webnovel

Saya Cabar Kamu Cuba Tolong Dia

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

Xu Qingyan tidak mendengar cakap seperti sebelum ini. Sebaliknya, dia terus menarik pergelangan tangan Ye Lan dan mencerlung matanya yang tajam menikam. Kedua-dua wanita itu seolah-olah mahu mencarikkan satu sama lain.

"Ye Lan, jangan melampau. Saya gajikan Mak Cik Zhang untuk kerja ini. Kamu tak berhak nak pecat dia."

"Xu Qingyan, kamu memang pelik. Kamu jelas sekali tahu yang kamu tak ada status dalam keluarga ini, tapi nampaknya kamu tak belajar daripada pengalaman lalu kamu." Ye Lan tersengih sinis. "Mungkin, kamu rasa kamu tak dipukul cukup teruk?"

Selepas mendengar kata-kata ini, mata Xu Qingyan dipenuhi rasa benci. Kerana dia tahu, separuh daripada kecederaan di tubuhnya berpunca kerana wanita ini masuk ke keluarganya dan memecah belahkan dia dan bapanya, membuatkan Bapa Xu bertindak ganas terhadapnya.

Tapi…

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください