Platform penulisan WEBNOVEL-INKSTONE dapat merealisasikan impian kreatif anda dan menghubungkan anda dengan pembaca di seluruh dunia dengan kata-kata. Anda juga boleh mengakses https://inkstone.webnovel.com dan buat di PC.
Tengku Fahmi selalu berada dalam keadaan bahaya. Kadang-kadang, dia hampir dibunuh oleh orang yang tidak puas hati akan kekayaan yang dimiliki olehnya. Disebabkan itu, dia memerlukan seorang bodyguard yang boleh menjaganya. Aisy ialah seorang gadis yang mempunyai kerjaya yang banyak dugaannya. Dia selalu dipilih untuk menjaga orang yang dijangka akan dalam keadaan berbahaya. "Aisy?" soal Tengku Fahmi terkejut dengan kehadiran gadis yang sudah lama tidak dijumpainya. "Tengku Fahmi." Aisy menyebut nama lelaki itu dengan dingin. Dia sememangnya sudah tahu identiti kliennya itu. Disebabkan itu, dia mengenalkan dirinya seolah-olah baru pertama kali berjumpa. "Saya Aisy. Saya ialah bodyguard yang diarahkan untuk menjaga Tengku buat masa ini.Tolong kerjasama nya, Tengku" sambung Aisy dengan wajah dingin. "Ha?" Bolehkah Aisy bekerjasama dengan Tengku Fahmi setelah peristiwa yang tidak mahu Aisy ingati? Adakah Tengku Fahmi menurunkan egonya demi Aisy yang pernah dibulinya satu tika dahulu? Ikuti kisah cinta Aisy dan juga Tengku Fahmi dalam novel 'My Girlfriend Bodyguard'.
pertemuan semula mendatangkan banyak salah faham di antara mereka berdua. siapa yang dapat menyangka kalau lelaki yang di anggapnya sebagai musuh seterunya itu merupakan sahabat baiknya ketika kecil dahulu... wujudkah perasaan cinta di antara mereka? atau persahabatan mereka cuma hanya tinggal kenangan sahaja...
"hmmm.. I'm happy for you Jihan.." ujarku dengan nada seiklas mungkin. Tapi aku tipu. Ngilu rasa hati hanya tuhan yang tahu. " Well its a good thing! Kau tahu kan aku ni jenis yang tak pandai mengorat.." Aku angguk setuju. Aku kenal Jihan. Dia tak pernah cuba-cuba mengorat mana-mana perempuan. Kami rapat sejak dari sekolah rendah lagi. Di mana ada aku selalu ada Jihan dan juga beberapa kawan lain. Tapi aku paling rapat dengan Jihan. Habis sekolah kami sambung belajar di kolej yang sama. .. Dan melihat Jihan bersiul-siul gembira, aku rasa macam celaka. Kenapa dengan aku ni? "Macam mana kau tahu kau akan serasi dengan gadis pilihan mak kau tu Jihan? macam mana kau yakin yang dialah kau punya true love?" Tanya ku macam tak puas hati. Aku tenung dia dalam-dalam. " Aku tak tahu.. tapi ada bak kata orang.. love is like a gambling.. haha bukan macam tu?" Dia mula pandai berfalsafah. Aku mencebik. Cinta itu macam judi? ceh... " Serius la! ini soal masa depan kau.. there is no turn back lepas kau sudah kawin dengan dia nanti"Jelasku lagi. Jihan ketawa. " I don't know! but its okay.. I have a feeling.. she is my true love.." Jawab Jihan dengan yakin. Aku terdiam. Aku memang tak ada tempat dalam hatinya. Jihan sudah bulatkan tekadnya untuk terima pilihan keluarganya. dup.. dup.. dup.. debaran menyakitkan makin mengigit jantungku.
Permulaan tahun baru di sekolah,Fatin Camelia akan masuk ke kelas baru iaitu 5 Aster yang dia tidak kenal siapa pun dalam kelas itu. Semasa hari pertama di tingkatan 5 Aster,Fatin Camelia terpaksa pula berdepan dengan Haris Adrey.Dikenali sebagai "bad boy" di sekolah . Haris Adrey merangkap anak kepada pengetua di sekolah itu dan juga pelajar yang pandai dan kacak tetapi selalu menimbulkan masalah. Tidak cukup hal yang dibuat oleh Haris Adrey di sekolah, Fatin Camelia terpaksa dijodohkan dengan Haris Adrey. Bagaimana Fatin Camelia menghadapi Haris Adrey di sekolah dan di rumah?
VEE CLARISSA yang lebih dikenali sebagai Vee.Seorang gadis comel yang lahir di Malaysia tapi di besarkan di America.Walaupun mempunyai wajah comel tapi siapa sangka dia telah lalui pelbagai cabaran sehingga dirinya hampir terkorban akibat satu peristiwa hitam yang telah terjadi sehingga dirinya menjadi seorang yang berjiwa dingin,berani,bijak dalam melakukan sesuatu perkara tidak seperti wanita lain.. **** Setelah masuk umurnya yang ke18tahun telah terjadi satu peristiwa sehingga dia terpaksa pergi ke Malaysia untuk mencari adek kembarnya yang terpisah ketika mereka baru dilahirkan..Tapi dalam misi mencari adek kembarnya dia telah lalui masalah kedua yang mengganggu hidupnya setelah muncul seorang lelaki bernama Kris yang dingin,panas baran,berlagak,kasar dan digilai oleh semua gadis gadis..Akibat satu peristiwa yang terjadi antara Vee dan Kris membuatkan mereka sentiasa bertengkar,bila berjumpa seperti anjing dan kucing,ada saja yang tidak kena bila berjumpa atau terserempak.. ***** Mungkin ramai tertanya tanya.. -Siapakah Vee sebenarnya dan apa peristiwa buruk yang telah terjadi pada dirinya??? -Kenapa Vee berusaha mencari adek kembarnya dan kenapa baru sekarang dia berusaha mencari kembarnya itu sedangkan mereka sudah berpisah bertahun tahun?? -Punca mereka dipisahkan sejak lahir lagi???? -Dapatkah dia menemukan kembarnya itu??? -Kenapa Vee tinggal di America sedangkan kembarnya di Malaysia??? -Bagaimanakah Vee boleh kenal Kris dan punca mereka selalu bergaduh bila berjumpa??? -Apakah dalam pentengkaran antara Vee dan Kris akan muncul perasaan CINTA?? Macam orang tua tua pernah pesan (Jangan selalu bergaduh nanti lama lama berjodoh) TANPA DIA SEDAR ADA ORANG YANG MENGAWASINYA -SIAPA ORANG ITU???APA YANG ORANG ITU PERLUKAN??? BANYAK TEKA TEKI YANG YANG TERJADI DALAM HIDUP VEE...BOLEHKAN DIA MEMECAHKAN TEKA TEKI TERSEBUT..DARI SITU..SATU PERSATU RAHSIA MENGENAI DIRINYA AKAN TERUNGKAP... (KALAU KORANG NAK TAHU APA YANG TERJADI,TERUSKAN MEMBACA..) (BERKISAHKAN TENTANG) -CINTA -KELUARGA -PENGORBANAN -PERSAHABATAN