webnovel

Selepas mendengar kata-kata pengurusnya, Qin Yu enggan menerima takdirnya. Dia berasa marah dan dipersalahkan. Oleh sebab itu, bantal di tangannya menjadi herot petot, sama seperti riak wajahnya.

"Tangning memang bernasib baik!" Qin Yu ketawa dengan rasa tidak percaya. Kemudian, dia berpaling pada pengurusnya dan membuat satu permintaan. "Tolong saya buat satu perkara terakhir. Buat apa sahaja yang kamu mampu untuk dapatkan nombor telefon Tangning untuk saya."

"Qin Yu, apa gunanya?"

Satu senyuman kelat muncul di wajah Qin Yu. Hai Rui sudah menolaknya sehingga ke tahap ini dan tiada sesiapa pun daripada agensinya yang kisah akan hidupnya. Pilihan apa lagi yang dia ada?

"Hubungi pihak media. Saya akan umumkan yang saya akan berundur daripada industri peragaan!"

"Tak, tak boleh Qin Yu. Bukannya mudah kamu nak sampai ke tahap kamu sekarang."

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください