webnovel

Masa untuk Melawan Kembali!

編集者: EndlessFantasy Translation

Dalam perjalanan ke stesen radio itu, Tangning keluar daripada kereta untuk mmebeli sedikit ubat-ubatan dan mengambil air suam. Selepas dia melihat Mo Ting mengambil ubat itu barulah dia berasa tenang dan yakin. Mo Ting memerhatikan keresahan pada wajah Tangning dan tersenyum sedikit. "Saya sudah makan ubat itu. Adakah kamu masih marah?"

"Lain kali jika perkara ini berlaku, adakah Abang tetap tidak akan memberitahu saya perkara ini?" Tangning merenungnya dan bertanya.

"Saya tahu Abang kuat dan sentiasa dapat mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. Abang hanya membenarkan orang lain melihat sisi baik Abang. Tetapi, pasangan suami isteri yang sejati patut mampu bergantung pada satu sama lain meskipun ketika mereka sangat lemah. Abang mungkin rasakan hal ini satu perkara kecil, tetapi ia masih membuatkan saya bimbang.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください