webnovel

Saya Patut Kerja Lebih Keras

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

Menurut tahap tidak malu Keluarga Han, adakah mereka akan menyerah kalah begitu mudah?

Kerana drama yang berlaku, pihak media merapati ahli Keluarga Han. Baik di syarikat atau di rumah mereka, wartawan ada di mana-mana.

Luarannya, Han Jie kelihatan tidak terkesan dan sangat mesra dengan wartawan, tetapi, di sebalik pintu yang ditutupnya, dia menyumpah mereka bagai nak gila.

Tambahan pula, apabila wartawan menyoalnya soalan, dia membalas dengan berdiam diri dan tersenyum, langsung tidak risau Su Yu akan menunjukkan bukti dalam masa tiga hari.

Ketika ini, Bapa Han menelefon beberapa kali untuk memeriksa perkembangan kejadian itu. Dia juga mengarahkan Han Jie mencari mereka yang berkaitan dengan hal itu dan menutup mulut mereka, terutamanya mereka yang tahu mengenai hubungan sulitnya bersama setiausaha itu. Mereka tidak boleh membiarkan Su Yu mencari sebarang bukti.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください