webnovel

Video Tidak Senonoh Yang Tular

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

Siasatan peminat bertambah kuat dan kuat apabila orang lalu lalang mula mengambil gambar dan membincangkan apa yang berlaku. Mereka merasakan Tangning tidak tahu malu. Bagi mereka, karakter Mo Yurou lebih dipercayai.

Tangning dikepung sepenuhnya sehingga tiada ruang untuk dia melarikan diri. Jadi sebaliknya, dia menenangkan diri dan menanggalkan kaca matanya, menunjukkan wajah tanpa solekannya pada orang ramai. "Jika kamu mahu saya menjawab soalan kamu, saya boleh buat begitu. Tetapi, bolehkah saya bertanya kamu soalan terlebih dahulu?"

"Teruskan." Anti-peminat tersebut memandang Tangning sambil berfikir mengenai helah apa yang akan digunakannya.

"Kamu kata kamu peminat saya. Jadi bolehkah kamu beritahu saya, tahun bila saya debut, tahun apa saya menerima anugerah dan anugerah apa yang saya terima?"

Selepas mendengar soalan ini, para anti-peminat memandang kosong antara satu sama lain. Mana mungkin mereka tahu maklumat seperti ini mengenai Tangning. Mereka membencinya.

"Kami…kami peminat baru. Apa-apa pun, kamu membaling hadiah kami ke lantai. Jadi, kamu yang salah." Salah seorang daripada mereka membalas.

"Sama ada saya baling bunga itu ke lantai atau tidak dan jika saya tidak mahu menjelaskannya pun, saya pasti kamera lapangan terbang ini sudah merakam semuanya. Tetapi, saya sudah meminta maaf dengan segera selepas terjatuhkan bunga itu. Saya yakin semua orang mendengarnya. Saya juga sudah katakan sebelum ini yang dalam industri ini, masih banyak yang saya perlu pelajari daripada Yurou. Jadi, apa lagi yang kamu tidak suka?" Tangning bercakap dengan lembut, langsung tidak memaksa tetapi terus kepada isinya. Budak perempuan yang mencetuskan masalah ini pastinya bukan peminatnya. Ianya jelas bahawa dia peminat Mo Yurou, nama yang disebut-sebutnya.

Kenyataan yang Tangning sudah meminta maaf dan membalas dengan sikap yang sopan membuatkan orang ramai mula menukar fikiran mereka. Mereka merasakan peminat Mo Yurou begitu menjengkelkan dan sudah melampau.

"Baiklah, memang benar. Saya salah seorang peminat Mo Yurou. Kami cuma merasakan yang kamu tidak layak dibandingkan dengan dia. Yang paling penting, kamu mencuri kontraknya, kamu patut kembalikan kontrak itu padanya!" Selepas bercakap, anti-peminat tersebut mula menolak Tangning. Tangning terhuyung-hayang dan hampir terjatuh. Nasib baiklah…pengawal peribadi yang dihantar Mo Ting tiba tepat pada masanya. Mereka mencelah antara orang ramai dan memegang Tangning. Mereka juga menjauhkan orang ramai daripada Tangning.

Long Jie tidak dapat menahan amarahnya lagi. Dia berdiri antara para anti-peminat dan Tangning sambil memusing kepalanya sedikit. "Kamu pergi dahulu dan tunggu saya. Saya akan ke sana nanti."

"Okey." Seperti biasa, Tangning tidak melawan. Dia hanya memakai kembali kaca matanya.

"Hmmph! Jika kamu tidak memberi kami penjelasan pada hari ini dan tidak mengembalikan kontrak itu kepada Yurou, jangan mimpi untuk menaiki kapal terbang!" Kumpulan anti-peminat itu memberi amaran sambil saling berpegang tangan, membuat penghadang manusia.

"Kamu percaya pada karakter Mo Yurou sebegitu sekali?" Long Jie bertanya dengan maksud di sebaliknya.

"Ianya sudah tentulah lebih baik daripada karakter peragawati murahan kamu."

"Kata-kata itu sudah saya rakam…" Long Jie mengangkat telefonnya. "Apabila masanya tiba, saya akan hantarkan kamu semua hadiah yang besar." Long Jie meletakkan telefon itu di sisi kepalanya dan menelefon polis. Polis segera tiba untuk mengiringi Tangning daripada orang ramai dengan bantuan pengawal peribadi Mo Ting. Tangning segera hilang daripada pandangan orang ramai,. Tetapi, sebelum polis beredar, dia membisikkan sesuatu kepada mereka.

"Tangning, Mo Yurou sudah menjadikan berita tentang kamu mencuri kontraknya sebagai perbincangan nombor satu." Long Jie menatap telefonnya sambil bercakap.

"Jadi, apa yang kamu tunggu lagi? Keluarkan video itu." Tangning membalas sambil berjalan.

"Saya sudah lama tunggu saat-saat ini. Sekarang peminat itu semua boleh melihat sama ada dewi mereka seorang wanita tidak bersalah atau jalang!" kata Long Jie sebelum menelefon kawan wartawannya. "Muat naik video yang kita sediakan itu."

Han Yufan, mari lihat berapa kali kamu boleh selamatkan Mo Yurou!

...

Ruang Rehat Artis Syarikat Hiburan Tianyi –

Mo Yurou sedang meraikan kejayaan perbincangan yang dimulakannya menduduki tempat pertama. Selain itu, dia turut menerima gambar-gambar daripada peminatnya mengenai kejadian di lapangan terbang. Tangning telah ditolak sehingga dia tidak dapat melawan balik. Hal itu melunaskan rasa bencinya. Dia mahu Tangning merasa kesan mencuri kontraknya. Ini hanyalah salah satu daripada akibatnya. Yang lebih teruk akan datang kemudian.

"Yurou, selepas kejadian hangat ini, saya pasti kamu akan mendapat tawaran lebih hebat daripada yang ditawarkan oleh HF." Pembantunya mengampu Mo Yurou sambil mengurut bahunya.

"Sudah tentu! Saya perlu dapatkan tempat dalam Anugerah Peragawati Sepuluh Teratas!" Mo Yurou tersenyum yakin. Keyakinan ini hadir kerana Han Yufan sudah berjanji dengannya lebih awal. Seperti yang dijanjikan. Han Yufan muncul di laluan masuk secara tiba-tiba sambil memegang kontrak untuk dibincangkan dengannya.

"Cepatlah Peragawati Sepuluh Teratas saya. Tawaran pengiklanan besar sudah tiba. Mari adakan mesyuarat dengan segera."

Mo Yurou menganggukkan kepalanya. Dia sangat gembira sewaktu menuju ke dalam bilik mesyuarat untuk membincangkan hal tersebut.

"Walapun Yurou kehilangan kontrak tersebut dengan HF, dia berjaya mendapatkan tawaran dengan jenama alat solek antarabangsa! Dia sememangnya permata berharga Syarikat Hiburan Tianyi!" Han Yufan memuji Mo Yurou. "Bagi Tangning pula, jika sesiapa bertanyakan dia, beritahu mereka bahawa dia akan berkahwin dan tidak akan menerima sebarang tawaran."

Selepas mendengar kata-kata ini, senyuman Mo Yurou semakin melebar. Namun, sebaik sahaja kedua-dua mereka saling berpandangan dan berkomunikasi, Han Yufan tiba-tiba menerima panggilan telefon. Pada mulanya, wajahnya mengukir senyuman. Namun seketika kemudian, senyuman itu hilang. "Encik Blair, bagaimana kamu boleh batalkan kontrak ini dengan tiba-tiba?"

"Video tidak senonoh kamu dan Mo Yurou sudah tular. Saya sangat malu dengan kamu berdua. Sampah betul!" dengan itu, dia memutuskan panggilan dengan marah.

"Apa yang berlaku?" Mo Yurou bertanya.

"Pihak pengiklanan meminta penyelesaian untuk sesuatu." Sambil bercakap, Han Yufan menarik telefonnya. Pada kedudukan carian teratas terdapat videonya bersama Mo Yurou di atas katil hospital begitu intim sekali. Kali ini ianya bukan gambar, tetapi video! Ianya video yang tidak dapat dinafikan mereka! Melihatkan reaksinya, Mo Yurou segera melangkah dan merampas telefon daripada tangannya. Apabila dia melihat video itu…

…dia sungguh terkejut dan terjatuhkan telefon tersebut ke lantai. "Macam mana ini boleh berlaku? Macam mana…"

Semua orang di dalam bilik mesyuarat tersebut mula mengambil telefon mereka untuk melihat apa yang berlaku. Mo Yurou yang seolah-olah tertangkap curang mula menjerit pada semua orang. "Jangan tengok! Jangan cari!"

"Ianya sudah habis. Semuanya sudah habis…" Han Yufan terduduk ke atas kerusi dengan marah. "Siapa sebenarnya yang cuba menentang saya!"

Selain jabatan dalaman Syarikat Hiburan Tianyi, laman rasmi Mo Yurou juga mula huru-hara. Hari ini mereka baru sahaja meletakkan kepercayaan kepada Mo Yurou dan menghina Tangning. Tetapi sekarang mereka berasa seolah-olah ditampar di muka.

Ketika itu, Long Jie dan Tangning sudah menaiki kapal terbang mereka. Long Jie me-log masuk ke dalam kelab peminat Mo Yurou, memerhatikan anti-peminat itu memusnahkan diri mereka sendiri.

"Saya tidak sangka Mo Yurou begitu murah. Sewaktu kita menjadikan dia idola kita, kita pasti buta! Mulai sekarang…saya sudah hilang semua rasa hormat padanya."

"Saya juga.."

"Saya juga…"

"Kita patut ambil tindakan dan buktikan Tangning tidak bersalah. Di lapangan terbang, kita sengaja menghina dia. Dia pasti sudah tahu. Tapi, dia tidak membalas pun. Malah, semasa polis menahan kita, dia beritahu mereka supaya tidak cederakan kita. Saya dengar, tetapi saya tidak beritahu kamu semua!" Salah seorang peminat berkata dengan rasa bersalah.

"Selain itu, jadual Tangning pun diberikan pada kita oleh pembantu Mo Yurou. Kita perlu muat naik kenyataan mengenai hal ini."

Selepas melihat semua perbincangan ini, bibir Long Jie mengukir senyuman hingga ke telinga…sungguh memuaskan hati!

Si lelaki tak guna dan si jalang itu pasti berlari panik sekarang.

"Tangning, kenapa lah kamu begitu bijak? Saya sangat sayangkan kamu." Long Jie memeluk Tangning sambil mengucup pipinya.

"Tapi, saya tidak sayangkan kamu…" Tangning membalas, sambil memandang Long Jie dengan gaya mengusik.

"Jadi, siapa yang kamu sayang? Presiden Mo?"

Tangning memang sedang memikirkan tentang Mo Ting. Dia terutamanya merindui tabiat…ciumannya. Ianya satu perkara yang menakutkan dan tabiat yang beracun.