefon bos mereka yang hampir sama umur dengan mereka.

"Director-nim, awak ke ni?,"(panggilan yang selalu digunakan orang Korea untuk menunjukkan hormat kepada orang yang lebih atas)

-Kenapa awal call saya tengah malam buta ni? Nak minta kena pecat?

"Eh? Itu, sebenarnya.... Director-nim, awak main Continant of Magic tak sebelum ni?"

-Ye, kenapa pun?

"Kerekter dengan level tertinggi dalam Continent of Magic srkarang srdang dilelongkan. Saya ingat Director-nim akan berminat, jadi...."

-Apa! Mak, maksud awak Weed?

"Ye. Jadi Director-nim tahu. Level Weed dah cecah 200. Stats dan equipment semua dah max."

Kemudian disertakan penerangan.

-Sekarang juga. Dengan duit awak sendiri letak 30,000,000 won sekarang juga, cuba dapatkan bidaan paling tertinggi.

Pada masa ini, orang yang memegang jawatan tertinggi dalam syarikat dipegang oleh generasi yang main game online di pertengahan usia muda mereka. Mereka menaikkan nilai harga bidaan.

Dalam potal site dan website yang berkaitan dengan game, topik hangat yang dibincangkan adalah tentang bidaan lelongan untuk level tertinggi dalam Continent of Magic. Ramai orang mula search dan sekelip mata kata kunci tersebut meningkat dalam rangking paling banyak di search. Pada saat ini, bidaan yang sebenar baru bermula.

* * *

Dalam masa itu juga, Lee Hyun tidur dengan lena, langshng tidak sedar tentang perkara ini.

"Pekerja buruh… 50,000 won setiap datu hari. Cuci pinggan mangkuk di restoran, 30,000 won. Makan malam, ham hocks...."

Dia sebok mengira apa yang perlu dilakukan esok hari dalam mimpinya.

* * *

Dengan tumpuan setiap orang fokus pada orang tertentu, harga bidaan meningkat tak terhingga.

Setakat ini, tiada siapa tahu siapa pemegang level tertinggi, tetapi mereka terpanggil untuk melunaskan kemahuan untuk memiliki dan menunjuk-nunjuk kerekter yang kekal daripada salah satu game terbaik suatu masa dahulu. 

Harga bidaan akhirnya mencecah 100,000,000 won (RM 351,642.20)

Pada saat ini, sifat untuk memiliki melebihi harga pasaran bagi pemilikan individu dan barangan. Sebilangan orang mula meratapi duit mereka yang tidak banyak dan terpaksa berhenti dari meneruskan bidaan. 

"Aku rasa orang yang jual kerekter ni orang paling pelik sepanjang abad."

"Macam mana dia boleh set tempoh bidaan untuk kerekter yang tak ternilai dalam hanya satu hari?"

"Dia yakin ke boleh dapat harga semaksimum mungkin untuk benda ni?"

Orang ramai komen tentang bidaan sebegini untuk melegakan kesedihan mereka. Tak lama kemudian komen mula melebihi daripada 900.

Tempoh bidaan dipanjangkan tempohnya beberapa kali secara automatik, dan ketika harga mencecah 300,000,000 won (RM 1,054,926.60) beberapa syarikat mula aktif melibatkan diri.

Satu perkara mudah bagi bidaan sebegini adalah bidaan ini tiada penghujung dalam masa yang terdekat. Jika bidaan selesai dalam jumlah yang besar, beberapa orang pasti akan mendengarnya dari berita atau bibir ke bibir, effect daripada publisiti jelas sangat menakutkan.

Untuk menempatkan suatu iklan di suatu tempat, memerlukan lambakan duit, juga, selepas penat jerih menggunakan duit untuk membuat satu iklan,  orang tidak akan pernah kesah untuk lihat elok-elok pada iklan tersebut. Bagaimana pun, macam mana kalau berita tentang kerekter level tertinggi dijual dalam harga yang murah? Minat dan tumpuan orang boleh dapat ditumpukan pada suatu benda.

Department Perhubungan Awam setiap syarikat hadir dalam suatu sudut. Digital media mempergiatkan lagi perlumbaan ini, game broadcaster mahu untuk mendapatkan kerekter level tertinggi. Nilainya atau harga pasaran kerekter bukanlah suatu masalah. Mengadakan suatu siri special tentang game yang terkenal suatu masa dahilu dan bawakan kerekter dalam pertanyaan akan meningkatkan kebolehpercayaan dan imej di khalayak umun seorang broadcaster.

Persaingan bidaan yang semakin memuncakkan lagi harga bidaan, dan melonjakkan jumlah pengunjung, membuatkan pemilik item trading site tersenyum kepuasan.

Bidaan lelongan akhirnya sampai ke penghujungnya.

Lima broadcaster game berlumba antara satu sama lain, dalam persaingan sengit antara semua pesaing, satu-satunya yang berjaya membida dan terima kerekter tersebut adalah CTS Media. Hal ini membawa kepada perkembangan pesat dan pertambahan dalam perkongsian broadcast yang mana menjadikan syarikat berkemungkinan mampu untuk pergi lebih jauh. Dengan campur campur setiausaha presiden, bidaan berjaya dimenangkan dan lelongan tamat. 

* * *

"Hello."

Lee Hyun terima panggilan telefon yang membangunkannya daripada tidur.

Disebabkan penat bekerja di kawasan pembinaan dia tertidur tanpa dia sedar. Hasil bekerja di kawasan pembinaan tersebut cuma 30,000 won. Harga bayaran itu adalah lebih rendah daripada kebiasaan, alasan majikannya ialah dia bekerja dengan tidak cekap.

-Hello.

Tak disangka, suara di hujung talian adalah suara seorang wanita yang cantik.

"Um… nampaknya awak call salah orang ni."

Lee Hyun yakin bahawa tiada siapa yang waras akan menelefon nombor rumahnya jadi dia hendak tamatkan panggilan.

Bagaimana pun....

-Awak ada jual kerekter awak di internet, bukan?

"Betul."

-Ini CTS Media Incorperated. Saya setiausaha presiden, Yoon Nahee. Kami dah depositekan jumlah harga bidaan ke dalam account anda, awak boleh confirmkan balik di item trading site, dan jangan ragu-ragu untuk call kami kalau ada apa-apa masalah.

"Tung, tunggu sekejap. Ada orang yang beli?"

-Hmm. Ye, ada. Boleh saya tanya awak dah check belum?

"Tak, saya sedikit sebok...."

Yoon Nahee daripada CTS Media.

Setiasuha Presiden, walaupun dia hanya bekerja di financial resources, dia bukan orang yang sembarangan. Dia juga fasih dalam 8 bahasa, semua orang disekelilingnya sering menyanjung bakatnya. Tetapi pernyataan Lee Hyun tentang tidak terasa hendak check lelongan yang boleh menghasilkan keuntungan besar membuat Yoon Nahee terkejut besar.

"Berapa banyak jumlah bidaan yang berjaya?"

Lee Hyun rasa gelisah. Dia berharap harga lelongan tersebut paling kurang 200,000 won (RM 203.28) untuk bayar kos perubatan neneknya, dia rasa patut ubtuk dia tanya, tetapi kata-kayta yang dia dengar di dalam talian sangat mengejutkan.

-3,090,000,000 won.

Asalnya, kerekter Lee Hyun hanya betherga 150,000,000 won kalau ikut harga pemasaran.

Zaman sekarang, game berada diatas carta paling popular, harga equipment sahaja boleh mencecah 100,000,000 win, tetapi kalau game terdebut adalah game lama, harganya tersangat-sangat murah.

Wakau bagaimana pun , atas sebab faktor-faktor tertentu termasuk tempoh masa bidaan yang limited, barang yang lain daripada yang lain ini disertakan dengan kemasyhuran kerekter tersebut peroleh, 3,000,000,000 won bukanlah suatu masalah. Berita tentang lelongan tersebut sahaja menjadikannya perbualan hangat, CTS Media sebenarnya memang mahukan hal ini berlaku dan menjadi tujuan utama mereka membeli kerekter ini.

Macam mana pun, Lee Hyun dengan terus terangnya membalas.

"Awak main-main ke?"

-Apa?

"Saya takkan percaya awak call saya hanya nak cakap pasal benda bodoh ni. Saya nak end call."

Selepas matikan panggilan, Lee Hyun ketawa tawar.

"Macam mana dia tahu pasal post bidaan tu? Dan sekarang dia dapat nombor telefon aku untuk kenakan aku?"

Lee Hyun langsung tak percaya. Benda ni kedengaran sangatlah mustahil.

Kemudian, ketika dia mengakses site tersebut, bidaannya diletakkan diatas sekali dalam item trading site. Beribu-ribu orang post comment ketika itu, dan lelongan bidaan berjumlah sama dengan yang perempuan tadi katakan 3,090,000,000 won!

Lee Hyun benar-benar terkejut dan hampir-hampir pengsan melihat jumlah bidaan yang selesai.

'Kalau betul ni mimpi, aku harap aku tak akan bangun.'

Keesokkan harinya, Lee Hyun menyemak receiot duit dan terdapat lebih daripada 3,000,000,000 won telah di deposit kedalam accountnya.

Dia mencubit tangannya sampai berdarah, dia tak silap lagi, ini semua realiti! Lee Hyun terus bergegas menemui neneknya dan tunjukkan buku banknya. Dia masih tidak berani untuk menceritakan segalanya kepada neneknya.

"Nek! Saya dapat duit."

"Ye."

Neneknya balas dengan penuh lemah. Baru sahaja 3 hari lepas ID cardnya dikeluarkan. Mustahil dia dapat cari duit yang banyak.

"Macam mana pun, baguslah, Hyun-ah."

"Tak ada apa lah ,Nek."

Lee Hyun serahkan buku bank kepada neneknya.

"Apa ni?"

"Tengok. Ni semua duit yang saya dapat."

Neneknya gosok matanya yang rabun beberapa kali semasa lihat kedalam buku bank tersebut. Jumlah yang tertulis didalam account, langsung tak boleh dipercayai.

"Kamu, kamu mencuri ke? Tak, tak, jumlah sebesar ni kamu tak boleh curi...."

"Saya cuma jual account game."

"Account?"

"Susah kalau nak saya terangkan… macam mana pun, saya terima duit ni secara halal."

"Baguslah kalau macam itu...."

Neneknya terasa sebak, suara tangisannya sayu kedengaran.

"Hyun-ah, macam orang lain, kita sekarang boleh hidup tanpa risau pasal bil air dan elektrik lagi?"

"Sudah tentu. Kita juga boleh beli rumah kita sendiri nanti."

"Awak boleh kembali ke sekolah.... Dan Hye Yeon boleh pergi ke kolej. Kita tak perlu lagi jeles dengan kehidupan orang lain."

Neneknya berasa terharu. Lee Hyun juga begitu.

Sambil teringat payah jerih yang mereka hadapi selama ini.

"Sekarang kita boleh hidup bahagia sama-sama, nek."

"Ye, sudah tentu."

Dengan masa susah sama-sama, kedua-dua mereka sangat teruja. Selepas beberapa hari, mereka membeli rumah baru dan mendapatkan rawatan untuk neneknya di hospital. Selain daripada pinggang neneknya, neneknya turut menghidap penyakit kain dan terpaksa dimasukkan kedalam wad. Adiknya Hye Yeon sangat gembira. Tetapi kegembiraan mereka tak lama.

Lelaki yang memakai suit berwarna hitam. Satu-satunya orang yang dia tidak mahu jumpa datang ke hospital.

Beberapa lelaki mengenakan sut hitam yang kelihatan seperti baru dibeli daripada kedai, mereka terus masuk kedalam wad hospital. Badan mereka semuanya sasa, bahkan hanya 5 orang sahaja yang masuk, bilik hospital sudah terasa begitu sempit.

Pesakit lain panik dalam ketakutan jadi dengan bantuan nurse, mereka keluar secara senyap.

Hanya Lee Hyun, neneknya dan lelaki tersebut yang tinggal. Lee Hyun hanya terfikir dia bernasib baik adiknya tiada ketika ini. Tetapi kalau mereka, tak pernah ada benda yang baik berlaku. Sama macam kali terakhir mereka datang.

"Budak. Aku dengar keluarga kau dah ada banyak duit sekarang...."

Lelaki berambut perang berkata.

Lee Hyun balas semula dengan berani.

"Jadi?"

"Dulu ayah kau pernah berhutang. Jadi sekarang kami datang nak kutip balik duit yang ayah kau hutang dulu."

"Hutang?"

"Ye. Dan sekarang kau dah ada duit, aku yakin kau dah sedia untuk bayar balik hutang tu kan?"

Lee Hyun menelan air liurnya. Semasa ibu bapanya meninggal dunia dahulu, Lee Hyun ada mewarisi 100,000,000 won.

Benda tak akan jadi masalah jika dia membuat pengecualian daripada pewarisan, tetapi ketika itu Lee Hyun masih terlalu muda dan tidak tahu tentang undang-undang. Tambahan pula, neneknya, sangat meratapi pemergian anaknya tidak memphon pengecualian dalam mahkamah dalam tempoh 3 bulan dan warisan diwariskan.

Oleh itu, Lee Hyun berhutang dengan ahlong sebanyak 100,000,000 won. Dia tahu betapa teruknya mereka, tetapi sekarang dia ada banyak duit. Tak perlu lagi untuk takut kepada mereka.

"Aku akan bayar semua hutang. Berapa semuanya?"

"Bayar? Ayat kau macam tak berfikir panjang. Ok, tak apa. Kami hormati client kami. Jumlah keseluruhan duit yang kau kena bayar cuma 3,000,000,000 won ( RM 10,549,266.00) ."

Dengar kata-kata lelaki tersebut, kepala Lee Hyun berdenyut dek menahan marah.

"Tipu.... Duit yang ayah aku pinjam cuma 100,000,000 won."

"Hei, apa pulak? Sekarang ni dah 8 tahun. Setiap masa yang berlalu, interest akan bertambah."

"Tak guna... Aku nak report pasal benda ni kat police."

"Report?  Jangan cuba nasib kau. Kau ingat polis nak tolong kau?"

"Polis cuma Pak Turut orang lain je."

"Puhahahaha."

Lelaki itu ketawa mendengar kata-kata Lee Hyun. Lebih spesifik lelaki berambut perang, mendengar kata-kata tak masuk akal, dia mula menepuk dahinya dan ketawa terbahak-bahak. Lelaki yang dari tadi senyap berdiri di belakangnya tiba-tiba membuka mulut. Berdasarkan riak muka mereka, lelaki ini adalah ketua kepada mereka semua.

"Bagitau budak ni terus-terang. Tak perlu bazirkan masa."

"Ye, Hyung-nim. Saya minta maaf. Budak, macam ni, dengar elok-elok. Apa yang kami buat ni tak langgar undang-undang langsung. Sebab kami terima interest secara sah. Untuk permulaan, interest cuma 50% daripada prinsip tahunan. Kau nak aku tolong kirakan? Tahum pertama nilainya meningkat dari 100,000,000 kepada 150,000,000, tahun kedua kira-kira 220,000,000, tahun yang ketiga harga semakin bertambah 330,000,000, tahun keempat nilai mula hampir mencecah 500,000,000."

Menurut kiraan lelaki tersebut, Lee Hyun mula berasa kesal. Hutang berlipat 5 kali ganda dalam 4 tahun sahaja. Sekarang 8 tahun sudah berlalu, jadi kemungkinan besar 2,500,000,000, tetapi masa 8 tahun sebenarnya sudah lebih dan tidak salah jika dikatakan nilai hutang sudah mencecah 3,000,000,000.

Semasa Lee Hyun diganggu dulu, dia tak pernah tahu berapa banyak dia hutang. Tanpa dia sedar, nilai yang dia telah berhutang sudah mencecah 3,000,000,000.

Bankrupt!

Orang lain dengan hutang 3,000,000,000 akan difailkan bankrupt. Walaupun berstatus bankrupt kemungkinan besar dia boleh dibebani beberapa juta lagi. Lee Hyun tak pernah pertimbangkan untuk terima status bankrupt. Duit diperlukan untuk buat fail bankrupt. Mahkamah dan kaunselor undang-undang. Bayar duit kepada mereka dan ikut langkah yang sepatutnya, boleh menyebabkan seseorang jatuh bankrupt.

Lee Hyun mana mampu untuk melengkapkan failkan status bunkrupt. Malah kalau seseorang benar-benar ada duit sekali pun, jangan pernah percaya ahlong akan terus berdiam diri walaupun sudah berstatus bankrupt.

"Kami mahu 3,000,000,000."

"Tak, tak mungkin."

"Tak mungkin? Sedar diri sikit. Kalau kau tak nak, tak apa. Kitorang datang esok. Tapi waktu tu, harga yang kena bayar lebih sikit daripada harini. Macam mana?"

Lelaki berpakaian suit hitam itu menunjukkan riak yang sangat yakin. Keyakinan tanda jiwa bebas, keyakinan juga adalah kuasa.

Dan juga, Lee Hyun tahu, bahawa dia lebih baik bayar sekiranya dia mampu. Pada mulanya memang tidak ada cara lain, mereka datang sebab mereka tahu Lee Hyun baru dapat duit.  Lelaki itu ketawa sambil tersenyum.

"Kesian nenek sakit dan kena masuk ke dalam hospital, tapu dia nampak selesa dekat hospital. Sama macam adik kau yang kat luar tu. Adik kau cantik, aku rasa dia boleh dijual kat pulau...."

"Jangan kau berani sentuh Hye Yeon!"

"Relax, nothing happened, yet. Sekarang, kitorang cuma cakap je. Tapi macam mana kalau satu family terlantar kat hospital serentak. Mesti sedih kalau dilihat."

Lee Hyun tak boleh berdiam diri menndengar ugutan yang tersirat lagi. Tak ada cara lain. Sudah cukup bagus kalau lelaki-lelaki ni keluar. Sesiapa yang tidak mampu bayar hutang, di kawasan setinggan dia pernah nampak keadaan orang yang tak boleh bayar. Kalau ada suatu kesalahan pada awalnya, tiada benda lain melainkan pinjam duit daripada mereka.

Tak mampu untuk bergantung kepada undang-undang, Lee Hyun terpaksa menyerahkan buku banknya. Lelaki itu menerima buku bank tersebut serta-merta dan menyerahkan 90,000,000 won cadh di dalam beg. Di dalamnya terdapat IOU untuk 100,000,000 won yang ditulis oleh ibu bapanya 8 tahun lalu. Sejak awal lagi mereka sudah tahu segalanya dan sudah bersiap sedia dengan rapi.

"Terima kasih. Sorry sebab susahkan, ye."

Ketika lelaki itu keluar daripada bolik hospital, Lee Hyun menjerit.

"Tunggu sekejap!"

"Apa lagi yang kau nak, budak?"

"Satu hari nanti, aku akan pastikan aku balas apa yang korang buat ni."

"Apa?"

"Kau ingat hutang dah langsai semuanya dah tamat. Maksudnya nanti aku akan datang balik dan dapatkan yang selayaknya daripada korang."

Lelaki itu mahu ketawa lagi. Akan tetapi, dengan pandangan tajam daripada Lee Hyun, tiada suara yang keluar.

Seekor binatang buas yang masih muda. Matanya seperti dirasuki sesuatu membuatkan bulu mereka tegak.

"Oh, jadi kau masih ada perasaan berani lagi? Nampaknya aku kena ajar budak berani ni tentang dunia yang sebenar."

Lelaki itu menyingsingkan lengan bajunya. Tetapi Lee Hyun langsung tidak menunjukkan perasaan gentar mahupun berganjak ke belakang.

"Cukup. Kita dah kutip duit, jangan buat sebarang perkara yang tak sepatutnya."

"Tapi...."

"Kau betul ke nak buat kecoh kat hospital?"

"Baik, Hyung-nim." (Merujuk kepada ketua samseng)

Lelaki-lelaki tadi semua meluru keluar.

"Dan budak."

Ketua mereka yang kelihatan santai melihat tepat kearah Lee Hyun dan beri dia sedikit nasihat.

"Aku Han Jinsup dari Myongdong. Kau percaya keberanian kau tu boleh berjaya kat dunia yang kejam ni? Kalau kau rasa semua ni tak adil, cari 3,000,000,000 dalam 5 tahin dan cari aku balik. Kemudian baru aku akan akui kau dan jadi orang bawahan kau."

Setelah ahlong tersebut beredar. Lee Hyun terduduk pasrah diatas lantai. Mendengar adiknya menagis di lorong hospital, neneknya melepaskan keluhan.

* * *

Selepas 3,000,000,000 dirompak, dia langsung tiada kekuatan untuk melakukan apa-apa. Dia diselimuti kekosongan yang melampau. Bagaimana pun, pada hari ketiga selepas dirompak, dia bangkit.

