webnovel

bab 27 (peluang)

Keesokkan harinya, ~tok tok tok~ bunyi ketukan pintu Rizzuan berbunyi. "Rizz bangun turun mandi ada tetamu nak datang". "5 MINIT LAGI LA MA, RIZZ PENAT LAH". "Ya allah bangun la, Rizz taknak jumpa Laila ka?". Tiba - tiba mata Rizzuan segar apabila mendengar nama Laila itu. "Ha ye ye kejap orang bangun ni". Rizzuan terus bangkit dari katilnya dan terus menuju ke bilik air untuk mandi dan bersiap - siap. "hmm bangun pun haih anak bertuah ni" kata mamanya sambil memukul dahinya sendiri. Selepas bersiap - siap apa semua, Rizzuan turun dari atas. Mata dia terpegun apabila melihat Laila, senyumannya mula terukir semula. Selain Laila, ibu dan ayah Laila juga ada di situ.

"Ha Rizz aunty dan uncle kamu ni datang membawa hajat" kata papanya sambil menepuk bahunya. "hajat? erm hajat apa?". "ha hajat aunty dan uncle ni sebenarnya erm nak suruh Rizz rujuk balik dengan Laila". "BAIK SAYA STUJU!" jerit Rizzuan. Semua yang berada di situ berasa lega kecuali Laila. (eleh tu pun aku bagi kau peluang lah ngek, kalau aku tak kesian kan kat aunty dah lama aku tak datang sini suruh kau rujuk balik ngan aku) bebel si Laila di dalam hati. Razin dan Raziq yang berada di dapur itu tumpang gembira untuk abangnya. "heh biarkan jela diaorang Ziq. Rizz lebih berharak dapat Laila berbanding kita". "ya, aku pun setuju ngan kau. Lagipun aku dah ada pilihan sendiri". "wow cepat naw". "hmm yeah, aku kena move on dari Laila dan aku harap Laila dengan Rizz bahagia sampai bila - bila". "haha amin".

Malam itu, di bilik Razin. "heh aku mungkin dah ikhlaskan Laila dengan kau tapi tu tak bermaksud aku tak boleh dapatkan dia. Mungkin hajat aku nak tunang dan kahwin dengan dia tak dapat tapi aku tetap chop yang Laila tu aku punya". Nampaknya Razin masih tidak puas hati pada Rizzuan dan ternyata yang di katakan nya tempoh hari adalah tipu. Dia masih menginginkan Laila tapi akibat kasian dia terpaksa membuat demikian.

~tok tok tok~ "hm? sapa tu?". "ni papa Zin". "owh masukla, pintu tak kunci pun pa". Papa pun memulas pintu bilik Razin, dan masuk kedalam bilik. "heyy anak bujang papa sorang ni buat apa".

"erm takda buat apa apa la papa". "boleh papa duduk?". "ha duduk duduk". Papanya pun menghempas punggung di sebelah Razin. "erm Zin papa nak cakap dengan Zin sikit lah". "hm cakap la apa?". "papa tau Zin kamu masih sayang dan suka si Laila tu, tapi tolonglah terima hakikat yang jodoh Zin bukan Laila" kata papanya sambil menepuk nepuk paha Razin. "tapi papa-". "Zin please?, papa tau Zin sayang sangat kat Laila tapi tolong lah tolong jangan ganggu Laila lagi dia dah nak jadi wife Rizzuan balik dah tu". "k papa k stop, dah habis cakap? now keluar". Razin berdiri dan menarik tangan papanya. "ok ok papa keluar haih". Lepas papanya keluar Razin mengunci pintu biliknya.

"ARGH AKU TAK KIRA LA! AKU NAK JUGA LAILA!" jerit Razin. Razin marah dan menyelerakkan semua barang - barang. Razin terduduk dan air matanya mula mengalir. "no no no Laila aku punya. AKU PUNYA!!!!!!!!. TAKDA SAPA BOLEH AMBIK DIA DARI AKU!".

Di bawah pulak, mamanya mula risau akan si Razin. "bang kita nak buat apa ni!". "haih tahla wak, si Razin tu susah kita nak tegur. Makin kita kata a dia akan ambik jawapan b". "erm..saya risau lah, nanti kesihatan mental dia terjejas hanya di sebabkan ni dan saya takut Laila dia apa apakan".

"insya allah takda apa - apa tu". Kata papa sambil mengusap - usap belakang mama. Tiba - tiba mengejut Raziq dan Rizzuan menyapa mama dan papanya. "MAMA PAPA!". "allahhu. ISH KORANG BERDUA NI! TERKEJUT LA KAMI". "hehe cowy".

Rizzuan tertanya - tanya kenapa mamanya nampak gelisah semacam. "erm mama, mama ok? kenapa nampak gelisah ja ni" kata Rizzuan sambil perlahan lahan memegang tangan mamanya. "h-ha? erm tu ha si Zin kat atas tu, mama risau". "Zin? lah kenapa dengan dia ermm". Mamanya tidak bisa menjelaskan apa yang berlaku jadi mata mamanya berarah kearah papanya tanda isyarat untuk memberitahu apa yang sebenarnya sudah terjadi.

Papa menganggukkan kepalanya sebaik saja dapat isyarat mata dari pada mama. "Zin, dia masih nak kan Laila. Papa rasa dia dah sampai ke tahap obses. Kita tak boleh biarkan dia terus macamni, nanti majlis korang dia akan kacau". Raziq yang dari tadi diam itu mula membuka mulut. "erm Ziq stuju. Kita kena buat sesuatu ni". "haih nak buat camna?" kata Rizzuan sambil duduk dan perlahan - lahan baring di sofa. "hmm aku ada idea, erm apa kata kita kurungkan ja si Razin tu time majlis perkahwinan korang nanti. Pastu lepas habis majlis tu, korang terus pindah kerumah korang sendiri". Nampaknya tidak ada idea atau cadangan lain, jadi Rizzuan stuju saja akan idea si Raziq itu. "erm baik aku stuju".

Di hari majlis perkahwinan itu, Razin bangkit dari katilnya dan dia cuba untuk memulas pintu tetapi tidak berhasil karena terkunci dari luar. "aih pasai pa tak bole bukak ni erm. MAMA! PAPA!". Razin cuba melihat - lihat kawasan bilik nya kot kot ada benda yang boleh memecahkan pintunya. Tiba - tiba dia ternampak kayu basballnya di tepi almari baju. "eh kayu basball aku, hehe harap - harap dapat pecahkan pintu ni erm". Razin berjalan menuju kearah almari untuk mengambil kayu basballnya dan kembali ke pintu semula untuk memecahkannya. "huh bismillah". Razin menggunakan semua kekuatannya untuk memecahkan pintunya, dan ianya berhasil. "YES! YES!, BERHASIL". Razin terus membuka kunci dari luar dan dia terus berlari menuju kebawah.

Sesampai saja Razin di bawah. "aku terima nikahnya Laila Witra dengan seberangkat alat solat". Tok kadi melihat saksi saksi di situ dan berkata "sah?". Saksi - saksi yang lain pun mengangguk dan berkata sah kembali. Razin yang tercegat di tangga itu terus terduduk dan membuatkan beberapa orang di situ terkejut termasuk mama dan papanya.

Mamanya terus berdiri dan perlahan - lahan pergi kearah Razin. "Zin? erm Zin ok tak ni" kata mamanya. "tak.. RAZIN TAK OK MA!, RA-RAZIN TAK CAYA YANG LAILA KAWIN DENGAN RIZZ LAGI SEKALI". "DAH ZIN CUKUP!, LAILA DAH SAH JADI MILIK AKU SEKALI LAGI. KAU TAK BOLEH NAK LAWAN TAKDIR ZIN!" marah si Rizzuan. "heh takdir kau cakap?!, weyh! selama ni dia perlukan kau kau kemana bangsat?. EH AKU LAH YANG ADA TIME DIA PERLU BUKAN KAU!". Laila yang diam di atas pelamin itu mula menyampuk. "STOP ZIN!. KA-KAU DAH TAK BOLEH BUAT APA - APA DAH, AKU DAH SAH JADI ISTRI RIZZ LAGI SEKALI DA-DAN AKU TAK BOLEH NAK DERHAKA KAT DIA!". Sakit hati si Razin bila mendengar kata - kata si Laila itu, makin sakit dan pedih rasa hatinya bila dia dapat tahu orang yang dia sayang kawin lagi sekali.

Tiba - tiba, "SEMUA BERHENTI! JANGAN BERGERAK KAMI POLIS. SYED MUHAMMAD RAZIN WAFA, KAMU DI TAHAN ATAS PENGAMBILAN DADAH DAN MEMAKAN RASUAH!".