webnovel

MY LITTLE PRINCESS

作者: cupideclipse
ティーン
完結 · 40K ビュー
  • 39 章
    コンテンツ
  • レビュー結果
  • NO.200+
    応援
概要

pertemuan semula mendatangkan banyak salah faham di antara mereka berdua. siapa yang dapat menyangka kalau lelaki yang di anggapnya sebagai musuh seterunya itu merupakan sahabat baiknya ketika kecil dahulu... wujudkah perasaan cinta di antara mereka? atau persahabatan mereka cuma hanya tinggal kenangan sahaja...

タグ
4 タグ
Chapter 1BAB SATU

"Hoi cik adik! Nak matikah?!" teriak si pemandu Toyota Altis itu secara tiba - tiba membuat Vee terkejut besar.

"Hei cik abang! Awak tu yang buta tau! Saya bukannya jalan dekat tengah jalan pun..." balas Vee geram.

Dia sakit hati dengan tindakan si pemandu kenderaan itu yang secara tiba - tiba membunyikan hon keretanya, seolah - olah dia sedang berjalan di tengah - tengah jalan.

Dasar lelaki hipokrit!! Adakah patut aku pulak yang dia blame? Arggh!

Menyedari akan tindakan yang bakal di buat oleh gadis itu, dia cepat - cepat melarikan kenderaannya dari tempat tersebut sebelum sempat untuk gadis itu melihat wajahnya. Vee ketap bibir. Dia betul - betul rasa tercabar dan geram dengan sikap dan juga tingkah laku pemandu kereta Toyota Altis itu. Terasa suhu badannya meningkat naik, mendadak secara tiba - tiba, pagi itu. Dia cuba untuk bersabar dengan menarik nafas dalam beberapa kali sambil melepaskannya perlahan - lahan.

Ikutkan hati dan perasaannya saat itu, mahu sahaja dia menjerit. Rambutnya yang masih lagi lembap terpaksa di ikat. Bukan sebab cuaca pagi itu yang panas, tapi sebab suhu badannya tiba - tiba naik baran dan membuatkan rambutnya yang tidak bersalah itu turut menjadi mangsa keadaannya, sekarang.

Argggh!!

Entah apa sahaja yang tidak kena dengan dirinya hari itu pun dia sendiri tidak tahu. Sudahlah seawal subuh tadi dia terpaksa bangun lebih awal dari biasa. Alih - alih pagi itu pula, dia hampir - hampir menjadi mangsa kemalangan jalan raya oleh si pemandu yang tidak bertanggungjawab itu tadi. Entah apa yang tidak kena dengan si pemandu kereta Toyota Altis itu sehinggakan jalan yang begitu besar pun tidak cukup untuk dia memandu lalu kenderaannya. Sempit sangatkah jalan masuk ke kampus mereka?

Vee kerut dahi seribu. Fikirannya sesak dengan pelbagai andaian dan juga teori mengenai sikap dan tingkah laku pemandu Toyota Altis tersebut yang dia rasakan tidak begitu munasabah.

Yang tetiba bunyikan hon tu kenapa? Macam jelah jalan dekat kampus ni tidak cukup luas untuk kereta dia tu! Ugh, kalau aku jalan dekat tengah jalan tadi, kira logik juga kalau dia bunyikan hon kereta dia... arggh! Geramnya aku!!! Dia ingat dia drive kereta brand oversea macam tu aku kisah?! Piirah... hatta Ferrari sekalipun aku tak akan hadap sangat pun... Ceh!

Dadanya yang sudah kembali berfungsi normal, di urut beberapa kali. Nasib baik jantungnya masih lagi sihat dan kuat. Kalau tidak, dia boleh jadi arwah. Mati terkejut, di buat si pemandu gila itu tadi. Langkahnya di atur perlahan menuju ke ruang bangunan yang menempatkan dewan kuliahnya.

Dari jauh sudah kedengaran bunyi suara siswa dan siswi kampus mereka, bercerita di tepi - tepi koridor mahupun ruang anak tangga sepanjang bangunan tersebut. Vee menarik nafas dalam beberapa kali. Suasana sebegitu memang mudah mengundang tekanan dari segi mental dan juga fizikalnya yang baru sahaja di uji. Tahap kesabarannya juga semakin hampir menuju ke angka - 0%.

Baru sekejap tadi dia hampir - hampir meledakkan perasaan emosinya dan sekarang dia kembali di uji sekali lagi. Vee ketap bibir, cuba untuk bertahan. Dia lantas menarik ear phone telefonnya keluar, untuk mendengar lagu. Biar dia rasa tenang sedikit dari mendengar bunyi suara dan juga cerita - cerita karut dari rakan - rakan sefakultinya yang lain yang bila bercerita, semuanya pun tidak akan mah untuk mengaku kalah.

Berita mereka jauh lebih cepat dan pantas dari mana - mana berita TV. Tahap viral cerita mereka juga cukup popular berbanding dengan kisah di YouTube dan juga Facebook. Namun belum pun sempat untuk dia mendengar lagu, tiba - tiba temannya Shakira muncul dan terus merangkul bahunya mesra seperti biasa. Vee lantas lepas keluhan lemah dalam diam.

"Vee! Apa hal dengan muka seposen kau pepagi ni?!"

"Tak ada apa - apalah! Aku penat. Ni yang kecoh pepagi ni, kenapa pulak?" soal Vee dengan nada suara yang sedikit tegang.

Dia sebenarnya masih belum dapat melupakan kejadian yang hampir - hampir meragut nyawanya tadi, sepenuhnya. Dalam diam dia masih lagi berdendam dengan si pemandu kereta Toyota Altis itu tadi.

"Aku dengar budak dari fakulti binaan nyaris terlanggar sorang student dekat luar tadi. Kau tahu siapa tak?" Vee jungkit bahu selamba.

Dia sebenarnya malas untuk masuk campur atau mengambil tahu akan cerita - cerita yang berlegar di dalam kampus mereka. Selagi kejadian itu tidak melibatkan dirinya mahu pun Shakira, dia lebih suka berdiam diri dan menutup telinganya.

Dia tidak perlu untuk menjadi salah seorang dari paparazzi kampus yang memang sudah agak ramai di dalam kampus mereka, sekarang. Cukuplah dengan yang sudah ada, dia tidak perlu untuk menambahkan bilangannya lagi.

"Alah.... budak yang main ragbi tu. Mamat somboy.... yang tinggi lampai?" dahi Vee berkerut seribu memandang wajah Shakira yang kelihatan begitu beria - ia benar mahu dia meneka, siapakah gerangan manusia yang dia gambarkan dan maksudkan itu.

"Hish, manalah aku tahu siapa manusia tu! Kau tak payahlah nak beria sangat suruh aku teka manusia tu siapa. Kalau kau nak inform, cakap jelah. Tak payah nak serabutkan kepala otak aku ni dengan teka - teki macam tu!" ujar Vee dengan nada geram.

Marahnya masih belum reda lagi sepenuhnya. Mahu sahaja dia melontar cermin kereta lelaki itu tadi dengan batu sekuat hatinya, sehingga dia betul - betul berasa puas hati. Shakira yang terkejut dengan reaksi Vee itu, memandang pelik. Dia cuba meneliti keadaan temannya itu, kalau terdapat kesan luka atau cedera di mana - mana. Shakira turut dapat menghidu mood Vee yang berbeza dari biasanya, pagi itu.

Siapa pulak yang buat hal dengan dia kali ni?! Hai, memang nak cari masalah agaknya orang tu...Minah ni boleh tahan jugak gilanya kalau dia sudah mula nak buat perangai! Humm...

"Yang kau bad mood ni, kenapa? Kau sakit?!" soal Shakira sambil menghampiri tempat duduk Vee.

Dia faham benar dengan sikap dan sifat teman baiknya itu. Takut kalau dia tersalah cakap pula nanti Vee akan melenting dengannya pula. Angin ribut temannya itu agak sukar untuk di ramal bila dan di mana ia akan muncul nanti.

"Bukan setakat sakit. Aku sekarang ni tengah gerammmm sangat.... Hot. Rasa nak mengamuk pun ada jugak! Marah.... Ugh, everything! Everything is made me go mad and angry today!! Aku rasa macam nak jab aje muka mamat tu, tadi..." ujar Vee dengan wajah tegangnya.

