webnovel

Saya Tidak Akan Menyerang Mereka yang Tidak Menyerang Saya Dahulu

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

"Abang tahu mengenai acara yang diaturkan oleh Han Yufan untuk saya?" Tangning berpusing menghadap Long Jie dengan penuh persoalan. Dia menyangkakan Long Jie sudah memberitahu Mo Ting. Namun, Long Jie segera menggoyangkan tangannya, memberi isyarat bahawa perkara itu tiada kaitan dengannya.

"Dalam industri ini, selagi saya mahu tahu tentang sesuatu, saya boleh tahu apa sahaja."

Kini, Tangning tidak lagi terkejut. Kalau tidak, bagaimana Mo Ting berjaya naik ke puncak perniagaan seperti itu? Jadi, dia senyum pada pada Mo Ting. "Jangan bimbang. Abang sudah berikan saya pedang untuk mengahncurkan musuh-musuh saya. Saya pasti akan menyelesaikan perkara ini dengan baik."

Mo Ting tidak membalas. Dia hanya menghulurkan tangannya dan membelai rambut Tangning.

Melihatkan kelakuan mereka, bulu roma Long Jie meremang. Mereka berdua ini baru sahaja berkahwin, tetapi bagaimana mereka boleh kelihatan seperti pasangan yang sudah berkahwin untuk bertahun-tahun lamanya?

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください