webnovel

SUAMIKU ENCIK LAWYER

Pertemuan yang tak dijangka diantara Saira Irdina dan Zafrel Amran telah mengundang hubungan "baik terpaksa" apabila Saira yang merupakan peguam baru di firma guaman milik Zafrel telah memanggil Zafrel buta.Kisah mereka menjadi semakin rumit apabila Zafrel secara tiba-tiba menawarkan diri menjadi suami segera Saira. ~~ "Let's get married."-Zafrel "hah awak gila ke"-Saira "its your choice"-Zafrel Dapatkah pasangan terpaksa ini bahagia?dari majikan dan pekerja,status mereka bertukar kepada suami dan isteri, ~~ saat cinta indah baru berputik,badai besar datang melanda,Saira dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita dan anak kecil yang mengaku isteri dan anak Zafrel,Apakah pilihan saira? biarkan cinta layu tanpa bahagia,atau semai cinta dengan derita? p/s: sorry penulisan celaru

Orkid_putih01 · 都市
レビュー数が足りません
47 Chs

43(last)

Reen?  Kenapa dia ada disini?  Mungkin ini semua rancangan Zafrel. Entahlah, hadir perasaan kurang senang tatkala melihat Reen di sini, hatiku sakit, sakit untuk mendengar  kebenran mereka memang suami isteri.

"duduk lah Reen" ucap Zafrel mesra.

Aku mengeluh berat, nak telan air liur pun terasa sungguh pahit.

"Saira sihat?  Congrats tau mommy to be!" ujar Yusrina sambil tersenyum senang.

"boleh saya tahu, Reen ada dekat sini kebetulan ke?  Atau memang Reen.. "

Belum sempat aku menghabiskan pertanyaanku,  Reen terlebih dahulu tersenyum manis.

"nope, bukan kebetulan, hubby I suruh datang, I datang lah, " ucapnya seraya tersenyum sambil mengerling ke arah Zafrel.

"Reen.. " ucap Zafrel sambil merenung tajam Yusrina.

"haha,  sorry-sorry. " ujar Yusrina lalu membuat simbol 'peace'.

Sakitnya hatiku melihat mereka begitu mesra dan saling tak tumpah seperti pasangan kekasih.

"sayang.. Let me explain, yes, hari tu Reen cakap yang abang suami dia, tapi abang dengan dia tak ada apa-apa pun, Reen memang selalu panggil abang suami dia, its complecated to explain, sayang tahukan, kami pernah bertunang?  Tapi pertunangan tu, bukan sebab kami bercinta, tapi sebab moklong, kita orang memang rapat, dan kalau tengok macam pasangan, tapi tak, macam sayang tahu, abang suka sayang 3 tahun lepas, kalau ikutkan, masa tu abang tunangan Reen, tapi dia bukan jodoh abang, Saira Irdina jodoh abang, Reen kemudian, keluar negara, dan kahwin dengan Adam Ariq, yes, nama anak-anak Reen dari nama daddy dia orang, daddy dia orang meninggal masa budak-budak tu baru umur seminggu, excident masa otw dari airport ke rumah.sejak pada tu, abang selalu mengaku jadi suami Reen dan ayah ada Adam dan Ariq,." terang Zafrel lembut lalu. Menghembus nafas berat.

Entahlah, alasan dia sukar untuk aku percaya, entah betul atau tidak dia dengan Reen tiada apa-apa.

"Saira, betul apa yang Zafrel bagitahu tu, dia memang bukan husband I pun, selama ni, I saja je, sorry ye sebab sakitkan hati you. " ujar Yusrina lembut,

Saja?  Entahlah hati aku tak dapat nak memafkan apa yang Zafrel lakukan.

"then, why awak diam je untuk dua minggu? "soalku kasar.

"erm, abang pergi uruskan hak Ariq dan Reen, erm, abang nak bagi sayang ruang, ruang untuk tenangkan fikiran, sebab abang tahu, sayang tak akan percaya walau apa pun yang abang cakap, sayang tak akan percaya. " kata Zafrel sambil matanya merenung lembut ke dalam mataku.

"awak rasa saya percaya ke sekarang?  Hurm?  " soalku sinis.

Pantas aku bangun lalu meninggalkan mereka berdua.otak aku ligat memikirkan apa yang diucap Zafrel, benarkah apa yang dia ucapkan?  Atau itu semua hanya dusta semata?

***

Aku menghempas lemah badanku di sofa, penat ,aku tak tahu patutkah aku percaya kan dia?  Kerana aku takut diperdaya.

"Saira,  why ni? " soal Lyn lembut.

"tak tahu lah Lyn, aku tak dapat nak buat keputusan untuk diri aku sendiri. " aduku perlahan.

"Saira, aku sebenarnya, tak nak sentuh fasal kau dengan Zaf ni, tapi, macam melarat, " ujar Salina.

"aku tahu tentang status kau dengan dia, dari mula sampai sekarang. " sambung Salina.

"hurm? Maksud kau? " soalku hairan.

"aku tahu, yang kau orang berdua bukan pasangan kekasih, dan sekarang aku tahu kenapa kau orang gaduh. " jelas Salina.

"maksudnya kau tahu yang aku dan Zafrel tak bercinta sebelum ni? " soalku untuk kepastian.

"yes. Aku tahu semuanya, ingat tak yang first date kau orang?  Zafrel terus terang dengan aku, and lepas tu pun adalah a few time aku jumpa dia, dia baik, " ujar Salina seraya menggenggam tanganku.

"sebelum kau nak fikir bukan-bukan, fikir logik Saira, kalau Zaf dah kahwin, takkan kau orang boleh kahwin tanpa ada masalah, " ujar Salina.

"mana lah tahu dia kahwin dekat seberang, " dugaku.

"Saira, dia orang tak ada apa-apa pun, aku yakin, dia pergi penang hari tu,arwah suami Reen tu,sepupu Syarif, " terang Salina.

Sepupu Syarif?  Maksudnya, Syarif pergi Penang hari tu sebab isu ini? Hurm, kalau benar pun, perlu ke nak mengaku hubby?  Fikir aku tak ada perasaan ke?

"kau tenang lah dulu, fikir yang terbaik, jangan melulu, jangan buat benda pelik-pelik, kau mengandung tu, " pesan Salina tegas, dah macam perangai mama si Lyn ni, haih.

Tak pernah pun aku terfikir mahu berbuat benda pelik-pelik,meninggalkan Zafrel bukan lah sesuatu yang pelik rasanya, dia yang meninggalkan aku terlebih dahulu.

***

Usai menunaikan solat isyak, aku duduk di birai katil, terdengar notifikasi telefon pintarku,mesej dari Zafrel.

Zafrel menghantar sebuah video, jariku perlahan menekan butang main,

Video memaparkan Zafrel bersama sebuah gitar,

"for you, " ucapnya ringkas.

Sepi

Menghukum diri kembali

Untuk mengalirkan air mata

Tanpa henti

Lagi

Sepi

Menghasut diri kembali

Untuk memikirkan tentang kita

Tanpa henti

Lagi

Dan tiada

Salah darimu mengingatkanku

Bila 'ku tak sempurna

Engkau bisikkan 'ku yang paling sempurna

Di matamu hanya aku

Maaf, andai kau terluka

Maaf, 'ku tak sengaja

Tanpa sedar

Sakitimu

Sesalku

Maaf, kerna aku pun terluka

Pintaku hanya

Peluang kedua

Rasa cinta

Darimu

Dan tiada

Salah darimu mengingatkanku

Bila 'ku tak sempurna

Engkau bisikkan 'ku yang paling sempurna

Di matamu hanya aku

Dan andai terbuka hatimu

'Ku di sini menunggu dan terus menunggu

Dirimu

Kembalilah, sayang

Kepadaku

Maaf, andai kau terluka

Maaf, 'ku tak sengaja

Tanpa sedar

Sakitimu

Sesalku

Maaf, kerna aku pun terluka

Pintaku hanya

Peluang kedua

Rasa cinta

Darimu

Rasa cinta

Rasa cinta

Darimu

"

sayang, abang tahu, tindakan abang salah, dan abang tak akan mampu nak pusing waktu untuk tarik semua ni, maafkan abang kerana tak berterus terang, maafkan abang kerana abaikan sayang, jujur, bukan niat abang nak abaikan sayang, cuma abang faham sayang akan marah,dan abanv tak sanggup untuk itu, dan sekarang, abang buat sayang makin marah, I'm truly sorry,hanya sayang di hati abang. Cinta abang bukan dusta. " ucap Zafrel lembut, dapat aku kesan kelopak mata Zafrel bergenang.

Mustahil untuk aku nafikan perasaan di hati ini, rindu dan kasih aku terhadap dia tak pernah berkurang, tapi aku belum yakin untuk berpaut kmbali kepada dia, percayaku rapuh, aku takut untuk jatuh dan sakit,

***

Pagi-pagi lagi aku terima panggilan dari Yusrina,.dia mengajak aku berjumpa, satu hela nafas berat aku hembus, kejutan apa lagi yang bakal aku terima, aku penat.

Hati berdebar saat kakiku melangkah masuk ke dalam sebuah kafe. Aku takut, sangat takut,

Hatiku mula terbuka untuk Zafrel, tapu mungkin saat ini akan menutupnya kembali.

"Assalamualaikum, " sapaku,  kepada Yusrina yang mengenakan dress paras lutut,  dan rambutnya disanggul, tak aku nafikan Yusrina memang anggun dan feminin.

Nak bandingkan dengan aku yang hanya memakai baju kurung moden dan tudung bawal.

"eh wakalaikumsalam Saira, duduk lah, " ucapnya bersama segaris senyuman.

"ada apa Reen nak jumpa saya? " soalku kepada Yusrina setelah aku melabuhkan punggung.

"erm.. Tak nak order dulu? " soal Yusrina.

"tak apa lah, saya tak lapar dan dahaga, " tolakku, memang benar sejak semalam sesuap nasi pun tak aku jamah, tekak ku terasa pahit nak menelan makanan.

"erm jangan macam tu, you pregnant, jangan skip makan, kesian baby dalam tu, " ujar Salina prihatin.

"Reen, jangan risau, saya ok je, erm saya nak masuk pejabat kejap lagi ni, boleh tak awak cakap sekarang? " pintaku, bukan apa, jujur, aku tak merasa selesa untuk melihat wajah yang mampu membuat mata Zafrel fokus melihatnya.

"erm, Saira, I nak minta maaf,erm,jujur I cemburu bila Zafrel bagitahu yang dia akan kahwin dengan you, which is,  perempuan yang dia minat, lepas suami I tak ada, Zaf banyak ambil tanggungjawab sebagai ayah kepada anak-anak I, tipu kalau I cakap yang I tak ada perasaan terhadap dia, dia lelaki sempurna, namun, dia bukan untuk I, walau macam mana pun I cuba, dia hanya pandang I sebagai adik atau kawan dia, sepanjang kita orang dekat sana, tak pernah sekali pun lekang dari bibir dia nama Saira Irdina, you tahu tak yang dia alahan teruk masa dekat Penang, dan sebab dia tak contact you,adalah sebab I cakap yang kena bagi you masa,dia tak ada pengalaman dengan perempuan sebelum ni, I yakin you yang pertama, maafkan I Saira, sebab sakitkan hati you, you baik, sesuai dengan Zaf, I doakan kau orang bahagia, jangan risau, I janji dia hanya suami you. Maaf kan segala kata-kata yang I ucapkan dulu ye"mohon Yusrina bersama aliran air mata di pipinya.

Tangannya menggenggam erat tanganku bersama esakan halus.

***

Berdosanya aku terhadap Zafrel, khilaf aku sebagai isteri tak pernah berhenti, kenapa kau begitu mengikut amarah Saira?  Dan akhirnya kau yang terluka, adakah dengan itu kau rasa bahagia?  Tidak Saira kau hanya sengsara dan berdosa, tapi dia yang berdusta dan buat aku yang tertanya, aku penat dengan permainan manusia, masih ada ruangkah untuk aku dihati dia? 

Aku menolak perlahan pintu pejabat, semuanya gelap, namun jalanku diiringi dengan cahaya lilin dan aku perasan satu susuk tubuh sedang berjalan ke arah ku,

"Sayang,, saat akad dan ijab kita sah disisi Ilahi, saat itu juga aku berjanji pada diri, bahawa hanya kau dihati, tak akan ada dua atau pengganti, dan hanya kau yang ada disisi. Namun diri ini lupa akan sakit sang isteri, maafkan aku wahai bidadari, kerna buat kau terluka dan menangis, bodohnya aku pergi tanpa rela kau di hati,. Sayang, maafkan abang, abang dah tak mampu nak menahan segala perit atas apa yang abang lakukan," esakan halus dari Zafrel dia melutut di hadapanku lalu mengucup lembut kedua tanganku.

"abang,.. Bangun.. siapa Saira sampai abang nak melutut meminta ampun,maafkan Saira, sebab ego dan manyanjung amarah sampai lupa dimana syurga Saira, kita berdua manusia, tak baik untuk menghukum, .ampunkan Saira ye abang. " ucapku bersama limpahan dari kolam mata yang tak mampu aku tahan.

"no, sayang abang cukup. Sempurna di mata abang, " ucap Zafrel lembut, lalu sati kucupan hangat singgah di ubun-ubunku.

"abang rindu, " luah Zafrel sambil tersenyum manis kepadaku,

Aku juga rindu nak melihat senyuman dia semanis itu, sungguh rindu.

"eh, mana semua staf?" soalku hairan.

"erm, 1,2,3!"

Semuanya bertukar cerah, kelihatan semua kakitanga.firma Zafrel ada disekeliling kami,

Secara serta merta wajahku merona merah, semuanya ada disini dan menyaksikan segala drama aku sebentar tadi, haihh malu!

"kenapa dia orang ada dekat sini? " soalki kepada Zafrel.

"sebab abang nak ramai saksi yang dengar janji abang, abang tak nak silap langkah lagi, sakit sangat nak tahan rindu, " ucapnya lalu mengenyitkan sebelah matanya.

"Eyy!  Mengada!"

"jom! " ucap Zafrel lalu sebelah keningnya dijongket ke atas.

"tempat special," ucapny lalu menarik tanganku lembut.

"haa yang lain sambung kerja!  Bos nak dating jangan kacau! " arah Zafrel tegas.

***

"wow!  Abang ke hias semua ni? " mataku. Terpaku dek belon-belon berbentuk hati sepanjang lalua aku dan Zafrel. Setiap belon-belon itu digantung gambar-gambar aku yang di ambil secara senyap dan juga gambar nikah kami. Hatiku terusik terharu.

"mestilah, tapi yang lilin-lilin dekat pejabat tu, staf yang tolong, abang tak sempat" ucapnya bersama sengihan.

Comel. Dia sangat comel pabila gelangatnya begitu.

"sayang ingat tak taman ni? " soal Zafrel .

Taman ni?  Aku ingat benar taman ini, taman yang perna mencoret deritaku disini, tapi harini tempat ini bertukar bahagia, namun tiada kena mengena dengan Zafrel tentang kisah lamaki di taman ini.

"hurm?  Tak faham" jawabku jujur.

"ingat tak, lepas Rafiq tinggalkan sayang, ada seorang mamat handsome naik basikal? Yang bagi sapu tangam dekat seorang awek yang tengah nangis sambil jalan macam zombie." ucap Zafrel bersama sengihan lalu kening kanannya dijongket sedikit.

Dia?  Lelaki tu Zafrel?  Tak aku sangka mamat yang cakap aku zombie tu Zafrel iaitu suami aku sekarang.kecil sungguh dunia!.

"hahaha, awak selalu eh ada dalam hidup saya, tapikan saya tak jumpa Rafiq dah, last hari tu, sebelum saya pengsan tu kan? " ujarku.

"memang pun, saya kan jodoh awak! " ucapnya bersama kenyitan mata.

"Rafiq dia kena tahan dengan polis, sebab mengintip rumah kita dan ganggu permaisuri saya, berdasarkan beberapa klip cctv yang ada. " terang Zafrel.

"awak yang report?" soalku bersam kerutan.

Memang dia ibarat langau hijau, tapi aku tak sanggup hendak memusnahkan kehidupan dia

"well, saya tak ada pilihan, bahayalah orang macam tu, lagi-lagi sekarang ni, kita dah ada jiwa kecil dalam ni,saya tak akan nak biar isteri saya dalam bahaya, big no! " ucap Zafrel lembut lalu memelukku erat.

*****

Beberapa tahu kemudian..

"Qaseh Ayzara!! Zafrel Amran!!  Meh sini minum! " jeritku memanggil dua penguat jiwa.

"coming! " jawab mereka serentak yang sedang leka bermain tennis.

Mengah aku dibuatnya dengan dua orang ni, anak dengan bapak sama je, hantu tennis,  hish

"sayang ok?  Jangan lah marah, nanti prince-prince dalam ni pun stress" ucap Zafrel seraya mengucap lembut bahagian abdomen ku yang hanya menghintung hari nak meletup, insyaallah, tak lama lagi akan lahir lah putera kembarku a.k.a. bodygurd kepada Qaseh Ayzara,puteri sulungku,  .

Hidupku kini cukup sempurna, dengan kasih-kasih penguat disisi, terima kasih ya Allah, kerana hadirkan lelaki yang cukup sempurna untuk aku.kau tarik papa dan kau hadirkan dia, aku bersyukur kerna dia suamiku, Suamiku Encik Lawyer!.

TAMAT...

P/s: fuh! Akhirnya SEL melabuhkan tirai, sis harap korng enjoy, enjoy reading semua!  Jagn lupa vote, komen and shared, sis sayang semua!  Nanti kita jumpa. Lagi untuk cerita baru dan nafas baru!!  Selamat Hari Merdeka!!