Masih ada harapan. Jadi dia tak mungkin duduk berdiam dan ragu-ragu. Sebuah senyuman mula terukir di mulut Lee Hyun. Dalam keadaan air matanya mengalir, dia ketawa.

Ia merupakan suatu kenangan, peristiwa sadis yang sejumlah besar duit yang sedikit mengurangkan bebannya untuk meruskan hidup.

'Betul. Kalau sekali aku dapat, kenapa tak kali kedua."

Lee Hyun memang sebok. 90,000,000 won memang tak diambil, tetapi itu tak bermaksud dia boleh gunakan semuanya. Disebabkan kontrak rumah telah ditanda tangani, 50,000,000 won telah ditolak.

Memang boleh dibatalkan perjanjian, tetapi dia kena bayar denda. Dia lebih rela mati daripada bayar denda.

Jelasnya, jumlah yang boleh digunakan adalah 40,000,000 won!

Semuanya terima kasih kepada kemerosotan hartanah pada awal abad ke-21.

* * *

Menggunakan sebahagian duit, Lee Hyun daftar namanya di dewan seni bela diri seperti aikido, kendo dan teakwando. Dia meletakkan dirinya dalam jadual yang ketat dan perlu pergi ke 6 tempat berbeza setiap hari. Ketika badannya penat dengan pelbagai gym, dia pelajari seni bela diri.

Guru di sana semua gelar dia sebagai binatang buas. Bina stamina, dia hayun pedang setiap hari cukup untuk darah mengalir daripada tangannya.

Game virtual reality !

Suatu tempat di mana seseorang boleh menggerakkan badannya seperti mana dia berada di dunia sebenar. Kemudian belajar seni bela diri dan tentang sistem game sedikit, tak ke ia membantu?

Sudah semestinya, belajar seni bela diri tak sepenuhnya membantu. Tetapi untuk jadi kuat pada level 1, lebih baik belajar seni bela diri.

Bayangkan jadi 10% kuat melalui game, effect yang besar dapat dihasilkan. Sebab itu juga, Lee Hyun pada waktu pagi belajar seni bela diri, pada waktu petang belajartentang game virtual reality. Yang mana game yang mempunyai paling banyak pengguna, dan bagaiman sistem game boleh berfungsi semuanya dia semak.

Untuk setiap bidang, bandar dan skill semua telah disenaraikan pada jadual analisa oleh Lee Hyun dan di pin pada dinding dalam biliknya.  Kertas rekod memenuhi bilik Lee Hyun.

1 tahun. Lee Hyun telah pelajari seni bela diri dan kaji game virtual reality. Masa 1 tahun bukan sahaja untuk menyiapkan kelengkapan, ia juga digunakan untuk melihat perkembangan Royal Road.

Game virtual reality akhirnya seperti yang dijangka, Royal Road dan seperti namanya jalan yang dilalui oleh maharaja dengan ketenangan. Memiliki lebih daripada 75% daripada perkongsian pasaran game dunia, lebih daripada 90% pemain Korea yang mainv0 game ini. Boleh dikatakan mengikut peredaran yang dijangkakan.

Terutama semasa wars of kings, akan sampai pada satu tahap dimana penonton melebihi semua jaringan yang lain. Aatu-satunya game yang sesiapa sahaja boleh memiliki kemasyhuran, kuasa dan duit. Royal Road adalah hasil daripada sistem pintar yang saling berkaitan dengan virtual reality.

"Bagus. Semua mengikut perancangan."

Mata Lee Hyun memandang kosong apda skrin monitor.

Pada hari dia membeli satu capsule digunakan disambungkan ke Royal Road dengan 10,000,000 won. Ia cukup mahal di mana menyebabkan dia menitiskan air mata, tetapi dia cepat-cepat mengingatkan dirinya bahawa semua ini adalah pelaburan yang menguntungkan p. Semua persiapan telah lengkap. Jni adalah permulaan suatu game. Dia rasakan seperti seorang tentera yang akan menuju ke medan perang.

[Connect to Royal Road]

- Yes | No -

Ketika mesej kelihatan, Lee Hyun berkata tanpa sebarang keraguan.

"Yes!"