Shakira yang mendengar keluhan panjang temannya itu sekadar mampu terlopong besar. Dia telan liur. Melihat cara Vee yang bersandar kasar pada bangku kuliahnya juga sudah cukup untuk menggambarkan perasaan sebenar temannya itu, sekarang. Shakira angguk faham.

"Mak oi! Bahaya tu. Dah kira tahap kritikal dah..... hurm, siapa pulak yang ajak kau sparring kali ni?" balas Shakira cuba berlawak. Dia mengendurkan senyumannya bila melihat jelingan tajam Vee.

Hump!Tak lucu pun Shak. Buat aku tambah geram adalah. Aissh!

"Okey. Aku minta maaf. Kau cuba explain dekat aku, apa yang dah jadi dengan kau hari ni, sebenarnya? Aku tengok muka kau pun dah macam orang yang telan ubat kelat aje... merah padam semacam. Kenapa?" Vee lepas keluhan, kasar. Dia lantas menarik nafas sebelum menjawab pertanyaan Shakira itu.

"Yang sebenarnya, aku nyaris jadi lempeng sejuk tadi! Itu yang buat aku bengang gila tu..."

"Accident? Accident dengan siapa pulak?"

"Keretalah! Manalah aku tahu siapa melaun gila yang drive Toyota Altis tu, tadi. Kalau aku tahu dia siapa, memang nahas aku kerjakan kereta dia tu tau!" ujar Vee penuh dendam. Dia turut mengepal buku limanya di hadapan Shakira yang tersengih lucu macam kerang busuk.

Gerun pulak aku tengok muka minah celup ni, macam ni....Hehehe, muka macam nak telan orang hidup - hidup pun ada jugak! Tapi memang bertuahlah siapa yang berani mencari masalah dengan dia ni. Hahaha....

"Kau kenal dia siapa?" Vee mencebik. Dia menggeleng kepala.

"Kalau aku kenal, tadi lagi aku dah pergi cari gaduh dengan dia! Manalah aku kenal mangkuk tingkat tu siapa. Cermin kereta dia pun sudahlah gelap semacam! Argh... boleh stress gila aku di buatnya!" Shakira ketawa.

Dia menepuk - nepuk bahu Vee dan meminta temannya itu agar banyak - banyak mengucap dan bersabar. Sekurang - kurangnya dia masih bernafas lagi.

"Habis tu yang tengah heboh sekarang ni pasal apa pulak? Aku dengar bukan main lagi budak - budak ni bercerita pasal accident..... Tu budak ragbi yang kau maksudkan tadi tu, siapa pulak?" soal Vee setelah dia mulai tenang kembali.

Dia membuka buku sambil cuba untuk melihat sama ada dia sudah membuat salinan nota yang dia perlukan, semalam.

"Itu ha.... budak dari fakulti binaan yang aku cakap tadi tu, yang nyaris - nyaris terlanggar sorang student dekat dengan pintu gerbang tu, Ariel!" balas Shakira seraya duduk bersandar pada bangkunya. Vee angkat kening tinggi. Dia memandang Shakira dengan wajah serius.

Biar betul Shak ni? Takkanlah Ariel tu careless sangat bila driving kot! Budak keluaran oversea macam dia tu tak pandai nak handle kereta?! Tak logik.

"Anak orang kaya tu?!" soal Vee dengan riak terkejut. Shakira angguk.

"Dia speed laju sangat kot, Shak?"

"Entahlah Vee. Dengar cerita, Ariel nyaris terlanggar puteri impian dia tadi. Sebab itulah jadi macam tu..." balas Shakira bersahaja. Dia menopang dagu di hadapan Vee yang sedang berkerut kening memandangnya, tidak percaya.

"Aku tak faham. Dia nyaris terlanggar puteri impian dia?! Aik.... dramatik sangat cerita kau ni Shak"

Hish, mustahil melaun gila tadi tu ialah Ariel! Mamat poyo yang berteriak dekat aku tadi tu Ariel??Bukankah budak kaya tu pakai BMW sport? Toyota Altis??... mustahil! Hurmmm....

"Hoi, genk! Mana pergi daa...." Vee senyum sumbing. Dia geli hati bila secara tiba - tiba dia cuba untuk membayangkan raut wajah Ariel yang sebenarnya dalam diam.

"Kau ni kenapa? Tersengih - sengih macam kerang busuk tu apasal? Takkan kau tak percaya kot?"

"Bukan tak percaya. Tapi kau tak copycat cerita akukah? Aku pun nyaris - nyaris jadi lempeng sejuk dekat luar tadi, oleh mamat gila yang sekampus dengan kita sekarang ni" Shakira tarik muncung panjang. Satu sebab mengapa dia malas untuk berkongsi cerita dengan Vee ialah sebab dia akan banyak sangsi dari percaya.

"Ariel nyaris terlanggar princess dia tu dekat dengan kawasan parking lot, kononnyalah" kening Vee bertaut rapat.

"Source dari mana yang kau dengar ada fakta kononnyalah ni, Shak? Macam tak logik langsung cerita kau ni..... cakap jelah yang kau sebenarnya copy story aku! Habis cerita" Shakira senyum simpul. Dia lantas geleng kepala mendengar kata - kata tidak masuk akal Vee itu.

"Itu sumber yang aku dengar dari kaki - kaki gosip dekat tepi koridor kampus kita ni... but for sure, Hakimi ada cakap dengan aku soal Ariel yang nyaris terlanggar sorang student tadi. Dia bukan sengaja nak langgar pun sebenarnya. Tapi dia terkejut bila first time dia nampak princess hati dia tu, lepas rambut...." Vee tidak dapat tidak menahan tawanya mendengar cerita lucu Shakira itu.

Ya ALLAH! Ingatkan iklan adegan Shampoo Sunsilk tidak wujud di dunia nyata. Rupa - rupanya ada juga yang boleh jadi angau bila tengok perempuan yang berambut panjang, lepas rambut macam tu... Hahaha, funny! Ariel, Ariel... nasib baik selamat. Kalau tidak, alamat bermalam dekat dalam wad lah jawabnya nanti.

"Ada - ada sajalah kau ni, Shak! Takkan sebab rambut Sunsilk pun dia dah menggelabah kot?" Shakira mencebik, geram. Namun begitu dia tetap meneruskan ceritanya.

"Bila dia tengok princess tu macam itu.... mulalah dia gabra semacam! Sampai nak pegang stereng kereta dia pun sudah tidak cukup kuat lagi dah. Nasib baik dua - dua tak ada apa - apa. Kalau tidak...."

"Kalau tidak, apa?"

"Kalau bukan tahlil, ICU lah jawabnya!" seloroh Shakira.

Vee tersengih, lucu. Shakira turut tersenyum lebar bila melihat perubahan pada wajah Vee. Nampak gayanya dia sudah berjaya memujuk gadis kacukan itu dari terus melayan rajuknya.

"Kimi kenal tak siapa princess yang di maksudkan Ariel tu?" kening Shakira terangkat tinggi memandang Vee.

Lain macam aje minah celup ni?

"Kau biar betul Vee! Sejak bila pula kau berminat nak ambil tahu tentang Ariel ni?!"

"Common lah Shak. Siapa yang tak nak kenal dengan Ariel tu, ha? Bukan saja dia tu setakat, new student dekat kampus kita ni tau. Dia pun kira loaded dan handsome jugak tau. Ariel tu sama je macam indeks Dow Jones, dalam kolej kita ni sekarang. Jadi tak hairanlah kalau aku pun nak juga kenal dan tahu dia tu siapa dan macam mana orangnya...." balas Vee panjang lebar.

Shakira turut kuntum senyuman lebar mendengar kata - kata Vee. Memang betul apa yang di ucapkan oleh temannya itu. Ariel boleh di ibaratkan sebagai pisang goreng panas, di kampus mereka buat ketika ini.

"Well, apa yang pasti, princess hati Ariel tu seorang yang berambut panjang. Cecah tahap mana, aku tak tahulah pula sebab Kimi pun tak cakap panjang lebar mengenai perempuan tu. Lagi satu, dia pakai bracelet dekat pergelangan tangan kiri dia.... Kalau tak silap akulah, Kimi cakap princess hati Ariel tu pakai leather bracelet warna brown dekat tangan dia. Err...." Shakira terhenti. Dia merenung Vee lama sebelum mulutnya mulai membulat besar.

"Don't tell me.... is you, Vee?! Kau...."

"Hishk... kau ni Shak! Macam jelah aku baru pakai gelang ni semalam. Dalam kampus kita ni berlambak lagi minah yang berambut panjang dan pakai leather bracelet yang sama macam aku ni hah...." balas Vee seraya mengangkat tangan kirinya ke hadapan Shakira.

Shakira tahu dia sudah lama memakai gelang tersebut. Jauh lebih lama dari kehadiran Ariel di dalam kampus mereka. Namun begitu, dia sendiri cukup terkejut dengan persamaan yang di katakan oleh Shakira itu dengan dirinya tadi. Tapi mustahil Ariel maksudkan dia, sedangkan mereka langsung tidak pernah bersua muka.

Dia sendiri bukannya mengenali wajah Ariel. Dia tahu mengenai Ariel pun sebab dia acapkali mendengar nama itu meniti di bibir setiap mahasiswi di kampus mereka termasuklah dengan temannya itu sendiri, yang sering memuji mengenai kehebatan dan kelebihan yang ada pada diri Ariel.

"Ish, kau ni memang tak sayang mulut. Ariel tu ada masalah eye problem lah minah oi! Sebab itulah dia sedikit confuse tu.... tapi apa yang pasti Ariel memang kenal siapa princess yang dia maksudkan itu..."

"Wow! Kuat jugak aura princess itu? Kenapa Ariel tak cakap terus - terang saja dengan princess itukan, senang. Tidak perlu lagi nak main sembunyi - sembunyi macam ni...."

"Itu engkau! Cakap orang yang langsung tak ada pengalaman bercinta!" Vee tarik muncung panjang. Dia mencebik.

Eleh, macam jelah dia tu terrer sangat bercinta! Sendiri pun ke laut time berkasih ada hati nak cakap orang pulak. Ceh!

"Kalau main cakap terus macam tu mana syok! Biarlah main sembunyi - sembunyi dulu.... baru ada thrill sikit. Apa kata orang, secret admirer? Kalau ada peminat rahsia ni, macam - macam kejutan yang boleh kita dapat tau!" ujar Shakira sambil menutup mata cuba untuk membayangkan sesuatu.

Vee menggeleng kepala. Dia lantas menolak kepala Shakira lembut, biar temannya itu sedar yang imaginasinya itu hanya sia - sia belaka.

"Ops, hampir aku terlupa pulak!"

"Lupa apa?"

"Yang kau tetiba hot, marah, geram tadi tu kenapa?"

"Laa... ingatkan apa benda tadi. Biasalah menstruation!" balas Vee beralasan.

"Ooo... patut sangatlah ada jerawat besar dekat hidung tu..." Shakira ketawa bila melihat reaksi spontan dari Vee yang terus meraba hidungnya, pantas.

Vee ketap bibir sebelum pecah ketawa, lucu dengan reaksi spontannya itu tadi. Dia mengambil pemadam pensel lantas melontarnya pada Shakira yang sempat mengelak.

"Hahaha, sorry tak kena!" sekali lagi mereka pecah ketawa, berdua.

Hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi kelas mereka akan bermula. Mereka kembali serius dan fokus saat prof muda itu melangkah masuk. Takut, mereka berdua akan di halau keluar dari dalam kelas jika mereka berbuat bising.

あなたも好きかも

Tunang Paling Sweet

Apa yang korang akan buat bila ditunangkan dengan orang yang tidak dikenali ? Lebih-lebih lagi time korang baru break dan hati masih hancur kebaboom? Begitula nasib si Iliya Humairah.Sudahla bakal tunang poyo semacam! "kenapa awak setuju nak tunang dengan saya? Saya rasa boleh je awak tolak?"-Iliya Humairah "ada nampak muka saya ni macam kaunter pertanyaan ke?"-Tengku Harraz Arshad Semenjak bertunang si encik tunang sering buat hati cair tak henti! Oh tuhan, makin lama makin jatuh sayang! "orang suap pun comot. Nasib muka comel" "aik? Tadi kata muka saya cam monyet?" "yela monyet yang comel" Siapa sangka dulunya dingin sekarang pandai bermain kata? "kahwin lari la jom?" "pala bana,kalau ya pun orang kahwin lari kat siam. Awak bawa saya kat tepi curam,ni nak terjun sama-sama ke acaner?" Hal yang merunsingkan adalah,kenapa Encik tunang kacak sangat!? "lain kali tukar tinted cermin kereta, saya nak semua cermin kereta awak warna hitam biar orang tak nampak awak dalam kereta ni" "aik kenapa pulak?" "menyampah tau time awak jemput saya balik mesti ada budak sekolah saya puji awak lebih-lebih, saya pun tak pernah puji awak macamtu" "Alaaa firstime tunang saya jealous,happy pulak saya" "asal lak?" "yela, saya baru sedar awak sayang saya" "tunang saya kot..gi-gila tak sayang" Orang ketiga? Haha never ,tiada lansung konflik orang ketiga antara mereka. "Jangan berhenti sayangkan saya. Jangan berhenti cintakan saya. Jangan..tinggalkan saya" Tetapi dalam setiap kebahagiaan pasti ada cabaran,so jom baca kisah diorang!

qasha_lova · ティーン
レビュー数が足りません
22 Chs

Commando's Property

Engku Hyder Jibrail ialah seorang tentera yang berpangkat tinggi iaitu Komando. Hyder dan pasukannya di tugaskan untuk mengambil misi yang amat berbahaya sehingga menyebabkan Hyder kehilangan sahabat baiknya, Afiq Ziyad. ❛❜Fiq... Kau adalah sahabat terbaik untuk aku. Terlalu baik sampai kau tinggalkan aku disini, Fiq. Aku rindu kau, Fiq.❛❜ — Engku Hyder Jibrail Setelah tragedi itu, Hyder memutuskan untuk berubah menjadi beku dan tidak lagi mesra setelah kehilangan Afiq Ziyad. Kerana takdir mereka bertemu dalam situasi yang baik dan elok. Hyder yang mula rasakan bahawa hatinya berdegup kencang saat dirinya melihat, bercakap atau dekat dengan Zharyella Asyura. Zharyella Asyura dikenali sebagai seorang gadis sederhana namun misteri yang selalu menyembunyikan rahsia nya atau menghilangkan diri secara tiba-tiba. Kerana cinta dan sayang akan Zharyella, Hyder memutuskan untuk meminang si gadis. Zharyella menjadi tunangnya namun suatu hari Hyder terpaksa ke luar negara untuk bertugas. Dia mendapat tahu bahawa Zharyella diculik oleh musuhnya, Raez Alhandro. ❛❜Touch her and i'll kill you!❛❜ — Engku Hyder Jibrail Amaran yang diberikan oleh Hyder tidak membuat Raez takut akan ancaman Hyder. Rancangan Raez hanya mahu Hyder datang menyerah kalah dan memohon maaf kepada nya namun Raez salah dia hampir mati di tangan Zharyella. Raez berjaya melarikan diri. Mereka terus berjuang meneruskan hidup namun kali ini lain, Hyder malah diculik oleh musuh Zharyella iaitu Katerina Kendall. ❛❜Touch him and i'll kill you!❛❜ — Zharyella Asyura ❛❜I'm not scared❛❜ — Katerina Kendall ❛❜You will regret touching what is already mine!❛❜ — Zharyella Asyura Katerina cedera parah dan hampir mati kerana dikejekan oleh Zharyella, Hyder menghentikan Zharyella. Dari situ mereka memutuskan untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan mereka agar saling dapat melindungi satu sama lain. ❛❜I love you, dear hubby.❛❜ — Zharyella Asyura ❛❜I love you too, Dearheart.❛❜ — Engku Hyder Jibrail Kehidupan mereka mula dipenuhi dengan cinta, kasih sayang dan perhatian. Mereka begitu bahagia tanpa menghiraukan keadaan mereka yang kini semakin bahaya. Rahsia Zharyella mula terbongkar namun Hyder tetap mencintai nya dengan setulus hati. Dapatkah Zharyella menerima kenyataan bahawa rahsia nya semua telah terbongkar? Apakah hubungan Hyder dan Zharyella akan berakhir hanya kerana rahsia? atau salah satu daripada mereka mati?

AQILAZHAR_ · ティーン
レビュー数が足りません
10 Chs

レビュー結果

  • 総合レビュー
  • テキストの品質
  • リリース頻度安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界観設定
レビュー
ワウ!今レビューすると、最初のレビュアーになれる!

応援