webnovel

Tangning Bukan Racun, Dia Memang Hebat

編集者: EndlessFantasy Translation

"Kak Huo, Tangning memang hebat. PR Fang Yu juga diuruskan dengan sangat baik. Sekarang, majoriti pendapat orang ramai menyebelahi kita." Di dalam bilik hospital, pembantu Huo Jingjing membaca berita dengan air mukanya yang jelas kelihatan girang. "Tapi, kamu perlu janji dengan saya. Mulai sekarang, kamu tak boleh jadi bodoh. Malah, semasa saya baca diari kamu pun, saya menangis berjam-jam lamanya."

Huo Jingjing merasakan dia sudah bangkit daripada kemusnahan dan diberikan harapan baru. Di dalam hatinya, selain daripada marah, emosinya yang penuh kesakitan sudah reda. Ini mungkin kerana serangan balas Hai Rui yang berkesan.

"Selama ini, saya ingat Tangning hanya ada rupa yang cantik. Saya tak pernah rasa dia layak untuk menjadi rapat seperti adik beradik dengan kamu."

"Kamu ingat Presiden Mo akan pandang mereka yang ada rupa cantik semata-mata?" Huo Jingjing bertanya.

Pembantunya menggaru kepada dengan kekok sambil tersenyum.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください